Selasa, 30 November 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Jangan Puas Hati Dengan Kerja-Kerja yang telah dilakukan

Posted: 30 Nov 2010 09:09 PM PST

Jangan ambil sikap mudah puas hati. Sikap inilah yang akan membawa rebah dan akan berada didalam keadaan sentiasa tidak bersedia.
Pilihanraya Umum sudah begitu hampir, entah Januari, Februari dan selewat-lewatnya Mac 2011.
Sudahkah kita semua membuat persediaan yang rapi? Jawatankuasa Pilihanraya, sudahkah ditubuhkan? PACA sudahkah dilantik? Berapa ramai tenaga Pilihanraya yang disediakan? Sudahkah senarai calon-calon disediakan? Jangan nanti Cabang-Cabang menghantar hanya nama Ketua Cabang untuk menjadi calon sehingga parti tidak ada pilihan dan terpaksa menerima sahaja Ketua Cabang untuk menjadi calon!
Kursus-kursus PACA dan Pilihanraya, sudahkan diadakan? Berapa orang yang terlibat untuk menjadi PACA dan jentera Pilihanraya?
Sudahkan Bilik-Bilik Gerakan ditubuhkan? Sudahkah dilantik petugas-petugas di Bilik-Bilik Gerakan itu? Sudahkah masalah logistik diselesaikan?
Berapa banyak kenderaan yang perlu digunakan? Sudahkah disenaraikan kenderaan-kenderaan itu?
Bendera-bendera dan banner-banner, sudahkah disediakan? Berapa banyak keperluan dan berapa banyak sudah disediakan?
Dari segi mental, sudahkah Cabang-Cabang bersedia menghadapi Pilihanraya ini?
Kita tidak lagi perlu meraikan sikap "cemas menang", "hampir menang", "kalah sedikit sahaja", tidak ada tak kalah tak menang, yang ada hanyalah "Kalah atau Menang", dan kalau kita mahu ke Putrtajaya, maka kita hanya perlu menang!
Bagaimana mahu menang jika sehingga sekarang tidak ada satu persiapan pun lagi yang sudah dibuat? Mahu buat persiapan semasa sudah diumumkan tarikh Pilihanraya dan Parlimen sudah dibubarkan? Masa itu sudah terlewat.
Buat kerja NOW! SEKARANG! Buat kerja belum tentu menang, tak buat kerja sudah tentu tidak menang, apatah lagi jika kawasan pilihanraya itu begitu sukar seperti di Kuala Krau!

MESYUARAT

Posted: 30 Nov 2010 12:22 AM PST

Mesyuarat adalah satu elemen penting didalam sesebuah organisasi. Pengurusan mesyuarat adalah penting untuk seseorang memperbaiki pengendalian mesyuarat, samada anda hadir sebagai seorang ajk atau mempengerusikannya.
Persoalan pertama adalah keperluan kepada sesuatu mesyuarat. Mesyuarat bukan untuk mengisi ruang masa semata-mata, tatapi mengikut keperluannya.
Mesyuarat menjadi perlu untuk tujuan mengatasi masalah atau membuat keputusan, mesyuarat yang formal hendaklah ditetapkan tarikh dan masa dan tempat yang sesuai, mesyuarat yang terbaik adalah yang boleh meringkaskan masa dan mengurangkan kos untuk menjemput mereka yang betul-betul untuk sesuatu tujuan yang tetap, mesyuarat hanya untuk bermesyuarat merugikan masa menjadi satu habit yang tidak mempunyai tujuan yang tetap.
Mesyuarat yang sempurna hendaklah mempunyai tujuan dengan agenda yang tersusun untuk tujuan mengambil sesuatu keputusan yang boleh memperbaiki sesuatu, seperti organisasi, dan mengatasi sesuatu masalah, dan untuk tujuan-tujuan tindakan yang perlu dirancang dan dipersetujukan atau penentuan dasar.
Hendaklah sentiasa mempunyai tujuan yang tetap dari permulaan sebelum mesyuarat dipanggil, jika sesuatu isu itu boleh diatasi tanpa memerlukan mesyuarat, batalkanlah mesyuarat itu; mesyuarat itu perlu dirancang dengan baik agar natijah-natijah yang baik dapat digarap, dan jangan sekali-kali memanggil mesyuarat untuk mewujudkan keadaan kucar-kacir sehingga tidak ada kebaikan boleh tercapai, bahkan kerosakan akan berlaku; dan jika perlu diadakan mesyuarat-mesyuarat regula, cuba kaji samaada keburukannya yang akan timbul jika mesyuarat regular seperti mesyuarat bulanan itu tidak diadakan.
Pastikan semua Jawatankuasa hadir mesyuarat itu atau setidak-tidaknya korumnya mesti mencukupi dan diantara korum yang hadir ialah mereka yang memegang jawatan-jawatan penting. Buat persediaan-persediaan rapi untuk menjayakan mesyuarat itu kerana mesyuarat yang tidak ada persediaan rapi merugikan masa dan kos.
Mesyuarat bukan sahaja perlu mempunyai agenda, tetapi agenda yang kemas dengan tujuan tertentu untuk dicapai. Jangan terlalu bebankan dengan agenda-agenda sehingga mesyuarat itu hilang fokus.
Janganlah mesyuarat itu meleret-leret, dan hendaklah fokus kepada agenda yang dibentangkan.
Tindakan positif mengendalikan mesyuarat itu mengandungi tindakan-tindakan berikut:
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mukaddimah yang kemas. Bincangkan isu-isu didalam agenda. Dapatkan pandangan bagi setiap isu. Tuju kearah objektif-objektif. Ambil keputusan dan tamatkan mesyuarat - tepat, padat dan bermenfaat.
Tindakan negatif yang tidak menguntungkan sesuatu mesyuarat yang mesti dielakkan:
AJK (apatah lagi Pengerusi) hadir lewat, tidak berbincang mengikut agenda, pertengkaran berlaku, percakapan yang yang tidak kontributif digalakkan, perbincangan berakhir dengan deadlock, dan mesyuarat gagal membuat keputusan.

Tiada ulasan: