Rabu, 1 Disember 2010

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN


ZAHRAIN CABAR ANWAR SERAH "DATUK SERI" JIKA TERUS PERSOAL KETUANAN MELAYU

Posted: 30 Nov 2010 08:02 PM PST

Sepatutnya kita tidak perlu melayan MP yang sebegini buruk akhlak politiknya, tetapi , walau macamanapun, kena juga ajukan beberapa persoalan mengenai cabaran sang mp ini.

i. Sanggupkah dia pulangkan semula kerusi parlimen Bayan Baru kepada PKR sebagai tindakan menghormati pengundi melayu yang memberikan undi kepada kemenangan beliau?

ii. Berapa ramaikah pengundi melayu - melayu di parlimen Baru Baru yang telah dikhianati dia bila mengambil keputusan untuk menjadi Katak Bebas.?

Soalannya disini, siapa khianati siapa? Siapa Melayu yang mengkhianti Melayu Bayan baru?

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim mencabar bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan gelaran "Datuk Seri" jika terus-menerus menolak konsep "Ketuanan Melayu".
Bekas pemimpin PKR itu membuat cabaran atas alasan tindakan Anwar menolak konsep itu bersamaan dengan langkah mempertikaikan Raja-raja Melayu, yang kedaulatannya termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Zahrain (gambar), wakil rakyat Bebas berkata jika Anwar dan orang-orangnya di PKR masih "tebal muka" untuk kekal dengan gelaran masing-masing, beliau akan memohon agar Raja-raja Melayu yang menganugerahkan gelaran dan darjah agar melucutkan.

Tiada ulasan: