Isnin, 23 Januari 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Posted: 23 Jan 2012 08:45 PM PST










Inilah suasana semasa disempurnakan perjumpaan Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal pada 21hb Januari 2012 di Pejabat PKR Negeri Sembilan, Jalan Tampin, Seremban.


Tahniah kepada Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal dan setinggi ucapan terima kasih kepada PKR Negeri Sembilan yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik, dan terima kasih kepada YB Zuraida yang merasmikan perjumpaan tersebut.

Posted: 23 Jan 2012 08:35 PM PST







Inilah tenaga yang komited menyempurnakan aktiviti PKR Cabang Kuala Krau.  Seluas DUN Jenderak, kami selesai penampalan poster dan pengedaran rumah ke rumah didalam tempoh 3 hari.  Kerja-kerja ini meletihkan, tetapi menyeronokkan.

Pengalaman kami yang berbagai semasa menjalankan tugas.  Majoriti penduduk mengalu-alukan kerja-kerja kami walaupun sesetengahnya adalah terdiri daripada ahli-ahli parti lawan, tetapi mereka turut kagum dengan kesungguhan kami.

Namun ada juga seorang berdua yang mengambil sikap permusuhan yang melampau.  Pengalaman kami di Felda Jenderak Selatan, seorang Wanita veteran menyorak-nyorak kami setelah kami berlalu jauh dari rumahnya, tetapi apabila kami cuba menghampiri semula rumahnya, beliau meluru masuk rumah.

Di Kg Kuala Mai, seorang ahli UMNO menaiki motosikal, dengan ganasnya mengoyakkan poster yang kami pasang, dan apabila kami mahu pasang semula, dia dengan bongkaknya mengatakan kepada kami supaya tidak memasang di sebatang pokok di tepi jalan. Dan beliau mengatakan bahawa beliaulah orangnya yang mengoyakkan poster-poster itu.

Hanya dengan menyatakan bahawa kami kenal dia, dan tahu rumahnya, dan jika poster-poster ini dikoyakkan lagi, kami tidak teragak-agak akan melawat beliau di rumah beliau.

Orang UMNO yang pakai baju merah dengan cop UMNO ini terus balik ke rumahnya dan sebentar selepas itu dia keluar dengan kereta, dan saya lambai tangan saya kepadanya, dan dia pun turut lambai tangannya kepada saya.

Kami tidak bermusuh dengan dia, bahkan kalau tengok dari segi kehidupannya, dia bukanlah mempunyai kedudukan yang baik sangat dalam masyarakat Kuala Mai itu kerana beliau juga memakai van yang sudah usang!

Kalau turun padang, maka inilah yang sentiasa kita jumpa.  Pemimpin yang tidak turun padang, tidak akan bertemu dengan kejadian sebegini.

Lihat gambar diatas tu, inilah diantara kerja-kerja kami selain mengedarkan risalah rumah ke rumah.

Posted: 23 Jan 2012 08:10 PM PST



Pn Siti Khalijah binti Haji Mohammed, Pengerusi Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, kini dilantik oleh YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Pusat didalam Jawatankuasa Wanita MPP Pusat. Diumumkan semasa YB Zuraida merasmikan Perjumpaan Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal.

Ketika di Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar, Kedah, Siti telah memukau pemerhati dan perwakilan dengan pendedahan-pendedahan yang berlaku kepada Felda Cahaya Baru di Johor bagaimana peneroka-peneroka telah ditipu kononnya untuk menjadi jutawan dan akhirnya menjadi jutawan fakir.

Bergerak bersama-sama Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, Siti Khalijah akan membawa jawatankuasanya ke seluruh rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal didalam misi perjuangan membela nasib peneroka-peneroka Felda dan Generasi Baru Felda dan Orang Asal.

Posted: 23 Jan 2012 08:00 PM PST


Tidak syak lagi, inilah wajah seorang pemimpin wanita yang hebat.  Tidak syak lagi, wanita ini akan menerajui Malaysia.

Beliau dilahirkan didalam keluarga politik.  Beliau melihat/merasa kesenangan apabila ayahnya menjadi Timbalan Perdana Menteri.  Beliau melihat/merasa kesusahan apabila ayahnya dipenjarakan, ayahnya dihina dan diaiibkan.

Beliau dibesarkan dengan pengalaman yang pahit/manis.  Beliau adalah puteri Reformasi dan beliau adalah pejuang rakyat.

Inilah Perdana Menteri Malaysia masa depan!

Posted: 23 Jan 2012 07:51 PM PST


Inilah jalan di Kg Seboi, sebuah perkampongan Orang Asal di Kuala Krau, mengikut kata Bakar Panjang, Ketua PKR Ranting Kg Seboi, beliau pernah memohon supaya jalan ini diperbaiki semasa beliau berada dalam UMNO dulu lagi, tapi sejak bertahun-tahun jalan ini tetap tidak diperbaiki.

Macam mana nak sokong UMNO, Kerajaan UMNO langsung tidak memperdulikan kedudukan Orang Asal. "Ini isu jalan, lihat pula padang bola, macam kubang kerbau, lihat pula kehidupan orang kampong ni, dhaif, miskin dan langsung tidak diperdulikan oleh Kerajaan UMNO/BN; nak jadi Negara maju, dan rakyat berpendapatan tinggi; itu hanyalah dongengan bagi kami penduduk Orang Asal ni.  Sebab itu kami mahu berubah menyokong Pakatan Rakyat kali ini."

Posted: 23 Jan 2012 05:36 PM PST

"Letak Jawatan" bukanlah perkara mainan!

Posted: 23 Jan 2012 03:56 PM PST

Letak jawatan bukanlah perkara mainan. Setentunya letak jawatan itu menjadi agenda yang terakhir bukan setiap kali buka mulut kerana tidak bersetuju dengan sesuatu maka hemburan bahasanya ialah letak jawatan.

Didalam Parti, MATC adalah kemuncak kepada aktiviti tahunan di peringkat Cabang. Semua anggota yang aktif dan sayang parti akan hadir MATC melainkan berlaku kematian, kemalangan dan lain-lain perkara yang menghalang kehadiran.

Apabila seseorang ahli itu tidak hadir MATC, tetapi namanya masih dinaikkan sebagai pemerhati kepada Kongres Nasional mewakili Cabang, ahli itu sewajarnya bersyukur. Apa tah lagi jika ketidakhadirannya mempunyai agenda supaya MATC Cabang itu gagal dan hasratnya itu dinyatakan kepada seorang AJK yang lain.

Menyaksikan bahawa namanya tidak tersenarai sebagai perwakilan di Kongres, dia terus mengamuk walhal namanya terselit di senarai Pemerhati. Dia enggan menerima hakikat bahawa dia bukan seorang perwakilan tetapi seorang pemerhati. Walaupun dipujuk oleh rakan-rakan dan sekretariat Kongres, dia tetap menggunakan bahasa kasar, dan terus meninggalkan Kongres dan terus mengambil tindakan letak jawatan dari jawatannya didalam Cabang.

Kita pujuk dia, dan akhirnya dia menarik balik perletakan jawatannya.

Ini bukan kali pertama dia letak jawatan, setiap kali ada perbedaan pendapat dengan mana-mana AJK Cabang, dia letak jawatan.

2 hari lepas, dia juga letak jawatan kerana isu yang amat remeh-temeh. Seroang AJK tidak sempat mengambilnya dirumah dan tak sempat juga mengambilnya di Kuala Krau, kerana AJK itu sudah terlewat sangat untuk menjalankan tugas di Felda Jenderak Utara. Dia terus mengamuk, dan letak jawatan.

Dipujuk oleh rakan-rakan yang lain, akhirnya dia datang bertugas di Felda Jenderak Selatan, tapi dengan hati yang luka; dia memberitahu kepada seorang AJK yang lain, dia letak jawatan.

Pagi semalam, saya ajak dia bertugas di Kuala Krau, dan dia datang. Sesampai saya ke Pejabat PKR saya lihat Setiausaha Cabang sedang mengeluarkan air mata, dan menunjukkan kepada saya hantaran fb dari si dia yang menggunakan bahasa paling kasar seperti: "Saya bukan kuli batak awak..." kerana Setiausaha itu menghantar sms kepada semua AJK untuk turun padang, bukan hanya kepada dia, dan hantaran sms itu berlaku pada lewat malam.

Apabila dia sampai ke Pejabat PKR dia terus meninggikan suara, dan saya mengambil peluang untuk menenangkan dirinya, dan berkata: "Kita sesama ahli ni, kalau kita menegur, biarlah dengan teguran yang berhemah, kita bukan bermusuh." Dia terus melenting, dan dengan suara yang kasar dan kuat sehingga ramai orang di luar Pejabat terpinga-pinga kerana perayaan Tahun Baru Cina, orang cukup ramai di luar Pejabat; dia terus berkata: "Aku letak jawatan," dan terus menengking-nengking; dan tak lama lepas itu, dia (melalui anaknya, kerana dikatakan dia tidak tahu menulis dan membaca) menghantar fb dan mengatakan bahawa saya pilih kasih dan dia letak jawatan.

Cukuplah kita melayan kerenahnya, dan kalau itu yang dia mahu, iaitu dia mahu letak jawatan, maka saya tidaklah menghalangnya, dan saya selaku Ketua Cabang menerima perletakan jawatan itu.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Appeal Against Anwar’s Acquittal: A Fatal Error — Kim Quek

Posted: 22 Jan 2012 09:49 PM PST

The Malaysian Insider

Prime Minister Najib Razak seems to have made a U-turn in his position on the much lauded acquittal of Anwar Ibrahim from the sodomy charge.

When the totally unexpected acquittal was stunningly announced on January 9, Najib together with senior Umno leaders were quick to bask in the compliments that poured in from around the world for finally having done justice to Anwar despite the preceding perverted process that was seen as plain political persecution.

Najib, in particular, seemed proud of this High Court verdict, citing it as proof of the transformation that he had brought to the country. In an interview published by the influential Wall Street Journal on January 13, he told interviewer James Hookway that this verdict "underscores the depth of the reform process". Najib said he was serious about the political reforms — to the extent of risking his chance of winning in the election.

Najib also expressed relief that the Anwar issue was finally over, and that the nation could henceforth tackle more serious issues such as the economy. He said:

"What is important now is that we move forward".

There is no mistaking from this conversation that the prime minister was seizing this much approved ending to the trial as a positive development that would propel his reform agenda. In fact, he even told Hookway that through these changes he hoped to open up a new chapter with the US as "a partner in promoting democratic politics and free trade across Asia and the Islamic Middle East."

U-TURN HAS DAMAGED NAJIB

With these words still ringing in the ears, it therefore came as a shock that the Attorney-General filed a notice of appeal against the Anwar acquittal on January 20. Even more shocking was Najib's complete dissociation with this appeal the next day. The New Straits Times quoted him as saying that the appeal was something strictly between the complainant and the Attorney-General, and has nothing to do with his government and Barisan Nasional (BN).

Extending this Najib rationale, it must follow that High Court judge Mohamad Zabidin Mohd Diah's decision to acquit and discharge Anwar should have even less to do with him, BN and the government. Then on what basis was Najib claiming that judge Zabidin's decision was proof of the extensive political reforms that he claimed he had carried out for the country?

Isn't it obvious that when Najib claimed the verdict as proof of his reforms, he was in fact telling the world that a) he had undue control over the investigative and judicial process, b) he realised it was wrong for exerting such control for illegitimate political purposes, and c) he had agreed to cease such interference as a step towards restoration of democracy and rule of law?

In fact the whole world knew as much that it was political persecution right from the very beginning of Anwar's ordeal 3½ years ago, when he was savagely arrested and subsequently charged without an iota of evidence, save the complainant's obviously dishonest claim. Otherwise, why should the whole world be shocked by the verdict?

If the police had been fair and prosecutor and judge had conducted themselves above board, shouldn't the world have expected rather than shocked by the verdict?

It is high time that Najib and his colleagues moved out from their self-induced delusion that the people do not know. It is for their own good that do not misjudge the extent of the people's awareness of the truth in this Internet age of instant information.

If there is any message that we can read from this latest move to appeal against Anwar's acquittal, it is that this appeal is proving for the umpteenth time that Najib's words are not to be trusted; and it also shows up once again that his so-called political reform is more an illusion than reality.

A-G FISHING IN MUDDY WATER

Now, let us turn to the Attorney-General who seems to me to be trying to fish in muddy water in submitting the notice of appeal. Let me explain.

On the day that the A-G's Chambers submitted the notice of appeal on January 20, national news agency Bernama released a bulletin at 1936hrs, quoting an unnamed official in the A-G's Chambers as saying that “the trial judge was required under the Courts of Judicature Act 1964 to provide a written judgment to enable either the prosecution or the defence to file the notice of appeal within 14 days”. Bernama then quoted the unnamed official:

"After perusing the written judgment, they will decide whether to file the petition of the appeal."

However, two hours later, another Bernama news bulletin released at 2151hrs reported the A-G's Chambers making a different statement. Bernama stated:

"The Attorney-General's Chambers said today that the decision to file an appeal against the High Court's decision to acquit and discharge opposition leader Anwar Ibrahim was based on evidence and the law.

"It said that in making any decision, the department acts solely on the evidence and in accordance with the law, not influenced by any emotion or parties."

Bernama further quoted the A-G's Chambers' statement as saying:

"The decision to file this notice of appeal will enable this department to obtain the full written judgment of the learned judge and the record of the proceedings from the High Court; and accordingly will be able to appreciate the grounds considered by the learned judge in arriving at that decision."

It is obvious that the A-G's Chambers realised the mistake in the first statement for having only mentioned its decision to appeal as being dependent on the content of the written judgment, without the ritualistic recital of "fact and law" as its basis. The second statement was to make up for these deficits.

Even with this supplementary statement to add "fact and law" as its rationale for appealing, the A-G's Chambers continued to emphasise that what motivated the filing of notice was to avail itself of the chance to peruse the written judgment.

There is the unmistakable impression that the A-G would await the written judgment before making the final decision to appeal.

That begs the question: shouldn't the A-G's Chambers have a stand of its own, being the party which initiated the charge and laboriously built up the prosecution case? It should be more knowledgeable than anybody else on the strength and weaknesses of its evidence, and there is no reason why it cannot decide whether the verdict is fair or unfair without the full written judgment, unless of course it is waiting for an opportunity to pounce on any possible technical flaw in the written judgment.

PROSECUTION CASE TERMINALLY FLAWED

The judge has made it clear that he was discharging Anwar because there was evidence of tampering in the only corroborating evidence of the trial — the DNA.

And he was fully justified to make that remark, as it was scientifically impossible for any sperm to have survived more than 100 hours for DNA identification under tropical room temperature as in the Anwar case, as rightly pointed out by the Australian DNA expert Dr Brian McDonald.

Does the A-G agree or disagree with this view?

If he answers in the negative, can he name one authority that would support his opinion?

If he answers in the positive, can he tell us why he is appealing?

And what "fact and law" he was talking about when the DNA evidence had already been exposed as fake?

Is it not obvious that by filing the notice of appeal, the A-G was in fact reserving his right to appeal in the hope that he might later find some technical loophole in the written judgment to knock out the verdict, hence the repeated emphasis on these documents as essential for its decision-making?

Does such unprincipled conduct that disregards justice befit the chief legal adviser to the King and the Cabinet, sworn to uphold the Constitution? Or is such conduct more reflecting that of someone who is faithfully continuing the undertaking to eliminate the chief rival of his political master?

The answer is self-evident from the earlier proceedings and now from the latest move to appeal against the acquittal.

TRAGEDY FOR UMNO

It is indeed a tragedy for Najib and Umno that just as Justice Zabidin's judgment has opened up a small window of opportunity for Najib to make a baby step in his bumbling attempt to bring some reforms, that window is quickly shut with this opportunistic attempt to appeal.

Worse, it has now proven beyond reasonable doubt that Umno is beyond salvation.

And that is fatal for Umno, in the present ambience of people power sweeping away entrenched corrupt regimes — a tidal wave of change that has transformed the Middle East, swept across the region, and now already landed on Malaysian shores.

Ahad, 22 Januari 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


UMNO Felda Jenderak Utara lebih bertemaddun dari UMNO Felda Jenderak Selatan

Posted: 22 Jan 2012 02:59 PM PST

YB Nurul Izzah Anwar akan berceramah di Felda Jenderak Utara pada 28hb Januari 2012 jam 8.45 malam di Markaz PAS Felda Jenderak Utara
Selain dari banner-banner yang dipasang, poster seperti ini juga turut dipasang
Petugas-petugas parti berhenti rehat setelah memasang poster-poster di Felda Jenderak Utara dan sebentar lagi akan memasang pula poster-poster di Felda Jenderak Selatan


Setiap dari petugas-petugas ini memang letih kerana mereka kembali dari Seremban menghadiri Majlis Penubuhan Biro (Wanita) Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR yang dirasmikan oleh YB Zuraida Kamaruddin semalam.

Dan pagi ini mereka melakukan pula kerja-kerja untuk memasang poster dan banner. Memang letih, tetapi mereka terus bersemangat memikul tanggungjawab, demi perjuangan dan demi rakyat.

Penduduk Felda Jenderak Utara memberikan sokongan yang baik kepada petugas-petugas PKR kerana di lorong-lorong tertentu mereka tampil membantu memasang poster, dan ramai dari kalangan anggota UMNO yang memberikan galakan dan ada yang berkata: "Saya ni ahli UMNO, tetapi kehidupan kami di Rancangan Felda ni dah teruk sangat, pandai-pandailah kami membuat perhetungan semasa Pilihanraya nanti."

Ada yang menawarkan kami membonceng motosikal mereka untuk menampal poster itu dan rata-rata penduduk yang kami temui memberikan kerjasama yang baik.

Ini berbeza sedikit dengan di Felda Jenderak Selatan. Ada segelintir dari kalangan GPW menjerit-jerit menghalau kami dan tidak membenarkan kami memasang poster. Kami tidak hiraukan, dan kami (wanita) cuba pergi menghulurkan salam, tetapi terpancut mereka meluru masuk ke rumah, tetapi apabila kami berjauhan sedikit, dia menjerit kembali. Inilah pengajaran moral yang mereka terima dari pimpinan UMNO.

Setelah siap memasang poster-poster di Felda Jenderak Selatan, saya mengambil peluang untuk melihat pula poster-poster yang dipasang itu, wah...wah... dah ada yang dikoyak, tak sampai setengah jam dah dikoyakkan. Inilah temaddun lanun yang masih tertanam di jiwa penyokong-penyokong UMNO itu!

Tidak mengapa, kami akan ulangi menampal poster di Felda Jenderak Selatan, dan adakah perlu kami tunggu dengan lastik?

Tindakan segelintir penyokong-penyokong UMNO itu diulas sendiri oleh orang-orang UMNO di Felda Jenderak Selatan, saya kenal mereka semua, dan ada yang mengatakan: "Memalukan betul perbuatan mereka itu."

Pagi ini petugas-petugas PKR akan menampal poster ke seluruh Kawasan DUN Jenderak, dan Insya Allah dengan tenaga yang ramai kami akan sempurnakan tugas itu sebelum jam 3.00 petang.


Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR pikul amanah perjuangan

Posted: 22 Jan 2012 02:36 PM PST

Pimpinan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal (Wanita) PKR Pusat yang dipilih pada 21.1.12 didalam Perjumpaan yang dirasmikan oleh YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR di Pejabat PKR Negeri Sembilan di Seremban.
Perwakilan Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal dari Cabang-Cabang
Pimpinan yang dipilih diketuai oleh Pn Siti Khalijah Hj Mohammed dari Johor
Bob Manolan membentangkan deraf cadangan Manifesto Orang Asal
YB Rashid, ADUN Ampangan mengalu-alukan kehadiran perwakilan wanita dari Cabang-Cabang
Pengundian sedang dijalankaSn
Suasana selepas pengundian dijalankan
YB Zuraida Kamaruddin merasmikan Perjumpaan
Pengerusi Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Pn Siti Khalijah Hj Mohammed
Siti Khalijah diapit oleh Timbalannya, Fadhillah Noraini bte Dato Talib dan Sdr Sabaruddin, Setiausaha PKR Negeri Sembilan
Fatimah Bahsin, AJK Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal bergambar dengan Kak Hendon
Nor @ Tasa, AJK (Wanita) Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR bergambar dengan Kak Hendon
Fatimah Bah Sin
Nyah Kasim, AJK (Wanita) Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR

AMK KEDAH

AMK KEDAH


SELAMAT TAHUN BARU CINA DARIPADA AMK KEDAH

Posted: 22 Jan 2012 12:00 AM PST

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Perutusan Tahun Baru Cina

Posted: 21 Jan 2012 10:53 PM PST

Saya mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada semua kaum cina di Malaysia. Adalah diharapkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama rakyat Malaysia keseluruhannya.

Tahun ini merupakan tahun Naga. Ianya melambangkan, antaranya Keadilan, Keberanian dan Berhikmah buat masyarakat Cina. Oleh kerana itu sempena sambutan tahun baru, yang selalu dianggap sebagai satu titik permulaan serta memperkukuh azam, saya berharap kita bersama beriltizam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang adil dan saksama.

Perpaduan perlu dijalin demi kemaslahatan negara. Kita berhasrat Malaysia yang dicintai ini senantiasa makmur, bebas dari rasuah dan rakyatnya hidup dalam kerukunan serta harmoni.

ANWAR IBRAHIM

Naungan Politik BN Jadi Fokus Selepas Skandal Didedah

Posted: 21 Jan 2012 10:47 PM PST

The Malaysian Insider
Oleh Shannon Teoh

Pendedahan-pendedahan skandal kewangan yang melibatkan pemimpin tertinggi Umno kebelakangan ini menyaksikan naungan politik BN menjadi fokus pada tahun yang dijangka akan diadakan pilihan raya umum, demikian menurut pemerhati politik.

Sementara tuduhan terhadap penyalahgunaan dana RM250 juta Pusat Fidlot Nasional-yang dijalankan oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mendominasi tajuk utama sejak November, dan skandal-skandal lain dikaitkan dengan menteri Barisan Nasional (BN) turut menjadi perhatian umum.

Pemerhati politik memberitahu The Malaysian Insider bahawa terdapatnya hubungan antara politik dan perniagaan yang berkembang dengan penelitian masyarakat bahawa "skandal ini akan berkekalan."

"Masyarakat akan bertanya sama ada kerajaan akan berkhidmat untuk kepentingan ahli politik atau kepada majoriti rakyat Malaysia yang bukannya ahli politik," jelas Pengerusi Pusat Penyelidikan Polisi Awam, Tan Sri Ramon Navaratnam kepada The Malaysian Insider.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low berkata, pemerhati melihat masyarakat mula berminat dalam isu rasuah kebelakangan ini, dengan kajian baru-baru ini menunjukkan 90 peratus rakyat Malaysia akan menggunakan peluang untuk melawan rasuah.

"Jelas menunjukkan masyarakat sekarang tidak akan melepaskan perkara itu dengan mudah. Skandal ini akan berkekalan," katanya.

PKR telah berulangkali mengeluarkan tuduhan terhadap Ketua Wanita Umno dan keluarganya kerana didakwa telah menyalahgunakan dana projek penternakan lembu, termasuk hartanah dan tanah bernilai RM 27 juta yang tidak berkaitan dengan projek berkenaan.

Mereka turut mendesak Datuk Seri Jamil Khir Baharom dikenakan tindakan terhadap dakwaan penyalahgunaan wang zakat untuk bayaran guaman bernilai RM63,650.

Blogger yang hanya dikenali nama samaran, TheWhistleblower711, turut menuduh bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin masing-masing menerima RM300,000 RM100,000 daripada Pengarah Urusan Gerbang Perdana, Yahya Abd Jalil.

Namun begitu, kedua-dua menteri Umno terbabit menafikan dakwaan berkenaan; Azalina menyatakan bayaran tersebut merupakan untuk pembayaran jualan kereta klasik dan Adek Awang menjelaskan bayaran itu dibuat terhadap pelaksanaan program sosial di Bachok, yang mana beliau merupakan ketua cawangan.

Bekas menteri persekutuan, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir baru-baru ini turut mendakwa BN telah membuat penyerahan sejumlah RM1,000 dalam kempen pilihan raya sebelum ini yang bertujuan untuk membeli undi dengan menggunakan taktik yang dikenali sebagai "bom."

"Masyarakat sentiasa mengetahui perkara ini berlaku, tapi BN semakin teruk sekarang, dengan Najib dilihat berusaha melakukan transformasi politik, beliau tidak mampu menolak skandal sedemikian.

"Sekarang Najib berusaha untuk melakukan transformasi, sebarang skandal akan menyebabkan kemusnahan," kata penasihat politik Ong Kian Ming.

Pendedahan-pendedahan terbaru berupaya menjatuhkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang mana menentang rasuah merupakan salah satu perkara daripada tujuh Kawasan Kunci Keberhasilan Nasional (NKRA).

Pengumuman terbaru yang dibuat Pulau Pinang berkenaan pengisytiharan aset juga melihatkan ketegasan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang kerap kali mendesak Kabinet supaya mencontohi tindakannya.

Ketua Hakim, Tan Sri Arifin Zakaria juga mengumumkan para hakim juga akan turut mengisytiharkan aset mereka bagi memastikan integriti kehakiman.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudiannya mendesak kerajaan dengan menyatakan Najib bersetuju agar ahli keluarga anggota Kabinetnya mengisytiharkan harta mereka kepada badan berkenaan.

Walaupun presiden BN itu belum memberikan sebarang kenyataan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan hanya menteri sahaja yang perlu membuat perisytiharan harta dan hanya kepada perdana menteri.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap NFC berkata, walaupun terdapat berbillion ringgit telah di bazirkan termasuk pembelian kapal peronda bernilai RM9 billion, mereka tidak akan bertolak ansur kepada akar umbi.

"Mereka melihatnya sebagai keperluan harian. Tapi bila melibatkan pembayaran untuk mendapatkan kontrak, lesen, dan sebagainya, masyarakat akan mengaitkannya kerana mereka terpaksa membayar untuk itu," tambahnya lagi.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bekas pengacara Bintang RTM dijangkiti kuman dalam darah, kencing tikus

Posted: 21 Jan 2012 03:38 PM PST

Izwan Pilus meninggal dunia

zaidim@bharian.com.my

2012/01/21



Izwan Pilus

Bekas pengacara Bintang RTM dijangkiti kuman dalam darah, kencing tikus

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara, Khairil Izwan Pilus atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus, 32, meninggal dunia di Hospital Ampang, di sini, petang semalam, berikutan jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus.

Bekas pengacara Bintang RTM itu menghembuskan nafas terakhir di hadapan keluarga dan rakan baik kira-kira jam 6.15 petang. Anak kedua daripada empat beradik itu dimasukkan ke hospital disebabkan demam kuning, kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.

Awal Disember lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak dan ditahan di wad selepas mengadu demam panas, manakala adiknya, Aril AF7 turut dimasukkan ke wad sama akibat demam denggi.

Jenazahnya dibawa pulang ke kampungnya di Jasin, Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang, Gubah, Jasin, kira-kira jam 9 pagi hari ini.

Allahyarham mula dikenali dalam industri hiburan tanah air selepas menjadi finalis Bintang RTM 2004 dan pernah muncul dengan album Indah Lelapku pada 2005. Beliau juga pernah menjadi finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 dan finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IzwanPilusmeninggaldunia/Article

Friday January 20, 2012 MYT 10:24:00 PM

Singer Izwan Pilus dies of blood infection

KUALA LUMPUR: Singer and television host Izwan Pilus died of blood infection at the Ampang Hospital here Friday. He was 33.

Izwan or Khairil Izwan Pilus passed away at 6.15pm, said his younger brother, Khairil Azam or Aril, an Akademi Fantasia 7 participant, on his Twitter account.

The manager of the late Izwan, Shaiful Shazwan, said the singer was admitted to the hospital at 12.30am after experiencing shortness of breath.

"The situation became critical in the afternoon before he passed away," said Shaiful when contacted.

Izwan remains will be taken to his family home in Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka for burial at the Kampung Pelembang Muslim Cemetery in Gubah, Jasin.

A 2004 Bintang RTM finalist, Izwan cut an album entitled Erti Kasih in 2006 and became popular with the rendition of Kembali Senyum, the Malay version of a song in a South Korean drama, Full House.

In December last year, Izwan, who was the second in the family, and Aril were admitted to the Pusrawi Hospital after a bout of high fever. - Bernama

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/1/20/nation/20120120223831&sec=nation

Usah spekulasi kematian bayi: Liow

bhnews@bharian.com.my

2012/01/21




BEBERAPA pegawai kesihatan membuat pemeriksaan di pusat asuhan yang dipercayai lokasi kejadian dua bayi lelaki maut di Taman Permata, Ampang, semalam.

Kementerian jalankan siasatan terperinci, bimbang kuman punca maut di pusat asuhan

KUALA LUMPUR: Satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian dua bayi lelaki, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan dan Arif Amsyar Ruhi Budiman, tujuh bulan, di sebuah pusat asuhan di Taman Permata, Ampang, kelmarin dan laporan hasil siasatan itu akan diumumkan kepada orang ramai selepas diterima Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sehubungan itu, Tiong Lai meminta orang ramai tidak panik dan pihaknya akan memastikan kematian berkenaan bukan disebabkan sebarang wabak.

"Kita akan melihat sama ada kematian ini disebabkan jangkitan bakteria atau sebab lain. Saya juga berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia perkara serius," katanya selepas merasmikan Loji Pendobian Bukit Beruntung, Faber Medi-Serve Sdn Bhd di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, semalam.

Sementara itu, pemilik pusat asuhan berkenaan diarah memberhentikan operasinya buat sementara oleh Jabatan Kesihatan Selangor bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan di premis berkenaan.

Sepasukan lebih 15 pegawai dan pakar kesihatan awam dan persekitaran;

kakitangan pelbagai unit, Pejabat Kesihatan Gombak melakukan pemeriksaan ke atas premis berkenaan seawal jam 8 pagi.

Ketua Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Azman Abu Bakar yang dihubungi Berita Harian semalam, berkata siasatan itu bagi mencari punca kematian dua bayi berkenaan sementara menunggu laporan penuh bedah siasat Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Kita mengkaji segala kemungkinan, termasuk jangkitan kuman dan turut memeriksa kesihatan pemilik, petugas pusat asuhan serta ibu bapa bayi berkenaan.

"Petugas kita sudah mengambil beberapa sampel untuk dikaji dan mengumpul segala maklumat melalui pemantauan yang dilakukan kerana kita bimbang kemungkinan wujud kuman yang boleh menjadi punca kematian dua bayi berkenaan," katanya.

Azman berkata, kes dua kematian dalam tempoh beberapa minit dari satu pusat penjagaan adalah sesuatu yang pelik dan kajian terperinci perlu dilakukan.

"Pemeriksaan turut dilakukan di sebuah pusat asuhan lain terletak berhampiran," katanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata polis masih menunggu laporan bedah siasat dua bayi berkenaan sebelum mengambil tindakan susulan.

"Kita akan siasat selepas dapat laporan lengkap," katanya, semalam.

***************

'Anak saya lemah, kurang menangis'

KUALA LUMPUR: "Selalunya dia kuat menangis terutama kalau mahu menyusu, tapi sejak Isnin lalu perangainya berubah. Dia kurang menangis dan tidak aktif seperti biasa," kata Mohd Faizal Jaafar, 32, bapa Muzaffar, bayi tiga bulan yang meninggal ketika dalam jagaan sebuah pusat asuhan di Taman Permata, Ampang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, Muzaffar dan seorang lagi bayi tujuh bulan, Arif Amsyar Ruhi Budiman, meninggal dunia di pusat asuhan itu.

Mohd Faizal berkata, dia dan isterinya, Rohana Ahmad, 27, perasan anaknya kelihatan seperti lemah dan tidak bermaya tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

"Isnin lalu, ibu saya membantu mengambil Muzaffar dari pusat asuhan berkenaan jam 6.30 petang kerana kebetulan isteri terpaksa menghadiri majlis makan malam.

"Selepas pulang dari kerja sekitar jam 7.30 malam, saya cuba mengusik dan menciumnya ketika sedang tidur dan kebiasaannya dia akan menangis. Namun, perangainya berbeza kerana dia tidak menangis atau merengek," katanya ketika ditemui di kediamannya, di AU5, Ampang, di sini, semalam.

Mohd Faizal yang bertugas sebagai pengurus projek di sebuah syarikat swasta di Subang Jaya berkata, beliau menghantar Muzaffar ke pusat asuhan berkenaan lebih sebulan lalu selepas isterinya habis pantang dan mula bekerja.

Jenazah Muzaffar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Lembah Keramat, AU5, di sini, pagi semalam, manakala Arif Amsyar di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang jam 9 pagi semalam.

Ruhi Budiman, 35, berkata pihak hospital memaklumkan kematian anaknya, yang juga anak bongsu daripada tiga beradik itu bukan disebabkan tersedak susu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Usahspekulasikematianbayi_Liow/Article