Ahad, 22 Januari 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


UMNO Felda Jenderak Utara lebih bertemaddun dari UMNO Felda Jenderak Selatan

Posted: 22 Jan 2012 02:59 PM PST

YB Nurul Izzah Anwar akan berceramah di Felda Jenderak Utara pada 28hb Januari 2012 jam 8.45 malam di Markaz PAS Felda Jenderak Utara
Selain dari banner-banner yang dipasang, poster seperti ini juga turut dipasang
Petugas-petugas parti berhenti rehat setelah memasang poster-poster di Felda Jenderak Utara dan sebentar lagi akan memasang pula poster-poster di Felda Jenderak Selatan


Setiap dari petugas-petugas ini memang letih kerana mereka kembali dari Seremban menghadiri Majlis Penubuhan Biro (Wanita) Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR yang dirasmikan oleh YB Zuraida Kamaruddin semalam.

Dan pagi ini mereka melakukan pula kerja-kerja untuk memasang poster dan banner. Memang letih, tetapi mereka terus bersemangat memikul tanggungjawab, demi perjuangan dan demi rakyat.

Penduduk Felda Jenderak Utara memberikan sokongan yang baik kepada petugas-petugas PKR kerana di lorong-lorong tertentu mereka tampil membantu memasang poster, dan ramai dari kalangan anggota UMNO yang memberikan galakan dan ada yang berkata: "Saya ni ahli UMNO, tetapi kehidupan kami di Rancangan Felda ni dah teruk sangat, pandai-pandailah kami membuat perhetungan semasa Pilihanraya nanti."

Ada yang menawarkan kami membonceng motosikal mereka untuk menampal poster itu dan rata-rata penduduk yang kami temui memberikan kerjasama yang baik.

Ini berbeza sedikit dengan di Felda Jenderak Selatan. Ada segelintir dari kalangan GPW menjerit-jerit menghalau kami dan tidak membenarkan kami memasang poster. Kami tidak hiraukan, dan kami (wanita) cuba pergi menghulurkan salam, tetapi terpancut mereka meluru masuk ke rumah, tetapi apabila kami berjauhan sedikit, dia menjerit kembali. Inilah pengajaran moral yang mereka terima dari pimpinan UMNO.

Setelah siap memasang poster-poster di Felda Jenderak Selatan, saya mengambil peluang untuk melihat pula poster-poster yang dipasang itu, wah...wah... dah ada yang dikoyak, tak sampai setengah jam dah dikoyakkan. Inilah temaddun lanun yang masih tertanam di jiwa penyokong-penyokong UMNO itu!

Tidak mengapa, kami akan ulangi menampal poster di Felda Jenderak Selatan, dan adakah perlu kami tunggu dengan lastik?

Tindakan segelintir penyokong-penyokong UMNO itu diulas sendiri oleh orang-orang UMNO di Felda Jenderak Selatan, saya kenal mereka semua, dan ada yang mengatakan: "Memalukan betul perbuatan mereka itu."

Pagi ini petugas-petugas PKR akan menampal poster ke seluruh Kawasan DUN Jenderak, dan Insya Allah dengan tenaga yang ramai kami akan sempurnakan tugas itu sebelum jam 3.00 petang.


Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR pikul amanah perjuangan

Posted: 22 Jan 2012 02:36 PM PST

Pimpinan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal (Wanita) PKR Pusat yang dipilih pada 21.1.12 didalam Perjumpaan yang dirasmikan oleh YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR di Pejabat PKR Negeri Sembilan di Seremban.
Perwakilan Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal dari Cabang-Cabang
Pimpinan yang dipilih diketuai oleh Pn Siti Khalijah Hj Mohammed dari Johor
Bob Manolan membentangkan deraf cadangan Manifesto Orang Asal
YB Rashid, ADUN Ampangan mengalu-alukan kehadiran perwakilan wanita dari Cabang-Cabang
Pengundian sedang dijalankaSn
Suasana selepas pengundian dijalankan
YB Zuraida Kamaruddin merasmikan Perjumpaan
Pengerusi Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Pn Siti Khalijah Hj Mohammed
Siti Khalijah diapit oleh Timbalannya, Fadhillah Noraini bte Dato Talib dan Sdr Sabaruddin, Setiausaha PKR Negeri Sembilan
Fatimah Bahsin, AJK Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal bergambar dengan Kak Hendon
Nor @ Tasa, AJK (Wanita) Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR bergambar dengan Kak Hendon
Fatimah Bah Sin
Nyah Kasim, AJK (Wanita) Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR

Tiada ulasan: