Ahad, 22 Januari 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bekas pengacara Bintang RTM dijangkiti kuman dalam darah, kencing tikus

Posted: 21 Jan 2012 03:38 PM PST

Izwan Pilus meninggal dunia

zaidim@bharian.com.my

2012/01/21



Izwan Pilus

Bekas pengacara Bintang RTM dijangkiti kuman dalam darah, kencing tikus

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara, Khairil Izwan Pilus atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus, 32, meninggal dunia di Hospital Ampang, di sini, petang semalam, berikutan jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus.

Bekas pengacara Bintang RTM itu menghembuskan nafas terakhir di hadapan keluarga dan rakan baik kira-kira jam 6.15 petang. Anak kedua daripada empat beradik itu dimasukkan ke hospital disebabkan demam kuning, kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.

Awal Disember lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak dan ditahan di wad selepas mengadu demam panas, manakala adiknya, Aril AF7 turut dimasukkan ke wad sama akibat demam denggi.

Jenazahnya dibawa pulang ke kampungnya di Jasin, Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang, Gubah, Jasin, kira-kira jam 9 pagi hari ini.

Allahyarham mula dikenali dalam industri hiburan tanah air selepas menjadi finalis Bintang RTM 2004 dan pernah muncul dengan album Indah Lelapku pada 2005. Beliau juga pernah menjadi finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 dan finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IzwanPilusmeninggaldunia/Article

Friday January 20, 2012 MYT 10:24:00 PM

Singer Izwan Pilus dies of blood infection

KUALA LUMPUR: Singer and television host Izwan Pilus died of blood infection at the Ampang Hospital here Friday. He was 33.

Izwan or Khairil Izwan Pilus passed away at 6.15pm, said his younger brother, Khairil Azam or Aril, an Akademi Fantasia 7 participant, on his Twitter account.

The manager of the late Izwan, Shaiful Shazwan, said the singer was admitted to the hospital at 12.30am after experiencing shortness of breath.

"The situation became critical in the afternoon before he passed away," said Shaiful when contacted.

Izwan remains will be taken to his family home in Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka for burial at the Kampung Pelembang Muslim Cemetery in Gubah, Jasin.

A 2004 Bintang RTM finalist, Izwan cut an album entitled Erti Kasih in 2006 and became popular with the rendition of Kembali Senyum, the Malay version of a song in a South Korean drama, Full House.

In December last year, Izwan, who was the second in the family, and Aril were admitted to the Pusrawi Hospital after a bout of high fever. - Bernama

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/1/20/nation/20120120223831&sec=nation

Usah spekulasi kematian bayi: Liow

bhnews@bharian.com.my

2012/01/21




BEBERAPA pegawai kesihatan membuat pemeriksaan di pusat asuhan yang dipercayai lokasi kejadian dua bayi lelaki maut di Taman Permata, Ampang, semalam.

Kementerian jalankan siasatan terperinci, bimbang kuman punca maut di pusat asuhan

KUALA LUMPUR: Satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian dua bayi lelaki, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan dan Arif Amsyar Ruhi Budiman, tujuh bulan, di sebuah pusat asuhan di Taman Permata, Ampang, kelmarin dan laporan hasil siasatan itu akan diumumkan kepada orang ramai selepas diterima Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sehubungan itu, Tiong Lai meminta orang ramai tidak panik dan pihaknya akan memastikan kematian berkenaan bukan disebabkan sebarang wabak.

"Kita akan melihat sama ada kematian ini disebabkan jangkitan bakteria atau sebab lain. Saya juga berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia perkara serius," katanya selepas merasmikan Loji Pendobian Bukit Beruntung, Faber Medi-Serve Sdn Bhd di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, semalam.

Sementara itu, pemilik pusat asuhan berkenaan diarah memberhentikan operasinya buat sementara oleh Jabatan Kesihatan Selangor bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan di premis berkenaan.

Sepasukan lebih 15 pegawai dan pakar kesihatan awam dan persekitaran;

kakitangan pelbagai unit, Pejabat Kesihatan Gombak melakukan pemeriksaan ke atas premis berkenaan seawal jam 8 pagi.

Ketua Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Azman Abu Bakar yang dihubungi Berita Harian semalam, berkata siasatan itu bagi mencari punca kematian dua bayi berkenaan sementara menunggu laporan penuh bedah siasat Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Kita mengkaji segala kemungkinan, termasuk jangkitan kuman dan turut memeriksa kesihatan pemilik, petugas pusat asuhan serta ibu bapa bayi berkenaan.

"Petugas kita sudah mengambil beberapa sampel untuk dikaji dan mengumpul segala maklumat melalui pemantauan yang dilakukan kerana kita bimbang kemungkinan wujud kuman yang boleh menjadi punca kematian dua bayi berkenaan," katanya.

Azman berkata, kes dua kematian dalam tempoh beberapa minit dari satu pusat penjagaan adalah sesuatu yang pelik dan kajian terperinci perlu dilakukan.

"Pemeriksaan turut dilakukan di sebuah pusat asuhan lain terletak berhampiran," katanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata polis masih menunggu laporan bedah siasat dua bayi berkenaan sebelum mengambil tindakan susulan.

"Kita akan siasat selepas dapat laporan lengkap," katanya, semalam.

***************

'Anak saya lemah, kurang menangis'

KUALA LUMPUR: "Selalunya dia kuat menangis terutama kalau mahu menyusu, tapi sejak Isnin lalu perangainya berubah. Dia kurang menangis dan tidak aktif seperti biasa," kata Mohd Faizal Jaafar, 32, bapa Muzaffar, bayi tiga bulan yang meninggal ketika dalam jagaan sebuah pusat asuhan di Taman Permata, Ampang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, Muzaffar dan seorang lagi bayi tujuh bulan, Arif Amsyar Ruhi Budiman, meninggal dunia di pusat asuhan itu.

Mohd Faizal berkata, dia dan isterinya, Rohana Ahmad, 27, perasan anaknya kelihatan seperti lemah dan tidak bermaya tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

"Isnin lalu, ibu saya membantu mengambil Muzaffar dari pusat asuhan berkenaan jam 6.30 petang kerana kebetulan isteri terpaksa menghadiri majlis makan malam.

"Selepas pulang dari kerja sekitar jam 7.30 malam, saya cuba mengusik dan menciumnya ketika sedang tidur dan kebiasaannya dia akan menangis. Namun, perangainya berbeza kerana dia tidak menangis atau merengek," katanya ketika ditemui di kediamannya, di AU5, Ampang, di sini, semalam.

Mohd Faizal yang bertugas sebagai pengurus projek di sebuah syarikat swasta di Subang Jaya berkata, beliau menghantar Muzaffar ke pusat asuhan berkenaan lebih sebulan lalu selepas isterinya habis pantang dan mula bekerja.

Jenazah Muzaffar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Lembah Keramat, AU5, di sini, pagi semalam, manakala Arif Amsyar di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang jam 9 pagi semalam.

Ruhi Budiman, 35, berkata pihak hospital memaklumkan kematian anaknya, yang juga anak bongsu daripada tiga beradik itu bukan disebabkan tersedak susu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Usahspekulasikematianbayi_Liow/Article

Tiada ulasan: