The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 23 Jan 2012 08:45 PM PST Inilah suasana semasa disempurnakan perjumpaan Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal pada 21hb Januari 2012 di Pejabat PKR Negeri Sembilan, Jalan Tampin, Seremban. Tahniah kepada Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal dan setinggi ucapan terima kasih kepada PKR Negeri Sembilan yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik, dan terima kasih kepada YB Zuraida yang merasmikan perjumpaan tersebut. |
Posted: 23 Jan 2012 08:35 PM PST Inilah tenaga yang komited menyempurnakan aktiviti PKR Cabang Kuala Krau. Seluas DUN Jenderak, kami selesai penampalan poster dan pengedaran rumah ke rumah didalam tempoh 3 hari. Kerja-kerja ini meletihkan, tetapi menyeronokkan. Pengalaman kami yang berbagai semasa menjalankan tugas. Majoriti penduduk mengalu-alukan kerja-kerja kami walaupun sesetengahnya adalah terdiri daripada ahli-ahli parti lawan, tetapi mereka turut kagum dengan kesungguhan kami. Namun ada juga seorang berdua yang mengambil sikap permusuhan yang melampau. Pengalaman kami di Felda Jenderak Selatan, seorang Wanita veteran menyorak-nyorak kami setelah kami berlalu jauh dari rumahnya, tetapi apabila kami cuba menghampiri semula rumahnya, beliau meluru masuk rumah. Di Kg Kuala Mai, seorang ahli UMNO menaiki motosikal, dengan ganasnya mengoyakkan poster yang kami pasang, dan apabila kami mahu pasang semula, dia dengan bongkaknya mengatakan kepada kami supaya tidak memasang di sebatang pokok di tepi jalan. Dan beliau mengatakan bahawa beliaulah orangnya yang mengoyakkan poster-poster itu. Hanya dengan menyatakan bahawa kami kenal dia, dan tahu rumahnya, dan jika poster-poster ini dikoyakkan lagi, kami tidak teragak-agak akan melawat beliau di rumah beliau. Orang UMNO yang pakai baju merah dengan cop UMNO ini terus balik ke rumahnya dan sebentar selepas itu dia keluar dengan kereta, dan saya lambai tangan saya kepadanya, dan dia pun turut lambai tangannya kepada saya. Kami tidak bermusuh dengan dia, bahkan kalau tengok dari segi kehidupannya, dia bukanlah mempunyai kedudukan yang baik sangat dalam masyarakat Kuala Mai itu kerana beliau juga memakai van yang sudah usang! Kalau turun padang, maka inilah yang sentiasa kita jumpa. Pemimpin yang tidak turun padang, tidak akan bertemu dengan kejadian sebegini. Lihat gambar diatas tu, inilah diantara kerja-kerja kami selain mengedarkan risalah rumah ke rumah. |
Posted: 23 Jan 2012 08:10 PM PST Pn Siti Khalijah binti Haji Mohammed, Pengerusi Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, kini dilantik oleh YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Pusat didalam Jawatankuasa Wanita MPP Pusat. Diumumkan semasa YB Zuraida merasmikan Perjumpaan Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal. Ketika di Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar, Kedah, Siti telah memukau pemerhati dan perwakilan dengan pendedahan-pendedahan yang berlaku kepada Felda Cahaya Baru di Johor bagaimana peneroka-peneroka telah ditipu kononnya untuk menjadi jutawan dan akhirnya menjadi jutawan fakir. Bergerak bersama-sama Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, Siti Khalijah akan membawa jawatankuasanya ke seluruh rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal didalam misi perjuangan membela nasib peneroka-peneroka Felda dan Generasi Baru Felda dan Orang Asal. |
Posted: 23 Jan 2012 08:00 PM PST Tidak syak lagi, inilah wajah seorang pemimpin wanita yang hebat. Tidak syak lagi, wanita ini akan menerajui Malaysia. Beliau dilahirkan didalam keluarga politik. Beliau melihat/merasa kesenangan apabila ayahnya menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau melihat/merasa kesusahan apabila ayahnya dipenjarakan, ayahnya dihina dan diaiibkan. Beliau dibesarkan dengan pengalaman yang pahit/manis. Beliau adalah puteri Reformasi dan beliau adalah pejuang rakyat. Inilah Perdana Menteri Malaysia masa depan! |
Posted: 23 Jan 2012 07:51 PM PST Inilah jalan di Kg Seboi, sebuah perkampongan Orang Asal di Kuala Krau, mengikut kata Bakar Panjang, Ketua PKR Ranting Kg Seboi, beliau pernah memohon supaya jalan ini diperbaiki semasa beliau berada dalam UMNO dulu lagi, tapi sejak bertahun-tahun jalan ini tetap tidak diperbaiki. Macam mana nak sokong UMNO, Kerajaan UMNO langsung tidak memperdulikan kedudukan Orang Asal. "Ini isu jalan, lihat pula padang bola, macam kubang kerbau, lihat pula kehidupan orang kampong ni, dhaif, miskin dan langsung tidak diperdulikan oleh Kerajaan UMNO/BN; nak jadi Negara maju, dan rakyat berpendapatan tinggi; itu hanyalah dongengan bagi kami penduduk Orang Asal ni. Sebab itu kami mahu berubah menyokong Pakatan Rakyat kali ini." |
Posted: 23 Jan 2012 05:36 PM PST |
"Letak Jawatan" bukanlah perkara mainan! Posted: 23 Jan 2012 03:56 PM PST Letak jawatan bukanlah perkara mainan. Setentunya letak jawatan itu menjadi agenda yang terakhir bukan setiap kali buka mulut kerana tidak bersetuju dengan sesuatu maka hemburan bahasanya ialah letak jawatan. Didalam Parti, MATC adalah kemuncak kepada aktiviti tahunan di peringkat Cabang. Semua anggota yang aktif dan sayang parti akan hadir MATC melainkan berlaku kematian, kemalangan dan lain-lain perkara yang menghalang kehadiran. Apabila seseorang ahli itu tidak hadir MATC, tetapi namanya masih dinaikkan sebagai pemerhati kepada Kongres Nasional mewakili Cabang, ahli itu sewajarnya bersyukur. Apa tah lagi jika ketidakhadirannya mempunyai agenda supaya MATC Cabang itu gagal dan hasratnya itu dinyatakan kepada seorang AJK yang lain. Menyaksikan bahawa namanya tidak tersenarai sebagai perwakilan di Kongres, dia terus mengamuk walhal namanya terselit di senarai Pemerhati. Dia enggan menerima hakikat bahawa dia bukan seorang perwakilan tetapi seorang pemerhati. Walaupun dipujuk oleh rakan-rakan dan sekretariat Kongres, dia tetap menggunakan bahasa kasar, dan terus meninggalkan Kongres dan terus mengambil tindakan letak jawatan dari jawatannya didalam Cabang. Kita pujuk dia, dan akhirnya dia menarik balik perletakan jawatannya. Ini bukan kali pertama dia letak jawatan, setiap kali ada perbedaan pendapat dengan mana-mana AJK Cabang, dia letak jawatan. 2 hari lepas, dia juga letak jawatan kerana isu yang amat remeh-temeh. Seroang AJK tidak sempat mengambilnya dirumah dan tak sempat juga mengambilnya di Kuala Krau, kerana AJK itu sudah terlewat sangat untuk menjalankan tugas di Felda Jenderak Utara. Dia terus mengamuk, dan letak jawatan. Dipujuk oleh rakan-rakan yang lain, akhirnya dia datang bertugas di Felda Jenderak Selatan, tapi dengan hati yang luka; dia memberitahu kepada seorang AJK yang lain, dia letak jawatan. Pagi semalam, saya ajak dia bertugas di Kuala Krau, dan dia datang. Sesampai saya ke Pejabat PKR saya lihat Setiausaha Cabang sedang mengeluarkan air mata, dan menunjukkan kepada saya hantaran fb dari si dia yang menggunakan bahasa paling kasar seperti: "Saya bukan kuli batak awak..." kerana Setiausaha itu menghantar sms kepada semua AJK untuk turun padang, bukan hanya kepada dia, dan hantaran sms itu berlaku pada lewat malam. Apabila dia sampai ke Pejabat PKR dia terus meninggikan suara, dan saya mengambil peluang untuk menenangkan dirinya, dan berkata: "Kita sesama ahli ni, kalau kita menegur, biarlah dengan teguran yang berhemah, kita bukan bermusuh." Dia terus melenting, dan dengan suara yang kasar dan kuat sehingga ramai orang di luar Pejabat terpinga-pinga kerana perayaan Tahun Baru Cina, orang cukup ramai di luar Pejabat; dia terus berkata: "Aku letak jawatan," dan terus menengking-nengking; dan tak lama lepas itu, dia (melalui anaknya, kerana dikatakan dia tidak tahu menulis dan membaca) menghantar fb dan mengatakan bahawa saya pilih kasih dan dia letak jawatan. Cukuplah kita melayan kerenahnya, dan kalau itu yang dia mahu, iaitu dia mahu letak jawatan, maka saya tidaklah menghalangnya, dan saya selaku Ketua Cabang menerima perletakan jawatan itu. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan