Zulkifli Noordin |
| You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Zulkifli Noordin |
| You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Anwar Ibrahim |
| Talking about Egypt and Asia on CNN Posted: 09 Feb 2011 12:06 PM PST |
| You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Angkatan Muda Keadilan Melaka |
| Forum Bicara Rakyat: Buku Jingga Posted: 09 Feb 2011 07:01 AM PST |
| You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Melaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Anak Muda Kampung Nak Senang |
| Pelancaran Kempen Bantah Saman Ekor 16 Feb 2011 Posted: 09 Feb 2011 12:40 AM PST ![]() MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BANTAH SWASTA SAMAN EKOR Tarikh : 16 Februari 2011 Masa : 9 mlm Tempat : Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves, Selangor Penceramah : 1. YB Dato' Seri Anwar Ibarhim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia 2. YB Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS/ Ahli Parlimen Pokok Sena / Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (KASE) 3. YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR/ Ahli Parlimen Gombak 4. YB Dato' Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor/ Exco Kerajaan Selangor 5. Ustaz Salahuddin Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak SEMUA DIJEMPUT HADIR. Anjuran Bersama JK KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE), Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) PAS Pusat dan PAS Kawasan Gombak (Dewan Pemuda) Dapatkan Banner dan Poster Program di Blog Timbalan Penegrusi JK Kempen Anti Saman Ekor (KASE) merangkap ADUN Paroi N.Sembilan , YB Hj Mohamad Taufek di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/02/pelancaran-bantah-saman-ekor-16-feb.html |
| Timb Ketua Menteri Penang di Seremban 11 Feb 2011 Posted: 08 Feb 2011 03:54 PM PST CERAMAH UMUM PR Bersama : Y.B Dato Dr Mansor Othman, TKM 1 Pulau Pinang Y.B Yusmadi Yusof, MP Balik Pulau Sdr Sanny Hamzan, Exco Pemuda PAS Pusat Pada 11 Februari 2011, JUMAAT Jam 9 malam Di Taman Bukti Setia, Ampangan, Seremban (Bersebelahan Gelangang Silat Cekak) Hadir beramai2.... Sumber http://wartawansukarela.blogspot.com/2011/02/ceramah-penjelasan-isu-melayu-pulau.html |
| You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
| Pelantikan Isa Samad buruk untuk pasaran Posted: 09 Feb 2011 12:11 AM PST Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. ![]() "Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah," katanya. Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera. Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran. Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005. "Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda," kata Zainal Aznam. Menurutnya, pembaharuan sebenar hanya boleh dicapai jika ada pengharaman menyeluruh pelantikan ahli politik mengetuai GLC. "Kenapa tidak katakan sahaja ahli politik tidak boleh dilantik, tidak kira parti mana yang diwakili, atau sama ada awak adalah korup? "Rasuah berkait dengan kuasa, jadi andaian asas adalah (ahli politik) dilabel sebagai korup," katanya sambil menambah pelantikan Isa satu tamparan kepada reputasi baik Felda di kalangan negara-negara membangun. |
| You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
BULETIN RAKYAT |
| TIADA BEKALAN ELEKTRIK SEJAK 5 TAHUN - ORG ASLI KUALA KUBU BHARU Posted: 09 Feb 2011 05:44 AM PST KUALA KUBU BHARU - "Kami sudah hilang sabar!" demikian keluhan Tok Batin, Hassan Polis, 54, bersama penduduk Orang Asli, Kampung Kolam Air di sini berikutan masalah ketiadaan bekalan elektrik yang dialami sejak lima tahun lalu. Menurutnya, selama ini, lapan keluarga di perkampungan tersebut hanya bergantung dengan pelita, lilin dan sesekali cahaya unggun api untuk melakukan kerja rumah termasuk apabila menguruskan persiapan anak-anak ke sekolah di waktu pagi. Bagaimanapun, mereka terpaksa bergelap sekiranya perbelanjaan untuk membeli lilin dan minyak gas habis digunakan untuk membeli keperluan harian. "Tetapi, walaupun kami marah dengan keadaan seperti ini, kami masih menghormati undang-undang kerana apa yang mahu hanyalah penyelesaian. "Kami sedar kami hanya penduduk minoriti tetapi, kami ada hak seperti mana disuarakan kebanyakan pemimpin yang mahu membela nasib kami," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam. Hassan berkata, sejak 2006 mereka dijanjikan kemudahan bekalan elektrik sebaik rumah penduduk yang dibina menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) siap sepenuhnya di kampung mereka. Hassan bagaimanapun kesal kerana walaupun rumah berkenaan siap, namun bekalan elektrik yang dijanjikan tidak disambung. "Dua, tiga tahun kami masih boleh sabar, tapi ini sudah lima tahun kami menunggu dengan pelbagai janji dan alasan diberikan. "Tetapi, sehingga ke hari ini kami tetap bergelap dan masih bergantung kepada lilin dan pelita sedangkan orang lain sudah menikmati kemudahan asas ini," katanya. Menurutnya, jika dilihat pada jarak perkampungan mereka dengan bandar yang hanya memakan masa lima minit atau lebih kurang 1.5 kilometer, tidaklah sukar untuk menyalurkan bekalan elektrik. Katanya, perkara itu juga tidak mungkin menjadi faktor penghalang kerana tiang lampu dan kabel telah pun dipasang pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB). Bagaimanapun, beliau hairan mengapa kemudahan itu masih belum disambungkan ke perumahan mereka. Apabila ditanya pernahkah aduan dibuat kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), beliau berkata, mereka pun ada maruah dan tidak sepatutnya mereka dibiarkan turun naik ke pejabat JHEOA daerah untuk kemukakan perkara sama. "Rasanya sudah bertimbun surat kami di pejabat JHEOA. Dan orang pejabat pun sudah muak dengan muka kami yang terlalu kerap ke sana. "Jadi, kami rasa amat kecewa dengan masalah yang tidak berkesudahan ini sehingga membebankan kami semua," katanya. Sementara itu, Johari Buyung, 34, berkata, mereka pernah usahakan untuk memanjangkan aduan kepada wakil rakyat, namun mendakwa ditegah pegawai JHEOA kerana tidak mahu menanggung malu. Johari berkata, mereka hanya dinasihatkan supaya bersabar dan menunggu sehingga peruntukan disalurkan. "Sebab itu, kami tidak pernah menulis surat kepada wakil rakyat kawasan ini. "Kami sebelum ini mencadangkan supaya biarlah kami yang tanggung kos pemasangan meter sekiranya JHEOA menghadapi masalah berkaitan hal ini. "Tetapi, pegawai yang kami temui menegah kerana jabatan tidak sanggup menanggung malu," katanya. Johari berkata, disebabkan sekatan itu, penduduk terpaksa menanggung beban dan berdepan dengan pelbagai masalah. Suri rumah, Bangsi Soya, 43, pula berkata, ketiadaan bekalan elektrik sememangnya mengundang banyak masalah terutama ketika menyediakan makan malam, masalah anak-anak mengulang kaji pelajaran dan ketika mengurus persiapan anak-anak ke sekolah. Menurutnya, sering kali mereka terpaksa menggunakan unggun api untuk membuat kerja rumah atau menunggu siang untuk menyiapkan dan menghantar anak ke sekolah. "Kalau sudah tiada lilin atau pelita, terpaksa meraba-raba dalam gelap. Bagi yang ada lampu suluh mungkin mudah, tetapi semua itu perlukan wang untuk bateri termasuk membeli minyak untuk pelita. "Kampung kami juga gelap kerana sepanjang jalan tiada lampu. Kami juga bimbang apabila mahu menghantar anak ke sekolah sebab jalan gelap. "Paling merisaukan yang berjalan kaki kerana bila sudah tiada minyak untuk mengisi tangki motor, kami terpaksa berjalan kaki keluar," katanya. Bangsi berkata, kebanyakan penduduk yang bergantung kepada hasil jualan buah Jering dan Petai atau sesekali dapat kontrak potong rumput, tidak mampu membeli bekalan minyak. Namun katanya, penduduk perlukan cahaya di waktu malam sehingga terpaksa membeli diesel yang jauh lebih murah berbanding minyak gas mahupun petrol. Selain itu sebuah lagi perkampungan Orang Asli, iaitu Kampung Buluh Telor turut berdepan masalah sama. Difahamkan, lebih 40 penduduknya mengalami masalah serupa sejak bertahun lamanya. Dalam pada itu, Pegawai JHEOA Daerah Hulu Selangor, Zainal Abidin Mat ketika dihubungi mengesahkan mengenai masalah dihadapi penduduk di kedua-dua kampung terbabit. Beliau bagaimanapun, bersedia memberi maklumbalas pada petang ini memandangkan terpaksa menghadiri pertemuan bersama Pengarah JHEOA di Shah Alam, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun ketika dihubungi melahirkan kekecewaannya berhubung dakwaan wujud sekatan ketika penduduk mahu mengemukakan aduan kepadanya. Bagaimanapun, beliau bersedia membantu penduduk menyelesaikan masalah tersebut. "Saya terkejut apabila dimaklumkan ada sekatan daripada pegawai JHEOA untuk membuat aduan kepada saya. "Perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana JHEOA perlu mengutamakan hak rakyat daripada takut menanggung malu," katanya. Menurutnya, beliau menerima aduan penduduk Kampung Buluh Telor dan masalah mereka adalah tidak mampu mengemukakan deposit untuk pemasangan meter elektrik. "Tetapi, saya bersedia menyalurkan sumbangan bagi pemasangan meter sekiranya maklumat lengkap diberikan JHEOA mengenai jumlah keperluan itu. "Tetapi, sehingga kini saya belum menerima sebarang maklumat dan tidak menyangka perkara ini yang berlaku," katanya. |
| PENDAFTARAN AWAL PESERTA PROGRAM TUISYEN DI PUSAT TUISYEN RAKYAT(PTRS) DUN BATANG KALI Posted: 08 Feb 2011 08:23 PM PST Beliau berkata, program PTRS yang sudah masuk tahun ketiga itu diadakan bertujuan membantu rakyat terutamanya pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik mereka. Katanya, program itu juga adalah salah satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan bertujuan membela nasib pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar DUN Batang Kali khususnya dan Parlimen Hulu Selangor amnya. Semua guru-guru yang mengajar subjek berkenaan juga adalah guru yang dipilih khas dan berpenggalaman," katanya lagi. Dalam program ini, diharapkan pelajar akan mendapat pelbagai manfaat kerana ia menyediakan sesi pembelajaran secara percuma melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas dijanka bermula mulai 6 Mac akan datang. Semua perbelanjaan tuisyen adalah ditanggung oleh kerajaan negeri di bawah potfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali. |
| You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG |
| NIKMAT SEKS-KETUA UMNO PUCHONG Posted: 08 Feb 2011 08:37 PM PST Assalamualaikum wr wb, Nor Aishah Binti Samah, Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science. Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun. Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan". Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa" Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang. Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini. Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242. Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli Yang Benar |
| You are subscribed to email updates from ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KEDAH online |
| Menteri Cikai...saman blog nyamuk? Posted: 09 Feb 2011 02:03 AM PST |
| Lebih 20 Adun Dan MP Kelantan Perlu Berundur PRU13 Nanti??? Posted: 08 Feb 2011 03:49 PM PST |
| Pajudin dakwa ‘nasib’ PKR Sabah PRU 2008 berulang Posted: 08 Feb 2011 03:28 PM PST |
| You are subscribed to email updates from KEDAH online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak |
| Posted: 09 Feb 2011 12:23 AM PST Siti Aishah bakal berceramah di Kg Matang Gelugor,Matang pada 20/2/2010.Jom Saksikan kehebatan anak gadis berceramah. |
| Posted: 08 Feb 2011 05:59 AM PST |
| You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang |
| Posted: 08 Feb 2011 07:49 PM PST Pakatan Selangor's support for Suhaimi is principled and correct 8th February 2011 Comments made by Kedah Gerakan Youth Chief Tan Keng Liang and so-called "Gaps" Chairperson Hamidzun Khairuddin (see Malaysiakini 7.2.11) objecting to the PR Selangor government commitment to pay lawyers to defend PKR Seri Muda ADUN Suhaimi Shafiei in his sedition prosecution only show their lack of understanding on the duty of the state to ensure access to justice. The most obvious reason for the Selangor government to give him financial support is the fact Suhaimi, a PR member of the Selangor State Assembly, is now facing a politically motivated prosecution under a draconian law initiated in colonial times to stifle free speech. On that score alone, PR Selangor, as a government advocating for a full democracy,would be duty bound to support his defence. In the same way, there could be no objection whatsoever to PR Selangor giving similar support if some of the persons arrested during the Selangor organised gathering to hand over a memorandum rakyat to the Agung on the water standoff in Selangor were prosecuted for unlawful assemblyunder the Police Act, another BN draconian creation. Likewise, if PR lawmakers in Selangor were suddenly arrested under the ISA (another draconian colonial creation) by the Federal Home Minister, there could be no objection whatsoever if PR Selangor weighed in with legal support for habeas corpus applications to secure their release. These are some examples to make the point Simply put, the PR Selangor government is correct in principle to put its money where its mouth is and in principled opposition to politically motivated criminal prosecutions using oppressive laws. The ignorant objectors we are hearing should appreciate that a civilised society goes even much further. Developed democracies all over the world put billions of dollars to fund legal aid systems and lawyers to defend their ordinary citizens facing criminal prosecutions for all sorts of ordinary criminal offences. This is to ensure a fundamental canon of justice – that access to justice is not denied because of a lack of means. Whenever matters of public interest are raised in court, these are also relevant considerations for the state to consider legal aid. It is high time that the BN Federal government realised that the 25 million ringgit currently used annually to fund our existing pitiful legal aid system needs to be expanded many times over. We should be spending much more per capita to fund a truly effective legal aid system particularly for persons arrested and remanded in police lockups. Countries like Australia, United Kingdom and Canada spend billions to deliver effective legal aid systems. Even after adjusting for the size of our GNP, our legal aid expenditure looks completely miserly and only serves to confirm our antipathy to a basic principle of justice. We should be spending hundreds on millions to ensure our citizens are ensure legal representation particularly for criminal prosecutions instead of spending billions buying military hardware of limited utility. It makes a mockery of the slogan "Rakyat didahulukan"! Whilst it is certainly not a responsibility of the state government under the Federal Constitution to provide full fledged legal aid systems which is afederal responsibility, it is my view that PR Selangor should consider initiating limited pilot public legal aid projects ( bearing in mind its limited resources ) to demonstrate PR's commitment to full-fledged legal aid systems under a future PR Federal government. Access to justice must always remain a cornerstone of any equitable and fair legal system. Sivarasa Rasiah, Member of Parliament for Subang Member of Political Bureau Parti Keadilan Rakyat |
| You are subscribed to email updates from R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
| PENEROKA-PENEROKA FELDA: TIDAK RUGI JIKA BERJUANG Posted: 08 Feb 2011 12:31 AM PST Didalam perjalanan saya ke Ranting-Ranting PKR didalam kawasan Parlimen Kuala Krau tetapi diluar kawasan DUN Jenderak pada hari ini, 8.2.11, saya telah bertemu dengan Sdr Mat Yee, Ketua PKR Ranting Matau, beliau memberitahu saya bahawa beliau terpaksa berehat sementara kerana menjaga ibunya yang diserang stroke dan kini berada di Hospital Jengka. Saya meneruskan perjalanan saya ke Felda Jengka 9, dan disana bertemu dengan Sdr Mat Zain Awang, (gambar kiri) Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Jengka 9. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Biro Felda PKR Pusat kerana usaha Biro memperjuangkan nasib Peneroka-Peneroka. Dengan perjuangan itu berbagai kemudahan telah diperolehi Peneroka-Peneroka Jengka 9. Diantara kemenangan yang telah diperolehi termasuklah peratusan perahan KPG yang sekarang ini telah naik hingga 20-21% dari 17-18% sebelum ini. Beliau juga menyatakan bahawa beliau dan 6 orang Peneroka yang lain yang selama ini dianak-tirikan dan tidak dibayar Dana Tanam Semula yang mereka carum, dengan tiba-tiba Pengawal Wilayah Jengka memperakukan agar mereka dibayar dan Pengawal Wilayah itu sendiri menghubungi Ibu Pejabat Felda untuk pembayaran itu. Sdr Mat Zain menyatakan bahawa tidak ada perkara dari buah sawit yang yang menjadi tidak berharga. Buah sawit ada harganya, tempurung sawit ada harganya, kernel ada harganya dan abu ada harganya. Tetapi peneroka-peneroka hanyalah menerima pendapatan dari buah sawit sahaja, manakala lain-lain pendapatan itu tidak dikembalikan kepada Peneroka-Peneroka. Tempurung sawit dijual dengan harga RM320.00 bagi setiap tan, manakala abu dijual dengan harga RM120.00 setiap tan. Beliau menyatakan bahawa "hanya orang buta saja yang menurunkan buah sawit muda dan membawa ke kilang", tidak ada peneroka-peneroka yang menurunkan buah sawit muda untuk dihantar ke kilang, tetapi beliau hairan kenapa Kilang Sawit Felda masih menolak sebahagian dari buah-buah yang dihantar ke kilang oleh peneroka-peneroka. "Dan buah-buah yang ditolak sebagai muda itu tidak dikembalikan kepada peneroka-peneroka manakala peneroka-peneroka dikenakan denda kerana kononnya membawa buah-buah muda,"kata Sdr Mat Zain, seorang pejuang membela nasib peneroka-peneroka Felda seangkata dengan Allahyarham Yusof Sukarno dari Felda Jengka 10 dan Haji Suhaimi Said sejak lebih 20 tahun lampau. Haji Suhaimi Said dan Yusof Sukarno telah menunjukkan jalan perjuangan, dan Sdr Mat Zain bergembira kerana Haji Suhaimi masih berjuang untuk peneroka-peneroka Felda hingga ke hari ini. Selepas berbincang dengan Sdr Mat Zain yang menyatakan bahawa ada tambahan lagi senarai peneroka-peneroka Felda yang mahu menyaman Felda kerana skandal peratusan perahan. Saya bertanya beliau bahawa kenapa beliau masih mahu menyaman Felda sedangkan Felda sudah pun menaikkan peratusan perahan, beliau menjawab mudah: "Kami telah ditipu sejak lebih 20 tahun lampau, kerugian kami setiap orang sudah melampaui RM40,000.00 dalam tempoh itu, dan jika Felda mahu rundingkan untuk membayar gantirugi, kami tidak akan meneruskan saman." Sdr Mat Zain menyatakan bahawa dimana Peneroka-Peneroka bersatu mahu mengambil tindakan kepada Felda, maka disitu, Felda cuba berlembut. "Bukan saja di Felda Jengka 9 Felda mahu menyelesaikan masalah pengembalian Dana Tanam Semula, bahkan sekita Kilang Sawit Jengka 3 pun sedang diusahakan oleh Felda untuk mengembalikan Dana Tanam Semula, tetapi di rancangan-rancangan lain, tidak ada apa-apa perkhabaran untuk mengembalikan Dana Tanam Semula kepada peneroka-peneroka." kata Mat Zain. "Kita bukan nak sangat saman Felda ni, tapi Felda kena berhati perutlah dengan Peneroka-Peneroka, jangan dok tindas kami!" Sdr Mat Zain mengeluarkan kata-kata dengan meninggikan suara. Selepas makan bersama dengan Mat Zain, saya meneruskan perjalanan saya ke Felda Jengka 22, berhajat nak berjumpa dengan Sdr Zulkifli Rahim, Ketua PKR Ranting Jengka 22, tetapi beliau berada di ladang, dan saya terus ke markas PKR Ranting Jengka 22, dan disana berjumpa dengan Sdr Rosli, AJK PKR Ranting disitu. Sdr Rosli meminta saya menguruskan Ceramah Politik di Felda Jengka 22 dan beliau berminat jika Sdr CheguBard dapat datang memberikan Ceramah. Saya berjanji untuk menjemput Sdr CheguBard dalam jangka terdekat, mungkin selepas PRK DUN Merlimau, dan saya menyerahkan poster-poster Ceramah PR di Felda Jenderak Utara untuk Ranting Felda Jengka 22 uruskan di Felda Jengka 21, 22, 23, 24 dan 25. Saya kembali semula ke Pejabat saya di Temerloh dan uruskan nama-nama pimpinan PKR dan PAS untuk dimasukkan kedalam Task Force Felda dan menghantarkan nama-nama itu kepada Sdr Brian, Pegawai Khas kepada YB Elizabeth Wong. Saya juga menerima pesanan sms dari Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat untuk mengajak penyokong PR ke Mahkamah Majisteret Bahau kerana seorang anggota PKR dari Felda Palong 9 dituduh mencederakan Pengurus Felda Palong 9. Esuk, Insya Allah, saya akan turun ke Mahkamah Majistret Bahau memberikan sokongan saya kepada rakan kita, Sdr Fazli Che Long, dari Felda Palong 9. |
| You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Suara Sri Andalas |
| Selangor Tidak Keluar Arahan Tutup Kuil Sivan Posted: 08 Feb 2011 01:00 AM PST PETALING JAYA 8 FEB: Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak pernah mengeluarkan arahan penutupan Kuil Sivan yang terletak di Bukit Gasing, Petaling Jaya. Tetapi ia adalah arahan daripada pihak pentadbiran kuil itu sendiri di sebabkan struktur tanah di situ tidak stabil. Bercakap kepada media selepas mesyuarat bersama antara pihak pentadbiran Kuil Sivan, wakil MBPJ dan kerajaan negeri, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata kesemua pihak sememangnya bekerjasama sejak awal lagi bagi menyelesaikan isu ini. "Macam mana pihak kuil telah kata, penutupan kuil ini bukanlah dari pihak kerajaan tetapi dari kuil itu sendiri sebab mereka nak jaga keselamatan penganut-penganut yang akan datang ke kawasan ini, tetapi (upacara) perayaan dan proses keagamaan diteruskan samada setiap hari atau tiga kali seminggu, ada orang-orang yang dipertanggungjawabkan telah lakukannya di dalam kuil itu," jelas Dr Xavier. Kata beliau, tindakan penutupan oleh pihak kuil didapati perlu memandangkan wujudnya unsur-unsur yang boleh membahayakan para pengunjung sekiranya dibuka kepada awam dan ini telah disahkan oleh agensi pemantau kesan alam sekitar, Ikram Engineering services Sdn Bhd yang dilantik oleh pihak kuil bagi memantau kesan pembinaan kuil tersebut terhadap kawasan persekitaran kuil. Beliau juga menjelaskan, kerajaan negeri dalam mesyuarat sebelumnya pada 28 Ogos 2009 telahpun bersetuju untuk mewartakan semula tanah tersebut kepada kuil dengan syarat pihak kuil mengambil tindakan membaik pulih dan menyelenggara kawasan cerun supaya berada dalam keadaan baik. "Saya minta kerjasama semua pihak, kita telah mulakan satu proses untuk menghabiskan pembinaan kuil ini, kuil itu akan siap dan akan ada disana. Tetapi prosesnya memang lambat," kata beliau lagi. Dr Xavier seterusnya menjelaskan, tanah tersebut pada masa ini terletak di dalam kawasan Lingkaran Hijau Lembah Klang maka tanah itu perlu dinyahwartakan daripada tanah hutan simpanan kerajaan. Kata beliau, hanya selepas itu, tanah tersebut boleh diwartakan semula oleh kerajaan negeri kepada samada pihak pentadbiran kuil ataupun atau atas nama kuil itu sendiri dan proses ini boleh memakan masa sehingga dua tahun. Katanya lagi, tindakan Penasihat Undang-undang Hindraf, P Uthayakumar dan Adun Kota Alam Shah, M Manoharan meminta kerajaan menyelesaikan isu pewartaan dalam masa 30 hari seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini hari ini langsung tidak masuk akal. "Dua-dua orang itu pun peguam, bukan orang baru, dia kena faham isu bila lawan, satu kes di mahkamah pun boleh jadi dua tahun, bukannya selesai dalam 30 hari," kata beliau lagi. Sumber: TVSNEWS |
| You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Zulkifli Noordin |
| You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |