Selasa, 8 Februari 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


PENEROKA-PENEROKA FELDA: TIDAK RUGI JIKA BERJUANG

Posted: 08 Feb 2011 12:31 AM PST



Didalam perjalanan saya ke Ranting-Ranting PKR didalam kawasan Parlimen Kuala Krau tetapi diluar kawasan DUN Jenderak pada hari ini, 8.2.11, saya telah bertemu dengan Sdr Mat Yee, Ketua PKR Ranting Matau, beliau memberitahu saya bahawa beliau terpaksa berehat sementara kerana menjaga ibunya yang diserang stroke dan kini berada di Hospital Jengka.
Saya meneruskan perjalanan saya ke Felda Jengka 9, dan disana bertemu dengan Sdr Mat Zain Awang, (gambar kiri) Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Jengka 9. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Biro Felda PKR Pusat kerana usaha Biro memperjuangkan nasib Peneroka-Peneroka. Dengan perjuangan itu berbagai kemudahan telah diperolehi Peneroka-Peneroka Jengka 9.
Diantara kemenangan yang telah diperolehi termasuklah peratusan perahan KPG yang sekarang ini telah naik hingga 20-21% dari 17-18% sebelum ini.
Beliau juga menyatakan bahawa beliau dan 6 orang Peneroka yang lain yang selama ini dianak-tirikan dan tidak dibayar Dana Tanam Semula yang mereka carum, dengan tiba-tiba Pengawal Wilayah Jengka memperakukan agar mereka dibayar dan Pengawal Wilayah itu sendiri menghubungi Ibu Pejabat Felda untuk pembayaran itu.
Sdr Mat Zain menyatakan bahawa tidak ada perkara dari buah sawit yang yang menjadi tidak berharga. Buah sawit ada harganya, tempurung sawit ada harganya, kernel ada harganya dan abu ada harganya. Tetapi peneroka-peneroka hanyalah menerima pendapatan dari buah sawit sahaja, manakala lain-lain pendapatan itu tidak dikembalikan kepada Peneroka-Peneroka.
Tempurung sawit dijual dengan harga RM320.00 bagi setiap tan, manakala abu dijual dengan harga RM120.00 setiap tan.
Beliau menyatakan bahawa "hanya orang buta saja yang menurunkan buah sawit muda dan membawa ke kilang", tidak ada peneroka-peneroka yang menurunkan buah sawit muda untuk dihantar ke kilang, tetapi beliau hairan kenapa Kilang Sawit Felda masih menolak sebahagian dari buah-buah yang dihantar ke kilang oleh peneroka-peneroka.
"Dan buah-buah yang ditolak sebagai muda itu tidak dikembalikan kepada peneroka-peneroka manakala peneroka-peneroka dikenakan denda kerana kononnya membawa buah-buah muda,"kata Sdr Mat Zain, seorang pejuang membela nasib peneroka-peneroka Felda seangkata dengan Allahyarham Yusof Sukarno dari Felda Jengka 10 dan Haji Suhaimi Said sejak lebih 20 tahun lampau.
Haji Suhaimi Said dan Yusof Sukarno telah menunjukkan jalan perjuangan, dan Sdr Mat Zain bergembira kerana Haji Suhaimi masih berjuang untuk peneroka-peneroka Felda hingga ke hari ini.
Selepas berbincang dengan Sdr Mat Zain yang menyatakan bahawa ada tambahan lagi senarai peneroka-peneroka Felda yang mahu menyaman Felda kerana skandal peratusan perahan.
Saya bertanya beliau bahawa kenapa beliau masih mahu menyaman Felda sedangkan Felda sudah pun menaikkan peratusan perahan, beliau menjawab mudah: "Kami telah ditipu sejak lebih 20 tahun lampau, kerugian kami setiap orang sudah melampaui RM40,000.00 dalam tempoh itu, dan jika Felda mahu rundingkan untuk membayar gantirugi, kami tidak akan meneruskan saman."
Sdr Mat Zain menyatakan bahawa dimana Peneroka-Peneroka bersatu mahu mengambil tindakan kepada Felda, maka disitu, Felda cuba berlembut. "Bukan saja di Felda Jengka 9 Felda mahu menyelesaikan masalah pengembalian Dana Tanam Semula, bahkan sekita Kilang Sawit Jengka 3 pun sedang diusahakan oleh Felda untuk mengembalikan Dana Tanam Semula, tetapi di rancangan-rancangan lain, tidak ada apa-apa perkhabaran untuk mengembalikan Dana Tanam Semula kepada peneroka-peneroka." kata Mat Zain.
"Kita bukan nak sangat saman Felda ni, tapi Felda kena berhati perutlah dengan Peneroka-Peneroka, jangan dok tindas kami!" Sdr Mat Zain mengeluarkan kata-kata dengan meninggikan suara.
Selepas makan bersama dengan Mat Zain, saya meneruskan perjalanan saya ke Felda Jengka 22, berhajat nak berjumpa dengan Sdr Zulkifli Rahim, Ketua PKR Ranting Jengka 22, tetapi beliau berada di ladang, dan saya terus ke markas PKR Ranting Jengka 22, dan disana berjumpa dengan Sdr Rosli, AJK PKR Ranting disitu.
Sdr Rosli meminta saya menguruskan Ceramah Politik di Felda Jengka 22 dan beliau berminat jika Sdr CheguBard dapat datang memberikan Ceramah. Saya berjanji untuk menjemput Sdr CheguBard dalam jangka terdekat, mungkin selepas PRK DUN Merlimau, dan saya menyerahkan poster-poster Ceramah PR di Felda Jenderak Utara untuk Ranting Felda Jengka 22 uruskan di Felda Jengka 21, 22, 23, 24 dan 25.
Saya kembali semula ke Pejabat saya di Temerloh dan uruskan nama-nama pimpinan PKR dan PAS untuk dimasukkan kedalam Task Force Felda dan menghantarkan nama-nama itu kepada Sdr Brian, Pegawai Khas kepada YB Elizabeth Wong.
Saya juga menerima pesanan sms dari Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat untuk mengajak penyokong PR ke Mahkamah Majisteret Bahau kerana seorang anggota PKR dari Felda Palong 9 dituduh mencederakan Pengurus Felda Palong 9.
Esuk, Insya Allah, saya akan turun ke Mahkamah Majistret Bahau memberikan sokongan saya kepada rakan kita, Sdr Fazli Che Long, dari Felda Palong 9.

Tiada ulasan: