Selasa, 11 Januari 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Task Force Felda memulakan gerak kerjanya

Posted: 11 Jan 2011 05:39 PM PST

Sebuah badan yang dinamakan Task Force Felda telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan masalah-masalah yang dihadapi oleh peneroka-penroka Felda di Negeri Selangor serta masalah-masalah yang dihadapi olehPeneroka-Peneroka baru di Negeri itu.

Jawatankuasa Task Force itu ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Sdr Shamsul Iskandar dengan YB Elizabeth Wong menjadi Penyelaras dengan beberapa orang pakar-pakar rojok yang terdiri daripada Yang Hormat Dato Dr Tan Kee Kwong, Suhaimi Said, Mazlan Aliman yang dibantu oleh Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal serta Jawatankuasa Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan.

Task Force ini ditempatkan di Pejabat Task Force Felda di Jalan Kamaruddin, Kuala Kubu Baru yang akan mempunyai 3 orang peugas-petugas tetap.

Didalam mesyuarat pertamanya pada 11hb Januari 2010 Jawatankuasa TaskForce ini telahmendengar taklimat dari Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Sdr Suhaimi Said, mengenai masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakat Peneroka Felda Hulu Selangor secara khusus dan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat peneroka Felda seluruh negara secara umumnya.

Didalam taklimat itu Suhaimi menyatakan bahawa ada 4 perkara besar yang sedang dihadapi oleh peneroka-peneroka Felda Hulu Selangor yang memerlukan penelesaian segera, iaitu:

1. Masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka Felda di Felda Gedangsa yang terlibat dengan aktiviti menerna ikan air tawar didalam kolam-kolam tanah di rancangan itu diatas tanah-tanah yang tidak digunakan unuk lot tanah kampong atau lot ladang iaitu di kawasan yang rendah. Ramai peneroka-peneroka di sana telah mengambil kesempatan untuk membina kolam-kolam ikan dan dengan berjayanya mengeluarkan hasil ternakan ikan air tawar. Mereka telah menemui Felda untuk mendapatkan kebenaran menjalankan aktiviti itu diatas tanah-tanah tersebut, tetapi pihak Felda menyatakan bahawa tanah-tanah itu adalah dibawah kuasa Kerajaan Negeri Selangor kerana tanah-tanah itu dikatakan diluar kuasa Felda memandangkan Felda tidak membayar premium bagi tanah-tanah itu.

Peneroka-Peneroka yang terlibat dengan aktiviti ikan air tawar ini telah menemui Pihak Berkuasa Tanah di Kuala Kubu Baru dan memohon lesen tol keatas tanah-tanah itu, namun permohonan mereka telah ditolak.

Adalah menjadi hasrat peneroka-peneroka itu agar Kerajaan Negeri Selangor dapat meluluskan lesen tol keatas tanah-tanah itu dan melalui YB Elizabeth Wong hajat ini akan dibawa ke perbincangan EXCO Kerajaan Selangor.

2. Felda Sungai Tengi Selatan adalah sebuah Felda Plantation. Walaupun ianya sebuah Felda Plantation, ia berbeza dari ladang-ladang Felda Plantation yang lain di seluruh Negara kerana ladang ini mempunyai peneroka-peneroka yang tetap yang sudahpun memiliki tanah kampong.

Dari segi dasarnya, Felda tidak akan melepaskan ladang dibawah Felda Plantation ini untuk dikeluarkan geran.

Bersesuaian dengan keputusan Konensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang bulan lepas, Pakatan Rakyat akan memansuhkan Felda Plantation dan tanah-tanah ladang akan itu akan diserahkan kepada Generasi Baru Felda serta golongan petani yang lain seperti Orang Asal dan kaum-kaum lain yang memerlukan, amatlah wajar Felda Plantation di Sungai Tengi Selatan ini dikeluarkan geran tanah dan peneroka-peneroka yang sedia ada disitu diserahkan geran berkenaan keatas lot rumah dan lot ladang.

YB Elizabeth Wong ditugaskan membawa hajat peneroka-peneroka di Felda Plantation Sg Tengi Selatan ini kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Suatu impak besar akan berlaku keatas Felda Plantation diseluruh Negara jika Kerajaan Selangor dapat mengeluarkan geran tanah untuk diserahkan kepada peneroka-peneroka Felda SgTengi Selatan ini dan menfaatnya akan diperolehi Generasi Kedua dan Petani-Petani lain yang tidak mempunyai tanah. Dianggarkan hampir 80,000 orang peneroka-peneroka baru boleh mndapat menfaat diseluruh Negara jika dasar pemberian geran ini dapat disempurnakan diseluruh Negara keatas ladang-ladang Felda Plantation.

3. Peneroka-peneroka lebih muda di Fasa 6 Felda Kg Suharto masih belum menerima geran tanah mereka kerana Felda masih gagal mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya dikeluarkan geran tanah kepada peneroka-peneroa itu. Peneroka-peneroka lain ditanah rancangan itu sudah menerima geran tanah masing-masing.

Taklimat itu mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Selangor sebagai Pihak Berkuasa yang mempunyai kuasa keatas tanah mengambil tindakan sewajarnya untuk mengeluarkan geran tanah kepada peneroka-peneroka Fasa 6 Felda Kg Suharto itu.

4. Terdapat anak-anak peneroka di Hulu Selangor yang masih menumpang di kediaman ibu-bapa mereka dan diantaranya adalah mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

Untuk mengatasi masalah penempatan ini, Taklimat itu mencadangkan agar kerajaan Negeri Selangor membina rumah-rumah dengan kos dan prosedure yang mudah milik untuk menempatkan anak-anak peneroka ini.

Taklimat juga mengambil kira agar diadakan projek-projek sumber rezeki seperti industri dan sebagainya di kawasan berhampiran Felda Hulu Slangor ini untuk menampung masalah pengangguran dikalangan Generasi Baru Felda di kawasan itu.

Kesemua cadangan itu telah diserahkan kepada YB Elizabeth Wong untuk dibawa kepada pertimbangan Kerajaan Negeri Selangor, dan mesyuarat berpendapat bahawa jika Kerajaan Negeri Selangor berjaya mengatasi masalah-masalah itu, ia akan mempengaruhi kawasan-kawasan rancangan Felda diseluruh Negara dan dapat membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat mampu mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh Peneroka-Peneroka Felda dan Generasi Baru mereka.

Pandangan juga ditumpukan kepada isu perahan KPG bagi buah-buah sawit peneroka-peneroka Felda di Hulu Selangor yang dikatakan bahawa mereka hanya diberikan hanya antara 18%-19% sahaja perahan KPG, dan isu ini akan dibawa ke mesyuarat Task Force Felda akan datang.


Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


PEKUNG RASIS YANG JELAS!

Posted: 11 Jan 2011 04:14 AM PST

Salam 2 all.


Tindakan biadap Setiausaha Politik Anak Laki Kitsiang merangkap ADUN (DAP) Komtar, Ng Wei Aik terhadap pengusaha Restoran Nasi Kandar Allyar di Lebuh Maccalum, Pulau Pinang baru-baru ini sebenarnya sekadar mendedahkan corak pemerintahan kuku besi, cauvinis dan rasis yang diamalkan oleh kepimpinan DAP. Sebenarnya rakyat perlu sedar kejadian ini adalah contoh corak kepimpinan Pakatan pembangkang jika mereka memerintah, na'uzubillah!


Isunya ialah campurtangan mereka dalam pentadbiran kerajaan. Apa kuasa seorang wakil rakyat untuk bertindak saperti samseng menggunakan penguatkuasa PBT?! Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku. Gejala samseng yang dihalalkan saperti ini perlu dibenteras dengan segera.


Bagaimana seorang wakil rakyat boleh mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan dalam hal yang beliau tiada kuasa dan tidak sepatutnya campur? Bagaimanakah seorang wakil rakyat menyalahgunakan operasi pihak penguatkuasa PBT, bukan sahaja mengarah, malah melibatkan diri secara langsung dalam operasi yang dia sendiri arahkan. Ini jelas adalah satu kes salahguna kuasa yang perlu dikenakan tindakan tegas. Pada teman kes ini jelas adalah satu salahguna kedudukan sebagai wakil rakyat untuk kepentingan politik sempit dan peribadi mereka.


Apakah dia corak pemerintahan mereka yang terbukti daripada peristiwa ini? Iaitu mencampuri urusan pentadbiran dan pengurusan kerajaan, semuanya untuk kepentingan politik sempit dan peribadi mereka. Teman aturkan contoh-contoh yang telah terbukti depan mata kita:

1. Kita lihat manusia yang ditabal oleh isterinya sebagai anugerah tuhan Anwar Ibrahim, rais al wahid Pakatan Pembangkang. Jangan lupa bahawa Anwar pernah disabitkan dengan kesalahan menyalahgunakan kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan mengarahkan pihak Cawangan Khas, PDRM untuk memaksa Umi Hafilda & Azizan Abu Bakar membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk melepaskan dirinya daripada pertuduhan jenayah. Dan untuk itu dia dihukum 6 tahun penjara oleh Mahkamah pada tahun 1999;

2. Jangan lupa kes Exco Selangor Ronnie Liu yang telah mengeluarkan arahan kepada MBSA untuk mengembalikan minuman arak yang dirampas kepada kedai-kedai serbanika. Walaupun tindakan MBSA sah mengikut undang-undang namun kerana campurtangan Ronnie Liu, tindakan itu dibatalkan. Malahan Ronnie Liu terlibat secara langsung mencampuri urusan pentadbiran MBSA dalam isu tersebut;

3. Ketiga cuba lihat isu perlantikan SUK Selangor. Sekarang TS Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa perlantikan itu sah dan mengikut undang-undang. Tetapi beliau tidak berpuashati kerana Datuk Ahmad Khusrin bukan calon pilihan beliau. Beliau mahu orang dia sendiri, walaupun beliau tahu kuasa melantik SUK adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Apa tujuan beliau mahu "orang pilihannya" menjadi SUK. Sudah tentu supaya SUK itu menjadi "lembu cucuk hidung" bagi beliau, menari mengikut rentak mereka.

Persoalan besar sekarang ialah mengapa ADUN tersebut dibenarkan bertindak mengarah penguatkuasa PBT dan mencampuri urusan tugas mereka? Apa kuasa beliau? Dan apakah ADUN tersebut mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam urusan itu? Jika ada, maka siasatan perlu dilakukan menurut Akta Pencegah Rasuah dan/ atau Ordinan Darurat 22 kerana menyalahguna kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi. Sama saperti perlakuan manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan.


Kedua ialah persoalan ungkapan rasis yang dilapurkan oleh pengusaha restoran tersebut. Beliau melapurkan bahawa ADUN DAP tersebut membuat kenyataan "tutup restoran, pegi balik India". Jika benar kenyataan itu dibuat, ini adalah kenyataan rasis dan satu penghinaan kepada masyarakat India Muslim. Satu siasatan perlu dibuat bagi menentusahkan lapuran tersebut. Jika benar, tindakan tegas mesti diambil terhadap ADUN DAP tersebut.


Kita tidak lupa tindakan YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong yang juga Ketua Staf pejabat Anak Laki Kitsiang mengeluarkan kenyataan berbaur rasis dan anti-agama terhadap pertubuhan Jema'ah Islah Malaysia tidak berapa lama dulu. Sehingga kini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap beliau. Saya tiada masalah peribadi dengan YB Jeff Ooi, dia rakan saya, tetapi ini soal prinsip. Kalau mereka bersikap rasis, maka tindakan perlu diambil tidak kira siapa mereka.


Apa yang menghairankan teman, mana pergi semua suara-suara "pejuang hak asasi manusia", yang kalau kenyataan saperti itu dibuat oleh orang Melayu, belum sempat habis nafas mereka dah melalak macam khinzir sakit perut! Berapa ramai para pegawai dan kakitangan beragama Islam berbangsa Melayu dikenakan tindakan tatatertib hanya kerana puak-puak ini mendakwa dan membuat tohmahan para pegawai dan kakitangan tersebut membuat kenyataan yang kononnya rasis. Malahan mereka sehingga sanggup menyamar untuk mencari bukti konon. Malangnya para pegawai dan kakitangan Melayu ini dikenakan tindakan hanya berdasarkan tohmahan dan fitnah mereka!


Tetapi dimana kokokan dan lalakan puak-puak ini? Mana Majlis Peguam? Mana lalakan kepimpinan DAP? Mana pergi kokokan manusia anugerah tuhan? Kenapa mereka senyap membisu macam khinzir sakit gusi? Jawapannya mudah. Mereka bukan berminat dengan isu kemanusiaan dan hak asasi. Mereka hanya berminat untuk mempolitikkan isu yang menguntungkan mereka sahaja. Kalau merugikan mereka, atau terkena batang hidung sendiri, mereka berperangai macam tiada apa yang berlaku.


Teman berpendapat bahawa beberapa tindakan perlu diambil segera saperti berikut:


1. Siasatan menurut Akta Pencegah Rasuah dan/ atau Ordinan Darurat 22 untuk menentukan samada ADUN DAP tersebut telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai ADUN dan Setiausaha DAP Pulau Pinang untuk kepentingan peribadi beliau dalam isu perampasan barangan Restoran Nasi Kandar Allyar; jika ujud elemen salahgunakuasa tersebut, maka pertuduhan jenayah mestilah diambil terhadap beliau tanpa ada pilih kasih;

2. Siasatan juga perlu dilakukan dibawah Akta Hasutan dan Kanun Kesiksaan untuk menentusahkan samada benar ADUN DAP tersebut telah mengeluarkan kenyataan dan melakukan tindakan biadap berbentuk rasis dan perkauman; jika didapati ianya benar-benar berlaku, maka bukan sahaja tindakan pertuduhan jenayah perlu diambil terhadap beliau, malah Dewan Undangan Negeri perlu mengadakan sidang tergempar membincangkan isu ini dan mengambil tindakan disiplin yang tegas perlu diambil terhadap beliau. Kerajaan pembangkang Pulau Pinang juga wajib mengambil tindakan terhadap ADUN mereka ini, melainkan mereka mahu membuktikan mereka mengamalkan sikap double standard;

3. Rakyat juga perlu disedarkan bahawa inilah warna sebenar Pakatan Pembangkang ini, khususnya DAP dan PKR. Cuba bayangkan cara pemerintahan mereka jika diberi peluang memerintah. Pegawai dan kakitangan kerajaan tidak akan dapat bertindak secara professional dan untuk kepentingan rakyat melainkan melaksanakan nafsu dan kehendak kepimpinan mereka semata-mata, dan itu pun untuk kepentingan mereka semata-mata.

Semoga Negara kita dipelihara oleh ALLAH swt daripada ancaman dan kehancuran akibat mainan politik yang melampau ini.


Adios amigos, grasias senor.


Jazakallah & wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Selasa

06 Safar 1432

11 Januari 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Ilustrasi Debat Ekonomi

Posted: 10 Jan 2011 10:00 PM PST

Karya Kartunis Gandum

PAKATAN Hanya Perlukan RM19 Bilion Untuk Rakyat

Posted: 10 Jan 2011 09:45 PM PST

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN.

Contoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

1.Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

2.Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

3.Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

4.Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.

Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
11 JANUARI 2011

===========

PAKATAN ONLY NEEDS RM19 BILLION TO IMPLEMENT 100-DAY REFORM PROGRAMS

Prime Minister's repudiation of Pakatan's 100-day reform programs on financial ground will further highlight UMNO/BN's reluctance to spend the national wealth for the people.

It is a bit presumptious for the Prime Minister to claim that Pakatan's 100-day reform program will bankrupt the country, since it is UMNO/BN-led government that had borrowed excessively each year. The Auditor General's Report released on 25 October 2010 cautioned Putrajaya that the national debt to GDP ratio has breached the 50% mark for the first time in our history.

Malaysia government's debt for 2009 rose to RM362.39 billion or 53.7% of GDP. The level of national debt in fact worsens under the stewardship of the current Prime Minister. The government undertook 19 bond programmes with a combined value of RM58.1 billion in 2010.

On 14th December 2010 Bank Negara Malaysia announced that the government will launch 29 additional bond programmes in 2011. RHB Research Institute estimates that this will involve a combined value of RM83 billion of new debts to be undertaken by the Federal Government.

Therefore, the Prime Minister's criticism in rejecting Pakatan's 100-day reform program should be viewed in this perspective. Malaysia is en route to bankruptcy at the rate that it is raising debts to fund UMNO/BN's addiction to wasteful spending and corruption that is endemic in the crony capitalism structure that it props.

The public is generally privy to such examples of excesses are well known to the people. Instead of providing homes to the poor and young people, the Prime Minister is more obsessed with his 100-storey tower costing RM5 billion. The UMNO leadership will scream bankruptcy each time Pakatan fights for better pay for the teachers, yet it has no qualms to pay RM77 million for a one year contract to APCO. The list is endless.

Thus, the first action of a Pakatan Federal government is to announce an all out war against corruption at all levels in the government, starting with the political leadership. This will save an amount of RM28 billion for the national treasury as estimated by the Auditor General, believed to have been lost each year due to corruption and leakages.

Next, a Pakatan Federal Government will restructure the national subsidy system to abolish corporate subsidies that had bled the people and enriched only a few cronies. The RM19 billion of subsidy to IPP borne by PETRONAS each year will be reverted to the national treasury. Similarly, we will undertake an overhaul of the toll concession system to return the RM4 billion's worth of compensation paid to concessionaires back to the national treasury.

These two quick actions will yield an additional RM51 billion financial muscle for a Pakatan Federal Government to implement our 100-day reform programs, whose cost is only a third of the amount:

1. The new RM500 a month teaching allowance for teachers and educational officers will cost RM3.2 billion annually

2. Our guarantee that fuel subsidies will be maintained for lower income group will involve a restructuring of the subsidy system, so that only the lower income group enjoys fuel subsidy. The cost estimate for maintaining fuel subsidy under a restructured subsidy system is RM4 billion annually

3. Pakatan Federal Government will continue to subsidise LPG, at an estimated cost of RM4 billion annually

4. The restructuring of the toll system under PLUS is expected to cost RM23 billion, based on the current offer made by Khazanah and EPF. The additional cost to acquire minority shareholders is approximately RM8 billion.

The additional cost required to fund Pakatan's 100-day programs is only RM19.2 billion, an amount equivalent to the existing corporate subsidies fed to IPPs each year. This is a pittance compared to the RM51 billion stolen from our national economy to keep the cronies afloat and fat.

The other people-centric programs such as free water and free wi-fi schemes have been implemented in Pakatan states. This has been proven to be viable and sustainable.

The onus is for the Prime Minister to come up with a complete explanation of his reluctance to implement these programs, when rakyat knows that we can afford it. It is utterly irresponsible to continue piling debts for future generations to bear but refuses to utilise the money for the welfare of the people.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
LEADER OF OPPOSITION
11 JANUARY 2011

Anwar Cabar Najib Berdebat Polisi Ekonomi

Posted: 10 Jan 2011 08:10 PM PST

Dari Malaysiakini

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk berdebat untuk menentukan siapa mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk negara.

Menurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Najib sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar Pakatan serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi Pakatan Rakyat.

Katanya, serangan terbaru perdana menteri ke atas polisi Pakatan bukan sahaja tidak berasas malah polisi ekonomi yang diguna-pakai BN adalah punca hutang negara kini mencecah RM362.39 bilion atau 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Anwar berkata dengan hanya menangani dua masalah – rasuah dan ketirisan serta memotong subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) – Pakatan akan mampu menjimatkan negara RM51 bilion.

Majlis Syarahan Za’aba

Posted: 10 Jan 2011 08:03 PM PST

Tarikh: 12 Januari 2010
Masa: 9.30 pagi- 12.30 tengahari
Lokasi: Dewan Serbaguna, Unisel Seksyen 7 Shah Alam

Ucapan perasmian oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim

Ucapsambut oleh Ketua Umum Keadilan, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Ketuanan Melayu

Ulasan Za'aba: Melayu dan Pembangunan oleh Prof Adnan Nawang (UPSI)

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Karya novel Interlok di politikan ?

Posted: 10 Jan 2011 07:59 PM PST

TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.
Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Tinjau-Tinjau Bandar Seremban

Posted: 11 Jan 2011 08:24 AM PST


Hari ini (11 Januari 2010) ketika melalui Jalan Zaaba jam 11.30 pagi untuk melihat billboard yang terletak di persimpangan Jalan Zaaba dan Jalan Yam Tuan, secara kebetulan terlihat di kawasan pejalan kaki lima bersebelahan A&W Seremban satu lubang longkang terlopong kerana telah hilang penutup besinya!
Mungkin pada siang hari, ramai yang akan dapat melihat jelas lubang tersebut tetapi pada malam harinya pula walaupun kawasan tersebut mempunyai lampu jalan JIKA ada yang terlepas pandang, mungkin kaki tersadung masuk ke dalam lubang tersebut yang juga bakal mendatangkan kecederaan!
Ini mungkin akan merbahayakan kepada pejalan kaki yang melalui kawasan tersebut. Kawasan kaki lima tersebut turut menjadi laluan para pelajar Sekolah Menengah KGV dan juga pengunjung Taman Tasik Seremban yang berjalan kaki.
Semoga pihak Majlis Perbandaran Seremban dapat segera menggantikan penutup lubang tersebut untuk mengelak berlaku kemalangan kepada para pejalan kaki.

Peneroka Palong 9 Bawa Tuntutan Hak Penjualan Kayu Getah Tua Ke Mahkamah!

Posted: 11 Jan 2011 08:14 AM PST





Hari ini (11 Januari 2010)sekumpulan 30 Peneroka Felda dari Felda Palong 9 telah memfailkan tuntutan hak penjualan kayu getah tua di Mahkamah Tinggi, Seremban 2 jam 4.00 petang tadi.

Beberapa pimpinan PKR Negeri Sembilan telah hadir memberi sokongan kepada kumpulan peneroka ini. Tahun lalu, seramai 700 peneroka Felda Serting Hilir telah mengemukakan tuntutan ke atas hak jualan minyak sawit dengan menyaman Felda kerana menyeleweng bayaran minyak sawit peneroka.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pertandingan Artikel Paling Sedih Barang Naik Harga, Rakyat Derita

Posted: 10 Jan 2011 11:43 PM PST

Sepatutnya media alternatif seperti Suara Keadilan, Roket, Harakah, Siasah, Free Malaysia Today, Malaysiakini dan sebagainya mengadakan pertandingan menulis artikel paling sedih penderitaan rakyat Malaysia yang amat terkesan akibat kenaikan harga barangan, harga minyak, hutang PTPTN, pengangguran, yuran sekolah dan sebagainya.

Ini adalah kerana media arus perdana sudah tidak berminat lagi hendak memperjuangkan nasib rakyat sebegini. Mereka hanya berminat untuk melaga-lagakan sesama rakyat, antara kaum dan bangsa, antara raja dan rakyat dan sebagainya.

Di bawah ini adalah contoh artikel benar penderitaan rakyat masa kini dari Blog Singalautmetro.

DUKACITA SEORANG MELAYU MISKIN: BAHASA DUKANYA MENITISKAN AIR MATA!

"Bang...sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.

Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!"

Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:" Adik...ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya.

"Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu. Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu.

Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.

"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya.

Saya bertanya kenapa dia membeli sardin.

"Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba.

Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat kilang lama ke?" saya tanya.

Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer"

Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?" saya tanya lagi.

Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.

Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa.

Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang...sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya.

Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya.

Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju nanti?

http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/dukacita-seorang-melayu-miskin-bahasa.html

PTPTN, Derita Mahasiswa, ada Menteri Umno kisah?

Posted: 10 Jan 2011 07:41 PM PST

Sila baca artikel-artikel di bawah ini. Penderitaan mahasiswa kita. Kerja selepas tamat pengajian tidak terjamin, tetapi pinjaman mesti dibayar, dengan kadar faedah pinjaman hampir 30 peratus. Lebih baik lepas SPM terus kerja, tak ada hutang. Ada rezeki buat pengajian jarak jauh atau separuh masa. Anak Melayu, anak nelayan, anak pekerja kilang, anak kerani, janganlah beban mak bapak anda dengan hutang PTPTN.

RAMAI LULUSAN UNIVERSITI GAJI KECIL, LANTAK KAULAH MAHASISWA
http://amkns.blogspot.com/2011/01/ramai-lulusan-universiti-gaji-kecil.html

PADAN MUKA AKU. MAHASISWA, TOLONG RENUNGKAN DAN SEBARKAN
http://amkns.blogspot.com/2010/12/padan-muka-aku-mahasiswa-tolong.html

PTPTN ADALAH ALONG YANG SEBENAR, KATANYA
Rupenya PTPTN adalah lebih kejam daripada along yang ada sekarang... dengan charge pentadbiran sebanyak 3% yang dikenakan itu menunjukkan mereka lebih kejam daripada along... kerana kos perkhidmatan itu akan berterusan sehingga bila-bila selagi mana kita tidak menyelesaikan pinjaman lahanat tersebut... sejahat-jahat Along ada juga 'interest' yang kita tau berapa yang nak kena byr...
http://penarikbeca.blogspot.com/2011/01/ptptn-adalah-along-yang-sebenar-katanya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+penarikbeca+%28%7Epenarik+beca%29

PENDAPATAN TAK MENENTU, BEBAN BAYAR BALIK PTPTN
Saya adalah bekas pelajar di universiti awam dimana kos pengajian saya adalah melalui pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Setelah pendedahan demi pendedahan diutarakan dalam akhbar-akhbar milik Kerajaan Pusat, kini PTPTN merancang untuk memastikan para peminjam membayar balik pinjaman pengajian mereka melalui potongan gaji bermula pertengahan tahun 2011. Pada pandangan saya, ini boleh memberi bebanan kepada para peminjam khususnya yang baru tamat pengajian.
http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30059:pendapatan-tak-menentu-beban-bayar-balik-ptptn&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

PTPTN : KOS PENTADBIRAN.
http://famercyah.blogspot.com/2011/01/ptptnkos-pentadbiran.html

BILA KUASA DIUTAMA....MELAYU TERPINGGIR TERUS SENGSARA...
Malah jika ditinjau kadar orang muflis, maka bilangan pemuflis muda MELAYU kesan kegagalan membayar balik pinjaman PTPTN kian mencatatkan angka yang membimbangkan.
http://syburi-times.blogspot.com/2011/01/bila-kuasa-diutamamelayu-terpinggir.html

PTPTN OH PTPTN..!!!
Kate bley change dr 3% ke 1% ... Ble daa process x bley plak ... saje jerk nk mkn duet aku lbey kan...
http://meeramanja.blogspot.com/2011/01/ptptn-oh-ptptn.html

SURAT CINTA DARI KEKASIH HATI...
bayaran balik pinjaman PTPTN..
jumlah pinjaman: RM16,+++
kos pentadbiran: RM3,+++
jumlah perlu dibayar: RM19,+++
apsal kos pentadbiran sampai RM3,+++..??
http://secebisbingkisan.blogspot.com/2011/01/surat-cinta-dari-kekasih-hati.html

Keselamatan Jejantas, Umno dan PBT tak reti bahasa

Posted: 10 Jan 2011 04:50 PM PST



Bimbang jejantas jadi sasaran penjenayah
Utusan Malaysia 11 Jan 2011

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Bimbang menjadi sasaran penjenayah adalah antara alasan utama yang diberikan oleh pejalan kaki yang enggan menggunakan jejantas untuk melintas jalan.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, orang ramai juga memberitahu, kewujudan papan iklan atau kain rentang yang menutup pandangan laluan jejantas menambahkan lagi kebimbangan pejalan kaki.

"Beberapa bulan lalu, seorang guru tadika mati ditikam ketika melalui jejantas di Sungai Way. Insiden-insiden seperti ini menyebabkan pejalan kaki berasa takut untuk menggunakan jejantas.

"Oleh itu, semua pihak berkuasa tempatan perlu menyelenggara jejantas dan mengambil langkah-langkah perlu supaya jejantas selamat untuk digunakan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Lam Thye menambah, selain itu, orang ramai juga merungut tentang ketidakselesaan sewaktu menggunakan jejantas termasuk berbau busuk, dipenuhi sampah dan tiada lampu.

Sehubungan itu, katanya, MCPF mencadangkan beberapa pendekatan ke arah memastikan laluan jejantas selamat dan selesa untuk digunakan.

"MCPF meminta supaya semua jejantas kerap diselia, dibersihkan, dipasang lampu dan diselenggara dengan baik dan berjadual.

"Selain itu, kita minta supaya PBT tidak mengeluarkan permit pemasangan papan tanda atau kain rentang yang boleh menutup pandangan laluan jejantas," jelasnya.

Tambahnya lagi, rondaan secara rawak oleh pihak polis atau penguat kuasa lain juga diperlukan untuk memastikan laluan jejantas selamat digunakan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_05.htm


CONTOH PUAK YANG TAK RETI BAHASA DI BAWAH INI :

UMNO SALAHGUNA JEJANTAS DI SEREMBAN, BAHAYAKAN PELAJAR http://amkns.blogspot.com/2011/01/umno-salahguna-jejantas-di-seremban.html

PAPAN IKLAN 1MALAYSIA DI SEREMBAN MEMBAHAYAKAN PELAJAR SEKOLAH http://amkns.blogspot.com/2011/01/papan-iklan-1malaysia-di-seremban.html

Interlok alih isu sekolah daif, runtuh, tumpang, kabin, sauna

Posted: 10 Jan 2011 04:33 PM PST


Nampaknya isu Novel Interlok berjaya mengalih perhatian rakyat dari masalah yang lebih besar iaitu masalah sekolah daif, sekolah runtuh, sekolah tumpang, sekolah kabin macam sauna, sekolah tak siap-siap, kelas padat macam sardin dan banyak lagi isu lain.

Apakah ibu bapa pelajar Melayu, pelajar Cina, pelajar India tak kisah anak mereka belajar di sekolah sebegini ?

Baca sendiri bukti-bukti kegagalan Umno BN menangani semua isu tersebut di bawah ini :

SEKOLAH KABIN, UMNO BN GAGAL, MUHYIDDIN PERLU LETAK JAWATAN
http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-kabin-umno-bn-gagal-muhyiddin.html

MENTERI UMNO BN TAK KISAH PELAJAR SUSAH, SEKOLAH DAIF
http://amkns.blogspot.com/2011/01/menteri-umno-bn-tak-kisah-pelajar-susah.html

SEKOLAH PLASTER, SATU LAGI KEJAYAAN UMNO BN
http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-plaster-satu-lagi-kejayaan-umno.html

MUHYIDDIN GAGAL SELESAI ISU SEKOLAH TUMPANG
http://amkns.blogspot.com/2010/12/muhyiddin-gagal-selesai-isu-sekolah.html

SEKOLAH DI JOHOR BAHRU TAK SIAP-SIAP SEJAK 2004
http://amkns.blogspot.com/2010/06/menteri-pengajian-tinggi-tak-turun.html

SEKOLAH AMAT DAIF DI SABAH TAPI KAPALSELAM RM3.4 B
http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-amat-daif-di-sabah-tapi.html

BN GAGAL SELESAI MASALAH 300 SEKOLAH USANG, SEKOLAH TUMPANG
http://amkns.blogspot.com/2011/01/bn-gagal-selesai-masalah-300-sekolah.html

KLINIK BOT BERGERAK, ORANG SARAWAK NAK SEKOLAH LAH
http://amkns.blogspot.com/2010/12/klinik-bot-bergerak-orang-sarawak-nak.html

MASALAH BANGUNAN SEKOLAH AGAMA USANG DI MUAR
http://amkns.blogspot.com/2010/05/pilihanraya-kecil-di-johor.html

SEKOLAH AGAMA DAIF DI JOHOR BAHRU
http://amkns.blogspot.com/2010/06/sekolah-agama-johor-daif.html

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


AWANG SELAMAT YANG BIADAB- MANA KDN?

Posted: 10 Jan 2011 09:05 PM PST



KENYATAAN AKHBAR
8 JANUARI

Terlalu banyak yang diperkatakan tentang tulisan Awang Selamat selama ini. Saya cuba untuk tidak ambil pusing walaupun cukup meluat membacanya. Namun tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia pada Ahad lalu sudah melampaui batas-batas kewarasan apatah lagi ia terpampang di dada akhbar perdana. Akhbar yang suatu ketika dulu menjadi rujukan saya terutama ketika mahu mengambil peperiksaan STPM bagi subjek Pengajian Am kini bertukar menjadi alat adu-domba. Mengenangkan hal itu maka saya membuat keputusan ini menulis atas dasar tanggungjawab kepada anak-anak yang mengalami keadaan yang sama dengan saya 25 tahun lalu; untuk lulus cemerlang dalam Pengajian Am.

Tulisan Awang Selamat atas tema Biadab sungguh tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. Jelas ia bertujuan melaga-lagakan pihak Istana dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu.

Awang Selamat sengaja mencetuskan kontroversi. Sekali gus memutikkan bibit kebencian dan syak wasangka. Hampir serupa dengan tindakan akhbar perdana pada 1992 dan awal 1993 dahulu. Cuma hala gayanya yang berbeza. Kalau dulu, istana menjadi sasaran herdik Utusan dan Berita Harian, kini Kerajaan Pakatan menjadi tumpuan. Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dijadikan batu loncatan lantas diperbesarkan sedangkan PR Selangor menganggap ia hanyalah urusan pentadbiran yang boleh diselesaikan dengan kebijaksanaan.

Malangnya bukan penyelesaian yang didambakan Awang Selamat. Tulisan berbaur hasutan dan fitnah ini sengaja mahu menimbulkan permusuhan antara Istana dengan Kerajaan Negeri yang mereka lihat begitu baik dan teratur. Tulisan tidak bertamadun ini cuba membangkitkan kemarahan orang Melayu kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak tahu adat dan Perlembagaan.
Awang Selamat tidak ubah sebagai pecacai Umno yang menggunakan media untuk membolehkan Umno/BN merampas semula Selangor sekali gus meneruskan penyelewengan serta salah guna kuasa yang mereka amalkan sepanjang memerintah Selangor.

Persoalannya, siapakah individu yang bersembunyi di sebalik nama Awang Selamat ini? Mana perginya sifat profesionalisme seorang wartawan? Selaku akhbar utama negara dengan barisan ahli lembaga pengarah yang saya kira dari golongan cerdek pandai, mengapa tiada seorang pun yang menasihatkan Awang Selamat agar menjaga maruah seorang wartawan dan maruah akhbar perdana itu sendiri? Atau semuanya telah hilang rasa malu pada dhamir masing -masing?

Seorang yang berfikiran waras maklum bahawa dalam soal perlantikan SU Kerajaan Negeri tidak timbul langsung isu penderhakaan terhadap DYMM Sultan Selangor. Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor membabitkan masalah pentadbiran antara Kerajaan Selangor dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila KSN tidak bertindak profesional dengan membelakangkan Menteri Besar selaku ketua eksekutif. Isu bertambah rumit apabila pilihan terbaik menurut meritokrasi; kemampuan, pengalaman dan kekananan dalam jawatan diketepikan begitu sahaja.

Tahukah Awang Selamat DYMM Sultan Selangor sedia mengambil maklum bahawa kerajaan UMNO/BN lah yang telah menghakis kekuasaan Raja-raja Melayu sejak krisis Perlembagaan 1993. Jangan Awang ingat Tuanku akan terpedaya dengan tulisan bermuka-muka tersebut.
Sejarah jelas membuktikan pihak mana yang suatu ketika beriya-iya benar mahukan supaya kekebalan Raja-raja Melayu dihapuskan. Malah, lebih dahsyat lagi mahu raja-raja Melayu dinyahkan daripada tahta dan istana diraja.

Pastinya selaku wartawan Awang pernah membaca laporan Berita Harian, pada 19Januari 1993 menyiarkan berita seorang Ahli Parlimen dari Perak yang mengingatkan raja-raja supaya mengambil kira suara rakyat jika tidak raja-raja tidak dapat kekal lama "malah tahta mereka mungkin akan beralih ke muzium.

Bagi mengingatkan Awang, akhbar yang sama telah pada 16 Januari 1993 turut melaporkan seorang Menteri Besar pernah mendesak para ulama dan ilmuan Islam menasihati raja-raja Melayu tentang keperluan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memansuhkan kekebalan raja-raja. Ahli Parlimen dari Pahang pula dengan tega memberi tempoh 30 hari kepada raja-raja bagi memikirkan semula pendirian mereka berhubung pindaan tersebut.

Ketika itu pergerakan Pemuda UMNO begitu ghairah mahukan Kerajaan Persekutuan berpendirian tegas dan tidak berganjak dengan pendirian menghapus kekebalan raja-raja. Jika Awang seorang nasionalis, pasti beliau masih ingat bahawa pada ketika itu kakitangan dan pegawai kerajaan termasuk Datuk Bandar tidak dibenarkan berurusan dengan istana negara kecuali dengan kebenaran Perdana Menteri. Para pegawai juga dibenarkan untuk menolak undangan ke istana untuk menghadiri majlis bersama Raja-raja Melayu.

Selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya cuba melupakan peristiwa tersebut walau ianya adalah sebahagian dari sejarah negara. Namun apabila karenah manusia berubah, setelah 17 tahun berlalu, tiba-tiba hari ini pihak yang berusaha dan berjaya "menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-raja Melayu", kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati raja dan sultan.

Lebih dahsyat lagi mula bercakap soal penderhakaan kepada Sultan dan berselindung di sebalik nama Istana untuk mengaburi niat jahat mereka. Namun pekung mereka cukup busuk dan membusukkan. Rakyat melihat jelas ini adalah usaha terdesak mereka bagi mengembalikan sokongan terhadap mereka yang kian merosot dan parti mereka bakal menjadi parti picisan.

Awang Selamat terpilih menjadi Tok Selampit dan tukang karut. Amat menghairankan dimana hilangnya ketegasan Menteri Dalam Negeri dalam situasi bahaya ini. Mengapa Awang Selamat dibiarkan merapu dan berkeliaran umpama maling gila merosak keamanan.

PR Selangor menjunjung penuh kedaulatan DYMM Sultan Selangor yang menjadi tempat rakyat berlindung dan mencari keadilan. Titah Tuanku Sultan ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada DY Teramat Mulia Raja Muda pada 6hb Januari sangat mengujakan. Tuanku dengan jelas menjawab Awang dan pihak-pihak yang cuba menangguk di air bahawa tohmahan mereka salah. Baginda bertitah bahawa baginda begitu akrab dan mesra dengan Dato Menteri Besar Selangor, nasihat-menasihati antara satu sama lain, bertukar-tukar fikiran dalam banyak hal dan perkara.

Kerajaan Pakatan Rakyat menentang sekeras-kerasnya sebarang cubaan melaga-lagakan hubungan baik antara pimpinan negeri dan pihak Istana. Saya mendesak UMNO/BN samada atas kapasiti mereka atau dengan bertopengkan GAPS dan PERKASA berhenti memainkan sentimen ini kerana sangat memalukan sebuah parti yang begitu ghairah dengan berbagai slogan akhirnya menggunakan taktik kotor sebegini untuk mendapatkan semula sokongan. Saya juga mendesak

Kementerian Dalam Negeri jangan lagi memekakkan telinga dan berpura-pura tidak melihat tindakan Awang ini penuh dengan unsur hasutan dan fitnah melampau.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
DATO MENTERI BESAR SELANGOR