PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
Posted: 11 Jan 2011 08:24 AM PST Hari ini (11 Januari 2010) ketika melalui Jalan Zaaba jam 11.30 pagi untuk melihat billboard yang terletak di persimpangan Jalan Zaaba dan Jalan Yam Tuan, secara kebetulan terlihat di kawasan pejalan kaki lima bersebelahan A&W Seremban satu lubang longkang terlopong kerana telah hilang penutup besinya! Mungkin pada siang hari, ramai yang akan dapat melihat jelas lubang tersebut tetapi pada malam harinya pula walaupun kawasan tersebut mempunyai lampu jalan JIKA ada yang terlepas pandang, mungkin kaki tersadung masuk ke dalam lubang tersebut yang juga bakal mendatangkan kecederaan! Ini mungkin akan merbahayakan kepada pejalan kaki yang melalui kawasan tersebut. Kawasan kaki lima tersebut turut menjadi laluan para pelajar Sekolah Menengah KGV dan juga pengunjung Taman Tasik Seremban yang berjalan kaki. Semoga pihak Majlis Perbandaran Seremban dapat segera menggantikan penutup lubang tersebut untuk mengelak berlaku kemalangan kepada para pejalan kaki. |
Peneroka Palong 9 Bawa Tuntutan Hak Penjualan Kayu Getah Tua Ke Mahkamah! Posted: 11 Jan 2011 08:14 AM PST Hari ini (11 Januari 2010)sekumpulan 30 Peneroka Felda dari Felda Palong 9 telah memfailkan tuntutan hak penjualan kayu getah tua di Mahkamah Tinggi, Seremban 2 jam 4.00 petang tadi. Beberapa pimpinan PKR Negeri Sembilan telah hadir memberi sokongan kepada kumpulan peneroka ini. Tahun lalu, seramai 700 peneroka Felda Serting Hilir telah mengemukakan tuntutan ke atas hak jualan minyak sawit dengan menyaman Felda kerana menyeleweng bayaran minyak sawit peneroka. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan