Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Pertandingan Artikel Paling Sedih Barang Naik Harga, Rakyat Derita
- PTPTN, Derita Mahasiswa, ada Menteri Umno kisah?
- Keselamatan Jejantas, Umno dan PBT tak reti bahasa
- Interlok alih isu sekolah daif, runtuh, tumpang, kabin, sauna
Pertandingan Artikel Paling Sedih Barang Naik Harga, Rakyat Derita Posted: 10 Jan 2011 11:43 PM PST Sepatutnya media alternatif seperti Suara Keadilan, Roket, Harakah, Siasah, Free Malaysia Today, Malaysiakini dan sebagainya mengadakan pertandingan menulis artikel paling sedih penderitaan rakyat Malaysia yang amat terkesan akibat kenaikan harga barangan, harga minyak, hutang PTPTN, pengangguran, yuran sekolah dan sebagainya. Ini adalah kerana media arus perdana sudah tidak berminat lagi hendak memperjuangkan nasib rakyat sebegini. Mereka hanya berminat untuk melaga-lagakan sesama rakyat, antara kaum dan bangsa, antara raja dan rakyat dan sebagainya. Di bawah ini adalah contoh artikel benar penderitaan rakyat masa kini dari Blog Singalautmetro. DUKACITA SEORANG MELAYU MISKIN: BAHASA DUKANYA MENITISKAN AIR MATA! "Bang...sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang. Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!" Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:" Adik...ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya. "Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu. Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu. Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar. "Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya. Saya bertanya kenapa dia membeli sardin. "Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba. Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat kilang lama ke?" saya tanya. Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer" Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?" saya tanya lagi. Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu. Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa. Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang...sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya. Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya. Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju nanti? http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/dukacita-seorang-melayu-miskin-bahasa.html |
PTPTN, Derita Mahasiswa, ada Menteri Umno kisah? Posted: 10 Jan 2011 07:41 PM PST Sila baca artikel-artikel di bawah ini. Penderitaan mahasiswa kita. Kerja selepas tamat pengajian tidak terjamin, tetapi pinjaman mesti dibayar, dengan kadar faedah pinjaman hampir 30 peratus. Lebih baik lepas SPM terus kerja, tak ada hutang. Ada rezeki buat pengajian jarak jauh atau separuh masa. Anak Melayu, anak nelayan, anak pekerja kilang, anak kerani, janganlah beban mak bapak anda dengan hutang PTPTN. RAMAI LULUSAN UNIVERSITI GAJI KECIL, LANTAK KAULAH MAHASISWA http://amkns.blogspot.com/2011/01/ramai-lulusan-universiti-gaji-kecil.html PADAN MUKA AKU. MAHASISWA, TOLONG RENUNGKAN DAN SEBARKAN http://amkns.blogspot.com/2010/12/padan-muka-aku-mahasiswa-tolong.html PTPTN ADALAH ALONG YANG SEBENAR, KATANYA Rupenya PTPTN adalah lebih kejam daripada along yang ada sekarang... dengan charge pentadbiran sebanyak 3% yang dikenakan itu menunjukkan mereka lebih kejam daripada along... kerana kos perkhidmatan itu akan berterusan sehingga bila-bila selagi mana kita tidak menyelesaikan pinjaman lahanat tersebut... sejahat-jahat Along ada juga 'interest' yang kita tau berapa yang nak kena byr... http://penarikbeca.blogspot.com/2011/01/ptptn-adalah-along-yang-sebenar-katanya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+penarikbeca+%28%7Epenarik+beca%29 PENDAPATAN TAK MENENTU, BEBAN BAYAR BALIK PTPTN Saya adalah bekas pelajar di universiti awam dimana kos pengajian saya adalah melalui pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Setelah pendedahan demi pendedahan diutarakan dalam akhbar-akhbar milik Kerajaan Pusat, kini PTPTN merancang untuk memastikan para peminjam membayar balik pinjaman pengajian mereka melalui potongan gaji bermula pertengahan tahun 2011. Pada pandangan saya, ini boleh memberi bebanan kepada para peminjam khususnya yang baru tamat pengajian. http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30059:pendapatan-tak-menentu-beban-bayar-balik-ptptn&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46 PTPTN : KOS PENTADBIRAN. http://famercyah.blogspot.com/2011/01/ptptnkos-pentadbiran.html BILA KUASA DIUTAMA....MELAYU TERPINGGIR TERUS SENGSARA... Malah jika ditinjau kadar orang muflis, maka bilangan pemuflis muda MELAYU kesan kegagalan membayar balik pinjaman PTPTN kian mencatatkan angka yang membimbangkan. http://syburi-times.blogspot.com/2011/01/bila-kuasa-diutamamelayu-terpinggir.html PTPTN OH PTPTN..!!! Kate bley change dr 3% ke 1% ... Ble daa process x bley plak ... saje jerk nk mkn duet aku lbey kan... http://meeramanja.blogspot.com/2011/01/ptptn-oh-ptptn.html SURAT CINTA DARI KEKASIH HATI... bayaran balik pinjaman PTPTN.. jumlah pinjaman: RM16,+++ kos pentadbiran: RM3,+++ jumlah perlu dibayar: RM19,+++ apsal kos pentadbiran sampai RM3,+++..?? http://secebisbingkisan.blogspot.com/2011/01/surat-cinta-dari-kekasih-hati.html |
Keselamatan Jejantas, Umno dan PBT tak reti bahasa Posted: 10 Jan 2011 04:50 PM PST Bimbang jejantas jadi sasaran penjenayah Utusan Malaysia 11 Jan 2011 KUALA LUMPUR 10 Jan. - Bimbang menjadi sasaran penjenayah adalah antara alasan utama yang diberikan oleh pejalan kaki yang enggan menggunakan jejantas untuk melintas jalan. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, orang ramai juga memberitahu, kewujudan papan iklan atau kain rentang yang menutup pandangan laluan jejantas menambahkan lagi kebimbangan pejalan kaki. "Beberapa bulan lalu, seorang guru tadika mati ditikam ketika melalui jejantas di Sungai Way. Insiden-insiden seperti ini menyebabkan pejalan kaki berasa takut untuk menggunakan jejantas. "Oleh itu, semua pihak berkuasa tempatan perlu menyelenggara jejantas dan mengambil langkah-langkah perlu supaya jejantas selamat untuk digunakan," katanya dalam satu kenyataan di sini. Lam Thye menambah, selain itu, orang ramai juga merungut tentang ketidakselesaan sewaktu menggunakan jejantas termasuk berbau busuk, dipenuhi sampah dan tiada lampu. Sehubungan itu, katanya, MCPF mencadangkan beberapa pendekatan ke arah memastikan laluan jejantas selamat dan selesa untuk digunakan. "MCPF meminta supaya semua jejantas kerap diselia, dibersihkan, dipasang lampu dan diselenggara dengan baik dan berjadual. "Selain itu, kita minta supaya PBT tidak mengeluarkan permit pemasangan papan tanda atau kain rentang yang boleh menutup pandangan laluan jejantas," jelasnya. Tambahnya lagi, rondaan secara rawak oleh pihak polis atau penguat kuasa lain juga diperlukan untuk memastikan laluan jejantas selamat digunakan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_05.htm CONTOH PUAK YANG TAK RETI BAHASA DI BAWAH INI : UMNO SALAHGUNA JEJANTAS DI SEREMBAN, BAHAYAKAN PELAJAR http://amkns.blogspot.com/2011/01/umno-salahguna-jejantas-di-seremban.html PAPAN IKLAN 1MALAYSIA DI SEREMBAN MEMBAHAYAKAN PELAJAR SEKOLAH http://amkns.blogspot.com/2011/01/papan-iklan-1malaysia-di-seremban.html |
Interlok alih isu sekolah daif, runtuh, tumpang, kabin, sauna Posted: 10 Jan 2011 04:33 PM PST Nampaknya isu Novel Interlok berjaya mengalih perhatian rakyat dari masalah yang lebih besar iaitu masalah sekolah daif, sekolah runtuh, sekolah tumpang, sekolah kabin macam sauna, sekolah tak siap-siap, kelas padat macam sardin dan banyak lagi isu lain. Apakah ibu bapa pelajar Melayu, pelajar Cina, pelajar India tak kisah anak mereka belajar di sekolah sebegini ? Baca sendiri bukti-bukti kegagalan Umno BN menangani semua isu tersebut di bawah ini : SEKOLAH KABIN, UMNO BN GAGAL, MUHYIDDIN PERLU LETAK JAWATAN http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-kabin-umno-bn-gagal-muhyiddin.html MENTERI UMNO BN TAK KISAH PELAJAR SUSAH, SEKOLAH DAIF http://amkns.blogspot.com/2011/01/menteri-umno-bn-tak-kisah-pelajar-susah.html SEKOLAH PLASTER, SATU LAGI KEJAYAAN UMNO BN http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-plaster-satu-lagi-kejayaan-umno.html MUHYIDDIN GAGAL SELESAI ISU SEKOLAH TUMPANG http://amkns.blogspot.com/2010/12/muhyiddin-gagal-selesai-isu-sekolah.html SEKOLAH DI JOHOR BAHRU TAK SIAP-SIAP SEJAK 2004 http://amkns.blogspot.com/2010/06/menteri-pengajian-tinggi-tak-turun.html SEKOLAH AMAT DAIF DI SABAH TAPI KAPALSELAM RM3.4 B http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-amat-daif-di-sabah-tapi.html BN GAGAL SELESAI MASALAH 300 SEKOLAH USANG, SEKOLAH TUMPANG http://amkns.blogspot.com/2011/01/bn-gagal-selesai-masalah-300-sekolah.html KLINIK BOT BERGERAK, ORANG SARAWAK NAK SEKOLAH LAH http://amkns.blogspot.com/2010/12/klinik-bot-bergerak-orang-sarawak-nak.html MASALAH BANGUNAN SEKOLAH AGAMA USANG DI MUAR http://amkns.blogspot.com/2010/05/pilihanraya-kecil-di-johor.html SEKOLAH AGAMA DAIF DI JOHOR BAHRU http://amkns.blogspot.com/2010/06/sekolah-agama-johor-daif.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan