Zulkifli Noordin |
Posted: 11 Jan 2011 04:14 AM PST Salam 2 all. Isunya ialah campurtangan mereka dalam pentadbiran kerajaan. Apa kuasa seorang wakil rakyat untuk bertindak saperti samseng menggunakan penguatkuasa PBT?! Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku. Gejala samseng yang dihalalkan saperti ini perlu dibenteras dengan segera. Bagaimana seorang wakil rakyat boleh mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan dalam hal yang beliau tiada kuasa dan tidak sepatutnya campur? Bagaimanakah seorang wakil rakyat menyalahgunakan operasi pihak penguatkuasa PBT, bukan sahaja mengarah, malah melibatkan diri secara langsung dalam operasi yang dia sendiri arahkan. Ini jelas adalah satu kes salahguna kuasa yang perlu dikenakan tindakan tegas. Pada teman kes ini jelas adalah satu salahguna kedudukan sebagai wakil rakyat untuk kepentingan politik sempit dan peribadi mereka. Apakah dia corak pemerintahan mereka yang terbukti daripada peristiwa ini? Iaitu mencampuri urusan pentadbiran dan pengurusan kerajaan, semuanya untuk kepentingan politik sempit dan peribadi mereka. Teman aturkan contoh-contoh yang telah terbukti depan mata kita: 1. Kita lihat manusia yang ditabal oleh isterinya sebagai anugerah tuhan Anwar Ibrahim, rais al wahid Pakatan Pembangkang. Jangan lupa bahawa Anwar pernah disabitkan dengan kesalahan menyalahgunakan kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan mengarahkan pihak Cawangan Khas, PDRM untuk memaksa Umi Hafilda & Azizan Abu Bakar membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk melepaskan dirinya daripada pertuduhan jenayah. Dan untuk itu dia dihukum 6 tahun penjara oleh Mahkamah pada tahun 1999; 2. Jangan lupa kes Exco Selangor Ronnie Liu yang telah mengeluarkan arahan kepada MBSA untuk mengembalikan minuman arak yang dirampas kepada kedai-kedai serbanika. Walaupun tindakan MBSA sah mengikut undang-undang namun kerana campurtangan Ronnie Liu, tindakan itu dibatalkan. Malahan Ronnie Liu terlibat secara langsung mencampuri urusan pentadbiran MBSA dalam isu tersebut; 3. Ketiga Persoalan besar sekarang ialah mengapa ADUN tersebut dibenarkan bertindak mengarah penguatkuasa PBT dan mencampuri urusan tugas mereka? Apa kuasa beliau? Dan apakah ADUN tersebut mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam urusan itu? Jika ada, maka siasatan perlu dilakukan menurut Akta Pencegah Rasuah dan/ atau Ordinan Darurat 22 kerana menyalahguna kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi. Sama saperti perlakuan manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan. Kita tidak lupa tindakan YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong yang juga Ketua Staf pejabat Anak Laki Kitsiang mengeluarkan kenyataan berbaur rasis dan anti-agama terhadap pertubuhan Jema'ah Islah Malaysia tidak berapa lama dulu. Sehingga kini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap beliau. Saya tiada masalah peribadi dengan YB Jeff Ooi, dia rakan saya, tetapi ini soal prinsip. Kalau mereka bersikap rasis, maka tindakan perlu diambil tidak kira siapa mereka. Apa yang menghairankan teman, mana pergi semua suara-suara "pejuang hak asasi manusia", yang kalau kenyataan saperti itu dibuat oleh orang Melayu, belum sempat habis nafas mereka dah melalak macam khinzir sakit perut! Berapa ramai para pegawai dan kakitangan beragama Islam berbangsa Melayu dikenakan tindakan tatatertib hanya kerana puak-puak ini mendakwa dan membuat tohmahan para pegawai dan kakitangan tersebut membuat kenyataan yang kononnya rasis. Malahan mereka sehingga sanggup menyamar untuk mencari bukti konon. Malangnya para pegawai dan kakitangan Melayu ini dikenakan tindakan hanya berdasarkan tohmahan dan fitnah mereka! Tetapi dimana kokokan dan lalakan puak-puak ini? Mana Majlis Peguam? Mana lalakan kepimpinan DAP? Mana pergi kokokan manusia anugerah tuhan? Kenapa mereka senyap membisu macam khinzir sakit gusi? Jawapannya mudah. Mereka bukan berminat dengan isu kemanusiaan dan hak asasi. Mereka hanya berminat untuk mempolitikkan isu yang menguntungkan mereka sahaja. Kalau merugikan mereka, atau terkena batang hidung sendiri, mereka berperangai macam tiada apa yang berlaku. Teman berpendapat bahawa beberapa tindakan perlu diambil segera saperti berikut: 1. Siasatan menurut Akta Pencegah Rasuah dan/ atau Ordinan Darurat 22 untuk menentukan samada ADUN DAP tersebut telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai ADUN dan Setiausaha DAP Pulau Pinang untuk kepentingan peribadi beliau dalam isu perampasan barangan Restoran Nasi Kandar Allyar; jika ujud elemen salahgunakuasa tersebut, maka pertuduhan jenayah mestilah diambil terhadap beliau tanpa ada pilih kasih; Semoga Negara kita dipelihara oleh ALLAH swt daripada ancaman dan kehancuran akibat mainan politik yang melampau ini. Selasa 06 Safar 1432 11 Januari 2011 |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan