Selasa, 14 Januari 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Polis mabuk hilang pistol

Posted: 14 Jan 2014 06:21 AM PST


Selasa Januari 14, 2014

Prosedur Kendalian Standard (SOP) penggunaan dan penjagaan senjata api yang diguna pakai pasukan polis masih gagalmengelakkan kehilangan aset berkenaan dan ia perlu diperketatkan lagi, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau mengulas kejadian seorang anggota polis yang tidak bertugas telah kehilangan sepucuk pistol bersama-sama dua kelopak peluru Ahad lepas.

Senjata berkenaan dipercayai telah dicuri dari anggota itu yang dikatakan mabuk dan tertidur dalam keretanya.

2 pelajar universiti dipercayai dibunuh dalam tempoh 2 minggu

Posted: 14 Jan 2014 06:19 AM PST

14 Jan 2014

KUCHING: Mayat seorang pelajar wanita ditemui dalam parit di kampus universiti berkenaan di Kota Samarahan di sini lewat hari ini dan dipercayai dibunuh.

Ini merupakan mayat kedua pelajar universiti di Sarawak dibunuh selang 10 hari.

Pada 4 Jan, mayat pelajar lelaki tahun dua universiti ditemui dibunuh di sebuah rumah sewa di Miri.

- Bernama

Tawaran Wakaf Bangunan Maahad Tahfiz di N.Sembilan

Posted: 13 Jan 2014 08:33 PM PST


Sumbangan amat dialu-alukan daripada mereka yang budiman untuk pembinaan 2 unit kelas hafazan, 8 unit tandas serta 2 unit kolah untuk mengambil wuduk di Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :
Nama akaun : Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
No akaun : Maybank 555108301296.


atau hubungi ;

Ustaz Mohd Zawawi bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649

MUHASABAH GERAKAN ISLAM SERANTAU

Posted: 13 Jan 2014 08:32 PM PST


"Muhasabah Gerakan ISLAM Serantau ; Solidariti Buat Ummah"
Tarikh : 18 Jan 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Raya, Hotel One Garden, Senawang
Anjuran : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) N.Sembilan
Yuran : RM15

Ucaptama : Tuan Haji Azmi Abdul Hamid@ Cikgu Azmi (Presiden MAPIM)

Moderator : Ustaz Azrul Azlan Iskandar (USIM)

Panelis :
Ustaz Nor Azman Mohamad (Ketua Pemuda PAS N.Sembilan)
Prof Madya Dr Badlishah Sham Baharin (YDP IKRAM N.Sembilan)
Ustaz Hasri Harun (Naib Presiden ABIM Pusat)

Objektif Program :
1. Mengetahui situasi terkini gerakan dan umat Islam serantau di negara masing-masing (Rohingya, Bangladesh, Selatan Thai dll)
2. Mendalami isu yang melanda gerakan Islam di Bangladesh (kes As-Syahid Abdul Quader Mullah)
3. Merangka kesatuan gerak kerja gerakan Islam di Malaysia dalam menangani isu dan konflik yang melanda umat Islam
4. Melahirkan solidariti kepada seluruh isu yang menimpa umat Islam di rantau ini
5. Merancang satu persidangan antarabangsa untuk gerakan dakwah di negara minoriti Muslim seperti Myanmar, Laos, Kemboja dll.

Pertanyaan sila hubungi ; Mohamad Hashby 0139293370 atau melalui mapimns@gmail.com
Sekretariat MAPIM N.Sembilan

Hari Jumaat , hari kebesaran umat Islam

Posted: 13 Jan 2014 08:30 PM PST


Apabila Kerajaan Johor Darul Takzim mengumumkan hari Jumaat sebagai cuti mingguan, ia memberi isyarat bahawa ianya bukan lagi isu politik, tetapi isu sejagat khususnya umat Islam di Malaysia termasuk di Negeri Sembilan. Oleh yang demikian, 10,000 tandatangan akan dipersembahkan kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus untuk mempertimbangkan cuti mingguan pada hari Jumaat.


Mohon like page ini www.facebook.com/n9.cutijumaat

Mohon kerjasama semua untuk menandatangani petisyen ini dan like page FB.

Mohon Jasa Baik Sebarkan

Hantaran kahwin mahal melampau, ajaran siapa?

Posted: 13 Jan 2014 08:29 PM PST


Cikgu tumbuk Timbalan Menteri Pelajaran

Posted: 13 Jan 2014 08:28 PM PST

Cikgu tumbuk Timbalan Menteri Pelajaran. Murid tumbuk cikgu dah ada. Ini cikgu pula yang tumbuk Timbalan Menteri. Jangan pula lepas ni polis tumbuk Menteri Dalam Negeri, askar tumbuk Menteri Pertahanan. Apakah hukuman yang akan dikenakan terhadap guru tadi?



Tiada ulasan: