Pengikut

Nuffnang

Selasa, 14 Januari 2014

Suara Sri Andalas

sumber :-

Suara Sri Andalas


Pemberian Peralatan Sempena Ponggal di Taman Sentosa

Posted: 14 Jan 2014 09:58 PM PST

Pada 13 Januari yang lepas, satu majlis penyampaian peralatan sempena perayaan Ponggal telah diadakan di Taman Sentosa, Klang.

Seramai 250 orang telah menerima sumbangan peralatan yang disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan Seri Andalas.

Hadir bersama beliau adalah Ahli Majlis MPK, Encik PS Rajoo dan para ketua komuniti india setempat. Program penyampaian sumbangan peralatan Ponggal telah diadakan setiap tahun di Seri Andalas.

YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang hadir membantu.







Lawak ‘Kangkung’ Najib Turut Jadi Berita Antarabangsa

Posted: 14 Jan 2014 09:30 PM PST

Gara-gara kenyataan kontroversi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai harga kangkung yang turun di pasaran menyebabkan beliau bukan sahaja  dikritik hebat oleh rakyat bahkan turut mendapat liputan media antarabangsa.

Portal berita online BBC melalui kolum "#BBC Trending: Be careful what you say about spinach" (berhati-hati apa yang anda katakan tentang kangkung) menyiarkan, semenjak video kenyataan Najib itu dimuat naik, ia telah  dijadikan bahan lawak dan antara topik hangat dibincangkan dalam laman sosial.

Dalam portal tersebut menyifatkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan memuncak apabila perdana menteri mengeluarkan kenyataan tidak sensitif tatkala kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti gula dan tarif elektrik di Malaysia.

"Dikala kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana kenaikan harga dalam perkara asas seperti bahan api dan elektrik, perdana menteri memilih untuk bercakap mengenai penurunan harga kangkung sebagai contoh bahawa tidak semua harga naik di Malaysia.

"Ia telah menyebabkan Najib dikritik hebat apabila rakyatnya bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, namun terpaksa melihat korupsi dan perbelanjaan mewah kerajaan Malaysia, " seperti yang dipetik dalam portal tersebut.

Selain itu, BBC turut melaporkan bahan lawak kangkung juga menjadi satu fenomena apabila ribuan telah memberi komen di laman sosial seperti di Twitter, manakala di Facebook pula, laman akaun ditubuhkan dengan pengikutnya mencecah 10,000 orang.

Tambah portal itu, ekoran daripada reaksi luar biasa rakyat ke atas isu tersebut juga menyaksikan video ucapan Najib diubah menjadi lagu, dan lebih dari itu Tshirt tertera 'Keep Calm and Eat Kangkung' telah dihasilkan.

Portal itu juga berkata tindakan Najib itu dilihat memberi peluang kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersama rakyat mentertawakan kerajaan.

Presiden Umno tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik bertarikh 12 Januari 2014, mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik, tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.

"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun.

"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.

Video yang tersebar luas tersebut boleh ditonton di sini.

Kenyataan Najib bukan kali pertama mendapat kritikan dan cemuhan daripada pengguna laman sosial dan rakyat, malahan menteri Kabinet beliau juga sebelum ini dikritik hebat kerana kenyataan yang tidak memahami sensitiviti rakyat yang bergelut dengan kenaikan harga barang.

Antara kenyataan menteri Kabinet yang menerima kritikan ialah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek sebelum ini berkata jangan makan ayam sekiranya harga ayam mahal dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif bagi mengelak tol yang dijangka naik.

Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat.


Sumber: TheMalaysianInsider

Pinda Akta SPRM Tiada Alasan Lepaskan VIP

Posted: 14 Jan 2014 09:00 PM PST

PKR memberi amaran perhimpunan besar-besaran jika beberapa individu terkemuka tidak disiasat selepas pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dijangka pada Mac depan.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, ini kerana SPRM sebelum ini berkata mereka tidak dapat mengemukakan kes yang kukuh terhadap orang kenamaan kerana kelemahan akta.

"Ratusan ribu rakyat turun ke jalan raya untuk reformasi pilihan raya, tetapi rasuah musuh nombor satu negara dan banyak masalah berpunca daripada rasuah," katanya dalam sebuah forum antirasuah di Kuala Lumpur malam tadi.

"Ini amaran awal kepada kerajaan dan SPRM. Jika mereka tidak uruskan (rasuah) dengan baik, orang ramai akan marah dan berarak di jalan raya."

"Kita bermula dengan jalan rundingan tetapi Mac ini, selepas undang-undang dipinda dan menteri-menteri masih tidak didakwa, saya pasti ada antara kita yang akan menjadi penghasut."

Sumber: MalaysiaKini

Isu Air Selangor - PKR Beri Amaran Pada Kerajaan

Posted: 14 Jan 2014 01:30 AM PST

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli memberi amaran kepada kerajaan persekutuan agar tidak menggunakan kuasa bawah Akta Industri Perkhidmatan Air untuk menaikkan tarif air di Selangor dan memberi pampasan tidak adil kepada pemegang konsesi.

Rafizi berkata, kerajaan telah menyatakan hasrat untuk menggunakan Seksyen 114 akta tersebut, yang menurutnya memberi kuasa pentadbiran kepada kerajaan persekutuan untuk menguruskan semua pemegang konsesi air di negeri itu.

"Mereka boleh gunakan kuasa ini sebagai senjata politik ke atas kerajaan negeri Selangor dan juga mungkin menaikkan tarif air," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Rafizi berkata kerajaan negeri perlu bertindak berhati-hati apabila kerajaan negeri menyatakan hasrat berkenaan, yang memberi kuasa menyatukan semua pemegang konsesi di bawah pentadbirannya sendiri.

"Saya mencari jaminan bahaw kerajaan tidak akan mengguna kuasa untuk kepentingan mereka bagi memberi ganjran kepada pemegang konsesi. Mereka boleh mendapat keuntungan secara tidak adil melalui tindakan ini," katanya.

Tambahnya, walau dengan jaminan kerajaan persekutuan, ia masih boleh bertukar fikiran mengenai terma pengambilalihan tersebut.

"Saya bimbang sekiranya kita tidak berhati-hati, kerajaan persekutuan sekali lagi akan memilih Puncak Niaga dan SYAB AS sebagai syarikat induk yang berkuasa untuk mengambil alih aset kesemua pemegang konsesi," katanya.

Katanya perjanjian berat sebelah, seperti dalam tindakan penswastaan air yang berkuatkuasa di negeri tersebut pada masa kini juga mungkin berulang.

"Kerajaan persekutuan boleh menggunakan perkara ini untuk menghukum rakyat Selangor yang memberi sokongan besar kepada Pakatan dalam pilihan raya umum lalu, dengan menaikkan tarif air," katanya.


Sumber: MalaysiaKini

Pendakwaan PKFZ Hanya Sandiwara Terancang – Azan Ismail

Posted: 14 Jan 2014 01:15 AM PST

KUALA LUMPUR 14 JAN: Pendakwaan terhadap ketirisan dan rasuah dalam Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) hanyalah sandiwara terancang kerajaan minoriti BN bagi mengaburi mata rakyat, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

Katanya, selepas pembebasan bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy atas tuduhan itu semalam, tiada mana-mana pihak yang dihukum kerana menyebabkan kerugian berbilion ringgit dalam projek itu.

"Ini seolah-olah satu wayang terancang bertujuan untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan serius membanteras ketirisan. Bila habis pilihan raya, yang tertuduh turut dilepaskan," katanya ketika dihubungi.

Menurut Azan, kegagalan mensabitkan individu  dalam skandal tersebut  menunjukkan ketidakmampuan kerajaan minoriti pimpinan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangani isu salah guna kuasa melibatkan wang rakyat.

"Najib nampaknya tidak serius mahu selesai masalah ketirisan, dan yang lebih pelik seolah-olah tiada seorang pun pemimpin Umno berani bersuara dalam kes PKFZ, ini membuktikan mereka tidak berintergriti," tegas Azan.

Semalam, bekas menteri dan timbalan presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy terlepas daripada dipenjarakan selepas pihak pendakwa menarik balik tuduhan menipu dalam kes PKFZ.

Chan dituduh pada 28 Februari 2011 atas dakwaan menipu bekas Perdana Mneteri, Tun Abdullah Ahmad badawi mengenai projek pemindahan kapal sebanyak RM1.9 bilion di antara 2004 dan 2006
Pada Oktober tahun lalu, bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik turut dibebaskan daripada pertuduhan menipu Kabinet dalam skandal berkenaan.

Projek tersebut pada mulanya bernilai RM1.1 bilion apabila diilhamkan pada 1997, namun melonjak kepada RM4.6 bilion pada 2007. Kos muktamad  dari wang pembayar cukai dianggarkan sebanyak RM12.5 bilion.

Laporan audit PwC pada 2009 menyifatkan Chan dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang dan lembaga pengarah agensi pelabuhan itu tidak menjalankan tugas dengan sepenuh perhatian.

Sumber: KeadilanDaily

Kebencian Kepada Pentadbiran Najib Merentasi Semua, Lapor Asia Sentinel

Posted: 14 Jan 2014 01:00 AM PST

Pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak berdepan kebencian merentasi semua lapisan daripada rakyat sehinggalah dalam Umno sendiri, lapor portal berita Asia Sentinel.

Laman tersebut melaporkan situasi sama semasa penyingkiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kini berulang lagi, memetik sumber dalaman Umno kepada Asia Sentinel.

"Kebencian sama bukan khusus kepada beberapa segmen Umno dan elit pemerintah sahaja.

"Zaman Mahathir, kebencian dan kurang senang hanya di kalangan kumpulan intelektual dan hak asasi manusia. Tetapi Najib, ia merentasi semuanya sehingga ke isterinya dan rakan-rakannya," kata Asia Sentinel yang memetik pendedahan sumber Umno.

Walaupun kumpulan blogger daripada kem bekas perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan tekanan kepada Najib, ia masih tidak memadai.

"Tangan Mahathir dan Daim (bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin) di merata-rata tempat tetapi kuncinya sekarang adalah Najib dan isterinya yang menyediakan semua peluru.

"Tanpa peluru tersebut, Mahathir sukar mengerah bala tenteranya untuk menentang Najib," kata sumber yang dipetik dalam Asia Sentinel.

Asia Sentinel dalam laporannya juga mendedahkan dua blogger kem Mahathir yang lantang mengkritik Najib, Kadir Jasin dan Outsyedthebox.

Kedua-dua blogger tersebut menurut Asia Sentinel seringkali membidas langkah dan polisi pentadbiran Najib yang dilihat banyak membazir.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin sebelum ini membidas Najib susulan kontroversi penggunaan aset kerajaan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan luar negara.

Kadir secara sinis berkata Najib perlu mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Rosmah sebagai menteri.

Selain itu, Dr Mahathir juga tidak ketinggalan membidas Najib apabila mempersoalkan keperluan Putrajaya memiliki banyak kapal terbang berbanding ketika zaman pemerintahannya.

Dr Mahathir berkata beliau tidak memerlukan sebarang pesawat mewah sewaktu pimpinan beliau namun berpendapat kerajaan kini mempunyai wang mencukupi untuk membelanjakan kemewahan tersebut.

Tahun lepas, Jabatan Perdana Menteri memberitahu parlimen bahawa Putrajaya kini memiliki sekurang-kurangnya tujuh kapal terbang, termasuk jet kelas perniagaan Boeing.

Kapal terbang itu digunakan oleh VVIP termasuk Yang Dipertuan Agung dan perdana menteri. Ia termasuklah Falcon, Global Express, jet kelas perniagaan Boeing, Blackhawk, 2 Augusta dan Fokker F28.

Menurut Asia Sentinel lagi, suara-suara marah rakyat serta beberapa pemimpin dalam Umno tersebut juga berpunca daripada pemotongan beberapa subsidi yang diberikan kerajaan baru-baru sehingga mengakibatkan kenaikkan harga barang yang mendadak.

Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat.

Setelah dikritik kerana tidak berjimat, Putrajaya baru-baru ini mengumumkan mereka akan mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri dan pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat.

Tetapi pembangkang melabelkannya sebagai reaksi spontan dan setelah melihat kesan kepada pengurangan subsidi yang dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Saumber: TheMalaysianInsider

Kenyataan 'Kangkung' PM Jadi Bahan Jenaka

Posted: 13 Jan 2014 01:30 AM PST

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung di Kemaman semalam kini disebar meluas dan menjadi bahan sindiran dan gelak ketawa di Internet.

Selain komen di laman sosial, terdapat pengguna Internet yang secara nakal menujukan lagu rakyat "Lenggang Kangkung" nyanyian penyanyi terkenal Saloma kepada beliau.

Malah, terdapat juga pengguna yang membariskan beberapa gambar yang disunting dengan memasukkan dialog menyindir perdana menteri sebagai memahami kesusahan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar sendiri dalam Twitter beliau tampil menyindir Najib berhubung kenyataannya itu dengan menulis:

"Zaman konfrontasi (dengan Indonesia) kerajaan sindir Soekarno makan jagung; sekarang rakyat Malaysia digalak makan kangkung! LOL (ketawa besar)!"

Najib semalam dilaporkan berkata:

"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.

"Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."

Sementara itu, menteri belia dan sukan yang juga ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tampil menyelar tindakan warga maya itu yang menurutnya tidak rasional.

"Tak payah kecoh pasal kangkung. @NajibRazak (Najib) bagi contoh bukan semua benda naik harga.

"Ada yg naik sebab faktor cuaca dan lain-lain. Rasional sikitlah," tulisnya di Twitter.


Sumber: MalaysiaKini

MB - Kerajaan Selangor Bina Projek HORAS Pasti Bekalan Air Berterusan

Posted: 13 Jan 2014 01:00 AM PST

SHAH ALAM 13 JAN: Kerajaan Negeri mengeluarkan arahan untuk memulakan projek HORAS (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 juta liter sehari (MLD).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri melaksanakan usaha itu bagi memastikan pengguna terus mendapat bekalan air sementara menunggu Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) yang bertujuan menyusun semula industri perkhidmatan air di Selangor.

Katanya, dengan adanya HORAS ini, rakyat Selangor tidak akan terlalu bergantung kepada projek loji Langat 2 sebagai satu jaminan atau kepastian bahawa pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mendapat bekalan air berterusan.

"Sistem ini melibatkan penakungan stormwater dari Sungai Selangor di kawasan bekas lombong di Bestari Jaya.

"Berdasarkan data limpahan di Baraj Bestari Jaya, didapati sumber stormwater Sungai Selangor adalah mencukupi ketika berlaku lebihan daripada penggunaan loji di Sungai Selangor.

"Keupayaan takungan ini dianggarkan mencukupi untuk 4 bulan tanpa aliran dari Sungai Selangor ketika musim kemarau pertengahan tahun," kata Abdul Khalid dalam kenyataan medianya.

Beliau berkata majlis pecah tanah bagi pembinaan HORAS ini dirancang diadakan dalam waktu terdekat ini dan akan menjemput Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk bersama-sama menjayakan projek itu.

"Kita mengarahkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) supaya menyelaraskan pengeluaran lesen air mentah untuk diberikan kepada syarikat milik penuh kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), selari dengan rancangan penyusunan semula industri air Selangor.

"Sehubungan itu, lesen air mentah yang diberikan kepada syarikat konsesi termasuk Puncak Niaga akan ditamatkan," kata beliau.

Abdul Khalid berkata, beliau yakin Kerajaan Persekutuan mampu menguatkuasakan Seksyen 114 WSIA dengan lancar bagi memberi laluan kepada penyusunan semula industri perkhidmatan air di negeri itu.


Sumber: SelangorKu

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang