Selasa, 14 Januari 2014

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Posted: 13 Jan 2014 07:36 AM PST

Salam Sejahtera,

YB R. Sivarasa,  mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Ponggal kepada semua masyarakat yang menyambutnya.

Pada 12/1/2014(Ahad) lepas, YB R. Sivarasa telah mengedarkan sebanyak 3000 batang tebu kepada 1500 keluarga di kawasan DUN Kota Damansara, DUN Paya Jaras dan DUN Bukit Lanjan sempena sambutan Perayaan Ponggal 2014.

Pengedaran ini tertumpu kepada kawasan berpenduduk kaum India yang ramai dan kawasan miskin untuk sama-sama merayakan perayaan Ponggal yang bakal menjelang tiba. 

Tebu merupakan simbolik kepada kemanisan,  tebu diikat di pintu rumah dan amat signifikan kepada kaum petani. 







Tiada ulasan: