Anak Muda Kampung Nak Senang |
Anak pegawai khas Menteri Besar dijangkiti kencing tikus Posted: 29 Aug 2013 04:39 PM PDT Semoga Allah menyembuhkan adik Nur Hasya dan melindungi kita semua dari wabak kencing tikus Anak pegawai khas Menteri Besar dijangkiti kencing tikus 30 Ogos 2013 Ipoh: Penularan virus kencing tikus terus melanda negeri ini apabila anak perempuan kepada Pegawai Khas Hal Ehwal Islam Menteri Besar Datuk Kapten (B) Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz turut dimasukkan ke Hospital Pakar Ipoh (KPJ-ISH) sejak Selasa lalu akibat jangkitan penyakit maut itu. Mangsa, Nur Hasya Rushaida, 15, bersama adiknya, Nur Sakinah Hayani, 13, mengalami demam pada Khamis minggu lalu dan dibawa ke klinik untuk rawatan. Mohd Najmuddin berkata, demam dialami Nur Hasya bagaimanapun berlarutan sedangkan anak bongsunya sudah beransur pulih. Menurutnya, anak ketiganya itu sering demam pada waktu malam, namun selepas melihat keadaannya semakin teruk, beliau membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. "Hasil ujian pada sampel darah diambil menunjukkan anak saya positif virus kencing tikus dan leptospirosis. |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan