Jumaat, 30 Ogos 2013

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433 H

Posted: 11 Jul 2012 11:00 AM PDT



Saya mengucapkan Salam Ramadhan buat semua ummat Islam yang akan menyambut Ramadhan pada minggu hadapan. Didoakan kita dapat mengimarahkan Ramadhan serta meningkatkan ketaqwaan disisi Allah SWT.

Ramadhan harus dijadikan bulan Tarbiyyah jiwa dan rohani. Semoga perjuangan kebenaran dan keadilan dapat dikukuhkan dalam bulan Ramadhan dengan hati yang tulus ikhlas dan suci. Bulan Ramadhan juga adalah bulan ilmu. Maka sebaran maklumat kebenaran juga harus dilipat gandakan usaha mudah-mudahan ada ganjaran besar serta keberkatan kita pohon daripadaNYA melalui gerak kerja perjuangan yang telah dilaksanakan.

Salam Ramadhan.

Ikhlas:

Kamarul Baharin Abbas
MP Telok Kemang
Pengerusi MPN Keadilan N. Sembilan


Soalan Parlimen Isu PTPTN-Apakah ini bukti Pendidikan diniagakan?

Posted: 06 Jul 2012 02:11 AM PDT

 Saya berkongsi dengan anak-anak muda mahasiswa akan data ini berdasarkan soalan Parlimen tempoh hari. Ini dapat kita lihat bahawa pembiayaan untuk pelajar IPTA adalah sebanyak RM 23.6 bilion berbanding untuk pelajar IPTS iaitu sebanyak RM 20.4 bilion. Sedangkan jika perbandingan dibuat RM 23.6 bilion tadi adalah untuk 1.36 juta pelajar/peminjam yang secara peratusannya mewakil seramai 69% daripada jumlah peminjam. Berbanding pelajar IPTS - 0.61 juta pelajar (31%) mendapat jumlah pinjaman RM 20.4 bilion.

Apakah munasabah untuk pinjaman kepada pelajar IPTS seramai 0.61 juta yang mewakili 31% daripada jumlah peminjam PTPTN itu mendapat jumlah pinjaman yang bernilai RM 20.4 bilion iaitu hampir menyamai jumlah pinjaman pelajar IPTA yang mewakili 69% peminjam PTPTN.

Ini membuktikan bahawa kos pendidikan di IPTS lebih tinggi berbanding IPTA. Namun persoalan rakyat ialah, siapakah empunya IPTS-IPTS yang tumbuh bakkan cendawan dalam negara pada hari ini? Apakah ini bukti bahawa pendidikan diniagakan secara kasar dan berat ke atas rakyat. Kita maklum bahawa penempatan di IPTA adalah kurang untuk menampung jumlah pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian tinggi. Sudah pasti IPTS akan menjadi kampus alternatif untuk para pelajar. Namun mengapa yuran IPTS begitu tinggi yang mana dapat kita bandingkan dengan ratio jumlah pinjaman PTPTN oleh pelajar IPTS berbanding IPTA.

Apapun saya tegaskan disini bahawa tawaran Pakatan Rakyat ialah memberikan pendidikan percuma dan menghapuskan hutang mahasiswa seluruh negara secara berperingkat. Ini mampu dilaksanakan jika PR diberi mandat oleh rakyat untuk menguruskan negara.

Salam Perjuangan,

Kamarul Baharin Abbas
MP Telok Kemang
Pengerusi MPN Keadilan N. Sembilan

RUJUKAN SOALAN PARLIMEN

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
           menyatakan :-
a.      Jumlah hutang pendidikan yang ditanggung oleh mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) secara berasingan yang meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga kini; dan
b.      Berapakah jumlah mahasiswa IPTA dan IPTS secara berasingan yang sedang membayar hutang tersebut.

 

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk maluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 April 2012, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah meluluskan pinjaman/pembiayaan pendidikan kepada seramai 1.97 juta peminjam dengan amoun sebanyak RM 44.01 bilion sehingga pelajar tamat pengajian. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 1.36 juta (69.0%) peminjam adalah terdiri daripada pelajar IPTA melibatkan jumlah pinjaman/pembiayaan sebanyak RM 23.6 bilion dan sebanyak dan sebanyak 0.61 juta pelajar (31.0%) terdiri daripada pelajar IPTS yang melibatkan jumlah pinjaman/pembiayaan RM 20.4 bilion.


Bagi tempoh yang sama, jumlah yang perlu dibayar balik oleh peminjam PTPTN ialah sebanyak RM 6.7 bilion melibatkan 1.02 juta peminjam. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 3.24 bilion telah berjaya dikutip melibatkan seramai 763,488 peminjam.

ALBUM CERAMAH SIRUSA-PD 30 JUN 2012

Posted: 02 Jul 2012 10:53 PM PDT

Ceramah Sdra. Rafizi mendapat sambutan rakyat di Sirusa-Telok Kemang. Kehadiran Sdra.Wfauzdin juga berjaya menarik minat anggota tentera untuk mendapatkan maklumat sebenar perkembangan politik dan isu-isu semasa tanah air.

Rakyat sudah mula menilai secara ilmiah dan fakta isu-isu yang berlaku dalam negara. Harga barang di bawah UMNO/BN meningkat naik serta membebankan rakyat sedangkan tawaran Pakatan Rakyat ialah menurunkan harga minyak dan pendidikan percuma. UMNO/BN menjawab bahawa kononya negara akan bankrab jika laksanakan pendidikan percuma. Mereka tidak sedar bahawa RM 28 bilion telah ketirisan di bawah pentadbiran UMNO/BN.

Jom Sokong Pakatan Rakyat!






CERAMAH KELOMPOK SUNGGALA-LINGGI - 9 JUN

Posted: 10 Jun 2012 11:42 PM PDT

Rakyat hadir memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat-KEADILAN. Siri Penerangan telah dibuat oleh AMK N9 dan juga bersama Pejabat Parlimen Telok Kemang. Saya ucapkan tahniah kepada semua yang hadir dan ucapan terima kasih buat semua yang telah membantu menjayakan program termasuk AMK N9.

Pihak UMNO/BN tidak mampu memjawab isu yang kita bangkitkan termasuk isu penurunan harga minyak dan pendidikan percuma, maka mereka menyebarkan gambar lucah untuk tatapan rakyat. Politik nilai adalah politik berasaskan fakta dan bukannya fitnah. Marilah kita bersama memastikan kemenangan rakyat melalui Pakatan Rakyat menjelang PRU-13 akan datang. Salam perjuangan buat semua.

-Kamarul Baharin Abbas-
MP Telok Kemang








Manifesto Pakatan Rakyat N. Sembilan - Sisipan rujukan buat rakyat

Posted: 03 Jun 2012 10:11 PM PDT

Ini adalah Manifesto Pakatan Rakyat N. Sembilan - Tonggak Nan Sembilan yang disepakati oleh Pakatan Rakyat N. Sembilan. Ayuh bersama kita lakukan perubahan Demi N. Sembilan tercinta.



Tiada ulasan: