Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 6 Julai 2013

Suara Sri Andalas

sumber :-

Suara Sri Andalas


Permohonan RM 105 juta Tambahan Untuk Biayai Skim Air Percuma Mei hingga ke Disember

Posted: 05 Jul 2013 11:28 PM PDT

SHAH ALAM 5 JULAI : Kerajaan Selangor memohon peruntukan tambahan RM 105 juta bagi meneruskan skim pemberian 20 meter padu air percuma di Selangor bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khadli Ibrahim berkata, peruntukan itu diperlukan kerana peruntukan sebelumnya hanya menampung kos program tersebut sehingga Mei lalu iaitu sebelum Pilihanraya Umum 13 (PRU13).

Maka dengan itu, katanya, Kerajaan Negeri membuat pembayaran bagi kos air percuma kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya untuk tempoh Januari hingga ke Mei.

Keputusan untuk diambil di dalam belanjawan 2013 kerana sekiranya Kerajaan Negeri yang lain mengambilalih selepas PRU 13, pentadbiran itu tidak dipaksa untuk meneruskan dasar itu.

"Jika menang pilihanraya, kita teruskan program pemberian air percuma ini. Keputusan ini dibuat kerana kita tidak mahu membuat keputusan bagi pihak lain.

"Tetapi dalam manifesto PR, kita telah senaraikan mengenai usaha meneruskan bantuan air percuma ini," katanya kepada media selepas Dewan Negeri Selangor (DNS) ditangguhkan di sini hari ini.

Permohonan RM 105 juta itu sebahagian daripada permohonan perbelanjaan tambahan sebanyak RM 761 juta yang dibuat melalui satu enakmen di dalam DNS.

Daripada RM 105 juta, RM 83 juta adalah bagi menampung bayaran program pemberian air percuma bagi Julai hingga hingga Disember 2013.

Manakala RM 22 juta bagi menampung semula peruntukan sedia ada yang telah digunakan bagi bayaran program itu bagi Mei hingga Jun lalu.

Sumber: Selangorku

Pendapatan Peserta Program Keusahawanan Selangor Naik Sehingga 40 Peratus

Posted: 05 Jul 2013 11:26 PM PDT

SHAH ALAM 5 JULAI : Usahawan belia dan wanita muda yang menyertai program bimbingan perniagaan Kerajaan Negeri melaporkan bahawa pendapatan mereka meningkat sebanyak 30 hingga 40 peratus apabila mereka mempraktikan latihan tersebut.

Exco Pembangunan Usahawan Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi berkata bagaimanapun peserta tidak mengemukakan rekod peningkatan itu kerana perusahaan mereka ialah industri kampung dan mereka tidak mempunyai penyata aliran tunai dan penyata bank.

Daroyah juga berkata bengkel dan program usahawan mencatatkan permintaan yang menggalakkan apabila jumlah peserta meningkat ke 7,706 pada tahun 2013, daripada 220 pada 2008.

Antara program yang disediakan ialah kursus pensijilan, pembungkusan, kursus asas keusahawan dan rancangan perniagaan.

Program yang tidak melibatkan latihan pula merangkumi Dana Industri Kampung, Promosi Produk Usahawan dan lawatan ke premis perusahaan yang dijalankan sekali setahun.

Beliau berkata demikian ketika yang menjawab pertanyaan Adun Permatang Sulaiman Abdul Razak (BN) di dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Dalam pada itu, Daroyah memaklumkan Selangor kini menjadi juara dalam pensijilan halal berikutan ketika ini, 40 peratus daripada permohonan sijil halal di Malaysia datangnya dari Selangor.

Sumber: Selangorku

AES: Kerajaan Ambil Dari Mana Bayar RM13 juta

Posted: 05 Jul 2013 11:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (Kase) meminta Kementerian Pengangkutan menjelaskan dari sumber mana RM13,550,758.00 diambil bagi membayar fi perkhidmatan kepada syarikat pembekal Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff yang merujuk kepada jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan kepada Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang menyatakan sehingga 15 Mei lalu, kerajaan telah membayar fi perkhidmatan (contract service fee) kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES sebanyak RM13,550,758.

Bayaran itu dibuat berpandukan kepada perjanjian antara kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan.

"Kita minta pihak kementerian menjelaskan kepada rakyat dari mana sumber kewangan itu diperolehi bagi membayar fi perkhidmatan kepada syarikat pembekal, RM13 juta bukan satu jumlah yang kecil.

"Kita semua tahu tidak semua pesalah jalan raya yang menerima saman AES membuat pembayaran dan di bawah kendalian Kase juga ada beberapa kes, bagaimana kerajaan boleh bayar RM13 juta itu kepada syarikat pembekal," ujar beliau kepada Harakahdaily.

Tambah beliau, Kementerian Pengangkutan juga turut memberitahu sehingga 11 Jun sejak AES dikuatkuasa pada 23 September 2012 sebanyak 673,339 saman AES telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Namun katanya lagi, adakah dari jumlah saman yang dikeluarkan itu telah dijelaskan bayaran kompaun atau denda oleh penerima saman.

"Mengikut rekod Kase terdapat lebih daripada 100 saman AES yang telah dibawa ke mahkamah telah dibatalkan oleh mahkamah sama ada dengan dilepaskan tanpa dibebaskan atau dilepaskan dengan amaran.

"Ini bermakna lebih 100 saman telah tidak dibayar oleh penerima saman atas arahan dari mahkamah, selain itu juga di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 10 Disember tahun lalui dari 18 kes saman AES hanya 13 daripadanya mengaku salah dan dikenakan dengan tetapi lima darinya dilepaskan tanpa dibebaskan.

"Begitu juga di Mahkamah Kuala Lumpur juga situasi yang sama, jadi dari kes tersebut adalah tidak masuk akal kerajaan mengeluarkan RM13 juta untuk dibayar kepada syarikat pembekal sedangkan ada saman yang dilepaskan dan tidak perlu dibayar oleh penerima saman," ujar beliau.

Zulhazmi turut menyatakan ia merupakan statistik yang berada di dalam rekod Kase tanpa mengambilkira yang tidak direkodkan di luar sana. Berdasarkan statistik ini sahaja jelas bahawa bukan semua 673,339 saman yang telah dikeluarkan sejak 23 September 2012 telah dijelaskan.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan perkiraan yang digunakan oleh kerajaan dalam membayar sejumlah RM13,550,758 kepada syarikat pembekal kamera tersebut.

Jelasnya, mengikut Model Kewangan Dengan Formula Tiga Langkah yang menjadi panduan pembayaran fi perkhidmatan oleh Kerajaan kepada syarikat, syarikat hanya akan layak menerima RM16 daripada setiap RM300 denda atau kompaun yang dibayar oleh penerima saman AES.

"Diandaikan semua 673,339 saman AES telah dibayar, kerajaan hanya perlu membayar kepada syarikat penyedia perkhidmatan sebanyak RM10,773,424 sahaja bukan RM13,550,758.

"Jadi bagaimana kerajaan membuat kiraan dalam menjelaskan bayaran fi perkhidmatan tersebut yang jauh lebih tinggi daripada jumlah sepatutnya. Menjadi persoalan kepada kita juga ialah jumlah 673,339 saman telah dikeluarkan sehingga 11 Jun 2013 tetapi bayaran RM13,550,758 tersebut adalah setakat 15 Mei 2013 yang mana sepatutnya lebih rendah daripada itu," sambungnya.

Beliau mendesak kerajaan supaya mendedahkan butiran perjanjian tersebut kerana khuatir terma-terma perjanjian adalah menguntungkan syarikat swasta berbanding Kerajaan.

Menurut beliau, kerajaan sepatutnya memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan syarikat swasta dalam melaksanakan sesuatu tindakan.


Sumber: Harakahdaily

Menyampaikan Sumbangan Kepada Gereja Christ the King

Posted: 04 Jul 2013 11:32 PM PDT

Bersama YB William Leong dan YB Theresa Kok menyampaikan sumbangan RM100,00 daripada Kerajaan Negeri Selangor kepada Church of Christ the King







0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang