Selasa, 2 Julai 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Projek Pencegahan dan Tebatan Banjir di Klang

Posted: 02 Jul 2013 06:55 AM PDT

Isu-isu yang dibangkitkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas di Dewan Negeri Selangor ketika Ucapan Menjunjung Kasih Sempena Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor pada 2 Januari 2013.

Isu 4:  Projek Pencegahan dan Tebatan Banjir di Klang

"Saya berharap Kerajaan Negeri segera melaksanakan projek tersebut yang bernilai RM5.3 juta yang telah diluluskan tahun lepas di 3 kawasan tadahan di Sungai Teluk Gadong, Sungai Aur dan Sungai Puluh di Klang.

Selain daripada itu, saya memohon Kerajaan Negeri untuk menyegerakan pembinaan sebuah kolam takungan di Taman Botanik yang dibina dengan usaha sama syarikat Harum Intisari anak syarikat kepada MMC Gamuda dan pihak Majlis Perbandaran Klang yang sepatutnya siap pada penghujung bulan Julai ini.




Projek ini masih lagi belum berjalan walaupun majlis pecah tanah kolam takungan telah dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar pada 18 Februari yang lepas. Kerajaan Negeri hendaklah menyarankan supaya pihak Majlis Perbandaran Klang memberi keutamaan kepada projek ini supaya masalah banjir dikawasan berkenaan dapat diatasi segera.

Saya juga mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri membeli beberapa keping tanah persendirian yang telah dikenalpasti di Batu Ampat dan Taman Sentosa di dalam Dun Seri Andalas bagi pembinaan kolam-kolam tadahan.


Tempat-tempat yang dikenalpasti ini adalah;

Pertama, kawasan di simpang empat di hadapan KFC Taman Sentosa.

Kedua, di Batu Ampat, kawasan seluas 5 ekar berdekatan Sekolah Jenis Tamil Batu Ampat.

Ketiga, kawasan seluas 5 ekar di Alam Impian.


Kertas kerja berkaitan kawasan yang telah dikenalpasti ini hendaklah disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Shah Alam. Sekiranya telah disediakan perlulah dikemukakan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor untuk tindakan pembinaan. 

Pembinaan longkang konkrit besar di sebelah kiri dan kanan sepanjang Jalan Kebun bermula dari Batu 3 sehingga bulatan terbesar yang mengubungkan Taman Sentosa, Bukit Tinggi dan Kemuning juga adalah perlu dilakukan.

Kertas kerja telah disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor dan saya minta supaya pihak tersebut kemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan segera.

Dengan adanya kolam-kolam tadahan dan pembinaan longkang konkrit ini, ianya dapat mencegah berlakunya banjir kilat setiap kali hujan lebat di kawasan Taman Sentosa dan kawasan sekitarnya yang menyebabkan penderitaan dan kesusahan terhadap lebih 100,000 penduduk di kawasan berkenaan."
Isu-isu lain:




Mengkaji Semula Sistem Tender dan Sebutharga di PBT

Posted: 02 Jul 2013 06:53 AM PDT

Isu-isu yang dibangkitkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas di Dewan Negeri Selangor ketika Ucapan Menjunjung Kasih Sempena Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor pada 2 Januari 2013.

Isu 3:  Mengkaji Semula Sistem Tender dan Sebutharga di PBT

"Saya mencadangkan agar kita mengkaji semula mekanisma yang dilaksanakan di kebanyakan PBT.

Pertama sekali mengenai "harga terendah". Memang pada dasarnya pendekatan mendapatkan "harga terendah" menguntungkan kerajaan, tetapi apa yang berlaku adalah harga terendah tersebut juga menghasilkan  kualiti kerja dan produk yang terendah, tidak sepadan dengan nilai terbaik dengan hormat 'value for money' terhadap wang yang dibelanjakan.



Apa yang terjadi ialah; disebabkan amalan sistem "harga terendah" ini telah menyebabkan hasil kerja tidak memuaskan kerana dalam banyak kerja-kerja pembersihan kawasan contohnya di dalam pakej kerja, ianya tidak termasuk kerja-kerja perkhidmatan dan penyelengaraan seterusnya.

Saya berikan contoh bagi kerja-kerja memotong rumput di dalam sesuatu kawasan. Selepas selesai kerja-kerja memotong rumput dilaksanakan, sisa-sisa rumput tadi dibiarkan berlonggok dan tidak disapu dan di bawa pergi kerana harga terendah tadi hanya melibatkan kerja-kerja 'potong rumput' sahaja.

Jadi saya mencadangkan agar dikaji semula sistem harga terendah tadi atas alasan yang telah saya nyatakan, begitu juga setiap pembayaran perlulah dibuat hanya apabila kerja-kerja yang dibuat telah dipastikan selesai sepenuhnya.

Kedua, saya mencadangkan satu pelaksanaan dasar baru oleh Kerajaan Negeri Selangor yang dilaksanakan di peringkat Kerajaan Negeri dan kesemua PBT iaitu pelaksanaan kuota pemberian kontrak yang baru. 

Dibawah pelaksanaan dasar baru ini, saya cadangkan;

50% kontrak diberikan kepada syarikat bumiputera.

20% kontrak diberikan kepada syarikat bukan bumiputera.

Dan selebihnya 30% dibuka kepada semua.

Dibawah pelaksanaan dasar baru ini, syarat-syarat yang perlu dipenuhi pemohon tender adalah mereka yang telah berdaftar dengan UPEN dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan serta CIDB. Kuota ini tidak tertakluk semata-mata kepada kontraktor Kelas F.

Matlamat yang ingin dicapai disini adalah pengagihan kontrak secara lebih adil kepada semua serta mengelakkan gejala perniagaan Ali Baba.

Sekiranya dipersetujui kertas kerja perlu dibuat oleh UPEN dan Kerajaan Negeri menjadikannya sebagai satu dasar yang kemudiannya dilaksanakan di peringkat negeri dan PBT."

Isu-isu lain: 


Isu 2: Mencadangkan sebuah Enakmen Melarang Minuman Keras di Kawasan dan Tempat-tempat Awam  

Isu 4: Projek Pencegahan dan Tebatan Banjir di Klang


Mencadangkan sebuah Enakmen Melarang Minuman Keras di Kawasan dan Tempat-tempat Awam

Posted: 02 Jul 2013 06:52 AM PDT

Isu-isu yang dibangkitkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas di Dewan Negeri Selangor ketika Ucapan Menjunjung Kasih Sempena Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor pada 2 Januari 2013.

Isu 2:  Mencadangkan sebuah Enakmen Melarang Minuman Keras di Kawasan dan Tempat-tempat Awam

"Ini bertujuan memberi kuasa dari segi undang-undang  kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak Polis untuk menguatkuasa undang-undang melarang orang ramai meminum minuman keras (arak, bir, alkohol)  secara terbuka di kawasan-kawasan awam seperti di tapak taman permainan kanak-kanak dan kawasan rekreasi, tepi padang bolasepak dan tanah-tanah lapang serta kawasan awam yang lain.
    
Pejabat saya telah menerima banyak aduan dari orang ramai, kumpulan-kumpulan yang meminum minuman keras di lokasi-lokasi berkenaan hingga larut malam dan kemudiannya meninggalkan botol-botol kosong dan pecah berselerakan di tempat tersebut.



Keadaan ini menyebabkan kacau ganggu kepada keharmonian dan ketenteraman penduduk setempat di kawasan berhampiran apabila mereka terdedah kepada bunyi bising dari kumpulan-kumpulan tersebut dari larut malam malah hingga awal pagi.

Keesokan harinya pula kanak-kanak kecil yang datang untuk bermain di taman-taman permainan itu pula akan terdedah kepada botol-botol kaca yang berselerakan dan ini mengundang kepada bahaya kecederaan.

Untuk makluman YB dewan, undang-undang melarang meminum minuman keras di kawasan awam dan terbuka ini telah dikuatkuasakan di negara-negara seperti Australia, Canada, Finland, Hungary, Norway, Poland, Sepanyol dan Amerika Syarikat.
        
Sebagai contoh di Australia terutamanya di South Australia melalui dengan izin "Liquor Licensing Act 1997" (Lampiran South Australia Liquor Licensing Act 1997 Part 10. 131 Muka Surat 93) melarang meminum atau membawa minimuan keras di tempat-tempat awam seperti taman rekreasi dan pantai.

Kita patut mengikuti contoh yang baik seperti ini. Dan penguatkuasaan ini juga mengambil kira sekiranya ada permintaan untuk meminum minuman keras ditempat-tempat awam dan terbuka semasa mengadakan majlis-majlis persendirian, orang ramai hendaklah terlebih dahulu mendapatkan permit kelulusan daripada PBT.

Dengan berkuatkuasanya enakmen ini kita dapat membendung gejala-gejala sosial yang terjadi hasil daripada meminum minuman keras dikawasan awam tersebut.

Saya juga memohon pihak Kerajaan Negeri melarang dan mengharamkan penjualan arak-arak murah dengan izin 'cheap hard liquor'  yang boleh diperolehi dengan mudah dan berleluasa di kebanyakan kedai-kedai runcit, kedi-kedai seh-seh Cina,  dan pasaraya di seluruh negeri.

Arak-arak murah ini mempunyai kadar alkohol yang begitu tinggi dan boleh merosakkan organ dalaman dan tahap kesihatan peminumnya.

Yang begitu membimbangkan adalah pengambilan minuman ini dilakukan oleh ramai di kalangan masyarakat india yang berpendapatan rendah.

Ini menimbulkan pelbagai masalah gejala sosial dan menyebabkan berlakunya banyak kes-kes keruntuhan dan penderaan rumahtangga, dengan izin "Domestic Violence" di kalangan masyarakat india yang tinggal di kawasan-kawasan bandar dan luar bandar. 

Ketika ini kita dapati peningkatan jenayah yang dilakukan secara tidak langsung disebabkan pengambilan arak yang tidak terkawal ini bukan sahaja dikalangan belia malah telah menular masuk ke sekolah-sekolah. Aktiviti gangsterisma terutamanya dikalangan belia india berleluasa, vandalisma dan kerosakan harta benda awam juga boleh dilihat disana-sini.

Saya meminta pihak polis lebih prihatin terhadap jenayah yang dilakukan kerana akibatnya menyebabkan risiko kepada keselamatan orang awam. Saya juga meminta agensi-agensi penguatkuasa yang berkaitan turut memainkan peranan yang lebih proaktif dalam menangangi masalah ini.

Seperti yang saya nyatakan juga, akibat daripada pengambilan cheap hard liquor ini adalah masalah kesihatan organ dalaman seperti kerosakan hati yang boleh menjurus kepada banyak masalah kesihatan yang lain. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan peningkatan kos kesihatan serta menyebabkan prestasi tenaga kerja terjejas.

Justeru, satu tindakan tegas perlu kita ambil. Saya mencadangkan supaya kilang-kilang yang menghasilkan dan menjual cheap hard liquor ini diberi masa paling lama 3 tahun untuk meneruskan operasi mereka dan kemudiannya ditutup bagi memastikan tidak ada lagi pengeluaran dan jualan arak murah ini kepada orang ramai. Sekiranya kilang-kilang ini dibiarkan terus beroperasi, begitulah juga gejala-gejala sosial yang berkaitan akan terus menjadi-jadi. 

Pihak berkuasa dan agensi-agensi berkaitan juga mesti terus memantau kedai-kedai yang menjual arak ini dan memperketatkan garis panduan penjualannya."

Isu-isu lain: 


Isu 3: Mengkaji Semula Sistem Tender dan Sebutharga di PBT

Isu 4: Projek Pencegahan dan Tebatan Banjir di Klang

Membelanjakan Dana Geran SelangorKu Untuk Pembangunan Infrastruktur Kawasan Luar Bandar dan Desa

Posted: 02 Jul 2013 06:50 AM PDT

Isu-isu yang dibangkitkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas di Dewan Negeri Selangor ketika Ucapan Menjunjung Kasih Sempena Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor pada 2 Januari 2013.

Isu 1: Membelanjakan Dana Geran SelangorKu Untuk Pembangunan Infrastruktur Kawasan Luar Bandar dan Desa.

"Saya berharap Kerajaan Negeri segera menggunakan dana dari hasil simpanan tunai yang sebanyak RM2 Bilion dibelanjakan untuk kerja menaik taraf infrastruktur di kawasan luar bandar dan desa.

Tidak ada maknanya kita menyimpan RM2 Bilion sedangkan banyak jalan-jalan kampung di DUN saya berlubang-lubang besar dan sekian lama tidak diselenggara secara berkala.



Antara sebab berlakunya keadaan sedemikian ialah jalan-jalan kampung ini terletak atau melalui tanah-tanah milik persendirian tetapi telah digunakan oleh orang ramai sejak dari generasi terdahulu lagi.

Lantaran itu berlakulah 'perbalahan' antara pihak Pejabat Tanah dan Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan tentang siapa yang harus bertanggungjawab dalam menyelenggarakan jalan-jalan tersebut disebabkan oleh "kekangan" penggunaan dana kerajaan negeri terhadap jalan-jalan di tanah-tanah persendirian.

Oleh itu saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri menghapuskan kekangan ini demi kepentingan orang ramai dan seterusnya dana tersebut dapat disalurkan bagi kerja-kerja naik taraf dan penurapan jalan-jalan berlubang tersebut."

Isu-isu lain: 

Isu 2: Mencadangkan sebuah Enakmen Melarang Minuman Keras di Kawasan dan Tempat-tempat Awam  

Isu 3: Mengkaji Semula Sistem Tender dan Sebutharga di PBT  

Isu 4: Projek Pencegahan dan Tebatan Banjir di Klang


ADUN Cadang Larangan Minum Arak Di Tempat Awam

Posted: 02 Jul 2013 06:01 AM PDT

ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar hari ini mencadangkan agar satu kerajaan memperkenalkan satu undang-undang baru bagi melarang perbuatan meminum minuman keras di tempat awam.

Menurutnya, enakmen itu bertujuan bagi memberi kuasa undang-undang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis untuk menguatkuasakan larangan tersebut di tempat berkenaan.

Kawasan awam yang dimaksudkannya itu termasuk tempat-tempat seperti taman permainan, kawasan rekreasi dan padang bola, kata bekas exco itu.

"Pejabat saya telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang kumpulan yang minum minuman keras di lokasi berkenaan sehingga larut malam dan kemudian meninggalkan botol kosong dan juga pecah yang berselerak di tempat tersebut.

"Keadaan ini menyebabkan kacau dan ganggu kepada keharmonian dan ketenteraman penduduk setempat di kawasan berhampiran," katanya.

Katanya, undang-undang seperti itu dikuatkuasa di beberapa negara seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat yang menghalang perbuatan membawa dan meminum bahan tersebut di kawasan seperti taman dan pantai.

Selain itu, beliau juga menuntut agar kerajaan mengharamkan penjualan arak murah bagi membendung gejala sosial yang menurutnya semakin serius.

"Saya juga mohon kerajaan negeri melarang dan mengharamkan jualan arak murah yang boleh diperolehi dengan mudah dan berleluasa di kedai runcit, kedai perubatan Cina dan pasaraya di seluruh negeri.

"Yang begitu membimbangkan, pengambilan minuman ini dilakukan oleh ramai dari masyarakat India berpendapatan rendah.

"Ini menimbulkan masalah gejala sosial dan menyebabkan banyak berlakunya kes jenayah dan penderaan rumah tangga di kalangan masyarakat India yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar.

"Pihak berkuasa dan agensi-agensi berkaitan juga mesti terus memantau kedai yang menjual arak ini daripada menjualnya," katanya lagi.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan titah Diraja di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.

Sumber: Malaysiakini

Menguatkuasakan Enakmen Melarang Meminum Minuman Keras Secara Terbuka di Tempat-tempat Awam dan Penutupan Kilang Memproses ‘Cheap Hard Liquor’

Posted: 02 Jul 2013 05:50 AM PDT

Kenyataan Media YB Dr. Xavier Jayakumar

Menguatkuasakan Enakmen Melarang Meminum Minuman Keras Secara Terbuka di Tempat-tempat Awam dan Penutupan Kilang Memproses 'Cheap Hard Liquor'

2 Julai 2013


Dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor pada hari ini saya telah membentang dan mencadangkan supaya sebuah enakmen yang melarang minuman keras di tempat-tempat awam dikuatkuasakan di Negeri Selangor.

Enakmen seperti ini telah pun dikuatkuasakan dikebanyakan negara seperti Australia, Canada dan Finland bagi membendung aktiviti meminum minuman keras secara terbuka di tempat-tempat awam kerana mengundang kepada kacau ganggu terhadap ketenteraman awam serta kerosakan harta benda dan punca kepada masalah sosial.

Melalui penguatkuasaan enakmen ini, Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak Polis boleh menguatkuasakan undang-undang melarang orang ramai meminum minuman keras secara terbuka di tempat awam. Mereka yang didapati bersalah kemudiannya dikenakan denda dan hukuman yang sepatutnya.

Isu berkaitan yang saya tegaskan juga adalah penutupan kilang-kilang yang mengeluarkan arak-arak keras murah (cheap hard liquor). Umum diketahui arak-arak jenis ini mengandungi kandungan alkohol yang sangat tinggi yang mendatangkan banyak masalah kesihatan terutamanya kepada organ-organ dalaman.

Selain masalah kesihatan, masalah keruntuhan rumahtangga dan penderaan juga adalah akibat daripada pengambilan arak-arak jenis ini. Kita tidak boleh nafikan bahawa kadar jenayah terutamanya dikalangan belia yang juga telah menular disekolah-sekolah meningkat akibat pengambilan arak terutamanya arak keras murah yang mudah diperolehi dan dijual secara berleluasa.

Realiti yang saya lihat pada hari ini, pengeluaran dan penjualan arak-arak dari jenis ini hanya membawa kepada kehancuran sosial dan masalah kesihatan. Oleh itu saya telah mencadangkan supaya kilang-kilang sedia ada diberi tempoh paling lama 3 tahun kemudian operasinya dihentikan. Pihak berkuasa dan agensi berkaitan juga perlu terus memantau dan mengetatkan undang-undang sedia ada berkaitan pengeluaran dan penjualan arak-arak keras murah ini.

Justeru, satu tindakan tegas dan segera perlu dilakukan yang akhirnya dapat menjadikan Enakmen Melarang Meminum Minuman Keras Secara Terbuka di Tempat-tempat Awam serta penutupan kilang-kilang arak keras murah (cheap hard liquor) ini menjadi kenyataan.


YB DR XAVIER JAYAKUMAR
ADUN Seri Andalas

2 Julai 2013

Tiada ulasan: