Anak Muda Kampung Nak Senang |
- ADUN cadang larangan minum arak di tempat awam
- Perkeso tidak prihatin masalah pekerja, tidak ikuti perkembangan
- Malaysia dah tak selamat, restotan pun ada pengawal keselamatan
ADUN cadang larangan minum arak di tempat awam Posted: 03 Jul 2013 12:12 AM PDT 2 Julai 2013 - ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar hari ini mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan satu undang-undang baru bagi melarang perbuatan meminum minuman keras di tempat awam. Menurutnya, enakmen itu bertujuan bagi memberi kuasa undang-undang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis untuk menguatkuasakan larangan tersebut di tempat berkenaan. Kawasan awam yang dimaksudkannya itu termasuk tempat-tempat seperti taman permainan, kawasan rekreasi dan padang bola, kata bekas exco itu. "Keadaan ini menyebabkan kacau dan ganggu kepada keharmonian dan ketenteraman penduduk setempat di kawasan berhampiran," katanya. Katanya, undang-undang seperti itu dikuatkuasa di beberapa negara seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat yang menghalang perbuatan membawa dan meminum bahan tersebut di kawasan seperti taman dan pantai. Selain itu, beliau juga menuntut agar kerajaan mengharamkan penjualan arak murah bagi membendung gejala sosial yang menurutnya semakin serius. |
Perkeso tidak prihatin masalah pekerja, tidak ikuti perkembangan Posted: 03 Jul 2013 12:12 AM PDT Aduan Rakyat , 3 Julai 2013 Saya berharap kerajaan dapat mengkaji semula peranan dan fungsi Perkeso agar lebih telus selaras dengan perubahan semasa bagi membantu ahlinya yang sakit dan tidak mendapat bantuan ilat kerana gagal dalam proses temuduga. Saranan ini dibuat berdasarkan kes isteri saya yang didiagnos mengalami kemurungan psikotik. Walaupun telah dua kali ditemuduga, beliau masih dikategorikan sebagai 'tidak mengidap keilatan.' Alasan yang diberikan oleh Perkeso ialah penyakit isteri saya hanya di tahap sederhana dan ubat beliau belum dioptimumkan. Isu saya ialah mengenai sikap Jemaah Doktor Perkeso yang dilihat tidak meneliti masalah dan kebajikan pesakit. Perkeso dalam hal ini dilihat tidak prihatin kerana mengemukakan keputusan yang mengelirukan daripada temu duga yang pertama. Mereka tidak mempunyai laporan awal doktor isteri saya semasa ditemuduga. Saya percaya ramai pekerja yang sakit di bawah Perkeso mengharapkan sesuatu. Saya dapati majoriti pesakit yang hadir untuk temu duga, lebih dari sekali namun pulang dengan hampa. SUAMI PESAKIT Alor Setar. |
Malaysia dah tak selamat, restotan pun ada pengawal keselamatan Posted: 02 Jul 2013 05:37 PM PDT Gambar ini menceritakan segala-galanya. Sebuah restoran di Malaysia kini menempatkan pengawal keselamatan lengkap bersenjata api untuk mengawal keselamatan para pengunjung restoran. Apa sudah jadi ? Sumber gambar dari akhbar harian berbahasa Inggeris di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/07/03/Hardcore-criminals-running-loose-Released-offenders-back-to-old-habits-after-repeal-of-Emergency-Ord.aspx |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan