BULETIN RAKYAT |
RUPENYER BR1M RM500 BERTAHAN 2 BULAN SAJA Posted: 01 Jul 2013 07:56 AM PDT Pemberian BR1M RM500 yang diiklan disemua saluran TV digambar seolah-olah pemberian sebanyak RM500 sudah boleh mengubah nasib rakyat miskin secara total untuk sepanjang hidup mereka tetapi hari ini Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan kata pemberian BR1M walaupun berjumlah RM1,200 sekadar boleh tahan selama 2 bulan saja... Jelas sekali BR1M 500 tidak mampu bertahan lebih dari 1 bulan pun...Akhirnya propaganda TV sudah kantoi... Tapi paling kantoi ialah ucapana Najib Razak sendiri betapa pemberian BR1M RM500 mampu bertahan untuk setahun. Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat hari ini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan kepada RM1,200 mampu menyara isi rumah selama dua bulan, berbeza dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan wang BR1M sebanyak RM500 boleh bertahan selama setahun. Semasa pemberian BR1M 2.0 pada Februari lalu, Najib berkata sekiranya RM500 dibahagikan kepada 12 bulan setiap bulan satu isi rumah akan memperoleh RM41.60 dan ia mencukupi untuk menyara mereka selama setahun. "Apabila BRIM dinaikkan kepada RM1,200 ia akan diterjemahkan dengan membantu perbelanjaan isi rumah untuk dua bulan, 10 bulan lagi mereka perlu usahakan sendiri," kata Timbalan Menteri Kewangan tersebut semasa menjawab soalan di Parlimen pagi ini. - 1 Julai, 2013. AKHIRNYA SECARA TIDAK LANGSUNG AHMAD MASLAN SUDAH BERITAHU SATU DUNIA YANG NAJIB KAKI PENIPU...MENIPU RAKYAT SUSAH TERUTAMANYA YANG TINGGAL DI KAMPONG DAN LUAR BANDAR DIMANA TERLETAKNNYA SOKONGAN PADU UMNO. |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan