Suara Sri Andalas |
- Pengantin Selangor Digalakkan Daftar Diri Untuk Insentif, Rumah Mampu Milik
- Menghadiri Majlis Hari Ibubapa di Kuil Veerakathy
- Penyerahan Sijil Tamat Kelas Menjahit Pakaian Punjabi
- Menyerahkan Bantuan Mesin Rumput
- Memberi Kata-kata Semangat dan Nasihat Kepada Pemain Futsal Cilik
- Walkabout dan Sarapan Pagi di Taman Seri Andalas
- Menghadiri Majlis Ulangtahun Persatuan Penganut Dewa Chiok Tao Keng
- Menghadiri Majlis di Kuil Sri Maha Mariamman
- Menyerahkan Sumbangan Kepada Gereja Apostolic Pentecostal
- Menyerahkan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran
Pengantin Selangor Digalakkan Daftar Diri Untuk Insentif, Rumah Mampu Milik Posted: 30 Jun 2013 02:00 AM PDT SHAH ALAM 30 JUN : Insentif perkahwinan dinaikkan ke RM 500 dan pendaftaran ke dalam skim rumah mampu milik (RMM) adalah antara tarikan yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada pasangan Selangor yang ingin berkahwin. Pasangan pengantin baru diminta mendaftar diri dengan Kerajaan Negeri supaya hari bahagia mereka diraikan bersama selain menerima insentif menerusi program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, buat masa kini Kerajaan Negeri masih memberi RM 200 kepada pasangan pengantin tetapi jumlah tersebut bakal dinaikkan kepada RM 500. Kenaikkan itu dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya umum ke-13 bulan lalu. Menurut Abdul Khalid pendaftaran akan membolehkan Kerajaan Negeri mendapat maklumat jelas berhubung jumlah perkahwinan yang dilangsungkan di Selangor dan membantu proses pemberian pgoram MES kepada mereka yang layak. Setakat ini, kira-kira 25,000 pasangan pengantin telah didaftarkan di Selangor sejak Januari lalu. "Antara program yang kita usahakan adalah memasukkan nama mereka dalam program pemberian Rumah Mampu Milik (RMM) supaya terpilih memiliki rumah jika termasuk dalam kategori berpendapatan sederhana dan bermastautin tetap di Selangor." Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Insentif Perkahwinan Belia 2013 dan Pelancaran Laman Sesawang Belia (BES) Selangor di sini hari ini. Turut hadir, Exco Belia, Sukan, Infrasruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi selain Exco Kerajaan Negeri yang lain, Dr Halimah Ali dan Dr Daroyah Alwi. Seramai 191 pengantin baru menerima insentif tersebut disampaikan Menteri Besar dalam majlis berkenaan. Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, mereka yang menetap di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun sudah boleh dianggap sebagai pemastautin tetap dan layak menyertai program tersebut. Beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri juga merancang menaikkan insentif pemberian tersebut dari RM 200 kepada RM 500. "Selain itu apabila kita ada majlis meraikan perkahwinan beramai-ramai dan kita akan bagi hadiah lagi RM100," katanya. Bagi pasangan Mohammad Hamdan Mhd Nordin, 28 dan Sazalina Mohd Salleh, 25, sumbangan Kerajaan Negeri itu merupakan hadiah galakan bagi setiap pasangan pengantin di Selangor. "Kami yang berkahwin pada 19 Januari tahun ini bersyukur kerana pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dibantu Kerajaan Negeri. "Dengan galakan ini maka pasangan yang merancang perkahwinan jangan tunggu lama-lama," katanya. Sementara Nicholas Ang, 28 dan Cynthia Ng, 28, berkata, mereka merasa teruja apabila mendapat tahu akan pemberian insentif oleh Kerajaan Negeri itu. "Perkahwinan sekarang ini agak mahal, dengan ada insentif macam ini maka baguslah untuk kurangkan beban," katanya yang melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac lalu. Sumber: Selangorku |
Menghadiri Majlis Hari Ibubapa di Kuil Veerakathy Posted: 29 Jun 2013 07:15 AM PDT |
Penyerahan Sijil Tamat Kelas Menjahit Pakaian Punjabi Posted: 29 Jun 2013 02:00 AM PDT |
Menyerahkan Bantuan Mesin Rumput Posted: 29 Jun 2013 02:00 AM PDT |
Memberi Kata-kata Semangat dan Nasihat Kepada Pemain Futsal Cilik Posted: 28 Jun 2013 09:00 PM PDT |
Walkabout dan Sarapan Pagi di Taman Seri Andalas Posted: 28 Jun 2013 06:45 PM PDT |
Menghadiri Majlis Ulangtahun Persatuan Penganut Dewa Chiok Tao Keng Posted: 28 Jun 2013 08:30 AM PDT |
Menghadiri Majlis di Kuil Sri Maha Mariamman Posted: 28 Jun 2013 08:00 AM PDT |
Menyerahkan Sumbangan Kepada Gereja Apostolic Pentecostal Posted: 27 Jun 2013 02:00 AM PDT |
Menyerahkan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Posted: 27 Jun 2013 01:30 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan