Isnin, 29 Julai 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pengasas Arab Malaysian bank maut, isteri cedera parah ditembak

Posted: 29 Jul 2013 07:50 AM PDT


Adakah pembunuhan berprofil tinggi ini juga Ketua Polis Negara akan kata bermotifkan dendam?

Pengasas Arab Malaysian bank maut, isteri cedera parah ditembak
July 29, 2013

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian berlaku pada 2 petang ketika mangsa datang ke tokong itu berjumpa dengan seorang rakannya untuk berbincang mengenai urusan jual beli saham.

"Selang beberapa minit kemudian, mangsa didatangi seorang suspek lelaki dari arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa yang ketika itu menuju ke parkir kereta. Hussain,75, terkena dua das tembakan di bahagian dada dan di sebelah rusuk kiri manakala isterinya, 49, terkena dua das tembakan di pergelangan tangan kiri serta di paha kanan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Zahid Hamidi akui indeks jenayah di New York lebih rendah?

Posted: 29 Jul 2013 01:24 AM PDT



Nampaknya Malaysia terpaksa belajar dari Amerika Syarikat cara untuk menangani jenayah yang semakin menjadi-jadi. Apakah kenyataan Zahid Hamidi di bawah secara tidak langsung mengakui indeks jenayah di Kuala Lumpur lebih tinggi dari kotaraya metropolitan New York?

Malaysia Kukuh Kerjasama Dengan AS Untuk Kurangkan Indeks Jenayah
29 Julai 2013

PUTRAJAYA: Malaysia akan mengukuhkan hubungan dan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha menangani jenayah rentas sempadan dan mengurangkan indeks jenayah di negara ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata banyak aspek yang boleh dipelajari dari AS terutama dari segi latihan.

"Jenayah yang berlaku sekarang adalah berkenaan jenayah indeks yang telah berjaya dikurangkan terutamanya oleh Jabatan Polis New York (NYPD).

"Inilah yang kami cuba pelajari kerana New York pada suatu ketika merupakan satu tempat yang mempunyai indeks jenayah tinggi tetapi dapat dikurangkan melalui beberapa tindakan drastik oleh NYPD," katanya.

Siapa yang jahat ni, penjenayah ke polis?

Posted: 28 Jul 2013 07:50 PM PDT


Cubaan bunuh untuk halang dedah jenayah polis, kata Musa
28 Julai 2013

Tan Sri Musa Hassan mengesyaki cubaan membunuh R Sri Sanjeevan semalam, ada kaitan dengan rancangan Pengerusi Pasukan Khas Cegah Jenayah Malaysia (MyWatch) itu untuk mendedahkan sindiket jenayah melibatkan pegawai polis.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu membuat jangkaan demikian melalui akaun twitternya malam tadi, beberapa jam selepas Sanjeevan parah ditembak di Bahau, Negeri Sembilan.

"Saya harap polis membuat siasatan untuk mengesan suspek kerana dia (Sanjeevan) ada menerima ugutan bunuh berikutan hasratnya untuk mendedahkan pembabitkan polis dalam sindiket jenayah," katanya melalui akaun beliau, @TSMusaHassan.

Lelaki ditembak mati, dua parah ketika sedang minum di Ipoh

Posted: 28 Jul 2013 07:50 PM PDT



Lelaki ditembak mati, dua parah ketika sedang minum di Ipoh
2013/07/29 - 08:11:35 AM

IPOH: Seorang lelaki maut dan dua parah selepas ditembak ketika sedang minum di hadapan sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee, di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, Jasrafveenderjeet Singh, 25, mati di tempat kejadian terkena tembakan di leher, manakala dua lagi dikenali. Koo Loo Kong, 55 dan Sarbjit Singh Harder Singh, 28, cedera serta masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini. "Suspek yang menaiki sebuah kereta dikatakan melepaskan empat das tembakan dan mengenai tiga mangsa.

Kapal perang diberi nama sempena seorang Ulama hebat

Posted: 28 Jul 2013 07:49 PM PDT



Semoga lebih banyak lagi kapal perang, jet pejuang dan kereta kebal diberi nama sempena ulama seperti Imam Bonjol.

Tentera Laut Indonesia (TNI-AL) mempunyai sebuah kapal perang yang diberi nama KRI Imam Bonjol (Kapal Republik Indonesia).

Imam Bonjol adalah merupakan seorang pemimpin dan seorang ulama Minangkabau dari Sumatera yang hebat. Pada awalnya Imam Bonjol telah bertegas dengan kerajaan Pagaruyung untuk menerapkan dan menjalankan syariat Islam sesuai dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang berpegang teguh pada Al-Qur'an dan sunnah-sunnah Rasullullah SAW dan memerangi adat-adat yang bertentangan dengan syariat.

Perang Padri yang terjadi antara 1803-1838 pada awalnya adalah antara mereka yang ingin menegakkan syariat Islam dan mereka yang berpegang kepada adat yang tidak mengikut syariat Islam.

Ketua adat pada awalnya telah meminta campurtangan penjajah Belanda untuk melawan Imam Bonjol. Akhirnya Imam Bonjol dapat meyakinkan Ketua Adat untuk bersama menentang penjajah Belanda.

Imam Bonjol atau dikenali juga sebagai Tuanku Imam Bonjol lahir di Bonjol, Pasaman, Sumatera Barat, Indonesia pada tahun 1772.  Nama sebenar beliau ialah Muhammad Shahab.

Beliau menghembuskan nafas terakhir tepatnya pada tanggal 8 November 1864.

Sebagai penghargaan dari pemerintah Indonesia yang mewakili rakyat Indonesia pada umumnya, Tuanku Imam Bonjol resmi diangkat sebagai Pahlawan Nasional Indonesia sejak tanggal 6 November 1973 mewakili perjuangan dari tanah Sumatra (Minangkabau).

Tiada ulasan: