PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- Kes Tembak: Rafizi dakwa Sanjeevan mahu dedah memo polis
- Hari gelap buat Mesir – Anwar
- KEADILAN tubuh j/kuasa siasat isu kenaikan tarif elektrik mendadak
- Pengerusi MyWatch ditembak
Kes Tembak: Rafizi dakwa Sanjeevan mahu dedah memo polis Posted: 29 Jul 2013 01:10 AM PDT Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa aktivis anti-jenayah R Sri Sanjeevan yang cedera parah akibat ditembak pada Sabtu lalu merancang untuk mendedahkan satu memo didakwa mengaitkan anggota polis dengan sindiket dadah. Rafizi mendakwa: "Sanjeevan berkata beliau memperolehi satu memo dalaman polis, yang menyenaraikan pengawai polis yang dikenakan siasatan dalam atas (dakwaan) terlibat dalam sindiket dadah". Rafizi dalam satu sidang media hari ini mengulas mengenai pertemuannya selama 20 minit dengan Sanjeevan sehari sebelum kejadian tembakan itu. Rafizi berkata, pengerusi MyWatch itu memberitahunya bahawa kesalahan berkenaan sangat serius dan membawa hukuman berat sekiranya disabit kesalahan. Bagaimanapun, Sanjeevan tidak mendedahkan nama pegawak polis terlibat, kata Rafizi. Katanya, malang sekali Sanjeevan tidak menyatakan nama berkenaan kepadanya. |
Posted: 28 Jul 2013 11:14 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pembunuhan beramai-ramai penyokong pro Morsi dan anggota Ikhwanul Muslimin berdekatan Masjid Rabaa al-Adawiya semalam merupakan hari paling 'gelap' di Mesir sejak berlakunya Arab Spring di wilayah itu. Sehubungan itu, beliau mengajak semua pihak mengutuk sekeras-kerasnya komplot Pasukan Keselamatan yang diketuai Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bersama pimpinan kerajaan sementara yang tidak sah kerana membunuh rakyat Mesir yang tidak berdosa. "Pembunuhan lebih 100 penyokong pro-Morsi dan ahli Ikhwan Muslimin di sekitar Masjid Rabaa al-Adawiya, Kaherah menandakan hari paling gelap untuk Mesir sejak berlakunya Arab Spring. "Saya mengutuk pertumpahan darah yang dilakukan oleh tentera dan pasukan keselamatan ini. Panglima tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin kerajaan sementara yang tidak sah di Mesir bertanggungjawab atas semua ini. "Saya menyeru semua pihak seluruh dunia mengutuk pembunuhan orang awam yang tidak berdosa dan memanfaatkan kuasa masing-masing untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini," katanya dalam satu kenyataan. Sementara itu, Rangkaian televisyen Al Jazeera melapor 120 mati dan 4,500 cedera dalam serangan ke atas penyokong Ikhwan berdekat masjid itu. Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad berkata, tentera mula menembak sebelum solat Subuh. "Mereka menembak bukan untuk mencederakan, tetapi sengaja untuk membunuh. Kepala dan dada menjadi sasaran," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54598 |
KEADILAN tubuh j/kuasa siasat isu kenaikan tarif elektrik mendadak Posted: 28 Jul 2013 11:00 PM PDT KEADILAN membentuk satu jawatankuasa bagi menyiasat isu peningkatan mendadak bil elektrik yang berpunca dari program pemasangan meter elektrik baru jenis digital oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Jawatankuasa itu dianggotai Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong; Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen. "Kita mendengar rungutan ramai bahawa bil elektrik naik mendadak selepas meter lama ditukar kepada meter baru jenis digital. Adakah penukaran meter digital itu benar-benar tepat, ini yang kita perlu tahu," kata Wong Chen. Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan itu berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat parti di sini hari ini. Menurutnya, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebelum ini telah mengarahkan program penggantian meter itu dihentikan apabila mendapat rungutan ramai yang tidak bersetuju. Dalam masa sama, Menteri sendiri tidak pasti adakah TNB mematuhi arahan tersebut hingga ke hari ini. Sementara itu Jui Meng menegaskan, kenaikan bil tidak munasabah yang berlaku sesudah proses penukaran meter hanya akan membebankan rakyat dan ia tidak wajar. Selain isu tersebut, ahli jawatankuasa berkenaan juga akan membawa lebih banyak isu dari semasa ke semasa, bagi memberi kefahaman kepada orang awam berkaitan penggunaan tenaga elektrik. Jawatankuasa tersebut turut merancang menyerahkan petisyen kepada pihak berwajib dan mahu menubuhkan laman web untuk kempen ini. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54574 |
Posted: 28 Jul 2013 08:53 PM PDT dipetik daripada Sinar Harian.com.my SEREMBAN - Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), MyWatch, R Sri Sanjeevan, 29, cedera parah akibat ditembak dua lelaki dipercayai India di persimpangan Taman Cempaka, Bahau, Jempol di sini, kelmarin. Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian 3.40 petang itu, mangsa sedang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya menghala ke Pekan Bahau. "Namun sebaik sampai di persimpangan Taman Cempaka, datang sebuah motosikal jenis Yamaha berwarna merah menghampiri keretanya, lalu melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa yang ketika itu sedang hisap rokok, dari jarak dekat. "Tembakan tersebut kemudiannya mengenai siku kanan dan menembusi lengan sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian rusuk kanan mangsa. "Mangsa kemudiannya sempat memecutkan kereta kira-kira 300 meter, sebelum rakannya mengalihkan mangsa di kerusi belakang dan menghantarnya ke hospital Bahau. "Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil setelah dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban bagi menjalani proses pembedahan mengeluarkan peluru," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Bilik Media Ibu Pejabat Kontijen Polis Negeri, di sini, semalam. Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid dan Ketua Polis Daerah Jempol dan Superintendan Hamzah Alias. Tambah Osman, punca kejadian masih dalam siasatan namun pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut bermotifkan dendam. Menurutnya, bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin, pihaknya telah menempatkan beberapa anggota polis untuk mengawal di bilik mangsa agar tiada sebarang gangguan berlaku. Dalam pada itu, Osman memberitahu, 12 jam sebelum mangsa ditembak, dia ada memberitahu melalui laman sosial, Twitternya dia menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali. Namun kata Osman, kenyataan itu hanya diberitahu di laman sosialnya sahaja, dan tiada sebarang laporan polis dibuat di mana-mana balai di negeri ini. Osman berkata, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan terhadap kes ini yang akan dikendalikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan bantuan pasukan polis Negeri Sembilan. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Osman berkata, kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat kejadian tersebut diharap dapat tampil untuk membantu siasatan. "Sehingga kini maklumat terhadap dua lelaki bermotosikal itu masih belum dapat dikenal pasti berikutan tiada maklumat nombor pendaftaran motosikal tersebut," katanya. ____________________________________________ Sri Sanjeevan juga merupakan Exco Angkatan Muda (AMK) Negeri Sembilan. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan