Ahad, 28 Julai 2013

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


AJK PKR Kuala Krau melawati saya

Posted: 28 Jul 2013 08:15 AM PDT

Semalam Abang Haji Dollah dan Kak Zainunayah AJK PKR Cabang Kuala Krau datang melawat saya.  Malam ini, Azmi Zainun dan isterinya dan Kin Kasim serta Nyah Kasim, AJK PKR Kuala Krau datang melawat saya.  Terima kasih.

Terima kasih sdr Nizam

Posted: 28 Jul 2013 12:16 AM PDT

Didalam keadaan saya tidak berupaya ini, saya mahu memberikan penghormatan kepada Sdr Nizam Hamid, Timbalan Pengerusi PKR Pahang, yang sebentar tadi hadir ke rumah saya bersama-sama isterinya; dan tanpa banyak bicara menawarkan saya untuk pergi bersamanya ke rawatan Pusat Islam.

Oleh kerana saya masih mahu menunggu keputusan MRI akan jenis penyakit yang saya deritai ini, beliau akan datang semula menjemput saya untuk rawatan alternatif di Mentakab, selepas Asar nanti.

Terima kasih Nizam.  Terima kasih.

Tiada ulasan: