Khamis, 18 Julai 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Malaysia, syurga untuk penjenayah dari dalam dan luar negara

Posted: 18 Jul 2013 12:57 AM PDT



Guru mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Kulim
2013/07/18 - 15:22:55  
 
KULIM: Seorang guru sebuah sekolah berusia 40-an mati akibat ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Keladi, di sini, jam 12.15 tengah hari tadi.

Air sarang anai-anai makan 22 juzuk al Quran

Posted: 17 Jul 2013 11:27 PM PDT




Apa pandangan JAKIM serta Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap air yang mengandungi sarang anai-anai (yang sudah makan 22 juzuk ayat al-Quran)?

Mudah, aman dan selamat untuk penjenayah ketika ini

Posted: 17 Jul 2013 11:17 PM PDT



6 lelaki rompak barang kemas RM3.2 juta

18 Julai 2013 - TEMERLOH: Enam lelaki bersenjatakan parang merompak barang kemas bernilai kira-kira RM3.2 juta dari sebuah kedai emas di bandar Mentakab, dekat sini hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood berkata perompak berkenaan hanya mengambil masa tiga minit melarikan barang kemas itu dalam kejadian 9.30 pagi ini.  

Katanya kejadian berlaku ketika pemilik kedai dan beberapa pekerjanya baru membuka kedai untuk memulakan perniagaan. Secara tiba-tiba muncul enam lelaki berkenaan antaranya bertopeng dan bersenjatakan parang menyerbu masuk kedai dan mengarahkan pemilik kedai supaya berdiam diri.

Memalukan, tahanan warga emas boleh terlepas

Posted: 17 Jul 2013 05:57 PM PDT




Patutlah kes jenayah di negara ini semakin meningkat bukannya hari demi hari, tapi jam demi jam. Macamana seorang yang berusia 61 tahun boleh terlepas dari tahanan polis, dalam mahkamah pula tu.

Polis buru OKT warga emas lolos dari mahkamah

18 Julai 2013 - Polis melancarkan Ops Kesan bagi memburu seorang lelaki warga emas yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret petang semalam. Suspek, Abdul Rashid Abdul Rahman , 61, yang direman mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 bertindak meloloskan diri ketika proses membebaskan dan sambung reman tahanan dijalankan di sebuah sel di mahkamah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, ketika proses membebaskan seorang tahanan, suspek mengaku dia individu yang dimaksudkan oleh majistret dan bertindak meloloskan diri selepas gari di tangannya dibuka.

Yang dah pergi haji, berilah laluan yang belum pergi

Posted: 17 Jul 2013 05:56 PM PDT



Sepatutnya yang dah pergi haji lah yang beri laluan kepada yang belum pergi haji, walaupun mampu bayar puluhan ribu ringgit atau ratusan ribu ringgit untuk pergi haji kali ke 2 , ke 3, ke 4 atau mungkin tiap-tiap tahun pergi haji kerana terlalu kaya atau sedikit kaya. Pengerusi Lembaga Tabung Haji yang baru patut menasihatkan golongan yang kaya-kaya dan sedikit kaya ini supaya beri laluan.

Jemaah Haji Uzur Dinasihat Beri Laluan Kepada Jemaah Haji Lain
18 Julai 2013

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji menasihatkan jemaah haji yang uzur agar memberi laluan kepada jemaah lain untuk menunaikan haji berikutan pemotongan kuota sebanyak 20 peratus tahun ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata mereka juga dinasihatkan menangguhkan pemergian ke Tanah Suci memandangkan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah masih dijalankan.

Bercakap kepada pemberita pada majlis sumbangan zakat Projek Ehsan TH di sini, Rabu, Abdul Azeez berkata kuota jemaah haji dari Malaysia kini dikurangkan kepada 25,000 berbanding 28,000 sebelum ini.

Pengurangan kuota jemaah haji itu berikutan arahan terbaru kerajaan Arab Saudi berikutan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah.

Tiada ulasan: