Khamis, 18 Julai 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


KEADILAN tubuh pasukan khas siasat isu persempadanan semula

Posted: 18 Jul 2013 12:57 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 JULAI: KEADILAN menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mengkaji segala maklumat berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Pasukan itu yang diketuai Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen akan menumpukan kepada seluruh sistem serta teori berkaitan persempadanan semula.
persempadan-semula
Rafizi yang juga Pengarah Strategi KEADILAN berkata, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya perlu melibatkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam rundingan untuk menambah kerusi sekiranya persempadanan semula dilakukan.

"Keadaan sekarang jauh lebih rumit kerana kerajaan memerlukan undi dua pertiga dari Pakatan sekiranya mahu menambah kerusi. Oleh itu SPR tidak ada pilihan lain selain merundingkan perkara ini dengan Pakatan," katanya kepadaKeadilan Daily.
"Sebab itu pasukan khas ini menumpukan perhatian segala aspek berkaitan persempadanan semula supaya bila rundingan bermula, kita sudah ada maklumat lengkap berhubung perkara itu," jelas Rafizi.
SPR sehingga kini dilaporkan belum dapat memastikan bahagian-bahagian pilihan raya yang terlibat dengan pertambahan kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana urusan kajian semula persempadanan masih di peringkat persiapan awal.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada 15 Julai lalu berkata, SPR akan menyiarkan syor kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya dalam warta dan juga dalam sekurang-kurangnya satu akhbar yang diedarkan dalam bahagian pilihan raya itu apabila SPR memutuskan untuk memulakan kajian semula persempadanan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54394

Saman pilihan raya terhadap SPR tak langgar perlembagaan

Posted: 18 Jul 2013 12:53 AM PDT

Saman terhadap tujuh ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melanggar perlembagaan, kata ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
Beliau membidas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad yang mengatakan cubaan mengetepikan seluruh keputusan pilihan raya umum ke-13 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bercanggah dengan Perlembagaan.
"Timbalan Pengerusi dan tujuh ahli SPR didakwa enggan dan dengan sengaja menyebabkan kegagalan dakwat kekal.
"Mereka bertindak menipu, memungkiri hak berperlembagaan plaintif," kata Sivarasa pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
sivarasa_rasiah
Kata Sivarasa, sekiranya mahkamah menemui bahawa SPR curang dan melanggar hak perlembagaan, Pakatan Rakyat akan mendapatkan 'consequential reliefs' bahawa 222 kawasan parlimen tidak sah.
"Dan pegawai SPR sama perlu disingkirkan, manakala pilihan raya semua boleh dijalankan oleh anggota baru yang boleh dipercayai," katanya.
Sivarasa merujuk kes Union Bank of India lawan Association for Democratic Reform (2005) 5 SCC 294 di mana Mahkamah Agung India, dalam satu cabaran perlembagaan mengeluarkan arahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
"Kes tersebut tidak difailkan sebagai petisyen pilihan raya. India mempunyai peruntukan sama dengan Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan kita yang membolehkan bahawa satu cabaran kepada satu pilihan raya boleh dibuat melalui petisyen pilihan raya.
"Pakatan Rakyat sedar bahawa kebebasan mahkamah akan berlaku kontraversi terutamanya melibatkan kes politik berprofil tinggi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54422

Lebih RM20j kompaun AES dikutip, kroni kaya rakyat terbeban

Posted: 18 Jul 2013 12:52 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 JULAI: Kerajaan berkongsi keuntungan hasil pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bersama kroni dengan cara membebankan rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail.
Beliau mengulas jawapan bertulis Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Dewan Rakyat semalam bahawa kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM20,020,500 juta kompaun hasil AES bermula 11 Jun 2013 hingga 23 September 2012 dengan kutipan lebih kurang 10 peratus.
AES
Dinyatakan juga dalam tempoh yang sama, sebanyak 673,339 saman kesalahan AES dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Kerajaan masih belum merubah sikap suka memberi keuntungan kepada kroni dengan mengambil wang rakyat," kata Azan mengulas perkara itu.
Menurutnya, kerajaan sebelum ini menyatakan dalam Parlimen segala kos penyelenggaraan dan pemasangan AES akan ditanggung syarikat swasta dan kerajaan akan menerima sebahagian dari bayaran kompaun.
"Maknanya, sah kewujudan AES itu bermotifkan keuntungan berbanding keselamatan pengguna jalan raya. Sebab itulah kerajaan bersungguh mahu laksanakan sistem ini," jelasnya kepada Keadilan Daily.
Beliau turut mempersoal keterlibatan agensi penguatkuasaan seperti JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam melaksanakan AES.
"AES dikawal oleh syarikat swasta tetapi menggunakan agensi kerajaan, bermakna mereka menggunakan khidmat pegawai kerajaan secara percuma. Hasil kutipan pula diambil bulat-bulat tanpa mengira gaji atau elaun pekerja yang terlibat," katanya.
"Sebab itu kita kata kerajaan dan kroni berkongsi keuntungan, rakyat pula dibebankan, syarikat kroni seolah-olah mendapat keuntungan atas angin. Produk tiada tetapi dapat wang berjuta-juta," jelas Azan.
Perkhidmatan AES dikendalikan syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd. Sebanyak 14 kamera AES telah beroperasi di seluruh negara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54429

'Beri peluang MP teliti RUU Akta Keharmonian'

Posted: 18 Jul 2013 12:49 AM PDT

MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata kerajaan memberi ruang kepada para MP untuk meneliti deraf Rang Undang-undang Akta Keharmonian Nasional terlebih dahulu sebelum ia dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat.

Katanya, para MP wajar dibekalkan dengan deraf berkenaan memandangkan kerajaan mendakwa kandungannya sedang dirunding dengan beberapa pihak.


"Jawapan di Parlimen daripada menteri mengenai Akta Hasutan ialah kerajaan sedang buat rundingan dengan beberapa pihak berkaitan untuk ganti Akta Hasutan dengan Akta Keharmonian. 

"Jadi saya rasa wajib beri deraf pada semua ahli parlimen termasuk Pakatan Rakyat kerana kandungan akta ini tak siapa yang tahu. Bagaimana rundingan berlaku bila ahli parlimen tak dapat deraf. 

"Sesi akan datang ialah pada September dan tak ada alasan kerajaan tak beri salinan. Rakyat wajib tahu kerana undang-undang ini kerana beri kesan pada kita," katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Dewan Rakyat yang turut dihadiri dua lagi MP PKR, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 11 Julai lalu mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. 

Rafizi ulang lagi, kait SPR dengan pembekal dakwat

Posted: 17 Jul 2013 11:25 PM PDT


MP Pandan Rafizi Ramli hari ini mengulangi dakwaan bahawa bahawa pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya.


Rafizi mengulangi dakwaan tersebut di lobi Dewan Rakyat hari ini setelah diminta untuk berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pengarah strategi PKR itu juga berkata beliau akan memfailkan satu usul khusus berhubung dakwaan tersebut.


Terdahulu Pandikar Amin berkata MP Pandan tersebut semasa berucap pada hari Selasa lalu menyebut ahli SPR yang tidak dapat mempertahankan diri di Dewan berkenaan.


Tindakan tersebut, menurut Pandikar Amin, melanggar peruntukan Peraturan Tetap 36(8) yang antara lainnya menghalang ahli Dewan daripada menyebut ahli SPR tersebut, kecuali dengan usul khusus bagi tujuan tersebut.

Pandikar Amin meminta Rafizi diminta mengulangi dakwaan tersebut di luar Dewan bagi membolehkan pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, yang disebut oleh Rafizi, mendapatkan keadilan.

Ucapan MP di luar Dewan Rakyat tidak dilindungi kekebalan dari tindakan undang-undang.

Pandikar Amin meminta Rafizi berbuat demikian ketika memutuskan usul yang dikemukakan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) terdahulu yang mahu Rafizi dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan atas dakwaan tersebut.

Pandikar Amin menolak usul Reezal Merican yang mahu merujuk Rafizi ke jawatankuasa berkenaan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36 (12).



"Pandan yakin fakta dia betul. Sebelum itu dia suruh dedah tapi tak ada dedahan di buat. Cuma Pandan, untuk beri orang sana membela, kalau Pandan berani, dia ikhlas, dia ulang di luar," katanya. 

"Jadi atas sebab itu saya terpaksa mohon maaf menolak (cadangan usul) Yang Berhomat untuk merujuk Pandan pada jawatankuasa hak dan keistimewaan," kata Pandikar.

KJ: Najib tergugat jika BN tewas di K Besut

Posted: 17 Jul 2013 10:03 PM PDT

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa pengundi muda di Kuala Besut supaya menyokong parti berkenaan kerana kekalahan BN akan menggugat kedudukan pengerusi gabungan parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berkata keadaan akan menjadi tidak menentu sekiranya PAS berjaya merampas kerusi berkenaan apabila kedua-dua parti menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.

"Sekiranya kita tewas di sini, dan kalau sekiranya ada pilihan raya negeri Terengganu dan DUN Terengganu dibubarkan, satu gelombang – bukan biru – tetapi suatu gelombang, suatu gerakan, suatu goncangan akan berlaku sampai ke Dewan Rakyat.
"Dan kita tak mahu melihat kedudukan BN, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, pengerusi BN, presiden Umno digugat, oleh kerana apa yang berlaku di Kuala Besut.

"Oleh demikian saya merayu. Saya merayu dan saya mengajak anak muda Kuala Besut sepaya memastikan kemenangan, bukan hanya Kuala Besut, bukan hanya masa depan Kuala Besut, bukan hanya pembangunan Kuala Besut, tetapi memastikan BN terus memerintah Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya dalam Majlis Penyerahan Sukan NGO DUN di Dewan Sivik Kampung Baharu sempena kempem pilihan raya kecil Kuala Besut petang ini.

Kira-kira 300 pemuda dan pemudi yang majoritinya memakai baju-T berwarna biru hadir sewaktu beliau menyampaikan ucapan.

Tiada ulasan: