Rabu, 17 Julai 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Penapis rokok ada unsur darah babi

Posted: 16 Jul 2013 11:24 PM PDT




Apa pula tindakan JAKIM, KPDNKK dan Kementerian Kesihatan dalam isu ini?

Penapis rokok dari darah babi
28 Jun 2013

Ketua Suruhanjaya Pengendalian Tembakau Nasional berkata, penapis rokok yang digunakan secara meluas di Indonesia mengandungi bahan berasal daripada darah babi.

Dr Hakim Sarimuda Pohan berkata, hemoglobin atau protein darah babi digunakan dalam penapis rokok untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru perokok.

Katanya, perkara itu diketahui apabila ia didedahkan oleh Profesor Kesihatan Masyarakat dari Universiti Sydney, Simon Chapman.

Chapman dilaporkan mengingatkan perkara itu kepada golongan agama tertentu dengan merujuk kajian yang dilakukan di Belanda yang mendedahkan bahawa 185 syarikat menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan membuat penapis rokok.

Samseng kuasai Malaysia, kontraktor bayar wang perlindungan

Posted: 16 Jul 2013 06:28 PM PDT





Nampaknya selepas ini semua tapak projek perlu tempatkan polis dengan meja dan payung sebab tapak projek adalah sasaran utama kumpulan samseng untuk mendapatkan wang perlindungan. Macam negara Mafia pula Malaysia.

Dua diserang lapan samseng
17 Julai 2013

SEREMBAN - Dua pekerja sebuah syarikat mengorek pasir cedera parah selepas diserang sekumpulan samseng bersenjatakan parang di sebuah tapak projek mendalamkan sungai dekat Sungai Gadut di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Mohd. Yussri Rahim, 28, retak tulang lengan kiri selain bengkak di muka manakala rakannya, Ahmad Hiswan Ahmad Hassan Safri, 26, parah di tapak tangan.

Menurut Mohd. Yussri, ketika kejadian, dia bersama rakannya itu baharu hendak memulakan operasi hari pertama di tapak berkenaan.

"Tiba-tiba semasa saya sedang sibuk bekerja bersama Ahmad Hiswan di hadapan tapak projek, kami didatangi lapan lelaki bermotosikal lalu mengugut kami supaya membayar wang perlindungan jika tidak mahu dicederakan.


Malaysia negara selamat untuk penjenayah

Posted: 16 Jul 2013 06:27 PM PDT



Doktor mangsa samun putus ibu jari kiri

17 Julai 2013 : Seorang doktor wanita berusia 50-an putus ibu jari kiri manakala jari kelengkeng hampir putus ditetak seorang penyamun bersenjata parang, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kejadian berlaku jam 1.20 tengah malam ketika mangsa baru saja keluar dari klinik miliknya di Jalan SS19, di sini untuk pulang ke rumah.

"Sebaik mangsa menghampiri kereta yang diletakkan di tempat letak kenderaan berhampiran kliniknya, mangsa tiba-tiba didatangi dua lelaki menunggang motosikal disyaki Honda EX5.

Bak Kut Teh Halal di Karnival Makanan 1Malaysia

Posted: 16 Jul 2013 06:26 PM PDT




Bagaimana pula dengan Hot Dog, Hamburger, BabiQ, Tahi Itik, Root Beer?

KUALA LUMPUR 21 Dis. 2009

Penggunaan istilah bak kut teh halal boleh mengelirukan umat Islam di samping bertentangan hukum syarak kerana bercanggah dengan kaedah fiqah yang ditetapkan oleh Islam.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Lokman Abdul Rahman berkata, bak kut teh tidak boleh dianggap halal kerana ia masih mengekalkan penggunaan nama yang haram mengikut hukum Islam.

"Jakim bimbang masyarakat Islam akan salah faham dengan membuat tanggapan bahawa makanan itu sudah halal dimakan jika Jakim memberi pengiktirafan halal," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengenalan bak kut teh halal kepada para pengunjung Karnival Makanan Malaysia 1Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin.

Antara ramuan yang digunakan termasuklah ayam, makanan laut dan sayur-sayuran bagi menggantikan penggunaan babi dalam bak kut teh yang bermaksud daging, tulang dan teh.

Menurut Chef Eksekutif Hotel Marriot, Zaffar Abdul Samad, ketiga-tiga hidangan itu dijamin 100 peratus halal dari segi ramuan dan bahan-bahan.

Tiada ulasan: