Ahad, 30 Jun 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Pengantin Selangor Digalakkan Daftar Diri Untuk Insentif, Rumah Mampu Milik

Posted: 30 Jun 2013 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 30 JUN : Insentif perkahwinan dinaikkan ke RM 500 dan pendaftaran ke dalam skim rumah mampu milik (RMM) adalah antara tarikan yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada pasangan Selangor yang ingin berkahwin.

Pasangan pengantin baru diminta mendaftar diri dengan Kerajaan Negeri supaya hari bahagia mereka diraikan bersama selain menerima insentif menerusi program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, buat masa kini Kerajaan Negeri masih memberi RM 200 kepada pasangan pengantin tetapi jumlah tersebut bakal dinaikkan kepada RM 500.

Kenaikkan itu dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya umum ke-13 bulan lalu.

Menurut Abdul Khalid pendaftaran akan membolehkan Kerajaan Negeri mendapat maklumat jelas berhubung jumlah perkahwinan yang dilangsungkan di Selangor dan membantu proses pemberian pgoram MES kepada mereka yang layak.

Setakat ini, kira-kira 25,000 pasangan pengantin telah didaftarkan di Selangor sejak Januari lalu.

"Antara program yang kita usahakan adalah memasukkan nama mereka dalam program pemberian Rumah Mampu Milik (RMM) supaya terpilih memiliki rumah jika termasuk dalam kategori berpendapatan sederhana dan bermastautin tetap di Selangor."

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Insentif Perkahwinan Belia 2013 dan Pelancaran Laman Sesawang Belia (BES) Selangor di sini hari ini.

Turut hadir, Exco Belia, Sukan, Infrasruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi selain Exco Kerajaan Negeri yang lain, Dr Halimah Ali dan Dr Daroyah Alwi.

Seramai 191 pengantin baru menerima insentif tersebut disampaikan Menteri Besar dalam majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, mereka yang menetap di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun sudah boleh dianggap sebagai pemastautin tetap dan layak menyertai program tersebut.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri juga merancang menaikkan insentif pemberian tersebut dari RM 200 kepada RM 500.

"Selain itu apabila kita ada majlis meraikan perkahwinan beramai-ramai dan kita akan bagi hadiah lagi RM100," katanya.

Bagi pasangan Mohammad Hamdan Mhd Nordin, 28 dan Sazalina Mohd Salleh, 25, sumbangan Kerajaan Negeri itu merupakan hadiah galakan bagi setiap pasangan pengantin di Selangor.

"Kami yang berkahwin pada 19 Januari tahun ini bersyukur kerana pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dibantu Kerajaan Negeri.

"Dengan galakan ini maka pasangan yang merancang perkahwinan jangan tunggu lama-lama," katanya.

Sementara Nicholas Ang, 28 dan Cynthia Ng, 28, berkata, mereka merasa teruja apabila mendapat tahu akan pemberian insentif oleh Kerajaan Negeri itu.

"Perkahwinan sekarang ini agak mahal, dengan ada insentif macam ini maka baguslah untuk kurangkan beban," katanya yang melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac lalu.


Sumber: Selangorku

Menghadiri Majlis Hari Ibubapa di Kuil Veerakathy

Posted: 29 Jun 2013 07:15 AM PDT

Menghadiri Majlis Meraikan Ibubapa di Kuil Veerakathy yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Masyarakat Rawang.


Penyerahan Sijil Tamat Kelas Menjahit Pakaian Punjabi

Posted: 29 Jun 2013 02:00 AM PDT

Taman Sentosa, Klang, 29 Jun 2013  -  Penyerahan sijil tamat kelas menjahit pakaian Punjabi untuk kelas 10 dan 11 telah dibuat oleh YB Dr Xavier Jayakumar.

Setiap kelas disertai sepuluh orang wanita dan 2 tenaga kerja, Puan Saroja dan Cik Usha dibiaya dengan peruntukan ADUN.


Menyerahkan Bantuan Mesin Rumput

Posted: 29 Jun 2013 02:00 AM PDT

Taman Sentosa, Klang, 19 Jun 2013 - Bertempat di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Seri Andalas, pada hari ini YB Dr Xavier Jayakumar telah menyerahkan 2 unit mesin rumput untuk membantu penerimanya menjana pendapatan melalui khidmat memotong rumput dari rumah ke rumah.


Memberi Kata-kata Semangat dan Nasihat Kepada Pemain Futsal Cilik

Posted: 28 Jun 2013 09:00 PM PDT

YB Dr Xavier Jayakumar meluangkan masa bersama-sama pasukan futsal muda dan memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada mereka.

Gambar di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Seri Andalas.



Walkabout dan Sarapan Pagi di Taman Seri Andalas

Posted: 28 Jun 2013 06:45 PM PDT

Taman Seri Andalas, 29 Jun 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Majlis MPK, Encik PS Rajoo pada hari ini telah meluangkan masa untuk bersarapan pagi bersama orang ramai dan melihat kawasan di sekitar Tapak Futsal Rakan Muda yang terletak Lorong Sri Sarawak.






Menghadiri Majlis Ulangtahun Persatuan Penganut Dewa Chiok Tao Keng

Posted: 28 Jun 2013 08:30 AM PDT

Taman Sentosa, Klang, 28 Jun 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini hadir memenuhi jemputan Majlis Ulangtahun Persatuan Penganut Dewa Chiok Tao Keng.

Turut hadir bersama adalah Ahli Majlis MPK, Encik PS Rajoo dan Encik Tang Eng Ghee.







Menghadiri Majlis di Kuil Sri Maha Mariamman

Posted: 28 Jun 2013 08:00 AM PDT

Bukit Kemuning, 28 Jun 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini menghadiri upacara sembahyang yang diadakan di Kuil Sri Maha Mariamman, Batu 8, Bukit Kemuning.

Turut hadir bersama adalah Ketua Komuniti, Encik Segar, Ahli Majlis, Encik Sebastine dan Penghulu Daerah Klang.










Menyerahkan Sumbangan Kepada Gereja Apostolic Pentecostal

Posted: 27 Jun 2013 02:00 AM PDT

Taman Sentosa Klang, 27 Jun 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar telah menyerahkan cek sumbangan kepada gereja Apostolic Pentecostal pada hari ini.


Menyerahkan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

Posted: 27 Jun 2013 01:30 AM PDT

Sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Off Jalan Kota Raja iaitu Encik Kamalullail, Puan Nur Hidayanh, Puan Punitha dan En Balan telah disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Seri Andalas.





Sabtu, 29 Jun 2013

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Posted: 29 Jun 2013 09:43 PM PDT

Rumah Rakit yang dibeli oleh ayah di Sg Semantan di Kuala Semantan agak besar juga, ada bilik untuk Aki dan Wan, untuk Ayah dan Emak dan ada bilik untuk saya adik beradik secara berkongsi dan ada bilik dapur dan di bahagian sebelah dalamnya juga dibuat dinding partisyen untuk tandas dan bilik air. Lengkaplah sebagai sebuah rumah untuk kediaman.  Hanya rumah ini diatas permukaan air dan rumah rakit ini ditambat dengan tali beluti yang besar serta dawai besar agar tidak dihanyutkan oleh air apabila air naik.

Rumah ini pula bersebelahan dengan rumah rakit Pak Alang Min.  Pak Alang Min atau nama penuhnya Mat Amin bin Haji Ismail, abang kepada ayah saya.  Tinggal di rumah rakit Pak Alang itu adalah dua orang anaknya iaitu Ghazali dan Nordin.  Anak-anaknya yang lain tinggal di serata kampung di Temerloh kerana mereka sudah berkahwin dan mempunyai keluarga masing-masing.

Abu Samah Mat Amin adalah anak Pak Alang yang paling tua.  Dia adalah seorang yang berpangkat tinggi juga didalam Rejimen ke-10 dan oleh kerana sudah terputus hubungan dengan kumpulan besar, beliau telah menyerah diri bersama isterinya dan ditempatkan permulaannya di sebuah rumah milik Balai Polis Mentakab dan tinggal di sana dan tidak boleh kembali ke kampung asal iaitu Kg Lubok Kawah.

Adik kepada Abang Samah bernama Omar bin Mat Amin telah ditangkap oleh Penjahat Inggeris dan dituduh memberikan makanan kepada pejuang-pejuang; beliau didapati bersalah dan telah digantung sampai mati.  Beliau ada meninggalkan seorang anak perempuan yang bertugas sebagai seorang nurse (kini sudah berpencen) dan bersuamikan dengan seorang Pembantu Kesihatan di Hospital Mentakab dan kemudiannya bertukar ke lain-lain Hospital apabila beliau dinaikkan pangkat.  Kini suaminya itu juga sudah berpencen.

Kami berpindah ke rumah rakit di Kuala Semantan itu di penghujung tahun 1952.  Aki saya sebagai seorang ilmuan juga tidak mahu saya dan abang Ri ketinggalan bersekolah.  Dia telah masukkan saya ke darjah satu di Sekolah Melayu Bandar Temerloh begitu juga abang Ri.  Manakala Abang Din pula sudah berada di darjah 2.

Bersekolah di zaman itu bukanlah senang macam zaman sekarang.  Guru-gurunya cukup bengis.  Yang mengajar kami di darjah satu adalah Cikgu Mad.  Ada dua orang Cikgu Mad di sekolah itu.  Satu Cikgu Mad, Guru Besar dan satu lagi Cikgu Mad gemuk.  Cikgu Mad Gemuk tu tidaklah garang sangat, dia juga mengajar sukan seperti bermain bola.  Tetapi Cikgu Mad si gurubesar itu garang macam singa.

Saya dan abang Ri cukup teruk, hari-hari kena belasah dengan rotan dan kayu pembaris kerana saya dan abang Ri tidaklah seperti murid-murid lain.  Kami masuk sekolah sudah satu bulan lewat, tetapi Cikgu Mad tidak mengambil kira akan faktor masa itu.

Dia terus uji saya dan abang Ri dengan bacaan Alif Ba Ta dan ABC, bila tersangkut maka kenalah kami.  Saya pernah kena berdiri diatas meja dari waktu pagi masuk sekolah hingga jam 1.00 tengah hari dengan waktu rehat jam 10.00 pagi tidak dibenar keluar ke kantin kerana gagal menjawab congak secara lisan darinya.

Keadaan ini menyebabkan saya balik kerumah dan terus berlajar dengan Aki sehingga hafal alif ba ta dan abc dan di bawah tunjukan aki dapat mengatasi pelajaran congak.

Semasa bersekolah di Sekolah Melayu Bandar Temerloh itu saya mempunyai ramai kawan.  Mereka itu adalah anak-anak Kampar yang ramai di Bandar Temerloh, mereka tinggal di Kedai Lentang, iaitu sebaris kedai orang Melayu di Bandar Temerloh, masih wujud hingga ke hari ini.

Orang Kampar memang terkenal pandai berniaga.  Merekalah golongan mewakili orang-orang Melayu Temerloh berniaga.  Orang-orang Melayu keturunan Bugis tidak pandai berniaga; mereka itu adalah petani-petani kampung membuat paya dan menoreh getah.  Walaupun mereka itu memiliki tanah yang agak luas, tetapi kehidupan mereka dihimpit oleh kemiskinan, dan kebanyakan anak-anak mereka hanya lulus darjah 3 dan habis tinggi darjah 6; selepas itu mulalah mereka berumah tangga.

Walaupun mereka bersekolah sehingga darjah 6 sahaja, umur mereka sudah tua.  Nak menyampaikan kepada darjah 6, sesetengahnya sudah bermisai lebat dan berjanggut.

Persekolahan zaman itu tidak ada naik darjah secara otomatik.  Kawan-kawan sedarjah saya didalam darjah satu ada yang sudah hampir 10 tahun umur mereka.  Selagi mereka tak lulus perperiksaan maka tinggallah mereka dalam kelas itu.  Pada umur 15 atau 16 tahun mereka baru berjaya naik darjah 3, dan kebanyakan mereka terus berhenti sekolah kerana malu atau didesak oleh ibu bapa supaya berhenti sekolah.

Saya tidaklah bebal sangat dalam sekolah.  Saya jenis kuat belajar juga.  Hanya masalah zaman itu ialah ketiadaan alat tulis.  Saya belajar menggunakan papan batu.  Habis satu mata pelajaran terpaksalah disapu untuk mata pelajaran yang lain.  Maka apa yang belajar pada hari itu kenalah letak didalam ingatan.  Oleh kerana itu apa yang saya lakukan ialah sekembali dari sekolah, apa yang saya ingat saya akan tulis bertalu-talu pada papan batu itu, supaya apa yang saya belajar dapat saya ingat semuanya.

Pada pertengahan tahun 1953, ayah mendapat berita bahawa beliau sudah dibebaskan dari tahanan rumah di Bandar Temerloh.  Ayah membuat keputusan untuk kembali ke Lubok Kawah.  Tetapi Lubok Kawah hanya boleh didatangi di waktu siang sahaja dan pada waktu malamnya mesti ditinggalkan kerana kampung itu masih lagi dianggap sebagai kawasan hitam.

Ayah dan Aki pergi ke Berhala Gantang (kampung asal Aki) dan berjumpa dengan saudara maranya di sana.  Ramai yang mengalu-alukan Aki kembali ke Berhala Gantang tetapi Aki memilih untuk mendirikan rumahnya di lot tanah milik Pak Ngah Sham.  Aki tidak punyai apa-apa hubungan keluarga dengan Pak Ngah Sham kerana dia berasal dari Kg Tebal, Temerloh; tetapi dia terkenal sebagai seorang yang baik hati, suka menolong orang dalam kesusahan.  Tanah kampungnya sangat luas.

Aki dan ayah membuat sebuah rumah dengan beberapa buah bilik dan ruang tamu yang sangat luas.  Setelah rumah itu siap maka berpindahlah kami ke Kg Berhala Gantang, dan di samping itu ayah membeli sebuah perahu yang besar bertujuan untuk berulang alik dari Berhala Gantang ke Lubok Kawah, suatu kemudahan yang juga boleh digunakan untuk pengangkutan orang-orang Lubok Kawah yang lain yang tinggal di Kg Berhala Gantang.

Saya, abang Din dan Abang Ri berpindah sekolah dari Sekolah Melayu Bandar Temerloh ke Sekolah Melayu Bintang (lebih kurang 2 km dari Berhala Gantang).

Di Sekolah ini lagi ramai kanak-kanak yang sudah berumur di darjah satu.  Saya berasa janggal pulak kerana diantara murid-murid yang muda.

Pasukan bolasepak di sekolah ini cukup kuat kerana pemain-pemainnya lebih layak bermain untuk pasukan kampung daripada pasukan sekolah.

Dan selepas perperiksaan hujung tahun saya dinaikkan ke darjah 3 kerana mendapat markah yang tinggi, dan dari darjah 3 sekali lagi saya melompat ke darjah 5.  Semasa dalam darjah 5 itulah saya merasakan bahawa saya cukup tertekan, sukar memahami pelajaran saya kerana tidak melalui darjah 4.  Di darjah 5 itu iaitu sama darjah dengan Abang Din, saya sentiasa dapat corot didalam ujian bulanan.  Tetapi pada masa itu kami sudah menggunakan buku tulis dan senanglah sedikit untuk mengulangkaji.  Saya belajar dengan abang Din terutama sekali dalam mata pelajaran ilmu hisab atau ilmu kira-kira.

Pada tahun 1956 keluarga kami dilimpahi dengan kesyukuran dan kebahagiaan.  Pak Itam dan Mak Itam saya dibebaskan dari tahanan, dan sebaik saja dibebaskan dia dibenarkan tinggal di Berhala Gantang bersama kami.

Mak Itam adalah anak kepada Aki dan adik kepada emak saya.  Mereka juga adalah pejuang-pejuang kemerdekaan dari API.  Maka bergotong royonglah Aki, ayah dan Pak Itam menyambung rumah kami dibesarkan cukup untuk keluarga Pak Itam; maka tinggallah Pak Itam, Mak Itam, abang Ri dan Wan Sara, iaitu ibu kepada Pak Itam di rumah sambungan itu; manakala di rumah asal, tinggal pula Emak, Ayah, Abang Dol, Abang Din, saya dan Jaenah (adik bongsu saya), manakala Aki dan Wan di bilik rumah sorong bersebelahan ruang tamu yang agak luas itu.

Saya cukup gembira dengan adanya Pak Itam.  Dia boleh berbahasa Inggeris dan sedikit sebanyak berbahasa Cina; dia belajar semasa didalam tahanan. Ayah saya pula faseh berbahasa Tamil, juga belajar semasa didalam tahanan juga.

Pak Itam dan Mak Itam (Abdul Rahman Md Noor dan Zawiyah/Saudah) walaupun bapa dan emak saudara tetapi adalah juga bapa angkat kepada saya dan saya bersama abang Ri dan Kamaliah menyusu dengan Mak Itam dan dengan emak saya.

Didalam perperiksaan hujung tahun, saya hanya dapat cukup makan sahaja untuk naik ke darjah 6.  Saya cukup segan/malu dengan kawan-kawan lain, saya sudah berusaha tetapi masih lagi ketinggalan didalam pelajaran saya.

Saya beritahu pada Aki saya bahawa saya nak berhenti sekolah dan mahu masuk Sekolah Arab/Ugama Berhala Gantang iaitu Sekolah Al-Wosto yang cukup terkenal.

Dari awal lagi saya terpikat dengan sekolah itu kerana ramai lepasan sekolah itu dapat melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Aki saya bersetuju tetapi ayah saya tidak berkata apa-apa, gaya air mukanya dia kurang setuju, tetapi dia juga tak berani nak bantah keputusan Aki saya.

Aki saya menjadi guru sukarela untuk murid-murid Al-Wosto; setiap malam dia mengajar murid-murid itu bacaan Al-Quraan bertajwid.  Dan saya mengambil kesempatan belajar bersama-sama.  Aki saya mengajar menggunakan papan hitam dan murid-muridnya dapat memahami sungguh apa yang diajarkan.  Masa itu kanak-kanak mengaji Quran dengan ibu bapa sahaja dan walaupun ibu-bapa sangat strict tetapi tidak berlajar secara tajwid.  Belajar secara bertajwid berbeza sedikit dengan tidak bertajwid kerana dengan cara bertajwid itu walaupun kita dah lama tak membaca Quran, kita masih boleh membaca dengan betul.

Hari pertama saya bersekolah di Al-Wosto bersama-sama murid-murid yang sudah lebih sebulan di sana mengukir pengalaman yang tidak sihat bagi saya dan bila dikenangkan kembali agak melucukan.

Cikgu kami adalah Ustaz Kamil.  Ustaz ini memang berasal dari bangsa Melayu, tetapi dia baru belajar bahasa Melayu kerana dia dilahirkan di Mekah, dan bahasa pengantar baginya adalah bahasa Arab.

Semasa Ustaz masuk ke kelas, sebahagian daripada kami masih lagi berdiri dan ada yang berkejar-kejar.  Maka berkatalah Ustaz itu di dalam Bahasa Arab: "Ijlis, Ijlis, Ijlis!!!"

Saya betul-betul tidak faham apa makna ijlis,  Ustaz tu berkata ijlis dengan memandang bulat kepada saya. Saya pun naik geram juga dan didalam lintasan fikiran saya..."tergamak ustaz itu mengatakan saya sebagai iblis..".

Saya tidak duduk tetapi memandang bulat kepada ustaz itu.  Dengan rotan yang ada padanya saya terus dirotan bertalu-talu dan dipegangnya saya dan diletakkan saya di tempat duduk.

Saya terus bangun semula dan berlari balik ke rumah dan terus memberi tahu Aki saya bahawa saya tak hendak bersekolah di Al-Wosto kerana ustaz itu mengatakan saya iblis.  Sejak hari itu saya tak bersekolah di situ.

Pada pembukaan kelas tahun 1957 saya dengan persetujuan Aki dan Ayah saya berhajat menyambung semula sekolah di Sekolah Melayu Kg Bintang.

Tetapi ayah mengatakan tak perlu lagi bersekolah di Kg Bintang kerana kita akan berpindah ke Lubok Kawah.  Kg Lubok Kawah telah diiystihar Kawasan Putih dan boleh didiami.

Pak Itam dan Mak Itam pula mengambil keputusan untuk tinggal di Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh dengan pembukaan tanah baru.  Pak Alang Min, Abang Samah, Shariff (anak saudara saya tetapi jauh lebih tua dari saya bersama-sama dengan bekas-bekas tahanan yang lain) kebanyakannya emak saudara dan pupu-pupu saya yang lain beramai-ramai membuka Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh.  Dan ayah saya juga turut mengerjakan tanah di Kg Batu 4.  Tetapi aki saya mahu tinggal di Lubok Kawah.

Maka Aki dan ayah saya membina rumah di Lubok Kawah dengan kayu-kayu dan papan-papan dari rumah asal Aki di Lubok Kawah.  Besar juga rumah yang aki bina itu; cukup dengan beberapa bilik tidur untuk aki dan wan, untuk ayah dan mak, dan untuk kami anak-anak dengan ruang tamu yang luas untuk Aki mengajar Quran.

Sementara itu ayah juga membina sebuah rumah di Kg Batu 4 untuk mengusahakan tanah baru bersama-sama Pak Alang Min dan Pak Itam; dan Pak Itam juga mengerjakan tanah di Batu 4 untuk dinamakan kepada nama Aki saya.  Tanah itulah sekarang ini dipindah nama dari nama Pak Itam kepada nama saya dan disitulah tempat tinggal kami sekarang.

Oleh kerana kami sudah berpindah ke Lubok Kawah, saya bertukar sekolah dari Kg Bintang ke Sekolah Melayu (yang namanya bertukar dari Sekolah Melayu kepada Sekolah Umum) Kg Bangau. Manakala abang Din masuk ke Sekolah Darjah Khas di Bandar Temerloh.  Abang Ri masuk ke Sekolah Umum Bandar Temerloh tetapi tidak lama di situ.  Dia agak kurang dari segi pelajaran akademik, maka Pak Itam masukkan dia ke Sekolah Pertukangan.  Dia cukup bagus didalam pertukangan, dan akhirnya menjadi guru pertukangan di Taman Harapan Temerloh sebuah sekolah untuk mereka yang oku cacat penglihatan dan berpencen sebagai guru pertukangan.

(...bersambung...)


Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


2 nyaris maut pam minyak meletup

Posted: 28 Jun 2013 08:01 PM PDT

Berhati-hati apabila mengisi minyak


2 nyaris maut pam minyak meletup
29 Jun 2013

Kuala Lumpur: Dua pemandu yang sedang mengisi minyak kenderaan nyaris maut apabila satu pam minyak meletup di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, di sini, malam tadi.

Kedua-dua lelaki terbabit yang masing-masing memandu kereta Citreon dan Perodua Myvi sedang mengisi minyak secara sebelah menyebelah di satu pam di situ apabila sebuah pam minyak berdekatan mereka tiba-tiba meletup kira-kira jam 10.30 malam.

Jumaat, 28 Jun 2013

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Ada kaitan jelas kaitkan Najib dalam kes Altantuya

Posted: 28 Jun 2013 01:54 AM PDT


KUALA LUMPUR, 28 JUN: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyifatkan hujah Timbalan Peguam Cara Negara III, Tun Abdul Majid Tun Hamzah bahawa tiada apa-apa yang boleh mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia dangkal dan tidak masuk akal.

"Ada cukup bukti bahawa pada malam berkenaan, Razak Raginda yang kita ketahui sangat rapat dengan Najib Razak membuat panggilan dan menghantar SMS kepada pembantu peribadi Najib iaitu Musa Safri.

"Apakah sesuatu mahu disembunyikan bila saksi penting seperti Musa Safri tidak dipanggil ke mahkamah? Apa yang disembunyikan" kata Sivarasa kepada Keadilandaily.

Menurutnya terdapat bukti jelas para pegawai khas Najib terutamanya DSP Musa Safri tidak pernah dipanggil sebagai saksi kes pembunuhan Altantuya, namun terlibat secara langsung dalam kes berkenaan.

Turut terlibat katanya, seorang lagi pembantu Najib, Nasir Safar sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda pada malam kejadian Altantuya diculik.

Beliau merujuk kepada Perkara 30 dari teks Akuan Bersumpah penyiasat persendirian Balasubramaniam.

"Ada sesuatu yang mahu dilindungkan apabila dua saksi penting ini tidak dipanggil. Bukti jelas keterlibatan pegawai-pegawai Najib.

"Apakah kita boleh terima bahawa Najib sama sekali tidak terlibat dalam kes ini?, soalnya.

Sirul Azhar sebelum ini membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar 'kambing hitam yang harus dikorbankan' untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53879



.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Posted: 28 Jun 2013 08:22 PM PDT

KEHIDUPAN SEMAKIN SUSAH

Selepas ayah saya ditahan oleh Penjahat Inggeris, keluarga saya tidak lagi dibenarkan tinggal di Kg Darat Lubok Kawah, kawasan itu mula-mula sekali diisytiharkan kawasan "hitam".  Aki sayalah pada waktu itu menjadi ketua keluarga menggantikan ayah saya.

Aki membawa kami berpindah ke Kg Lubok Kawah diatas tanahnya (yang kini berpindah kepada bekas kakak ipar saya setelah abang saya Cikgu Din meninggal dunia).  Tinggallah kami di Kg Lubok Kawah, berdekatan dengan Masjid Kg Lubok Kawah dan ramailah penduduk-penduduk Kg itu dengan rumah-rumah kampung hampir bertemu tangga.

Tetapi tidak lama kami di Kg Lubok Kawah, penduduk kampung itu diarah berpindah ke lain-lain kampung kerana Kg Lubok Kawah diisytiharkan kawasan hitam juga.  Aki membawa keluarga kami berpindah ke Kg Berhala Gantang iaitu kampong asalnya.  Aki mempunyai tanah pusaka di kampung itu tetapi tanah itu telah diserahkan oleh Aki kepada adik perempuannya apabila Aki berpindah ke Kg Lubok Kawah.

Kami menumpang diatas tanah milik anak saudara Aki yang dikenali dengan nama Pak Ngah Tafa.  Tetapi di Kg Berhala Gantang itu tidak ada sumber pendapatan.

Seorang keluarga jauh dari Aki iaitu Penghulu Mat Seh dari Kg Bangau menjemput Aki dan keluarga kami berpindah ke Kg Bangau dimana Aki dapat menoreh getah di kampung itu dan keluarga kami ditempat di bahagian belakang rumah Penghulu Mat Seh yang saya panggilnya sebagai Aki Mat Seh.

Tak lama kemudian abang kepada emak saya bernama Pak Awa Hasan yang tinggal di Kg Chatin, Mentakab menjemput Aki dan keluarga kami berpindah ke Kg Chatin, maka berpindahlah kami ke sana dan Aki dan emak menoreh getah di Kg Penak, iaitu di kebun Pak Lang Mat Zain, seorang yang bersaudara juga dengan Aki.  Orangnya baik dan selalu membantu keluarga kami.  Di Kg Penak itu terdapat abang kepada ayah saya bernama Pokde Yahya.  Beliau adalah anak ketiga dari Aki saya sebelah ayah.

Dia mengajak Aki dan keluarga kami berpindah ke Kg Penak supaya taklah jauh sangat untuk Aki dan emak datang menoreh getah; manakala Paklang Mat Zain pula mempunyai sebuah rumah kosong dan beliau mengizinkan keluarga kami tinggal di sana.  Beliau membantu membaiki rumah itu yang sudah agak usang kerana tidak didiami.

Pokde Yahya dan keluarga sentiasa datang membantu keluarga kami yang terkadang-kadang terputus bekalan beras.  Pokde Yahya dan keluarganya membuat/menanam padi diatas payanya yang luas.  Aki, Wan dan Emak membantu juga Pokde Yahya mengerjakan paya itu, dan sebahagian hasilnya diberikan kepada Aki dan keluarga saya.

BERPINDAH RANDAH

Walaupun berpindah randah dari kampung ke kampung itu seakan-akan perkara yang mudah, tetapi sebenarnya amat menyukarkan.  Kami berpindah ke Kg Berhala Gantang di kalangan saudara mara Aki yang begitu ramai, hampir satu kampung itu adalah saudara mara Aki; tetapi sejak kami berada di kampung itu, askar-askar upahan Penjajah Inggeris sentiasa datang mengacau orang-orang kampung bertanyakan perkhabaran samada pejuang-pejuang rakyat yang terdiri daripada anggota-anggota API dan Awas mendatangi kampung itu dan samada keluarga saya ada membekalkan makanan kepada mereka itu.

Didalam perjuangan gerila menentang penjajah itu terdapat ramai ahli-ahli keluarga kami seperti Pokde Uda, adik kepada ayah saya, Ayahcik Tar (Mokhtar) adik kepada emak saya; anak Pakwe Hasan, Pak Itam dan Mak Itam, Mak Ngah Minah dan anaknya Embong Miah, Abang Hashim, Abang Yaakob, Abang Kadir, Abang Manap, Ngah Hawa dan Embong Mariam, abang Omar dan Abang Samah - ini semua sepupu saya (my first cousins) tak termasuklah saudara mara dua pupu atau tiga pupu.  Dizaman itu, sepupu itu semacam adik beradik, dan begitu juga dua atau tiga pupu.

Keadaan ini berlaku semasa kami berada di Kg Bangau dan Kg Chatin.  Orang-orang kampung meminta kami meninggalkan kampung-kampung mereka agar mereka tidak terus diganggu oleh mata-mata gelap upahan Penjajah Inggeris.

Hanya apabila kami berpindah ke Kg Penak, kami tidak diganggu oleh mata-mata gelap jahat ini kerana Paklang Mat Zain mempunyai pengaruh yang kuat dan beliau yang melindungi kami.  Aki dan emak menoreh getah di kebun Paklang Mat Zain.

AKI MEMPUNYAI PENCEN

Aki saya bernama Haji Ibrahim bin Haji Ahmad atau lebih dikenali sebagai Paklang Hj Berahim bukanlah calang-calang juga ilmunya.  Entah bagaimana di zaman Penjajah Inggeris itu, Aki saya belajar di sekolah Inggeris.  Kelulusannya tidaklah tinggi sangat tetapi membolehkan dia bekerja di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh di zaman mudanya.

Aki saya tidaklah disukai sangat oleh ahli keluarganya kerana berpendidikan Inggeris yang dikatakan berpendidikan Kristian.

Untuk menamatkan zaman remajanya, maka ayahnya Haji Ahmad berhajat untuk menjodohkan Aki saya itu dengan seorang pupunya di Kg Berhala Gantang.  Namun pinangan itu ditolak kononnya Aki saya tidak ada pelajaran Ugama Islam.

Anak muda di zaman itu cukup mudah tawar hati, dia terasa hati kerana pinangannya  ditolak, dia terus meninggalkan Temerloh, peringkat awalnya tidak diketahui kepergiannya.  Akhirnya dia juga mengutus surat kepada ayahandanya bahawa dia sedang berpondok di Kelantan.  Dia berpondok selama hampir 15 tahun di Kelantan sehingga dia faseh berbahasa Arab dan faseh pula berbahasa Inggeris.

Semasa kami tinggal di Kg Lubok Kawah itu, Aki saya mempynyai bertong-tong buku Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, tetapi oleh kerana perpindahan yang tak henti-henti buku-buku itu habis rosak, terkena air dan dimakan anai-anai.

Aki saya kembali ke Pahang berbekalkan ilmu Ugama Islam.  Dia "pakar" di bidang tajwid dan pada waktu malam baik semasa di Kg Lubok Kawah atau di mana-mana kami berpindah, dia mengajar membaca Al-Quraan kepada penduduk kampung.

Oleh kerana beliau yang berpengetahuan di bidang ugama, beliau telah menjadi Guru Ugama di Sekolah Melayu pada waktu itu sehinggalah beliau berpencen.  Pencennya tidaklah besar sekadar 20 Ringgit sahaja satu bulan, dan pencennya itulah dapat digunakan untuk menyara keluarga kami selain dari pendapatan menoreh getah.

ORANG KELANTAN PERTAMA DI TEMERLOH

Selepas Aki saya menamatkan pengajian pondoknya, dia bekerja di Kelantan.  Dengan kelayakan Bahasa Inggeris yang ada padanya tidaklah sukar untuk dia mendapat kerja di sana.  Beliau bertugas sebagai seorang Pembantu Pengurus di sebuah estet getah.

Pada masa itulah beliau terpikat dengan seorang wanita yang bertugas di Estet itu, bernama Fatimah.  Fatimah adalah seorang janda anak satu.  Anaknya itulah yang menjadi abang kepada emak saya, namanya Pakwe Hasan.

Selang beberapa lama, emak saya dilahirkan di Kg Lemal, Pasir Mas, Kelantan.  Dan setelah emak saya lahir, Aki membawa Wan, Emak dan Pakwe Hasan ke Temerloh.

Tidak lama kemudian berlaku banjir air kuning, iaitu banjir terbesar di Pahang pada waktu itu.  Banyaklah cerita-cerita banjir itu diceritakan oleh Aki, Wan dan Emak saya dengan pelbagai kisah suka-duka dan sedih.

Aki saya dan keluarganya tinggal di Kg Berhala Gantang di dalam kalangan keluarganya di kampung itu sehinggalah Aki saya turut berpindah ke Kg Lubok Kawah menyertai Aki sebelah ayah saya, Haji Ismail yang pada waktu itu sedang meneroka Kg Lubok Kawah dari hutan belantara menjadi kampung yang besar penuh dengan tempat pengajian ugama di bawah bimbingan Tok Ayah yang dijemput oleh Aki supaya menyertainya untuk sama-sama membuka Kg Lubok Kawah.  Tok Ayah adalah seorang alim ulama.  Beliau berhijrah dari kampungnya di Kelantan ke Kg Bintang, Temerloh iaitu kampung Aki saya itu.

Dari urutan kisah orang Kelantan berhijrah ke Pahang, Wan saya mendahului orang-orang Kelantan yang lain.

Bahasa Kelantannya yang pekat itu kadang-kadang menjadi keseronokan kepada orang-orang kampung yang lain yang tidak tahu pelat Kelantan mendengarnya, tetapi mengikut ceritanya, Wan saya cukup peramah dan senang bermesra dengan saudara-mara sebelah Aki saya.

KEMBALI KE BERHALA GANTANG

Didalam tahun 1952 Aki saya pulang ke Kg Berhala Gantang dari Kg Penak kerana dikhabarkan bahawa Kg Lubok Kawah sudah boleh didatangi pada waktu siang tetapi menjadi kawasan hitam di waktu malam.
Maka pada siang hari, Aki, Wan, Emak dan Abang Dol saya akan berperahu dari Berhala Gantang ke Lubok Kawah, dan dapat menoreh getah di kebunnya sendiri.

Menoreh di kebun sendiri berbeza dengan menoreh di kebun orang lain, hasil getah tidak perlu dibahagi dua. Kebun Aki saya memang luas dan hasil jualan getah mencukupilah untuk keperluan keluarga.

Tetapi semasa menoreh di kebun orang lain, pendapatan keluarga kami tidaklah mencukupi.  Tetapi kami semua membuat tugasan untuk keluarga.  Saya dan abang Din dan abang Saidal Khadri mencari pucuk paku di dalam kebun getah untuk sayur-sayuran.  Kami juga memasang tajur diumpan dengan ikan laga-laga yang dipanggil ikan karin, maka ada masanya dapat juga dua tiga ekor ikan haruan untuk lauk waktu tengah hari dan malam.

Bila waktu terdesak, kami mengutip buah getah.  Buah getah ini dibuat sambal rong, sedap juga dimakan dengan nasi.

WAN DITIMPA KEMALANGAN JALANRAYA

Semasa kami tinggal di Kg Penak, Wan saya membawa saya dan Abang Ri (Saidal Khadri) ke kedai di Batu Tiga, Jalan Mentakab untuk membeli bahan-bahan dapur seperti bawang.

Malang tidak berbau.  Semasa kami melintasi jalanraya, tiba-tiba sebuah lori yang dipandu laju menuju ke arah kami.  Wan telah menolak saya dan abang Ri ke tepi tetapi Wan tidak berjaya menyelamatkan diri.  Beliau telah dilanggar oleh lori itu, dan saya jangkakan bahawa Wan saya sudah tidak ada lagi kerana setelah dilanggar itu, Wan saya sudah tidak bergerak lagi.

Tetapi ramai orang datang menolong.  Ada orang mengangkat Wan untuk dihantar ke Hospital Mentakab, dan saya dan abang Ri, berlari ke Kg Penak untuk memberitahu Emak dan Aki tentang kejadian itu.

Dengan segeranya Aki dan Emak bersiap dan terus berjalan kaki dari Kg Penak ke Hospital Mentakab, di perjalanan dapat menaiki sebuah kereta yang sanggup menghantar Aki, Emak dan sekeluarga kami ke Hospital; dan orang yang baik hati itu tidak mahu bayaran sewa keretanya.  Maka berkampunglah kami di Hospital Mentakab sementara Wan saya dirawat.

Wan patah tulang kakinya di sebelah kanan; dan pihak Hospital mengambil keputusan untuk memasukkan besi.  Selang beberapa minggu Wan sudah boleh kembali ke rumah, tetapi masih tidak boleh berjalan.

Semasa kami berada di Kg Berhala Gantang, Wan hanya berehat sahaja di rumah.  Walaupun Wan mempunyai lima orang anak, hanya emak saya sahaja yang memeliharanya.  Ayahde Choh, seorang guru besar sekolah lulusan SITC, dia dan keluarganya tinggal berjauhan.  Sekali sekala semasa Ayahde di Kuala Semantan dan didalam perjalanan pulangnya dia membawakan bekalan dapur untuk Aki dan Wan seperti ikan basah, bawah, minyak masak dan sebagainya.  Ayahde mempnyai boat laju yang dia gunakan untuk ke Kuala Semantan.

Anak-anak kepada Ayahde saya ini ramai, tatapi oleh kerana saya tidak begitu rapat dengan keluarga itu, saya hanya mengenali Abang Medan, Abang Nuar dan Makri.  Abang Medan berpencen sebagai seorang Penghulu, pernah bertugas di Mukim Sanggang dan juga Mukim Kerdau; Abang Nuar pernah bertugas sebagai seorang Pengurus di sebuah Estet di Johor dan Makri pernah bertugas sebagai kakitangan Jabatan Hutan di Temerloh.

Setiap hari kalau tidak hujan, Aki, emak dan Abang Dol saya menyeberang sungai dengan perahu ke Kg Lubok Kawah untuk menoreh getah.

Selang tidak berapa lama Kg Lubok Kawah diisytiharkan kawasan putih semula dan Aki saya membawa keluarga kami berpindah ke Kg Lubok Kawah, kampung sendiri dan diatas tanah sendiri.

Di Kg Lubok Kawah, saya mengambil peluang untuk memungut "getah tarik dan getah beku".  Saya pungut dari Kg Tanah Merah membawa ke Kg Lubok Kawah.  Masa itu penoreh-penoreh getah tidak memperdulikan langsung getah tarik dan getah beku di dalam cawan-cawan kerana harga getah agak tinggi dan pendapatan mereka selesa.

Saya pungut getah tarik dan getah beku dan saya letakkan ke dalam tong besar berisi air. Apabila kulit pada getah tarik itu mula berkembang, saya akan irik getah tarik itu supaya terpisah antara getah tarik itu dari kulit getah.

Saya tidak jual.  Saya simpan hingga berbulan-bulan sehingga apabila sudah betul-betul banyak berguni-guni, saya janji pakat dengan tauke boat perahu, dan saratkan boat itu dengan getah tarik dan getah beku saya, dan saya jula di kedai Meng Kong Temerloh.  Kadang-kadang saya dapat hingga enam pulu ringgit.  Dapatlah saya beli baju, seluar dan kasut; dan saya belikan juga untuk abang Din dan abang Ri saya.

Pada penghujung tahun 1952 itu, setelah saya menjual getah beku dan ada duit ditangan lebih dari lima puluh ringgit, semasa saya mahu membeli baju, seluar dan kasut untuk saya dan abang Din dan abang Ri, datang seorang abang pupu saya, Abang Md Ali. Dia juga seorang bekas tahanan Inggeris.  Dia sudah dewasa.

"Mi, moh ikut abang, abang nok bawok oak jumpa ayoh oak," katanya.  Abang Md Ali pegang dan tarik tangan saya.

Sampai di Restoran International, kedai makan Haji Mat Amin, abang Md Ali tolak saya kepada seorang yang kacak juga orangnya, macam saya pernah jumpa atau terlihat dalam gambar.

Tetapi orang itu tidak membuang masa, terus menyambar saya, dipeluk puas-puas, diciumnya saya. "Oak dah besor rupenya, ye Mi?"  katanya dan saya rasakan lelehan air matanya menimpa muka dan baju saya.

Ya, dialah ayah saya.  Dialah Said bin Haji Ismail.  Dialah wira pejuang Api, wira perjuangan kemerdekaan tanah air.

"Mi, oak balik cepat. Beritau mok dan aki, ayoh dah balik.  Ayoh tak boleh balik kampung kerana ada perintah tahanan rumah di Temerloh.  Ayoh kerja sebagai tukang masok di kedai Haji Mat Amin.  Balik cepat yer?"

Saya tidak membeli apa-apa kain baju hari itu, saya terus menyeberangi Sungai Semantan dengan boat sewa, dan dari Tanjung Keramat saya terus berlari anak sehingga sampai ke Kg Lubok Kawah.  Mujurlah Aki, Wan, Emak, Abang Dol, Abang Din dan Abang Saidal Khadri semuanya ada di rumah sedang bersedia untuk makan tengah hari. Saya tak sabar-sabar nak beritahu berita kepulangan ayah, tapi Aki berkata supaya bersabar dulu dan mengajak kami semua makan dulu.  Kami pun makanlah bersama-sama.

Selepas makan tengah hari, tak sabar lagi saya beritahu bahawa ayah sudah bebas dan sekarang ada dikedai restoran Mat Amin.  Mendengar itu Aki saya mengucap syukur, tetapi emak saya menangis teresak-esak.

"Moh kita semua pergi ke Temerloh sekarang," kata Aki saya.  Keluarga saya semua dah bersiap dan kami terus berjalan kaki ke Temerloh (menugas, kata orang Temerloh).

Sampai di Temerloh sudah petang, antara Kg Lubok Kawah ke Temerloh itu lebih kurang tiga batu jauhnya. Aki saya membawa basikal tetapi dia hanya meletakkan abang Ri diatas basikal itu, dia tidak menunggang kerana abang Ri saya itu kena penyakit folio dan tidak boleh berjalan laju.
\
Tak dapat saya nak ceritakan semasa ayah bertemu emak, Aki, Wan, Abang Dol, Abang Din, Abang Ri, suasana yang sangat menyayat hati, hanya tumpahan air mata.

Malam itu Pak Cik Mat Amin membenarkan beberapa bilik diatas loteng kedainya untuk digunakan oleh keluarga kami.

Esuk paginya Ayah dan Aki mengambil keputusan bahawa kami sekeluarga akan berpindah ke Temerloh, dan ayah membeli sebuah rumah rakit di Kuala Semantan untuk tempat tinggal kami.  Rumah rakit itu diperkemaskan dengan ikatan buluh yang lebih besar, supaya ia betul-betul timbul dan tidak menyusahkan keluarga kami nanti.

BERPINDAH KE BANDAR TEMERLOH DI RUMAH RAKIT KUALA SEMANTAN

(Bersambung....)

Khamis, 27 Jun 2013

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Apa lagi alasan Pengerusi SPR selepas ini?

Posted: 26 Jun 2013 11:00 PM PDT

TMI

Jawapan Shahidan Kassim di Parlimen mengenai dakwat kekal yang sebenarnya hanya menggunakan pewarna makanan benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ia seperti pukulan maut untuk SPR. Setelah SPR bertegang urat mempertahankan isu dakwat kekal yang banyak dipertikaikan sebelum ini, tetapi dengan jawapan Shahidan ini, kita rakyat Malaysia seperti diperbodohkan mengenai dakwat kekal itu.

Malah ramai yang mengeluh, ini rupanya bentuk Malaysia tanahairku setelah 56 tahun merdeka.

Penggunaan dakwat kekal yang didapati tidak kekal dalam pilihanraya lalu menjadi isu besar kepada rakyat. Setelah rakyat yang mengundi mendapati ia tidak kekal sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh SPR, ramai yang bising mengenainya. Ramai yang membuat laporan polis mengenainya demi untuk mempertahankan proses demokrasi, termasuk seorang anggota tentera yang kemudian dikenakan tindakan di peringkat jabatan atas perbuatan yang sebenarnya berniat murni itu.

SPR pula begitu pantas mempertahankan kekekalan dakwat itu setiap kali ia dibangkitkan. Kononnya ia sudah diuji dan ketidakkekalannya adalah kerana ia tidak digoncang sebelum diguna. Kononnya kalau digoncang betul-betul, ia akan tahan lama. Petugas yang mencalit dakwat diletakkan kesalahan kenapa dakwat itu mudah luntur.

Kemudian apabila ia terus dipertikaikan, SPR memberi jawapan lain pula. Kononnya bahan kimia yang digunakan iaitu nitrat perak dalam dakwat itu terpaksa dikurangkan atas nasihat Kementerian Kesihatan. Seorang timbalan menteri yang juga Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, turut bercakap dengan hujah yang sama.

Namun kemudian SPR dimalukan pula apabila Menteri Kesihatan berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan laporan mengenai pengurangan nitrat perak dalam dakwat itu.

Apabila is terus dipertikaikan, SPR lalu menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat mengenai perkara itu untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Agak menghairankan, mereka yang menyediakan dakwat kekal itu, mereka juga yang mengujinya, mereka juga yang mempertahankannya tetapi akhirnya kerana tekanan rakyat, menubuhkan jawatankuasa pula.

Namun untuk mengaku kesilapan, jauh sekali. Rakyat pula terus keliru.

Sementara rakyat di bawah terus bercakap mengenai dakwat kekal yang tidak kekal ini dan mempertikaikan kewibawaan SPR, isu ini sering saja tenggelam timbul. Tetapi rakyat hairan dengan jawapan dolak-dalik dan tidak konsisten SPR mengenai isu ini. SPR seolah-olah memberi jawapan ikut sedap mulut saja dan bukan berdasarkan fakta sebenar.

Dalam ertikata lain, jawapan SPR seperti hujah politik seorang Ketua UMNO Cawangan saja layaknya.

Dengan jawapan Shahidan di Parlimen bahawa tiada bahan kimia digunakan dalam dalwat kekal itu, sebaliknya hanya pewarna makanan saja, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sepatutnya menghantukkan kepala masing-masing ke dinding jika mereka faham erti wibawa dan integeriti. Ini benar-benar memeranjatkan dan jelas bahawa pelbagai jawapan yang diberi selama ini bohong belaka. Ahmad Maslan pun turut menjadi pemimpin yang berbohong kepada rakyat.

Sudahlah hanya pewarna makanan yang digunakan, kos pembelian dakwat kekal yang menececah RM7.1 juta turut menjadi isu. Kalau hanya dakwat yang menggunakan pewarna makanan, bagaimana boleh harganya mencecah semahal itu?

SPR kini tidak boleh berdolak-dalik lagi. Jawapan Shahidan di Parlimen lebih dipercayai berbanding pelbagai hujah SPR di sidang media. Kewibawaan SPR sebagai pengendali pilihanraya yang bebas dan adil sudah berakhir. Rakyat berhak mempertikaikan pelbagai isu mengenai pengendalian pilihanraya oleh SPR memandangkan untuk menguruskan hal yang begitu mudah seperti dakwat kekal pun, mereka tidak mampu melakukannya dengan baik.

Rakyat juga hairan kenapa dakwat kekal di negara kita menjadi begitu kalut sedangkan penggunaannya di India dan Bangladesh tidak pernah timbul masalah dan sudah digunakan sejak puluhan tahun lamanya. Jika susah sangat, import saja dakwat yang sama yang digunakan di kedua-dua negara itu!

Dalam hal ini, memang tiada alasan lagi untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR mempertahankan diri mereka. Sudah sampai masanya mereka secara sukarela mengundurkan diri dan meletakkan jawatan. Tidak perlulah berdolak-dalik lagi mengatakan perlantikan mereka atas perkenan Yang Dipertuan Agong dan memaksa berundur kononnya mempertikaikan peranan dan perlantikan baginda itu.

Terus mempertahankan benang basah hanya mengeruhkan lagi keadaan. Letak jawatan dan biar orang lain yang lebih berwibawa memimpin SPR. Memandanfkan pilihanraya kecil Kual Besut akan diadakan tidak lama lagi, sebaiknya mereka mengundurkan diri sebelum pilihanraya itu berlangsung.

Ternampak sekarang, dengan pelbagai kemelut ini, merekalah yang sebenarnya sedang mencemar nama baik Yang Dipertuan Agong, sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan di negara ini dengan jawapan dan hujah yang entah apa-apa dan ikut sedap mulut saja mengenai dakwat kekal yang dipertaikaikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


KEBENARAN TENTANG TULANG SULBI YG TAHAN SAMPAI KIAMAT

Posted: 26 Jun 2013 10:38 PM PDT

Tulang Sulbi (Tulang Ekor) Manusia Dan Kebenaran Hadis Nabi SAW

Tulang sulbi

atau dengan bahasa Inggrisnya adalah Coccyx ini adalah bagian tulang dari tubuh manusia. Terletak pada bagian terbawah dari tulang belakang.

Tulang sulbi ini adalah tulang yang pertama kali ketika manusia diciptakan oleh Allah. Dari tulang inilah nantinya manusia dibangunkan pada hari akhir. Hebatnya lagi tulang sulbi ini tak akan hancur dimakan tanah.

Tulang sulbi sering disebutkan dalam hadits yaitu, dari Abu Huairah Nabi bersabda, "Sesungguhnya bagian tubuh manusia akan rusak, kecuali "tulang sulbi", dari tulang ini pertama kali manusia diciptakan, dan dari tulang ini manusia dibangunkan dari kematian di hari akhir" (HR. Bukhari, Nasa'i, Abu Dawud, Ibnu Majah)

Dan ada satu lagi hadits tentang tulang sulbi ini:

Dari Abu Huairah Nabi bersabda, "Ada satu tulang yang tidak akan dimakan tanah. Mereka bertanya,"tulang apa ya Rasul?" Nabi menjawab" Tulang Sulbi". (HR. Bukhari, Nasa'i, Abu Daud, Ibnu Majah)

fakta, bahwa hadits ini benar.

Seorang dokter yang berama Dr. Othman Al-Djilani dan syaikh Abdul Majid melakukan sebuah eksperimen terhadap tulang sulbi ini. Pada bulan Ramadhan 1423 atau sama dengan 2002 di tahun Masehi di Yaman.

Mereka berdua memanggang tulang punggung berikut juga dengan tulang sulbi. Dengan gas selama 10 menit hingga sampai benar-benar terbakar (tulang-tulang berubah menjadi mereha kemudian menghitam).

Kemudian mereka berdua meletakkan potongan-potongan yang telah gosong itu pada kotak steril.

Kemudian kotak steril itu mereka bawa ke labolatorium analisa terkenal di Sanaa, Yaman. Nama labolatorium itu adalah (Al Olaki Labolatory) 

Dr. Al Olaki, juga merupakan seorang professor di bidang histologi dan pathologi di Sanaa University, di Yaman. Ia menganalisa hasil potongan-potongan tulang tersebut dan menemukan bahwa sel-sel pada jaringan tulang sulbi (coccyx) dapat bertahan terhadap pembakaran.

Ternyata hanya sel-sel otot, sumsum, dan jaringan lemak saja yang terbakar. Sementara sel-sel tulang sulbi tidak terpengaruh.

Percobaan yang diatas ini membuktikan bahwa, hadits itu benar. Tulang sulbi akan tetap akan. Tak dimakan tanah, tak hancur terbakar, tahan pada kondisi apapun. SubhanaAllah bukan? Itulah, hebatnya Allah.

Jika kita gali ilmu-ilmu-Nya betapa kecilnya kita ini dihadapan Allah. Dunia saja ibarat butiran-butiran pasir. Bagaimana dengan kita yang lebih kecil daripada bumi? Sungguh Allah itu maha besar maha mengetahui.

1400 tahun yang silam Nabi sudah bersabda tentang tulang sulbi ini. Sudah terbukti hingga sekarang! So, kenapa harus ragu sama Allah?

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


TULANG SULBI, TULANG MANUSIA YG BERTAHAN SEHINGGA HARI KEBANGKITAN

Posted: 26 Jun 2013 10:40 PM PDT