Rabu, 20 Februari 2013

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Terengganu

Posted: 20 Feb 2013 06:18 PM PST

23 Februari 2013 (Sabtu)

1) 4.00 ptg – "Meet Anwar Ibrahim"
Lokasi: Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu

2) 9.00 – 12.00 mlm – Gong Xi Fa Cai & Ceramah Perdana
Lokasi: Kampong Tiong, Kuala Terengganu

3) 9.00 – 12.00 : Ceramah Perdana Bersama Panglima Angkatan Tentera
Lokasi: Taman Perumahan Gong Badak, Kuala Nerus

4) Barisan Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid
iii. Brig Jen (B) Dato' Najmi Ahmad
iv. YB Tian Chua
v. YB Azan Ismail
vi. YB Abdul Wahit Endut
vii. Sdr Fauzi Abdul Samad
viii. Sdr Hishamuddin Abdul karim

Bangkitlah anak muda Malaysia

Posted: 20 Feb 2013 03:35 AM PST

Oleh: Nurul Izzah Anwar

Negara kita kini sedang berada di persimpangan. Dengan nisbah hutang kepada GDP yang kini sudah mencapai kadar 53 peratus – bahana bakal menanti anak muda yang tentunya akan mengambil alih bebanan hutang negara kita pada masa akan datang.

Berdasarkan bancian 2010, bilangan anak muda di bawah umur 35 tahun adalah 65 peratus. Pada 2020, mereka merupakan penentu masa depan negara, sama ada yang masih bersekolah, mahupun profesional. Golongan inilah yang akan memutuskan jaminan serta keselamatan masa depan negara kita.

Jika dilihat statistik pengundi baru, demografi juga berubah – terdapat lebih dari 2.4 juta pengundi baru daripada 13.3 juta pengundi untuk PRU13. Ini merupakan kenaikan sebanyak 30 peratus pengundi baru jika dibandingkan 2008.

Anak muda perlu bangkit dan meningkatkan kesedaran tentang PRU13, iaitu satu peluang untuk Malaysia beralih kepada sistem dua parti supaya kita mempunyai timbang tara lebih baik demi mengurangkan penyalahgunaan kuasa yang berpotensi menjunam ke arah kezaliman parti pemerintah.

Negara kita juga mengalami masalah pengangguran dan pengurangan tenaga kerja. Antara puncanya, ramai anak muda berkelayakan universiti tidak memperoleh pekerjaan atau terpaksa mencari pekerjaan yang tidak setimpal dengan tahap pendidikan mereka. Sejak 2006-2009 juga, pengangguran graduan hampir mencecah 30 peratus.

Inilah antara masalah anak muda yang perlu diberi perhatian dan diusahakan jalan penyelesaian agar mereka boleh mengecapi pendidikan tinggi dan pekerjaan dengan gaji yang cukup untuk menampung kehidupan di negara ini.

Salah satu inisiatif ingin saya pelopori adalah satu dasar khusus buat golongan muda yang boleh dipraktikkan di Malaysia. Antara agenda ingin saya ketengahkan dari segi ekonomi termasuklah memastikan golongan muda memperoleh pekerjaan yang akan menjamin masa depan mereka serta kestabilan ekonomi dan aset masing-masing.

Golongan muda seharusnya terlatih dan mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan hutang agar mereka dapat melangsaikan segala pinjaman yang tertangguh. Kebolehan untuk menguruskan kewangan dengan baik akan  memberikan keuntungan dalam pelan jangka masa panjang.

Keutuhan sistem politik yang tidak berpaksikan sistem authoritarian juga akan memanfaatkan rakyat. Masanya telah tiba untuk kita merombak sistem pilihan raya yang tidak adil. Isu pendaftaran pengundi tidak lengkap, kawasan sempadan yang tidak mencerminkan populasi pengundi, serta masalah pengundi hantu adalah perkara yang sehingga kini masih membayangi PRU.

Untuk mengurangkan masalah pendaftaran pengundi, sudah tiba masanya diwujudkan sistem pendaftaran automatik. Ia telah digunakan di negara seperti Finland, Chile, Germany dan Singapura. Sesiapa layak mengundi berdasarkan umur minimum, akan disenaraikan secara automatik untuk mengundi dalam pilihan raya.

Sekiranya gagasan politik yang sedia ada gagal menunaikan tanggungjawab memenuhi aspirasi rakyat, ia adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai generasi muda untuk membangkitkan sebuah gagasan alternatif agar terhasilnya timbang tara untuk kesejahteraan negara.

Saya berikan satu contoh usaha untuk merakyatkan politik dan memberi suntikan kepada semangat politik baru, di mana saya telah menjemput Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Senator Datuk Raja Nong Chik untuk turun berdebat. Rata-rata jawapan diterima daripada Barisan Nasional adalah pendirian bahawa pendebatan di dalam arena politik bukanlah sebahagian daripada budaya kita, tetapi kita harus sedar bahawa melalui perdebatan idea, cendekiawan-cendekiawan Islam seperti Ibnu Khaldun dapat mengembangkan pemikiran dan idea secara terbuka dan tidak secara sehala.

Saya pasti, berdebat dan penukaran idea adalah satu saluran penjana minda dan penaiktarafan daya intelek anak-anak muda di negara ini dan pendebatan di antara para pemimpin di mana terdapat pertembungan idea adalah satu model peranan yang baik untuk anak-anak muda di Malaysia.

Sudah tiba masanya kita menghentikan trafik bertali arus yang merupakan jalan sehala. Sudah tiba masanya suara dan aspirasi anak-anak muda didengari melalui saluran-saluran yang sedia ada.

Percayalah, debat itu, budaya kita.

Dipetik dari laman berita Sinar Harian.

 

Politik dan Khidmat Awam

Posted: 20 Feb 2013 03:34 AM PST

Oleh: Najwan Halimi

"Therefore, if you are interested, if you want to participate, if you feel strongly about any public question, whether it's labor, what happens in India, the future of American agriculture, whatever it may be, it seems to me that governmental service is the way to translate this interest into action, that the natural place for the concerned citizens is to contribute part of his life to the national interest. Like many decisions in life a combination of factors pressed on me, which directed me into my present profession."

John F. Kennedy, 1960

Saya seringkali ditanya oleh teman-teman: "Kerjaya apakah yang lebih mulia di mata rakyat; penjawat awam atau ahli politik?" Jawab saya: "Kedua-dua profesion adalah mulia dan terhormat asal saja kita tidak khianat dan berlaku zalim."

Kata mendiang John F. Kennedy atau JFK, mantan presiden Amerika Syarikat, kuasa seorang ahli politik barangkali besar, dan oleh sebab itu kuasa ini punya keperluan untuk disemak. Kata beliau lagi – hakikatnya, kerjaya sebagai ahli politik tetap menjadi satu kerjaya yang sering disalahguna dan diremehkan.

Namun demikian, kerjaya sebagai ahli politik-lah yang akan menentukan keputusan-keputusan besar tentang peperangan, keamanan, kemakmuran dan kemelesetan; keputusan sama ada mahu terus mara ke depan atau mundur ke belakang. Simpul beliau, dalam ertikata yang lebih besar, segalanya kini tergantung kepada apa yang diputuskan oleh Kerajaan.

Komitmen terhadap khidmat awam

Lantaran terkesan dengan ungkapan JFK, lima tahun yang lalu, sebaik tamat pengajian di universiti, saya memutuskan untuk menumpukan komitmen saya terhadap khidmat awam. Kebetulan, tatkala saya tamat pengajian pada Mac 2008, tsunami politik melanda negara dan beberapa orang anak muda muncul sebagai wakil rakyat.

Salah seorang daripadanya adalah teman saya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang ketika itu berusia 26 tahun, dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan merupakan wakil rakyat termuda yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-12 ketika itu.

Nik Nazmi mempelawa saya menyertai beliau dan membantu operasi pentadbiran pejabat khidmat rakyat yang dibuka di Kelana Jaya. Pada masa sama, saya juga bertanggungjawab menyelaras aktiviti politik beliau secara lebih sistematik dan konstruktif. Hampir setahun berkhidmat sebagai pembantu politik, saya kemudiannya beralih menceburi kerjaya sebagai jurutera – disiplin ilmu yang saya dalami ketika di universiti sebelum ini.

Bagaimanapun, saya tak kekal lama sebagai jurutera. Pada 2009, saya memilih untuk menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dan ditempatkan di Kementerian Pengangkutan. Akibat tekanan politik atasan, saya kemudiannya menyertai Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Ternyata, pengalaman peribadi saya sebagai seorang penjawat awam – dan kini sebagai politikus muda – sememangnya membenarkan apa yang dilontarkan oleh mendiang JFK iaitu perkhidmatan awam 'adalah bidang terbaik untuk menterjemahkan kemahuan menjadi tindakan dan adalah tempat terbaik untuk warga yang peka bagi menyumbangkan sebahagian daripada hidupnya untuk kepentingan nasional.'

Etika kerja dan campurtangan politik

Malangnya, di Malaysia kelihatan semacam wujud percanggahan dengan gambaran perkhidmatan awam seperti yang disifatkan oleh JFK. Persepsi terhadap perkhidmatan awam di negara ini tak lagi seperti yang lazimnya kita dengar.

Hari ini, perkhidmatan awam dan anggotanya dikaitkan dengan pelbagai konotasi negatif – laih, lembam, tidak produktif, korup dan bias. Perkhidmatan awam dianggap sebagai lubuk emas kelompok yang mencari keselamatan kerjaya dan kewangan menerusi jalan mudah.

Hakikatnya, persepsi ini ada asas lantaran wujud segelintir penjawat awam yang tak punya etika dalam bekerja. Amalan curi tulang, makan gaji buta, ponteng kerja dengan mengemukakan sijil cuti sakit palsu, memberi rasuah serta menerima suapan dan melakukan pekerjaan sambilan di dalam waktu pejabat merupakan antara kegiatan tak bertanggungjawab yang dilakukan oleh segelintir penjawat awam hingga menyebabkan nama baik perkhidmatan awam tercemar dan dipandang remeh.

Sebagai langkah untuk memperbaiki persepsi ini, kerajaan sewajarnya mengambil tindakan tegas dan pro-aktif dalam menangani gejala tersebut. Rata-rata semua penjawat awam yang mula berkhidmat akan didedahkan dengan Etika Perkhidmatan Awam (1979) dan turut tertakluk di bawah Perintah Am yang perlu dipatuhi.

Selain itu penjawat awam juga turut terikat dengan beberapa akta berkaitan antaranya Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencen 1980. Persoalannya adalah sejauhmana ianya dilaksana dan dikuatkuasakan?

Selain persepsi serong membabitkan budaya kerja penjawat awam, faktor bias dalam melaksanakan tugas khususnya membabitkan campurtangan politik juga merupakan wabak yang semakin membarah di dalam sektor perkhidmatan awam sejak kebelakangan ini. Gejala ini secara tidak langsung mengakibatkan banyak pelaksanaan dasar-dasar kerajaan terganggu dan tergendala.

Penjawat awam, khususnya yang berada dalam kumpulan pembuat keputusan seringkali terperangkap dan menjadi keliru lantaran arahan politik yang bertentangan antara satu dengan yang lain atau berlawanan dengan dasar perkhidmatan awam sedia ada juga bercanggah dengan kepentingan dan tatakelola kewangan kerajaan.

Ketempangan skim saraan

Selain daripada itu, isu melibatkan kenaikan gaji yang tidak setara dengan kenaikan kos sara hidup turut mengundang keresahan di kalangan penjawat awam. Di dalam Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang yang diumumkan oleh kerajaan, golongan berpendapatan rendah dari kategori perkhidmatan sokongan adalah merupakan golongan yang diberikan kuantum kenaikan gaji paling rendah berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain walhal kelompok inilah yang paling terkesan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Hasil desakan pimpinan dan wakil-wakil Pakatan Rakyat di Parlimen, kerajaan telah mengumumkan pemansuhan SBPA pada Mac 2012 dan Skim Saraan Malaysia (SSM) digunapakai semula dengan beberapa penambahbaikan. Pengumuman tersebut kemudiannya disusuli dengan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam berkuatkuasa pada 25 April 2012.

Pelaksanaan dasar tersebut telah memperlihatkan peningkatan gaji 1.4 juta penjawat awam di mana tujuh hingga 13 peratus kenaikan gaji dilaksanakan mengikut gred masing-masing.[1] Namun demikian, pelaksanaan kenaikan kadar gaji ini masih tetap berpaksikan kepada hierarki kumpulan perjawatan seperti mana yang dicadangkan menerusi SBPA.

Apa yang mengecewakan adalah pihak kerajaan sehingga hari ini masih lagi belum membentangkan laporan hasil kajian yang dibuat oleh Suruhanjaya Khas Transformasi Perkhidmatan Awam berkaitan penyelarasan semula skim gaji penjawat awam sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa pada November tahun lalu.[2] Tatkala rakyat terus terbeban dengan kenaikan pelbagai kos sara hidup, isu yang melibatkan kebajikan penjawat awam ini kelihatan seolah-olah diremehkan dan tidak diberikan keutamaan sewajarnya oleh pihak kerajaan.

Meminima saiz perkhidmatan awam

Dalam mana kita komited untuk menaiktaraf skim saraan dan kebajikan anggota perkhidmatan awam, kita tidak seharusnya menafikan bahawa saiz perkhidmatan awam di negara ini adalah antara yang terbesar di dunia dan secara tidak langsung telah mengakibatkan kerajaan menanggung kos yang tinggi dalam perbelanjaan mengurus. Nisbah penjawat awam kepada penduduk Malaysia adalah sebanyak 4.68 berbanding Indonesia  sebanyak 1.79 dan Thailand sebanyak 2.06.[3]

Semakan saya mendapati, sehingga 30 September 2012, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memiliki seramai 40,558 kakitangan[4] dengan peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM5.74 bilion bagi tahun 2012.[5] Manakala White House pula memiliki seramai 468 orang kakitangan dengan perbelanjaan mengurus sebanyak USD37.8 juta atau RM115.3 juta.[6] Perbandingan ini jelas menunjukkan perbezaan ketara di antara pengurusan JPM dan White House baik dari segi perbelanjaan mahupun dari bilangan perjawatan.

Saiz perkhidmatan awam yang besar tidak menjamin kualiti penyampaian. Berdasarkan jawapan di dalam Parlimen[7] oleh Timbalan Menteri di JPM, Datuk Liew Vui Keong, di antara tahun 2005 hingga 2011 sejumlah 5,983 orang penjawat awam telah disiasat kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah. Berdasarkan jumlah tersebut, seramai 816 orang penjawat awam telah didakwa di mahkamah, 324 orang disabitkan kesalahan, 69 orang dilepaskan dan 298 telah dibebaskan daripada pendakwaan. Manakala 105 kes masih lagi dibicarakan atau sedang melalui proses rayuan dan sebanyak 20 kes telah ditarikbalik.

Oleh yang demikian, satu tindakan menyeluruh perlu diambil untuk meminimakan saiz perkhidmatan awam di negara ini bertujuan untuk menjimatkan kos perbelanjaan serta untuk memastikan bahawa hanya mereka yang benar-benar layak sahaja yang wajar diserap dan dilantik untuk berkhidmat di dalam sektor awam.

Pada masa sama, kerajaan juga perlu memastikan bahawa mana-mana penjawat awam yang gagal menunjukkan prestasi kerja yang baik dan terjebak dalam masalah disiplin serta disabitkan dengan kesalahan jenayah – tanpa mengira pangkat dan kedudukan – perlu disingkirkan dari berkhidmat demi menjaga nama baik dan imej perkhidmatan awam.

Tawaran Pakatan Rakyat

Perkhidmatan awam merupakan asas kepada sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat. Sistem penyampaian yang berkualiti dan efisyen adalah sangat mustahak dalam menjamin kelangsungan dan kelancaran pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Justeru, saya tertarik untuk menyorot kembali tawaran-tawaran yang telah diajukan oleh Pakatan Rakyat dalam usaha mereka memenuhi komitmen untuk mewujudkan satu sistem perkhidmatan awam yang berwibawa dan berintegriti.

Bagi mencapai tujuan tersebut, Pakatan Rakyat dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 yang diadakan di Alor Star, Kedah pada tahun lalu telah mengumumkan Tawaran Jingga yang mengandungi dasar-dasar asas untuk memperkasa perkhidmatan awam negara seandainya diberi mandat mentadbir negara. Enam tawaran tersebut adalah:

  1. Memberikan pengiktirafan kuasa yang sewajarnya kepada perkhidmatan awam dengan menolak sama sekali sebarang campur tangan politik. Memartabatkan Perkhidmatan Awam sebagai sebuah entiti yang memberi khidmat professional mereka kepada 'government of the day';
  2. Mewujudkan satu model perkhidmatan awam yang saksama atau 'equitable' untuk semua kategori perkhidmatan termasuk professional dan pengurusan, badan berkanun, perkhidmatan tadbir negeri, perkhidmatan sokongan dan separa professional dan lain-lain lagi supaya semua penjawat awam merasakan bahawa perkhidmatan mereka di hargai dalam menyumbang untuk pembangunan negara;
  3. Mengurangkan pertindihan tugas di dalam pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dengan cara mengadakan suatu penjustifikasian semula supaya sumber-sumber yang bertindih dapat diagihkan semula ke agensi-agensi yang memerlukan gunatenaga mereka dengan tidak mewujudkan 'redundancy' di dalam skop tugas dan bidangkuasa kakitangan awam;
  4. Mewujudkan satu perkhidmatan awam yang tidak bersifat 'PTD-centric';
  5. Membuka ruang seluasnya untuk kenaikan pangkat secara 'merit' dan telus. Bagi tujuan ini, satu mekanisma yang sistematik akan diwujudkan supaya kelayakan, kemahiran dan pengalaman kakitangan awam dapat dipertingkatkan secara konsisten bagi tujuan ini; dan
  6. Menyemak semula pelaksanaan SBPA supaya sistem penggajian sektor awam bersifat lebih saksama kepada semua golongan kakitangan awam, terutamanya kategori perkhidmatan sokongan dan separa profesional.

Politik sebagai cabang khidmat awam

Sebagai barisan pimpinan pelapis di dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Rakyat, saya dan teman-teman seangkatan yang lainnya yakin dan percaya bahawa KEADILAN dan Pakatan Rakyat merupakan gagasan politik masa depan untuk rakyat Malaysia. Dimensi baru politik negara pada hari ini telah menyaksikan banyak perubahan khususnya menerusi penglibatan besar anak-anak muda dalam mencorak dan menentukan hala tuju politik dan masa depan negara.

Tekad saya adalah untuk melihat negara ini bangkit dari kegawatan politik, ekonomi dan sosial yang telah sekian lama melanda dan melemahkan sendi-sendi asas negara ini. Pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan perkhidmatan awam kini merupakan sendi-sendi asas negara yang sedang dilanda kesakitan akibat kepincangan tatakelola dan pencabulan demokrasi oleh pentadbiran Barisan Nasional.

Seandainya ditakdirkan Pakatan Rakyat diberi amanah untuk memacu negara ini, maka tumpuan khusus perlu diberikan untuk memulihkan sendi-sendi asas negara ini. Demokrasi perlu dimaknai kembali. Hak asasi rakyat perlu dimartabat dan dikembalikan. Inilah hasrat utama saya dan teman-teman seangkatan.

Dalam berbicara tentang perkhidmatan awam dan ungkapan JFK tentang kepentingan politik dan khidmat awam yang membentuk kemajuan sesebuah negara, saya kekal percaya bahawa kedua-dua kerjaya; baik sebagai seorang penjawat awam mahupun sebagai seorang ahli politik adalah pekerjaan yang mulia dan berwibawa. Keduanya saling berkait dan punya simbiosis antara satu dengan yang lain.

Barangkali tak salah untuk saya simpulkan bahawa politik – kerjaya yang saya ceburi sekarang ini – adalah cabang utama khidmat awam. Politik bukanlah sekadar pesona jawatan. Politik adalah komitmen hidup kita terhadap negara dan rakyat. Politik adalah khidmat awam yang paling agung.

 

Najwan Halimi pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Beliau kini merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia dan boleh dihubungi menerusi www.facebook.com/najwanhalimi.

*Artikel ini dipetik dari laman JalanTelawi.com.

Nota Hujung:

[1]^ (ke atas)   Ooi Heng, Pendedahan di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia(Strategic Information and Research Development Centre, 2012) halaman 104

[2]^    BERNAMA, Kerajaan Kaji Semula Skim Gaji Penjawat Awam Mulai Tahun Depan, 31 Oktober 2012, http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=706086

[3]^ The Malaysian Insider, Pakatan says won't slash civil service size, 9 November 2011,http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pakatan-says-wont-slash-civil-service-size

[4]^   Jabatan Perkhidmatan Awam, Statistik Perjawatan Dan Pengisian Mengikut Kumpulan Perkhidmatan (sehingga 30 September 2012), 8 Januari 2013,http://www.jpa.gov.my/status/index3_1.html

[5]^  Kementerian Kewangan, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, halaman 6,http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2012/ap1.pdf

[6]^    The Washington Times, White House payroll costs up 2 percent over previous year, 2 Julai 2012, http://www.washingtontimes.com/news/2012/jul/2/white-house-payroll-costs-2-percent-over-previous-/

[7]^   The Star, About 6,000 cases of corruption in civil service since 2005, 28 Jun 2012,http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/6/28/nation/20120628151224&sec=nation

So a ‘Schoolboy’ Ran the Country For 22 Years

Posted: 19 Feb 2013 08:58 PM PST

Malaysiakini

That was why he gambled away billions during Bank Negara’s wild speculative days because he could not understand the word 'cash’.’

Dr M admits contradiction, but denies being untruthful

Anonymous #19098644: Dr Mahathir Mohamad is the natural successor to Joseph Goebbels, the minster of information during the Adolf Hitler government. Goebbels believed that if you tell a lie often enough, it becomes the truth.

In his autobiography ‘A Doctor in The House’, Mahathir even said that he had a meeting with Singapore’s second president Benjamin Sheares on a particular date. The Singapore government subsequently refuted it and said it was not possible as Sheares had died before that date.

This is typical Mahathir for you, writing fiction instead of facts. For him, if what he testified under oath is different from the facts, it is not perjury because it is due to different assumptions.

He claimed to have been Malaysian finance minister but does not know the difference between cash price, special price and contract price.

His legacy is alive today in the son of MCA chief Chua Soi Lek who is supposedly an accountant but doesn’t know the difference between debit and credit.

I Miss The Real Malaysia: Cash price is when you pay your cronies. Special price is when you give super discount to your children or high price for government contracts. Contract price is what you want public to see.

No need to be accountant to know lah, diploma student already know… I wonder how he got his grades and how he became PM.

Bumiasli: When in court, one must never answer questions he does not understand. If he had wanted, Dr M could have requested the court to explain further on the terms he claimed he did not understand.

Anyway, the terms used were not something which a former PM for 20 odd years would not understand. And to top it all, he held the position of finance minister. This type of witness is not cooperating with the court.

Absalom: So being popular and winning elections overrides doing the right thing, which is saving taxpayers’ money?

It stands to reason, why some politicians do everything in their power (including abuse it) to make a lot of money so they can give some away to be popular, and win elections.

Dark Knight: Become popular with whom, Mahathir? With one company or with the entire electorate?

The government would have become popular with the electorate by saving money, but Mahathir did the opposite – paying more to a company and claiming now it was done to seek popularity.

This does not make any sense at all. And how could he misuse taxpayers’ money to seek electoral popularity?

Gggg: Did anyone ask Mahathir how can buying the piece of land at a higher price be good for his popularity? Was he admitting the extra money helps in elections?

NewMalaysia: What a lousy excuse, and you gladly approved the project without even getting the terms and facts correct? This is how you and BN manage the country’s funds?

Again my biggest question would still be how Kuala Dimensi was able to get hold of such a big piece of land of 1,000 acres before selling it to Port Klang Free Zone (PKFZ) with a huge profit?

Unless, of course, they obtain inside information of the project. Try explaining that first.

Rightan: If RM21psf (per square foot) is cash price, then why buy at the contracted price of RM25.85psf, which already incorporated the interest and then pay an additional interest at 7.5% per annum?

No wonder our school children are so confused nowadays by the behaviour of our politicians.

FellowMalaysian: Mahathir’s age has finally caught up with him. After being carefully rehearsed by Ling’s lawyers and accountants, he admitted making a blunder with the land price figures.

The day before, Mahathir was so sure of his knowledge in finance and his grasp in accountancy terminologies that he even lectured in court how various figures of land prices were derived and lamented that lawyers were unable to comprehend these figures.

With the blunder which he admitted yesterday, it is indeed hard to believe that what he had mentioned in Ling’s hearing so far had not been the result of an intensive course by Ling’s accountants and lawyers.

Lim Chong Leong: When statements are contradictory, that means one of them is not true, which in turn means the speaker of those statements had been untruthful.

What is there to deny? It is a fact that he was untruthful in at least one of those statements. Period. No need to say what a schoolboy understand or does not.

So all these charges against his old friend Ling Liong Sik is just a 'sandiwara’ (a show), nothing more nothing less.

Sangat Teroh: That was why he gambled away billions of ringgit during Bank Negara’s wild speculative days because he could not understand the word “cash”.

Hang Babeuf: Those who are “truly and truthfully contradictory” are people who want “to have things both ways”.

That is to say, people who do not wish to accept the responsibility of making clear choices, or people who will not accept responsibility for the choices that they have made.

Heavywater: So much lies and deceit. Ling might as well just go to jail and end his suffering, to be followed by Dr M for aiding and abetting a felony offence.

One would have to wonder what more has happened beside this case? Cash is cash, everyone knows what that means, so how come Dr M misunderstood the question. He is learned after all, is he not?

StoptheRot: A school boy had been running this country for more than two decades. No wonder we are where we are. All a mess, like tumbled toys.

JT1E80: When Dr M contradicts himself that is still truthful, because Dr M is incapable of lying. The rest of us mere mortals, especially if you oppose his views, are incapable of telling the truth.

It would seem that Dr M has an exclusive franchise on truth. It does show what sort of a deluded person Dr M really is.

Tiada ulasan: