Rabu, 20 Februari 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Sultan setuju Selangor bubar DUN awal – MB

Posted: 20 Feb 2013 12:34 AM PST


SHAH ALAM 20 FEB: Sultan Selangor hari ini bersetuju dan menyokong hasrat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal dan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) berasingan tanpa menunggu mandat lima tahun berakhir.
Perkara itu dinyatakan Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika Khalid menghadap Baginda pagi tadi.
Mb-Selangor-Khalid-Ibrahim
Menurut Khalid, Baginda menyerahkan urusan pembubaran itu sepenuhnya kepada beliau asalkan ia dilakukan secara tertib dan teratur.

"Saya mengikut sahaja titah Tuanku yang membenarkan saya membuat pembubaran DUN awal," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.
"Kenapa Tuanku nak buat secara teratur dan tertib, supaya tidak ada pihak yang mengatakan Selangor jalankan pilihan raya awal tapi melakukannya secara tidak betul," jelas Khalid.
Khalid berkata, Baginda turut bertitah, tarikh pembubaran DUN yang ditentukan Menteri Besar perlu dibuat dalam keadaan dan cara yang lebih teratur.
"Saya dah janji dengan Sultan, saya mengikut titah Tuanku supaya tak payah umumkan (tarikh). Setakat ini kita merahsiakan tarikhnya," kata Khalid.
Ditanya adakah pembubaran DUN dibuat hujung bulan ini, setelah perayaan Chap Goh Mei berlalu, Khalid hanya ketawa dan berkata: "Tunggulah…".
Ditanya lagi apa faedah diperolehi rakyat jika pilihan raya dijalankan berasingan, ini jawapan Khalid: "Sudah tentu rakyat Selangor gembira jika PRU berlaku lebih awal".
"Bagaimanapun saya tiada halangan untuk mengadakan pilihan raya DUN Selangor serentak dengan PRU 13," kata Khalid.
Perkembangan ini pasti mencemaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini bertangguh untuk membubarkan Parlimen walaupun tempoh mandat Kerajaan Pusat berbuat demikian berakhir 28 April ini.
Ini pertama kali sebuah negeri di Semenanjung mengumumkan tarikh pilihan raya negeri secara bersendirian dan lebih awal dari Kerajaan Persekutuan.
Selangor juga akan menjadi negeri pertama di Semenanjung mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan dengan persekutuan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45553

Khalid: Sultan tiada halangan Selangor bubar DUN awal

Posted: 20 Feb 2013 12:27 AM PST

dipetik daripada Malaysian Insider.com


February 20, 2013














SHAH ALAM, 20 Feb ― Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tiada sebarangan halangan untuk kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar Selangor itu berkata Sultan telah bersetuju, namun meminta agar kerajaan Selangor mengumumkan tarikh pembubaran tersebut dalam keadaan dan cara yang lebih teratur.
"Tuanku bersetuju ... dan saya akan umum pada masa yang sesuai dan cara yang teratur," kata Khalid (gambar) ketika sidang media di sini.
"Sultan tidak menghalang pembubaran, tapi baginda cadangkan ia dibuat dengan tertib dan teratur.
"Saya sudah berjanji, dan ikut titah tuanku, tidak payah umum sehingga dibubarkan," tegas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu lagi
Khalid bagaimanapun tidak mengumumkan tarikh pembubaran tersebut.

Tiada ulasan: