Rabu, 20 Februari 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Jadual Forum Air Untuk Rakyat Bersama Rakyat

Posted: 20 Feb 2013 06:00 PM PST

 Jom hadir ke Forum Air Untuk Rakyat Bersama Rakyat di lokasi berdekatan anda. Dapatkan maklumat sebenar demi manfaat anda.

Setpol Exco Kesihatan Selangor Melawat Pelajar Sekolah Rendah Tamil Effingham Yang Terlibat Kemalangan Jalan Raya

Posted: 20 Feb 2013 05:53 PM PST

Petaling Jaya, 20 Februari 2013 - Setiausaha Politik Kepada YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor, Abdul Razak Bin Ismail telah meluangkan melawat 4 orang pelajar sekolah Tamil Effingham yang terlibat dalam satu kemalangan jalanraya semalam.

Abdul Razak mewakili  YB Dr. Xavier yang menghadiri mesyuarat EXCO pada hari ini.
 
Beliau disertai oleh pegawai-pegawai dari Unit Perancang Negeri Selangor (Upen) dan Encik Jestin Raj Setiausaha Kanan  EXCO .

Sumbangan hamper  telah diberikan kepada ibubapa pelajar-pelajar tersebut

Turut serta ialah Encik S. Gana, Presiden Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Keb Tamil Effingham, Bandar Utama, Petaling Jaya.  

Dalam kejadian yang berlaku 6.30 pagi semalam, van yang dinaiki oleh 10 orang pelajar tersebut telah terbalik dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta kira-kira 500 meter dari sekolah tersebut.
8 pelajar terlibat telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti  manakala 2 lagi di bawa ke Hospital Sungai Buloh oleh ibubapa masing-masing

4 pelajar mengalami kecederaan agak serius dan sedang menjalani pembedahan kecil di Pusat Perubatan tersebut.

Kata Razak,  Pejabat YB Exco sedang berusaha mendapatkan kelulusan untuk menampung sepenuhnya kos pembedahan dan rawatan susulan fisioterapi untuk 2 pelajar tersebut yang mengalami kecederaan serius tersebut.





Keretapi Laju Kuala Lumpur – Singapura Membelakangkan Keperluan Pengangkutan Awam Rakyat Terbanyak

Posted: 20 Feb 2013 05:46 PM PST

Sementara saya mengalu-alukan kerjasama dua hala yang lebih harmoni di antara Malaysia dan Singapura, pengumuman Dato' Seri Najib Tun Razak untuk membina sistem keretapi laju menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura membuktikan sekali lagi pentadbiran beliau membelakangkan kebajikan dan keperluan rakyat terbanyak.

Lebih dari itu, beliau sewajarnya diingatkan bahawa sebagai sebuah kerajaan yang hampir tamat mandatnya, pentadbiran beliau tidak boleh menandatangani apa-apa perjanjian yang melibatkan komitmen kewangan jangka panjang yang besar dan membebankan rakyat. Kebelakangan ini, saya khuatir dengan pengumuman projek dan pembelian yang mungkin akan mewariskan kerajaan baru kelak dengan pelbagai implikasi kewangan yang merugikan negara dan rakyat.

Fenomena ini tidak ubah seperti tindakan Tun Abdullah Badawi yang menandatangani beberapa perjanjian dan komitmen dengan Brunei di penghujung pentadbiran beliau dalam keadaan yang tergesa-gesa, termasuk menyerahkan Blok L dan M yang pulangan hasil minyaknya mencecah berbilion ringgit.

Kecenderongan sama yang dipamerkan oleh Dato' Seri Najib akan menguatkan persepsi rakyat bahawa Barisan Nasional tidak yakin dapat bertahan sebagai Kerajaan Persekutuan selepas Pilihanraya Umum ke-13, maka pelbagai konsesi dan kontrak dianugerahkan yang dikhuatiri hanya menguntungkan kroni.

Pengumuman sistem keretapi laju KL – Singapura ini juga wajar dilihat dalam konteks yang sama. Projek ini dicadangkan oleh YTL, konglomerat yang cukup rapat dengan Barisan Nasional. Seperti mana konsep penswastaan MRT yang pada mulanya dikatakan hanya melibatkan wang swasta, akhirnya keseluruhan kos projek ditampung oleh rakyat melalui pinjaman yang dibuat Kerajaan Persekutuan.

Beberapa tahun lalu, YTL menganggarkan kos projek keretapi laju ini mencecah RM8 bilion. Saya yakin kos itu telah meningkat berlipat kali ganda menjelang 2013 dan dianggarkan mencecah RM13 bilion. Saya percaya akhirnya kos ini akan ditanggung oleh rakyat, seperti mana yang berlaku dalam kesemua projek penswastaan sebelum ini.

Sebab itu, rakyat perlu menilai pengumuman projek keretapi laju ini dalam konteks komitmen RM13 bilion yang bakal ditanggung oleh rakyat.

Saya yakin pelaburan sebegitu besar lebih diperlukan untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam antara bandar (inter city public transportation system) bertujuan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian. Oleh yang demikian, keutamaan negara sepatutnya membina sistem keretapi laju antara bandar yang menghubungkan bandar-bandar utama dari Perlis ke Johor Bahru, serta menghubungkan Pantai Timur dari Kelantan ke Pantai Barat.

Kos RM13 bilion ini sudah tentu mempunyai lebih makna kepada rakyat apabila keretapi laju dapat mengurangkan masa perjalanan antara bandar-bandar besar negara. Kurangnya pergantungan kepada kenderaan persendirian bermakna kurangnya kesesakan lalu lintas dan penurunan kos subsidi bahan api negara.

Manifesto Pakatan Rakyat membuat komitmen khusus untuk membina sistem keretapi laju antara bandar dalam tempoh jangka panjang secara berperingkat. Pendekatan mendahulukan rakyat ini terus menjadi perbezaan utama di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI

The People of Selangor Offer To Take Over Water Concessionaire Companies

Posted: 19 Feb 2013 11:37 PM PST

The Selangor State Executive Committee has decided today to allow Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) to make an offer of RM 9.65 billion to begin the takeover process of Selangor's water concessionaire companies.

The offer letter to Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd and Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) will be officially issued this afternoon.

This takeover is part of the effort to return the right to water to the people of Selangor. A democratically elected government chosen by the people to lead the state should be the ones responsible for managing the water industry.

This takeover will have an important impact on the lives of the people where residents of Selangor will continue to receive 20 cubic meters of free water and will not be trapped with increasing water tariffs that are unjust and burdensome.

The people will also experience a management of the water industry that is transparent and efficient; most importantly, this takeover will end the era of monopolisation of the water industry by any individual or company.

The state government believes that this takeover will go smoothly given that this offer is the best offer by the people of Selangor to defend their right to affordable water.

The state government is also of the view that this high offer will solve the problem of water privatisation that has clearly failed to provide an acceptable level of service to the people and hopes that all involved, including Tan Sri Rozali Ismail, do not prejudice this
effort.

We are also confident that this offer will not cause a loss for any of the companies involved because this amount represents a return of 12% a year on equity as compared to the average returns for the water industry which stands at 6%. In addition, all liabilities will also be taken over.

The state government has also received on the 14th of February a reply from Peter Chin dated 6th of February, 2013.

Unfortunately, the minister's reply was not helpful in moving this takeover forward because it seems the minister is extremely confused with the situation we are facing.

The minister has failed to understand the role he should play as the minister responsible for overseeing the water industry, to the point where he has provided a number of contradictory facts and views.

In his letter, the minister stated that the federal government has no objections for the state government to begin the takeover process. However, when asked recently by the media, he still firmly stated that the takeover process cannot go ahead without approval from the federal government.

In fact, we have always acknowledged that the federal government has deciding power in its role as golden shareholders, as provided for in the Water Services Act 2006 (Act 655).

Therefore, we have stated consistently that the federal government should exercise this power for the public good and facilitate the state government's restructuring exercise after the state government has made an offer to the concessionaire companies.

The Selangor state government is consistent in its stand that the rights to water should be given to the people of Selangor and that this will comprehensively solve the problems of the management of the water industry.

The state government also believes that the people will support our initiative because the government of the day was elected precisely to bring about these types of badly needed reforms.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR

Selangor Tawar RM9.65 Bilion Untuk Ambilalih Syarikat Konsesi Air

Posted: 19 Feb 2013 11:32 PM PST

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini telah mengambil keputusan untuk membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 billion bagi memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air.

Surat tawaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas),Puncak Niaga Sd Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) akan dikeluarkan secara rasmi oleh KDEB petang ini.

Pengambilalihan ini adalah di antara usaha untuk mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk memimpin negeri ini akan berhak menguruskan industri air.

Hasil daripada pengambilalihan ini akan memberi kesan penting terhadap kehidupan rakyat dimana rakyat akan terus menerima kemudahan air percuma 20 meter padu dan tidak akan terperangkap dengan kadar tarif air yang tidak adil serta membebankan.

Rakyat juga akan mendapat pengurusan air yang telus dan cekap dan yang paling penting sekali pengambilalihan ini juga akan menamatkan era monopoli air oleh mana-mana individu atau syarikat.

Kerajaan Negeri percaya proses pengambilalihan ini akan berjalan lancar memandangkan tawaran ini adalah tawaran terbaik oleh rakyat Selangor demi mempertahankan hak air mereka.

Kerajaan Negeri juga berpandangan tawaran tinggi yang kita berikan ini adalah untuk menyelesaikan masalah penswastaan air yang ternyata gagal memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat dan berharap semua pengusaha air temasuk Tan Sri Rozali Ismail tidak memprejudiskan usaha ini.

Kita juga yakin tawaran ini tidak akan merugikan syarikat-syarikat berkenaan kerana jumlah ini merupakan pulangan 12% setahun terhadap ekuiti – yang mereka miliki berbanding dengan pulangan lazim bagi industri air iaitu hanya 6%. Tambahan pula segala liabiliti akan juga diambil alih oleh KDEB  menerusi Special Purpose Vehicle.

Sementara itu, Kerajaan Negeri telah pada 14hb Februari yang lalu menerima surat jawapan daripada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui yang bertarikh 6 Februari 2013.

Namun, jawapan menteri itu tidak banyak membantu menyelesaikan masalah pengambilalihan ini kerana nampaknya menteri terlalu keliru dengan situasi yang kita hadapi ini.

Menteri gagal memahami peranan yang sepatutnya dilakukan oleh beliau selaku Menteri yang diamanahkan menjaga industri air hingga memberikan beberapa fakta dan pandangan yang bercanggah di antara satu sama lain.

Dalam surat beliau, menteri berkata Kerajaan Persekutuan tiada halangan untuk Kerajaan Negeri memulakan proses pengambilalihan.

Walaubagaimanapun, kelmarin apabila ditanya oleh pihak media beliau dengan tegas mengatakan pengambilalihan yang mahu dilakukan Kerajaan Negeri tidak boleh dijalankan kecuali dengan kebenaran Kerajaan Persekutuan.

Sebenarnya kita sememangnya sedia maklum bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa penentu selaku pemegang saham emas seperti yang termaktub dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (Akta 655).

Justeru itu, sejak dari awal lagi kita telah menggesa Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasa tersebut demi kepentingan awam dengan membantu kerajaan negeri melakukan penstrukturan semula setelah kerajaan negeri membuat tawaran kepada syarikat konsesi.

Kerajaan Negeri Selangor konsisten dengan pendirian bahawa hak air harus diserahkan kepada rakyat Selangor dan pengambilalihan ini akan menyelesaikan masalah pengurusan industri air secara menyeluruh.

Kerajaan Negeri percaya rakyat Selangor dan Lembah Klang akan menyokong tindakan berani yang kita lakukan ini kerana antara faktor utama kerajaan hari ini dipilih adalah untuk melakukan reformasi pentadbiran termasuklah dalam industri air.

YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR

Tiada ulasan: