Ahad, 16 September 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Deklarasi Kuching: Komitmen PR Bela Rakyat Sabah, Sarawak

Posted: 16 Sep 2012 09:09 PM PDT

KUCHING: Deklarasi Kuching yang ditandatangani pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat semalam mengariskan tujuh perkara pokok bagi membela rakyat Sabah dan Sarawak.

Antara lain ianya bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak serta pembangunan kedua-dua negeri.

Malah ianya juga sebagai komitmen Pakatan Rakyat untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Deklarasi tersebut telah ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching petang semalam.

Deklarasi tersebut turut diumumkan pada Sambutan Hari Malaysia di sini semalam.

Tujuh perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut adalah:

PERKARA 1:  KERJASAMA BERSEKUTU

Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

PERKARA 2: PERWAKILAN YANG ADIL

Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.

PERKARA 3: KEWARGANEGARAAN

Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.

PERKARA 4: PENGIKTIRAFAN HAK KE ATAS TANAH ADAT

Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.

PERKARA 5:  KECEKAPAN DAN KEMANDIRIAN SARAWAK DAN SABAH

Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.

PERKARA 6: KEADILAN DALAM ISU MINYAK

Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke  20%.

PERKARA 7: PEMBANGUNAN SEKATA

Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.

Pakatan Rakyat menjelaskan deklarasi ini merupakan satu perjanjian yang tidak boleh disangkal serta dipersoalkan, ia termaktub di antara Pakatan Rakyat dan segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Perjanjian yang ditandatangani pada 16 September itu juga bermatlamat agar kebebasan dapat dicapai dan masyarakat boleh hidup bersatu pada dalam suasana aman dan damai.

Sementera itu, selain ditandatangani oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat, deklarasi tersebut turut ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Adam Ahid, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan juga Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng.

Perjanjian enam salinan itu telah disimpan oleh mereka yang telah menurunkan tandatangan sebagai saksi bahawa deklarasi Kuching adalah janji Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sumber: HarakahDaily

Agenda Wanita Pakatan Bakal Samaratakan Peluang Wanita Dengan Lelaki

Posted: 16 Sep 2012 01:30 AM PDT

SELANGOR 15 SEPT : Skim Caruman Wanita Malaysia yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara mendapat sambutan yang meluas di kalangan wanita yang ditemui semalam.

Rata-rata mereka menyifatkannya rancangan itu, termasuk galakkan kepada suami untuk membuat caruman khas kepada isteri setiap bulan sebagai satu jaringan keselamatan atau "safety net" bagi surirumah.

Rosniza Hamad, 31, seorang surirumah, berkata langkah itu mampu menjamin sumber kewangan wanita sekiranya sesuatu terjadi kepada suami.

"Andaikata terjadi perkara tidak diingini seperti kematian, penceraian atau kemalangan, sekurang-kurangnya caruman tersebut dapat membantu wanita terutama golongan tidak berkemampuan," ujarnya.

Siti Julia Mohamad Rasid, 26, menambah seharusnya langkah bijak tersebut dilaksanakan segera demi menjamin masa depan wanita dan keluarga.

"Saya sangat setuju dengan cadangan tersebut dan berharap agar ia dapat dilaksanakan dengan telus demi masa depan wanita dan anak-anak agar lebih terjamin," jelas beliau yang merupakan seorang pengusaha kedai runcit.

Caruman Wanita Malaysia itu melibatkan pelaburan RM 50 setiap bulan dari kerajaan pusat ke dalam akaun surirumah yang berpendapatan RM1,500 ke bawah.

Manakala golongan suami akan digalakkan untuk melabur minima RM 10 setiap bulan ke dalam akaun isteri mereka.

Skim-skim tersebut merupakan antara cadangan-cadangan di dalam Agenda Wanita Malaysia Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada Sept 13 di Shah Alam.

Kedua-dua program tersebut akan dilaksana sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia selepas pilihanraya ke-13.

Inisiatif lain Agenda tersebut termasuk Agensi Hak Sama Rata bagi memastikan kesamarataan antara wanita dan lelaki di dalam mendapat peluang pekerjaan dan struktur gaji di dalam sesebuah bidang pekerjaan.

Seorang bekas pekerja swasta, Hasina Yop, 28 yang kini aktif dengan bisnes atas talian berkata inisiatif-inisiatif tersebut mampu memartabatkan kedudukan wanita seiring dengan kaum lelaki di negara ini.

"Menyamaratakan tangga gaji dan prestasi antara wanita dan lelaki itu sangat saya alu-alukan.

"Dengan itu, saya pasti wanita akan lebih yakin untuk memajukan diri dan bersaing dengan lelaki tanpa rasa seolah dianak-tirikan lagi," ujarnya yang bakal menimang cahaya mata kedua.

Inisiatif lain bagi membantu wanita ialah menggubal Akta Gangguan Seksual yang khusus serta menubuhkan Suruhanjaya Keganasan Rumahtangga.

Agenda tersebut juga memperkenalkan skim Pemilikan Rumah Pertama Wanita yang bertujuan mengalakkan wanita memilik rumah sendiri.

Sumber: Selangorku

Pakatan Tawar Pekerjaan Untuk Warga Sarawak, Sabah

Posted: 16 Sep 2012 01:30 AM PDT

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan Selangor menyatakan kesediaan mereka untuk menerima puluhan ribu pencari kerja dari Sabah dan Sarawak yang terjejas dengan syarat baru dikenakan untuk bekerja di Singapura.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor menyatakan demikian dalam satu sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

Lim berkata Pulau Pinang sedia mempertuntukkan sebanyak 30,000 pekerjaan kepada penduduk negeri itu sebagai tanda persahabatan sempena sambutan Hari Malaysia.

"Saya bagi pihak DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang ingin membuat tawaran persahabatan kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Ini adalah kerana baru-baru ini, negara Singapura telah menghalang rakyat Sabah dan Sarawak untuk bekerja di sana."

"Dengan Singapura, kita tidak boleh berbuat apa-apa. Tapi sebagai sebuah kerajaaan negeri, kerajaan Pulau Pinang boleh membuat tawaran kerja kepada mereka untuk datang ke Pulau Pinang," tambah Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Katanya, beliau menerima banyak laporan bahawa rakyat negeri itu bimbang akan kehilangan pekerjaan ekoran syarat baru Singapura yang menaikkan had umur untuk bekerja di Singapura dari 18 tahun kepada 35 tahun.

Katanya, pemimpin DAP Sabah, termasuk pengerusinya Jimmy Wong ditugaskan untuk menguruskan pencari kerja di negeri ini yang berminat dengan tawaran tersebut.

"Kita tidak mahu mereka terus menganggur dan kami merasa amat simpati. Kami akan menjadikan ini sebagai realiti dan kami menyambut mereka dengan tangan terbuka," katanya lagi.

Sementara itu, Khalid pula berkata, syarat baru kepada bumiputra Sabah dan Sarawak yang dikenakan Singapura itu bagaimanapun akan memberi kebaikan kepada negeri Selangor.

"Pada minggu depan, kami akan adakan program 'Jom Kerja'  di setiap daerah di negeri Selangor dimana terdapat kira-kira 25,000 kekosongan jawatan.

"Kerajaan Selangor akan mengadakan rumah terbuka untuk semua belia Sabah dan Sarawak untuk bersama-sama dianggap sebagai rakyat negeri Selangor dalam mencari pekerjaan," katanya.

Tambahnya, program latihan juga akan dijalankan bagi meningkatkan prestasi pekerjaan warga berkenaan.

Sumber: Malaysiakini

Conflict of Interest in Langat 2 Dam Deal

Posted: 14 Sep 2012 02:00 AM PDT

PETALING JAYA: Klang MP Charles Santiago has raised concerns over a case of conflicting interest in the Langat 2 dam construction.

"In 2000, the government commissioned a study on water shortage to three companies – SMHB Sdn Bhd, Ranhill Consulting Sdn Bhd and Zaba Sdn Bhd," said the DAP leader.

Pengurusan Aset Air Bhd's (PAAB) CEO and director Ahmad Faizal Rahman announced that three companies had been appointed to undertake the engineering design of the Langat 2 plant.

The three were SMHB Sdn Bhd, Ranhill Consulting Sdn Bhd and KTA Tenaga Sdn Bhd.

"This is a clear case of conflict of interest because the contracts have been given to the people who conducted the study," said Santiago, who is also the coordinator of the Coalition Against Water Privatisation (CAWP).

He also accused the companies of creating an environment to secure more contracts and urged the government to re-evaluate the study done in 2000.

"Did they write the report to secure contracts?" he asked.

Santiago also pointed out the change in the year when the crisis would take place as stated by PAAB.
Ahmad Faizal had said that the state would need an additional 1,000 million litres per day (mld) by 2016 from the current capacity of 4,400 mld based on an annual 3% increase in water demand.

"All the while we have been hearing from Syabas that the water crisis would happen in 2014. Now PAAB is saying that the crisis would happen in 2016," said Santiago.

Source: FreeMalaysiaToday

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


indah.com: Biar PAS jaga Melayu jika Umno kalah

Posted: 16 Sep 2012 07:07 PM PDT

indah.com: Biar PAS jaga Melayu jika Umno kalah: Harakahdaily, 16 Sep 2012 KUALA LUMPUR: "PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri N...

Ucapan Wan Kisam menyentuh perasaan...

Posted: 16 Sep 2012 07:02 PM PDT

Wan Kisam Daud, Ketua Ranting PKR Kg Pian betul-betul menyentuh perasaan hadirin dengan ucapannya yang keluar dari hatinya melahirkan perasaan benci terhadap apa yang dilakukan oleh UMNO/BN terhadap kaumnya, Orang Asal.

Beberapa kali pemimpin-pemimpin UMNO dari Kuala Krau menemuinya memujuknya untuk keluar dari PKR dengan alasan bahawa kedudukan Orang Asal sudah terbela, dan kehidupan Orang Asal sudah berubah.

Mendengar ungkitan ini, Wan Kisam telah bertanya kepada beberapa orang pimpinan UMNO yang beberapa kali datang menemuinya, apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan Orang Asal sudah terbela dan kehidupan Orang Asal sudah berubah.

Dengan bangganya pemimpin UMNO itu berkata bahawa di Kg Pian sudah ada jalan tar, sudah ada air bersih dan sudah ada bekalan elektrik.

Wan Kisam menyatakan bahawa beliau sungguh rasa terhina apabila pemimpin-pemimpin UMNO itu menyatakan bahawa kehidupan Orang Asal sudah berubah dan terbela dengan adanya jalanraya, air dan elektrik.  Didalam ucapannya dia menyatakan bahawa alangkah bodoh dan dangkalnya pemimpin UMNO itu mengatakan bahawa kehidupan Orang Asal sudah terbela dan kehidupan Orang Asal sudah berubah.

Orang Asal, serupa juga dengan kaum-kaum lain, perlu kepada makanan, perlu menghantar anak-anak untuk mendapat pendidikan, perlu memperolehi tanah ladang tempat sumber rezeki dan tanah kampung untuk didirikan rumah kediaman, kenderaan untuk keperluan harian dan keperluan harian yang lain seperti pakaian dan rumah yang sempurna, perbut dan alat-alat memasak yang sempurna.

Setakat jalanraya, kata Wan Kisam, apa gunanya kalau Orang Asal motorsikal pun tak ada, usahkan kereta? Dan kalau nak hantar anak pergi sekolah, jalanraya bukan boleh dipotong sikit-sikit dijadikan duit untuk menghantar anak-anak ke sekolah atau bila anak-anak sudah lepas ke kolej atau universiti.  Air dan elektrik bukannya percuma.

Kami mahu kebun getah atau sawit yang boleh mendatangkan duit, kami mahu pekerjaan untuk anak-anak muda kami lepasan sekolah, kami mahu air percuma seperti di Selangor, kami mahu khairat kematian seperti di Selangor, kami mahu imbuhan shopping untuk warga tua seperti di Selangor, kami mahu anak-anak yang dilahirkan mendapat simpanan bank seperti di Selangor, kami mahu pemberian wang tunai untuk anak-anak kami melanjutkan pelajaran ke universiti seperti di Selangor, kami mahu tanah kampung kami digerankan seperti di Selangor, dan kami mahu tanah komuniti kami diwartakan supaya tidak diceroboh oleh kerajaan, badan-badan kerajaan dan kaum-kaum lain, inilah jaminan hidup, inilah yang dikatakan pembelaan dan inilah yang dikatakan perubahan hidup, kata Wan Kisam.

Kehidupan Orang Asal kini melarat, pendapatan kecil, pendidikan tak setinggi mana kerana ibu-bapa tidak ada kemampuan; rumah kami tidak sempurna, banyak dari rumah-rumah kami belum mendapat bekalan air bersih dan belum mendapat bekalan elektrik.

Kenapa Kerajaan UMNO/BN ini membezakan antara kehidupan kami dengan kehidupan kaum-kaum lain; kenapa kami dipinggirkan dari semua pembangunan khususnya pembangunan yang boleh merubah kehidupan kami.

Kalau setakat jalanraya, babi di hutan pun pandai buat jalan untuk mereka.

Wan Kisam melahirkan keluhan masyarakat Orang Asal, dan saya merasakan Ceramah yang diberikan oleh Wan Kisam menyentuh perasaan semua yang hadir, dan saya anggap itulah ucapan utama pada petang itu, sebagai ucapan dasar perjuangan Orang Asal, pada 14hb September lalu di rumah Sdr Cham Bakar, Pengerusi Tetap PKR Ranting Kg Pian.

Selama ini Orang Asal hanya digula-gulakan oleh Kerajaan UMNO/BN 5 tahun sekali dengan memberikan 5 kilo beras dan bahan-bahan makanan yang lain, tetapi selepas Pilihanraya UMNO/BN menyepi, dan kini apabila menghampiri Pilihanraya UMNO datang lagi membawakan gula-gula kepada Orang Asal, dan Wan Kisam menyatakan bahawa jika Orang Asal masih setia dengan UMNO, inilah kehidupan yang akan terus menerus dilalui oleh Orang Asal.

Wan Kisam mengajak Orang Asal berubah dan tidak lagi memilih UMNO didalam PRU akan datang.




Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Jaku Penetap Kuching, 16hb Sembilan 2012

Posted: 16 Sep 2012 08:24 AM PDT

JAKU PENETAP KUCHING

SEBEDAU KAMI NYAU ENDA INGAT AGI, LALU SEBEDAU BALA ORANG DI MENUA MALAYSIA TU ENDA INGAT AGI, KAMI, TI NGELABUHKA SAINJARI DITU, SEKALI AGI BESEMAYA BA MUA MENUA MALAYSIA TU JADIKA SAKSI KAMI, KENA SEHARI TU 16HB SEMBILAN, 2012, DI NENGERI KUCHING, LALU MEGA NGARIKA SEMUA PARTI POLITIK ENGGAU PAKATAN RAKYAT, IYA NYA, LEBUH KAMI NUMBUHKA PERINTAH BARU DI MENUA MALAYSIA, PAKATAN RAKYAT DEKA BEBASA SERETA NGAMATKA SEMUA DANJI ENGGAU SEMAYA IYA NGAGAI PERANAK MENUA MALAYSIA.

KAMI DEKA ENGGAU BASA TI TINGGI BEJALAIKA SEMUA POLISI TI UDAH DITETAPKA KAMI DALAM BUP JINGGA NGAMBIKA MENUA MALAYSIA ULIH NYADI SEBENGKAH MENUA TI TAMPAK, BALA PERANAK MENUA IYA TAU BETAMBAH KAYA, DUDI HARI IYA TAU LIKUN SERETA SELAMAT, LALU NAMA IYA DEKA DIKEMESAIKA SERETA DIPELANDIKKA MENUA BUKAI DI DUNYA TU.

KAMI DEKA BEBASAKA SEMENGAT DALAM SEMPEKAT MALAYSIA TAUN 1963 TI DITANGGAM BALA TUAI-TUAI MENUA KAMI, TI LALU JADIKA KELAI PENALUK KAMI KE ORANG SARAWAK ENGGAU SABAH, ENDA BEGILIK PENEMU DALAM ATUR DEMOKRASI LALU ENDA BEBELAH BAGI BA SEMUA PERANAK MALAYSIA, KELEBIH AGI:

PEKARA KESATU: SEKUNSI
Kami deka mulaika semengat dalam sempekat Malaysia lalu berakupka penuduk Sarawak enggau Sabah dalam Serakup Malaysia enggau chara meri pulai kuasa merintah diri (autonomi) ke Sarawak enggau Sabah belalauka Tampuk Adat Perintah Besai.

PEKARA KEDUA: BEPENGARI SAMA RATA
Kami deka ngemanahka agi kaul entara Sarawak, Sabah enggau Semenanjung Malaysia nengah atur bekunsi kuasa ti nyeridi semengat Sempekat Malaysia.

PEKARA KETIGA: PERANAK MENUA
Kami deka numbuhka Komisyen Di-Raja dikena mutarka penanggul peranak menua luar ke enda sah nyadi peranak menua Malaysia, pia mega penanggul tu ke udah nuntung Sarawak enggau Sabah.

PEKARA KEEMPAT: MERI PULAI TANAH BANSA ASAL (NCR)
Kami deka ngamatka sereta ngemendarka kuasa ti udah ditetapka dalam Adat Menua Sarawak enggau Sabah dikena numbuhka Komisyen Tanah dikena mansik, mutarka penyarut, nyikapka atur nyukat lalu meri pulai hak Tanah Bansa Asal ba Tanah Bansa Asal.

PEKARA KELIMA: PENGELANDIK GAWA PERANAK MENUA SARAWAK ENGGAU SABAH
Kami deka ngamat sereta ngemendarka padu mangku pengawa ke semua peranak menua Sarawak enggau Sabah nyadi kepala dalam Opis-Opis Perintah di menua sida empu lalu ngena kuasa-kuasa Sekretari-Sekretari Menua ke dua buah menua nya lalu pia mega ngenuluka padu mangku pengawa ke peranak menua Sarawak enggau Sabah ba ikas Perintah Besai ti bekereja di menua Sarawak enggau Sabah.

PEKARA KEENAM: ASIL MINYAK TI PATUT
Kami deka nikika bayar minyak petroleum enggau asil hidrokarbon ke menua Sarawak enggau Sabah ngagai ikas 20% ari penyampau 5% ke ngelama tu.

PEKARA KETUJUH: PEMANSANG SAMA RATA
Kami deka nikika ikas pemansang infrastrukta di menua Sarawak enggau Sabah sama bela sebaka enggau ikas di Semenanjung Malaysia.

KAMI, JADIKA TI NGENGKAHKA SAINJARI, NGAGA PENETAP TI JADIKA SEMAYA ENTARA PAKATAN RAKYAT ENGGAU SEMUA PERANAK MALAYSIA, KENA SEHARITU 16HB SEPTEMBER 2012, BESERIMBAI ENGGAU HARI MALAYSIA, NGAMBIKA AUH IYA DIDINGA ARI TUCHUNG MUNGGU LALU NELUSUR NGILI BATANG SUNGAI NYENTUK KE TASIK BESAI; AWAKKA KITAI DILEPASKA; LALU PERANAK RABAN BANSA KITAI ULIH IDUP DALAM PENYERAKUP!

Disaksika ngelabuhka sainjari, ti diberi kuasa, lalu semua peranak Malaysia jadika saksi ditu.

Disain di nengeri Kuching, kena seharitu 16hb Sembilan, 2012, dalam enam salin ti endur genap salin deka disimpan genap iku orang ti ngelabuhka sainjari.

Ngarika Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Y.B. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM, Ketuai Bala

Ngarika Democratic Action Party (DAP)
Y.B. LIM KIT SIANG, Ketuai Parlimen

Ngarika Pan-Malaysian Islamic Party (PAS)
Y.B. DATO' SERI HAJI ABDUL HADI AWANG, Presiden

Ngarika Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Y.B. BARU BIAN, Chairman, PKR Sarawak

Ngarika Democratic Action Party (DAP)
Y.B. WONG HO LENG, Chaurman, DAP Sarawak

Ngarika Pan-Malaysia Islamic Party (PAS)
TUAN HAJI ADAM BIN AHID, Tuai Komisyen Menoa, PAS Sarawak

The Kuching Declaration, September 16th 2012

Posted: 16 Sep 2012 08:10 AM PDT

THE KUCHING DECLARATION

LEST WE FORGET, AND LEST ALL THE PEOPLES OF OUR GREAT NATION OF MALAYSIA FORGET, WE, THE UNDERSIGNED, DO ONCE AGAIN FIRMLY, RESOLUTELY AND UNEQUIVOCALLY PLEDGE AND PROMISE BEFORE THE WHOLE NATION OF MALAYSIA AS OUR WITNESSES, ON THIS HISTORIC DAY THE 16TH OF SEPTEMBER, 2012, IN THE CITY OF KUCHING, AND ON BEHALF OF OUR RESPECTIVE PARTIES AND PAKATAN RAKYAT AS A WHOLE, THAT WHEN WE FORM THE NEXT GOVERNMENT OF MALAYSIA, PAKATAN RAKYAT WILL HONOUR ALL ITS PLEDGES AND PROMISES TO THE PEOPLES OF MALAYSIA.

WE WILL HONOURABLY EXECUTE ALL THE POLICIES SET FORTH IN THE BUKU JINGGA SO THAT MALAYSIA WILL ONCE AGAIN BE A GREAT NATION, HER PEOPLES PROSPEROUS, HER FUTURE SECURE AND PEACEFUL, AND HER NAME CELEBRATED BY ALL THE NATIONS OF THE WORLD.

WE WILL HONOUR THE SPIRIT OF THE MALAYSIA AGREEMENT OF 1963 WHICH OUR FOUNDING FATHERS PUT THEIR HANDS TO, AND AS A SIGN OF OUR DEEP COMMITMENT TO THE PEOPLES OF SARAWAK AND SABAH, CONSISTENT WITH DEMOCRATIC PRINCIPLES AND JUSTICE FOR ALL MALAYSIANS, IN PARTICULAR:

ARTICLE ONE: EQUAL PARTNERS
We will restore the spirit of the Malaysia Agreement and the position of Sarawak and Sabah as equal partners within Malaysia by restoring autonomy to Sarawak and Sabah within the framework of the Federal Constitution.

ARTICLE TWO: FAIR REPRESENTATION
We will increase national integration between Sarawak, Sabah and Peninsular Malaysia through a fair power-sharing arrangement that fully upholds the spirit of the Malaysia Agreement.

ARTICLE THREE: CITIZENSHIP
We will set up a Royal Commission to solve the perennial national problem of illegal immigration and citizenship, particularly in Sarawak and Sabah.

ARTICLE FOUR: RESTORATION OF NATIVE CUSTOMARY RIGHTS OVER LAND
We will endorse the authority already vested in the State Laws of Sarawak and Sabah to set up Land Commissions to investigate, resolve disputes, redress, survey and restore Native Customary Rights over Native Customary Lands.

ARTICLE FIVE: COMPETENT SARAWAK AND SABAH
We will endorse the appointment of Sarawak and Sabah citizens to head Government Departments in their own respective States and by the powers vested in the State Secretaries of both States as well as give first priority to the appointment of Sarawak and Sabah citizens at Federal Government level functioning within Sarawak and Sabah.

ARTICLE SIX: OIL JUSTICE
We will raise the royalties paid on petroleum and hydrocarbon resources to Sarawak and Sabah to 20% from the present 5%.

ARTICLE SEVEN: EQUITABLE DEVELOPMENT
We will bring the level of infrastructure development in Sarawak and Sabah up to par with Peninsular Malaysia.

WE, THE UNDERSIGNED, MAKE THIS DECLARATION AS AN INCONTROVERTIBLE CONTRACT BETWEEN THE PAKATAN RAKYAT AND THE PEOPLES OF MALAYSIA, THIS HISTORIC DAY OF 16TH SEPTEMBER, 2012, ON MALAYSIA DAY, SO THAT IT MAY RING OUT RESOUNDINGLY FROM MALAYSIA'S HIGH FOREST HILLS DOWN TO THE OPEN SEA; SO THAT FREEDOM MAY EVER REIGN; AND OUR PEOPLES LIVE IN UNITY!

In witness whereof the undersigned, being duly authorised thereto, have signed this Declaration, and all the peoples of Malaysia being witnesses thereof.

Done at Kuching, this 16th day of September, 2012, in six copies of which one shall be deposited with each of the signatories.

For People's Justice Party (KEADILAN)
Y.B. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM, Ketua Umum

For Democratic Action Party (DAP)
Y.B. LIM KIT SIANG, Parliamentary Leader

For Islamic Party of Malaysia (PAS)
Y.B. DATO' SERI HJ. ABDUL HADI AWANG, President

For People's Justice Party (KEADILAN)
Y.B. BARU BIAN, Chairman, PKR Sarawak

For Democratic Action Party (DAP)
Y.B. WONG HO LENG, Chairman, DAP Sarawak

For Islamic Party of Malaysia (PAS)
TUAN HAJI ADAM BIN AHID, State Commissioner, PAS Sarawak

Perisytiharan Kuching, 16 September 2012

Posted: 16 Sep 2012 08:02 AM PDT

PERISYTIHARAN KUCHING

JANGAN SAMPAI KITA LUPA, DAN JANGAN SAMPAI MASYARAKAT MALAYSIA YANG TERBILANG INI BETAH TERLUPA BAHAWASANYA KAMI, YANG BERTANDATANGAN DI BAWAH, SEKALI LAGI DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM SEPENUH JIWA DAN RAGA BERIKRAR DAN BERJANJI BERSAKSIKAN SELURUH WARGANEGARA MALAYSIA, PADA HARI INI YAKNI PADA TARIKH BERSEJARAH 16 HB SEPTEMBER 2012, DI BANDARAYA KUCHING, BAGI PIHAK PARTI-PARTI YANG BERKENAAN DAN PAKATAN RAKYAT SELURUHNYA BILA MANA KAMI MENGIKTIRAFKAN KERAJAAN BARU BUAT MALAYSIA, PAKATAN RAKYAT AKAN MELUNASI SETIAP IKRAR DAN JANJI KAMI PADA SETIAP LAPISAN MASYARAKAT DAN RAKYAT MALAYSIA.

BAHAWASANYA KAMI AKAN MEMELIHARA DAN MENJUNJUNG SETIA DASAR DASAR YANG DITERAPKAN DI DALAM BUKU JINGGA SUPAYA MALAYSIA BAKAL BANGKIT SEMULA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MAKMUR, AGAR TERWUJUD RAKYATNYA YANG CEMERLANG, BERSATU PADU DAN BERKEMBANG MAJU, DENGAN MASA DEPAN YANG SELAMAT DAN AMAN DAMAI, AGAR NAMANYA HARUM DI SERATA PELUSUK DUNIA.

BAHAWA SESUNGGUHNYA KAMI BERPEGANG TEGUH DENGAN SEMANGAT PERJANJIAN MALAYSIA 1963 YANG TELAH DICETUSKAN DAN DIKENDALIKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMI YANG TERDAHULU, DAN SEBAGAI BUKTI DAN TANDA UTUHNYA KESETIAAN KAMI TERHADAP RAKYAT SARAWAK DAN SABAH, BERTERASKAN PRINSIP-PRINSIP DEMOKRASI DAN KEADILAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA, DENGAN PENGKHUSUSAN ISTIMEWA TERHADAP PERKARA-PERKARA BERIKUT:

PERKARA 1: KERJASAMA BERSEKUTU
Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

PERKARA 2: PERWAKILAN YANG ADIL
Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.

PERKARA 3: KEWARGANEGARAAN
Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.

PERKARA 4: PENGIKTIRAFAN HAK KE ATAS TANAH ADAT
Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.

PERKARA 5: KECEKAPAN DAN KEMANDIRIAN SARAWAK DAN SABAH
Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.

PERKARA 6: KEADILAN DALAM ISU MINYAK
Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.

PERKARA 7: PEMBANGUNAN SEKATA
Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.

DENGAN INI, KAMI YANG BERTANDATANGAN SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH, MENGIKTIRAF PERISYTIHARAN INI SEBAGAI SATU PERJANJIAN YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL DAN DIPERSOALKAN LAGI, TERMAKTUB DI ANTARA PAKATAN RAKYAT DAN SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT MALAYSIA, PADA HARI INI, TANGGAL 16 SEPTEMBER 2012, BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA, AGAR TERSOHORLAH GEGAK GEMPITANYA DARI PUNCAK TERTINGGI DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA, DAN AKAN TERSEBAR SELUAS SAMUDERA YANG TERBENTANG SUPAYA KEBEBASAN DAPAT KITA CAPAI DAN KITA SEMUA BOLEH HIDUP BERSATU PADU DALAM SUASANA AMAN DAN DAMAI.

Sebagai saksi padanya, penandatangan yang diberi kuasa dalam hal ini, telah menandatangani Perisytiharan ini, dan semua rakyat Malaysia adalah saksi kepadanya.

Dimeterai di Kuching, pada 16 haribulan September tahun 2012, dalam enam salinan di mana setiap satu darinya akan disimpan oleh setiap penandatangan.

Untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Y.B. DATO ‘SERI ANWAR IBRAHIM, Ketua Umum

Untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Y.B. LIM KIT SIANG, Ketua Parlimen

Untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Y.B. DATO' SERI HAJI ABDUL HADI AWANG, Presiden

Untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Y.B. BARU BIAN, Pengerusi PKR Sarawak

Untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Y.B. WONG HO LENG, Pengerusi DAP Sarawak

Untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
TUAN HAJI ADAM BIN AHID, Pesuruhjaya Negeri PAS Sarawak

(Video) Rakaman Peluncuran Buku Kebangkitan Rakyat Sheikh Yusof Al Qaradawi – KK, Sabah 16/09/2012

Posted: 16 Sep 2012 02:36 AM PDT

(Video) Rakaman Sambutan Hari Malaysia Tuaran Sabah

Posted: 16 Sep 2012 02:30 AM PDT

Naib Presiden PERKASA Sertai Keadilan

Posted: 15 Sep 2012 08:35 PM PDT

KeadilanDaily

TUARAN 15 Sept: Kurang 24 jam penyertaan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke KEADILAN, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong pula  melakukan tindakan sama.

Pengisytiharan Yahya keluar Umno dan menyertai KEADILAN dibuat pada majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 anjuran Pakatan Rakyat di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.

Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal BN Sabah meninggalkan regim itu dalam tempoh hanya sebulan, menjadikan mereka semakin goyah.

Pengisytiharan dibuat depan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan kira-kira 10,000 rakyat Sabah.

Yahya sebelum ini pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjung Aru pada 2001 dan Yang Di-Pertua Perkasa Sabah yang pertama.

Beliau juga pernah menyertai Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) untuk tempoh singkat pada 1999.

Selain itu, Yahya adalah Pengerusi kilang simen CIS yang beroperasi sejak April 2009 di Teluk Sepanggar, Sabah.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Azhari cares to provide answers for the “technical problem”?

Posted: 16 Sep 2012 06:16 AM PDT

MAS experienced another “technical problem” for its flight MH181 from Chennai to KLIA yesterday. Thank God that the 195 passengers were in the able hands of MAS pilot and the aircraft made an emergency landing safely in Penang yesterday morning. No much detail was given for the problems except that “… the diversion was due [...]

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


PKR Sabah criticized bailout by EPF on FGVH & FELDA should return 306,000 acres of state land to Sabahans.

Posted: 16 Sep 2012 07:21 AM PDT

dr rolandchia 2012 aug

Media Statement by Dr Roland Chia – PKR Central Council Member cum PKR Sabah Secretary

PKR criticized bailout by EPF on FGVH & FELDA should return 306,000 acres of state land to Sabahans

PKR Sabah Secretary cum Central Council Member – Dr Roland Chia criticized the move by the BN government in getting the Employers Provident Fund (EPF) to bail out FGVH by accumulating shares of Felda Global Ventures Holdings (FGVH) even as shares of the plantation giant sank to a new low yesterday, closing at RM4.68 a share or just 13 sen above its issuing price.

In the context of Sabah ,this listing of FGVH has also caused 306,000 acres of Sabah Land of which much of this land occupied by natives to be absorbed into this controversial listing.

According to filings with Bursa Malaysia, the country's largest pension fund's stake in FGVH have increased 5.4 per cent since September 3, the day before FGVH plunged below the RM5 mark.

FGVH was the second largest initial public offer (IPO) in the world this year and its shares rose 20 per cent in the first day of trading to RM5.46 but have been in a general downward trajectory since.

FGVH could also struggle with its ageing oil palm trees that account for 53 per cent of the 320,000 hectares of oil palm estates which rank among the highest in the industry and a replanting exercise would mean even more loss of income for the group during the period it takes for trees to mature.

FGVH also reportedly suffers from a productivity in terms of tonnes per hectare that ranks as the third lowest among the major Malaysian plantations firms.

In the context of Sabah, this is another bad deal, instead FELDA should return 306,000 acres of land to the State of Sabah because FELDA had breach its promise and reneged from its obligations to develop the land given to FELDA intended to serve the interest of the people of Sabah back in the 1970s.

The BN Government should explain to the people and account for its failure and incompetence in allowing FELDA to deviate from the original objective after having allocated some 306,000 acres of State land to FELDA for land settlement schemes intended to serve the benefit of the people of Sabah.  FELDA was required to provide a housing plot of land to each settler and his family together with a dwelling house built on it within the residential land of the scheme.    In fact, FELDA only used less than 10% of the land allocated to it by the State Government for the intended settlement scheme involving only about 1,500 settlers each allocated with 14 acres of land.      

Instead, FELDA continued to occupy and develop the massive acreage of land into oil palm plantation as landowner utilizing public funds and generating billions of revenues and profits for the benefit of the Federal Government. I am not surprised the revenues from Sabah had contributed substantially to the RM400 million FELDA office complex built recently in Kuala Lumpur. Dr Roland Chia lamented.

Failure of BN Government to regulate the Perennial Worsening Pollution of Rivers will kill the Tourism Sector in Sabah.

Posted: 16 Sep 2012 07:12 AM PDT

dr rolandchia 2012 aug

PKR Sabah Secretary – Dr Roland Chia who is also PKR Central Council member urged both Federal Ministry of Plantations Industries and Commodities and the Federal Ministry of Natural Resources and Environment of whom the Minister and Deputy Minister are Sabahans and also the State Ministry of Envronment and Tourism  to stop playing the "BLAME GAME" and immediately come together to resolve the perennial problem of worsening pollution of all the affected rivers in Sabah especially the Kinabatangan River the longest river in the state of Sabah.

This perennial pollution is also hurting the tourism industry in Sabah which has raked in a whopping amount RM5 Billion in the year 2011. This problem will definitely see revenue generated by tourism to disappear rapidly. Revenue from tourism comes in 2nd after royalties from Oil, Gas & Timber to the state coffers. Tourist locally and from abroad paid top dollar to come to watch the Kinabatangan Wildlife were upset to see the black gooey substance flowing near the boats. Such black gooey substance will definitely hurt and kill the wildlife. Many tourism related economic activities especially the villagers will definitely be deprived of their livelihood derived from tourism.

The main culprit of the source of pollution is the indiscreetly dumping of POME – Palm Oil Mill Effluents. It is believed that only 25% of the hundred over palm oil mills in Sabah managed to pass the MPOA guidelines in processing POME. The worsening pollution due to Palm Oil Mill Effluent (POME) that has caused high levels of Biological Oxygen Demand (BOD3) as high as 55% has threatened the lives of myriad of iconic wildlife such as proboscis monkeys, orang utans, pygamy elephants and birds along the Kinabatangan river. It is also believed that other source contributing to the high levels of BOD3 are generated by population areas, human activity including lodges and resorts and other forms of agriculture. In the other parts of Sabah, angry poor villagers in Sook and Keningau has reported of the POME all of a sudden had wiped out their fresh water fish tagal system, clean water for drinking, cooking, bathing, gardening, irrigation and livestock.

In short – what POME can do to the river  is take dissolved oxygen out of the water of a river, all aerobic fish, prawns and other aquatic life, will die. After it has emptied out all the dissolved oxygen, anaerobic bacteria take over and turn the river into a foul smelling torrent of toxic water filled with deadly chemicals: ammonia and hydrogen sulphide. If a stream, creek or river is relatively small, palm oil mill effluents (Pome) will kill it swiftly, turning it into a dead zone overnight.

It is the onus of The Ministry of Plantations Industries and Commodities to exercise authority to shut down and suspend licenses of errant millers however on the other hand the recommendations must come from the Ministry of Natural Resources and Environment  to enforce and control the environment.

Mewakili pimpinan PKR Sabah bersama Tok Guru Ust Hadi Awang - Presiden PAS, Yb Jimmy Wong- Pengerusi DAP Negeri Sabah, Yb DSP Lajim Ukin - Pengasas PPS di Program Eidil Fitri - Pakatan Rakyat Sabah 2012 di Perkarangan Pejabat PKR Cabang Sepanggar pada 1 September 2012

Posted: 16 Sep 2012 06:41 AM PDT

ucap raya pakatan

Mewakili pimpinan PKR Sabah bersama Tok Guru Ust Hadi Awang - Presiden PAS, Yb Jimmy Wong- Pengerusi DAP Negeri Sabah, Yb DSP Lajim Ukin - Pengasas PPS di Program Eidil Fitri - Pakatan Rakyat Sabah 2012 di Perkarangan Pejabat PKR Cabang Sepanggar pada 1 September 2012

Posted: 16 Sep 2012 06:28 AM PDT

Pakatan raya sabah

Program Hari Raya 2012 bersama penduduk Kampung Peringatan, Kapayan.

Posted: 16 Sep 2012 06:22 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Masalah air berlarutan di tempat Menteri Janji Ditepati sejak 1999

Posted: 16 Sep 2012 01:00 AM PDT

Ahli Parlimen Jelebu ialah Menteri Tema Janji Ditepati iaitu Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang menewaskan calon PAS pada PRU 12, Sdr Norman Ipin dengan 11,610 undi. Manakalan ADUN Pertang ialah Datuk Abd Razak Mansor yang juga merupakan Speakar Dewan Undangan N.Sembilan yang menewaskan calon PKR , Halim Abd Aziz dengan majoriti 1,995 undi. Apakan daya, beginilah nasib rakyat di kawasan BN/Umno kuat, keluhan mereka tak keluar TV1, walaupun Ahli Parlimen mereka adalah Menteri yang kawal TV1, dan juga ADUN mereka yang kawal DUN N.Sembilan

Masalah air berlarutan sejak 1999 di Jelebu
16 September 2012

Jelebu, N.Sembilan - Kira-kira 300 rumah penduduk di sekitar Simpang Pertang, Simpang Durian dan dua taman berdekatan terjejas berikutan sering kali menghadapi masalah gangguan air.

Penduduk, Mohd Yusof Salleh, 48, berkata, Rumah Awam Simpang Durian dan Taman Desa Permai merupakan antara kawasan paling bermasalah susulan tangki air di kawasan terbabit sering kali pecah.

"Sebelum ini, tangki air di Taman Desa Permai pernah pecah pada 1999, malah pemimpin negeri pernah turun padang meninjau keadaan di situ.

"Pihak berkaitan ada menyatakan untuk mengganti tangki berkenaan namun sehingga hari ini penduduk masih bergantung kepada tangki lama.

"Akibatnya, penduduk terpaksa menghadapi masalah kekurangan air dan bertambah kronik setiap kali menjelang musim perayaan yang mana penggunaan air meningkat secara mendadak," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mazlan Said, 53, berkata terdapat kebocoran pada tangki berkenaan baru - baru ini hingga menyebabkan bekalan air penduduk terputus selama 48 jam.

"Paling teruk sekali apabila bekalan air terputus selama 36 jam kira-kira sebulan lalu sekali gus mendatangkan masalah kepada kerana kami tiada bekalan air lain di sini.

"Apabila berlaku masalah ini, penduduk terpaksa mencatu kegunaan air. Jika penduduk itu berniaga makanan misalnya, mereka juga menghadapi masalah," katanya.

Sementara itu, Mustakim Mohamed, 48, berharap masalah tersebut dapat diatasi secepat mungkin demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk.

Menurutnya, masalah sedemikian tidak wajar berlaku apatah lagi kedua-dua lokasi taman perumahan itu terletak di kawasan pekan.

"Terdapat lebih 300 rumah di kedua taman perumahan ini. Jika sebuah rumah mempunyai lima ahli keluarga, bayangkan bagaimana mereka mahu berkongsi bekalan air yang sedikit," katanya.