Ahad, 16 September 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Masalah air berlarutan di tempat Menteri Janji Ditepati sejak 1999

Posted: 16 Sep 2012 01:00 AM PDT

Ahli Parlimen Jelebu ialah Menteri Tema Janji Ditepati iaitu Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang menewaskan calon PAS pada PRU 12, Sdr Norman Ipin dengan 11,610 undi. Manakalan ADUN Pertang ialah Datuk Abd Razak Mansor yang juga merupakan Speakar Dewan Undangan N.Sembilan yang menewaskan calon PKR , Halim Abd Aziz dengan majoriti 1,995 undi. Apakan daya, beginilah nasib rakyat di kawasan BN/Umno kuat, keluhan mereka tak keluar TV1, walaupun Ahli Parlimen mereka adalah Menteri yang kawal TV1, dan juga ADUN mereka yang kawal DUN N.Sembilan

Masalah air berlarutan sejak 1999 di Jelebu
16 September 2012

Jelebu, N.Sembilan - Kira-kira 300 rumah penduduk di sekitar Simpang Pertang, Simpang Durian dan dua taman berdekatan terjejas berikutan sering kali menghadapi masalah gangguan air.

Penduduk, Mohd Yusof Salleh, 48, berkata, Rumah Awam Simpang Durian dan Taman Desa Permai merupakan antara kawasan paling bermasalah susulan tangki air di kawasan terbabit sering kali pecah.

"Sebelum ini, tangki air di Taman Desa Permai pernah pecah pada 1999, malah pemimpin negeri pernah turun padang meninjau keadaan di situ.

"Pihak berkaitan ada menyatakan untuk mengganti tangki berkenaan namun sehingga hari ini penduduk masih bergantung kepada tangki lama.

"Akibatnya, penduduk terpaksa menghadapi masalah kekurangan air dan bertambah kronik setiap kali menjelang musim perayaan yang mana penggunaan air meningkat secara mendadak," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mazlan Said, 53, berkata terdapat kebocoran pada tangki berkenaan baru - baru ini hingga menyebabkan bekalan air penduduk terputus selama 48 jam.

"Paling teruk sekali apabila bekalan air terputus selama 36 jam kira-kira sebulan lalu sekali gus mendatangkan masalah kepada kerana kami tiada bekalan air lain di sini.

"Apabila berlaku masalah ini, penduduk terpaksa mencatu kegunaan air. Jika penduduk itu berniaga makanan misalnya, mereka juga menghadapi masalah," katanya.

Sementara itu, Mustakim Mohamed, 48, berharap masalah tersebut dapat diatasi secepat mungkin demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk.

Menurutnya, masalah sedemikian tidak wajar berlaku apatah lagi kedua-dua lokasi taman perumahan itu terletak di kawasan pekan.

"Terdapat lebih 300 rumah di kedua taman perumahan ini. Jika sebuah rumah mempunyai lima ahli keluarga, bayangkan bagaimana mereka mahu berkongsi bekalan air yang sedikit," katanya.

Tiada ulasan: