Sabtu, 15 September 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


KedahLanie.info: Perutusan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Sempena Sambuta...

Posted: 15 Sep 2012 06:09 PM PDT

Kedahkini: TERKINI !!! Lagi Kejutan Di Sabah Sebentar Lagi

Posted: 15 Sep 2012 06:02 PM PDT

Kedahkini: TERKINI !!! Lagi Kejutan Di Sabah Sebentar Lagi: Antara nama-nama yang disebut-sebut bakal keluar adalah ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh serta bekas Ketua Menteri Sabah, Os...

Kedahkini: TERKINI! Bekas Ketua Umno-Tanjung Aru Dan Naib Pre...

Posted: 15 Sep 2012 05:55 PM PDT

Kedahkini: TERKINI! Bekas Ketua Umno-Tanjung Aru Dan Naib Pre...: TERKINI! Bekas Ketua Umno-APCO Tanjung Aru Dan Naib Presiden Perkasa Menyertai PKR Sambutan perayaan Hari Malaysia ke-49 Pakatan Rakyat b...

Harga Lantai bagi getah

Posted: 15 Sep 2012 05:50 PM PDT

Mesyuarat Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal di Felda Palong 10 semalam telah membuat postmortem Himpunan Orang Asal Pahang anjuran biro itu sebelum Ramadhan dan membuat keputusan bahawa Himpunan seumpama itu akan diadakan di Rompin, Pahang, di Negeri Johor, Selangor dan Negeri Sembilan kerana Himpunan itu menzahirkan natijah yang positif terhadap perjuangan Orang Asal.

Mesyuarat juga telah membincangkan masalah yang dihadapi oleh Orang Kampung akibat penurunan Harga Getah dari RM6.80 dan kini berada di tahap antara RM2.50 - RM2.90 se kilo.

Dengan harga yang sebegini rendah menghancurkan harapan orang-orang kampung sebagai penoreh getah untuk menjalani hidup sesuai dengan kos kehidupan masakini.

Orang-orang kampung yang memiliki kebun getah sendiri tetapi menyerahkan pokok-pokok getah untuk dipotong oleh orang lain mendapati bahawa pendapatan mereka antara RM2000.00 - RM3000.00 sebulan kini berpendapatan hanya antara RM800.00 hingga RM1000.00 sebulan.  Itu pun jika ada penoreh-penoreh getah yang masih mahu menoreh getah di kebunnya kerana penoreh-penoreh juga mendapati pendapatan antara RM800.00 - RM1000.00 sebulan jauh dari mencukupi untuk keperluan keluarga mereka.

Ramai juga dari kalangan pemilik-pemilik kebun getah yang telah membeli kereta baru semasa harga getah berada di paras RM6.80 sekilo.  Mereka dapat gunakan sebahagian daripada pendapatan mereka antara RM400.00 hingga RM700.00 untuk membayar ansuran kereta mereka.  Tetapi dengan harga getah yang rendah sekarang ini, mereka tidak lagi berupaya menjelaskan bayaran ansuran itu; dan kini ramai dari kalangan mereka mahu menjualkan kereta baru mereka kepada sesiapa yang sanggup menyambung bayaran ansuran di institusi-institusi kewangan berkenaan; dan keadaan ini juga dihadapi oleh penoreh-penoreh getah yang menoreh di kebun-kebun pemilik kebun.

Kehidupan orang kampung yang terlibat dengan getah di kampung-kampung, samada tuan tanah mahupun penoreh-penoreh, amatlah terjejas dan mendapati kos kehidupan yang tinggi sekarang ini amat menyukarkan mereka.

Menyedari akan hakikat ini Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal melalui Cabang-Cabangnya di seluruh Negara akan mengemukakan usul untuk dibentangkan didalam Kongres PKR akan datang dan memohon kepada Parti supaya usul ini dijadikan Usul Penting untuk didebatkan; Biro telah melantik Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro untuk menjadi penghujah utamanya.

Didalam pada itu harga sawit juga turut jatuh terutama sekali selepas penyerahan "durian runtuh" kepada peneroka-peneroka; sekali lagi harga sawit turut jatuh selepas penyerahan RM5000.00 itu kepada isteri-isteri peneroka dan pasti akan sekali lagi mengalami kejatuhan harga apabila "durian runtuh" ini diberikan kepada anak-anak peneroka nanti.

Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal telah membincangkan secara terperinci akan harga yang sepatutnya dapat mempertahankan kehidupan sederhana orang-orang kampung; dan harga lantai yang dipersetujukan untuk harga getah adalah RM500.00 sekilo; harga lantai ini akan dijadikan tuntutan untuk keadilan orang-orang kampung.


Tiada ulasan: