The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
indah.com: Biar PAS jaga Melayu jika Umno kalah Posted: 16 Sep 2012 07:07 PM PDT indah.com: Biar PAS jaga Melayu jika Umno kalah: Harakahdaily, 16 Sep 2012 KUALA LUMPUR: "PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri N... |
Ucapan Wan Kisam menyentuh perasaan... Posted: 16 Sep 2012 07:02 PM PDT Wan Kisam Daud, Ketua Ranting PKR Kg Pian betul-betul menyentuh perasaan hadirin dengan ucapannya yang keluar dari hatinya melahirkan perasaan benci terhadap apa yang dilakukan oleh UMNO/BN terhadap kaumnya, Orang Asal. Beberapa kali pemimpin-pemimpin UMNO dari Kuala Krau menemuinya memujuknya untuk keluar dari PKR dengan alasan bahawa kedudukan Orang Asal sudah terbela, dan kehidupan Orang Asal sudah berubah. Mendengar ungkitan ini, Wan Kisam telah bertanya kepada beberapa orang pimpinan UMNO yang beberapa kali datang menemuinya, apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan Orang Asal sudah terbela dan kehidupan Orang Asal sudah berubah. Dengan bangganya pemimpin UMNO itu berkata bahawa di Kg Pian sudah ada jalan tar, sudah ada air bersih dan sudah ada bekalan elektrik. Wan Kisam menyatakan bahawa beliau sungguh rasa terhina apabila pemimpin-pemimpin UMNO itu menyatakan bahawa kehidupan Orang Asal sudah berubah dan terbela dengan adanya jalanraya, air dan elektrik. Didalam ucapannya dia menyatakan bahawa alangkah bodoh dan dangkalnya pemimpin UMNO itu mengatakan bahawa kehidupan Orang Asal sudah terbela dan kehidupan Orang Asal sudah berubah. Orang Asal, serupa juga dengan kaum-kaum lain, perlu kepada makanan, perlu menghantar anak-anak untuk mendapat pendidikan, perlu memperolehi tanah ladang tempat sumber rezeki dan tanah kampung untuk didirikan rumah kediaman, kenderaan untuk keperluan harian dan keperluan harian yang lain seperti pakaian dan rumah yang sempurna, perbut dan alat-alat memasak yang sempurna. Setakat jalanraya, kata Wan Kisam, apa gunanya kalau Orang Asal motorsikal pun tak ada, usahkan kereta? Dan kalau nak hantar anak pergi sekolah, jalanraya bukan boleh dipotong sikit-sikit dijadikan duit untuk menghantar anak-anak ke sekolah atau bila anak-anak sudah lepas ke kolej atau universiti. Air dan elektrik bukannya percuma. Kami mahu kebun getah atau sawit yang boleh mendatangkan duit, kami mahu pekerjaan untuk anak-anak muda kami lepasan sekolah, kami mahu air percuma seperti di Selangor, kami mahu khairat kematian seperti di Selangor, kami mahu imbuhan shopping untuk warga tua seperti di Selangor, kami mahu anak-anak yang dilahirkan mendapat simpanan bank seperti di Selangor, kami mahu pemberian wang tunai untuk anak-anak kami melanjutkan pelajaran ke universiti seperti di Selangor, kami mahu tanah kampung kami digerankan seperti di Selangor, dan kami mahu tanah komuniti kami diwartakan supaya tidak diceroboh oleh kerajaan, badan-badan kerajaan dan kaum-kaum lain, inilah jaminan hidup, inilah yang dikatakan pembelaan dan inilah yang dikatakan perubahan hidup, kata Wan Kisam. Kehidupan Orang Asal kini melarat, pendapatan kecil, pendidikan tak setinggi mana kerana ibu-bapa tidak ada kemampuan; rumah kami tidak sempurna, banyak dari rumah-rumah kami belum mendapat bekalan air bersih dan belum mendapat bekalan elektrik. Kenapa Kerajaan UMNO/BN ini membezakan antara kehidupan kami dengan kehidupan kaum-kaum lain; kenapa kami dipinggirkan dari semua pembangunan khususnya pembangunan yang boleh merubah kehidupan kami. Kalau setakat jalanraya, babi di hutan pun pandai buat jalan untuk mereka. Wan Kisam melahirkan keluhan masyarakat Orang Asal, dan saya merasakan Ceramah yang diberikan oleh Wan Kisam menyentuh perasaan semua yang hadir, dan saya anggap itulah ucapan utama pada petang itu, sebagai ucapan dasar perjuangan Orang Asal, pada 14hb September lalu di rumah Sdr Cham Bakar, Pengerusi Tetap PKR Ranting Kg Pian. Selama ini Orang Asal hanya digula-gulakan oleh Kerajaan UMNO/BN 5 tahun sekali dengan memberikan 5 kilo beras dan bahan-bahan makanan yang lain, tetapi selepas Pilihanraya UMNO/BN menyepi, dan kini apabila menghampiri Pilihanraya UMNO datang lagi membawakan gula-gula kepada Orang Asal, dan Wan Kisam menyatakan bahawa jika Orang Asal masih setia dengan UMNO, inilah kehidupan yang akan terus menerus dilalui oleh Orang Asal. Wan Kisam mengajak Orang Asal berubah dan tidak lagi memilih UMNO didalam PRU akan datang. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan