Ahad, 16 September 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Deklarasi Kuching: Komitmen PR Bela Rakyat Sabah, Sarawak

Posted: 16 Sep 2012 09:09 PM PDT

KUCHING: Deklarasi Kuching yang ditandatangani pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat semalam mengariskan tujuh perkara pokok bagi membela rakyat Sabah dan Sarawak.

Antara lain ianya bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak serta pembangunan kedua-dua negeri.

Malah ianya juga sebagai komitmen Pakatan Rakyat untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Deklarasi tersebut telah ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching petang semalam.

Deklarasi tersebut turut diumumkan pada Sambutan Hari Malaysia di sini semalam.

Tujuh perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut adalah:

PERKARA 1:  KERJASAMA BERSEKUTU

Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

PERKARA 2: PERWAKILAN YANG ADIL

Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.

PERKARA 3: KEWARGANEGARAAN

Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.

PERKARA 4: PENGIKTIRAFAN HAK KE ATAS TANAH ADAT

Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.

PERKARA 5:  KECEKAPAN DAN KEMANDIRIAN SARAWAK DAN SABAH

Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.

PERKARA 6: KEADILAN DALAM ISU MINYAK

Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke  20%.

PERKARA 7: PEMBANGUNAN SEKATA

Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.

Pakatan Rakyat menjelaskan deklarasi ini merupakan satu perjanjian yang tidak boleh disangkal serta dipersoalkan, ia termaktub di antara Pakatan Rakyat dan segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Perjanjian yang ditandatangani pada 16 September itu juga bermatlamat agar kebebasan dapat dicapai dan masyarakat boleh hidup bersatu pada dalam suasana aman dan damai.

Sementera itu, selain ditandatangani oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat, deklarasi tersebut turut ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Adam Ahid, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan juga Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng.

Perjanjian enam salinan itu telah disimpan oleh mereka yang telah menurunkan tandatangan sebagai saksi bahawa deklarasi Kuching adalah janji Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sumber: HarakahDaily

Agenda Wanita Pakatan Bakal Samaratakan Peluang Wanita Dengan Lelaki

Posted: 16 Sep 2012 01:30 AM PDT

SELANGOR 15 SEPT : Skim Caruman Wanita Malaysia yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara mendapat sambutan yang meluas di kalangan wanita yang ditemui semalam.

Rata-rata mereka menyifatkannya rancangan itu, termasuk galakkan kepada suami untuk membuat caruman khas kepada isteri setiap bulan sebagai satu jaringan keselamatan atau "safety net" bagi surirumah.

Rosniza Hamad, 31, seorang surirumah, berkata langkah itu mampu menjamin sumber kewangan wanita sekiranya sesuatu terjadi kepada suami.

"Andaikata terjadi perkara tidak diingini seperti kematian, penceraian atau kemalangan, sekurang-kurangnya caruman tersebut dapat membantu wanita terutama golongan tidak berkemampuan," ujarnya.

Siti Julia Mohamad Rasid, 26, menambah seharusnya langkah bijak tersebut dilaksanakan segera demi menjamin masa depan wanita dan keluarga.

"Saya sangat setuju dengan cadangan tersebut dan berharap agar ia dapat dilaksanakan dengan telus demi masa depan wanita dan anak-anak agar lebih terjamin," jelas beliau yang merupakan seorang pengusaha kedai runcit.

Caruman Wanita Malaysia itu melibatkan pelaburan RM 50 setiap bulan dari kerajaan pusat ke dalam akaun surirumah yang berpendapatan RM1,500 ke bawah.

Manakala golongan suami akan digalakkan untuk melabur minima RM 10 setiap bulan ke dalam akaun isteri mereka.

Skim-skim tersebut merupakan antara cadangan-cadangan di dalam Agenda Wanita Malaysia Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada Sept 13 di Shah Alam.

Kedua-dua program tersebut akan dilaksana sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia selepas pilihanraya ke-13.

Inisiatif lain Agenda tersebut termasuk Agensi Hak Sama Rata bagi memastikan kesamarataan antara wanita dan lelaki di dalam mendapat peluang pekerjaan dan struktur gaji di dalam sesebuah bidang pekerjaan.

Seorang bekas pekerja swasta, Hasina Yop, 28 yang kini aktif dengan bisnes atas talian berkata inisiatif-inisiatif tersebut mampu memartabatkan kedudukan wanita seiring dengan kaum lelaki di negara ini.

"Menyamaratakan tangga gaji dan prestasi antara wanita dan lelaki itu sangat saya alu-alukan.

"Dengan itu, saya pasti wanita akan lebih yakin untuk memajukan diri dan bersaing dengan lelaki tanpa rasa seolah dianak-tirikan lagi," ujarnya yang bakal menimang cahaya mata kedua.

Inisiatif lain bagi membantu wanita ialah menggubal Akta Gangguan Seksual yang khusus serta menubuhkan Suruhanjaya Keganasan Rumahtangga.

Agenda tersebut juga memperkenalkan skim Pemilikan Rumah Pertama Wanita yang bertujuan mengalakkan wanita memilik rumah sendiri.

Sumber: Selangorku

Pakatan Tawar Pekerjaan Untuk Warga Sarawak, Sabah

Posted: 16 Sep 2012 01:30 AM PDT

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan Selangor menyatakan kesediaan mereka untuk menerima puluhan ribu pencari kerja dari Sabah dan Sarawak yang terjejas dengan syarat baru dikenakan untuk bekerja di Singapura.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor menyatakan demikian dalam satu sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

Lim berkata Pulau Pinang sedia mempertuntukkan sebanyak 30,000 pekerjaan kepada penduduk negeri itu sebagai tanda persahabatan sempena sambutan Hari Malaysia.

"Saya bagi pihak DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang ingin membuat tawaran persahabatan kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Ini adalah kerana baru-baru ini, negara Singapura telah menghalang rakyat Sabah dan Sarawak untuk bekerja di sana."

"Dengan Singapura, kita tidak boleh berbuat apa-apa. Tapi sebagai sebuah kerajaaan negeri, kerajaan Pulau Pinang boleh membuat tawaran kerja kepada mereka untuk datang ke Pulau Pinang," tambah Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Katanya, beliau menerima banyak laporan bahawa rakyat negeri itu bimbang akan kehilangan pekerjaan ekoran syarat baru Singapura yang menaikkan had umur untuk bekerja di Singapura dari 18 tahun kepada 35 tahun.

Katanya, pemimpin DAP Sabah, termasuk pengerusinya Jimmy Wong ditugaskan untuk menguruskan pencari kerja di negeri ini yang berminat dengan tawaran tersebut.

"Kita tidak mahu mereka terus menganggur dan kami merasa amat simpati. Kami akan menjadikan ini sebagai realiti dan kami menyambut mereka dengan tangan terbuka," katanya lagi.

Sementara itu, Khalid pula berkata, syarat baru kepada bumiputra Sabah dan Sarawak yang dikenakan Singapura itu bagaimanapun akan memberi kebaikan kepada negeri Selangor.

"Pada minggu depan, kami akan adakan program 'Jom Kerja'  di setiap daerah di negeri Selangor dimana terdapat kira-kira 25,000 kekosongan jawatan.

"Kerajaan Selangor akan mengadakan rumah terbuka untuk semua belia Sabah dan Sarawak untuk bersama-sama dianggap sebagai rakyat negeri Selangor dalam mencari pekerjaan," katanya.

Tambahnya, program latihan juga akan dijalankan bagi meningkatkan prestasi pekerjaan warga berkenaan.

Sumber: Malaysiakini

Conflict of Interest in Langat 2 Dam Deal

Posted: 14 Sep 2012 02:00 AM PDT

PETALING JAYA: Klang MP Charles Santiago has raised concerns over a case of conflicting interest in the Langat 2 dam construction.

"In 2000, the government commissioned a study on water shortage to three companies – SMHB Sdn Bhd, Ranhill Consulting Sdn Bhd and Zaba Sdn Bhd," said the DAP leader.

Pengurusan Aset Air Bhd's (PAAB) CEO and director Ahmad Faizal Rahman announced that three companies had been appointed to undertake the engineering design of the Langat 2 plant.

The three were SMHB Sdn Bhd, Ranhill Consulting Sdn Bhd and KTA Tenaga Sdn Bhd.

"This is a clear case of conflict of interest because the contracts have been given to the people who conducted the study," said Santiago, who is also the coordinator of the Coalition Against Water Privatisation (CAWP).

He also accused the companies of creating an environment to secure more contracts and urged the government to re-evaluate the study done in 2000.

"Did they write the report to secure contracts?" he asked.

Santiago also pointed out the change in the year when the crisis would take place as stated by PAAB.
Ahmad Faizal had said that the state would need an additional 1,000 million litres per day (mld) by 2016 from the current capacity of 4,400 mld based on an annual 3% increase in water demand.

"All the while we have been hearing from Syabas that the water crisis would happen in 2014. Now PAAB is saying that the crisis would happen in 2016," said Santiago.

Source: FreeMalaysiaToday

Tiada ulasan: