Isnin, 14 Mei 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Bangga Dengan Tokoh Muda Perjuangkan Keadilan

Posted: 14 May 2012 09:34 AM PDT


Rakaman Sidang Media Pakatan Rakyat 14 Mei 2012

Posted: 14 May 2012 09:30 AM PDT

Pakatan Hanya Tawar Satu Manifesto

Posted: 14 May 2012 04:01 AM PDT

Malaysiakini

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan hanya menggunakan satu manifesto sebagai tawaran mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, kerajaan yang ditadbir Pakatan boleh menambah perkara tertentu dalam manifesto berkenaan di peringkat negeri masing-masing.

“Walaupun negeri-negeri boleh tambah mengenai isu negeri, Pakatan Rakyat hanya ada satu manifesto,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan gabungan parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata kebanyakannya sudah dibereskan.
 
PAS pula sudah menyelesaikan “90 peratus” agihan kerusi itu, kata setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam sidang media sama.

Katanya agihan kerusi itu dijangka siap dalam tempoh kurang seminggu, namun pembahagian kerusi di Sabah dan Sarawak masih memerlukan lagi perbicangan.

Meja Bulat Sokong Tuntutan BERSIH 3.0, Wacana Najib-Anwar

Posted: 13 May 2012 09:49 PM PDT

Malaysiakini

Sidang meja bulat ‘BERSIH 3.0 dan Masa Depan Malaysia’ berakhir dengan resolusi termasuk menyokong penuh lapan tuntutan BERSIH 3.0 dan wacana terbuka di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Sidang meja bulat yang dianjurkan oleh Institut Forum Siswa (i-FORSIS) kelmarin menghasilkan sebelas resolusi bagi meningkatan kesedaran dan penyertaan mahasiswa dalam agenda pembangunan masa depan negara serta menentukan halatuju dan jalan penyelesaian alternatif terhadap sesuatu masalah atau isu yang berlaku.

Dalam satu kenyataan semalam, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis),  Akram Ikrami Taib Azamudden menegaskan mengenai keperluan berkongsi platform serta membina kefahaman di kalangan aktivis gerakan mahasiswa berhubung isu-isu penting dalam negara.

Katanya, dalam resolusi yang diluluskan dalam sidang meja bulat itu, pimpinan gerakan mahasiswa, menuntut dan mencadangkan kepada pihak yang berkenaan, supaya:

Menghidupkan dan menyuburkan semula 'Speaker Corner', dialog bebas dan program baktisiswa bagi meningkatkan nilai idealisme dan aktivisme mahasiswa serta partisipasi dalam menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat.  

Meneruskan kebersamaan gerakan mahasiswa untuk mengadakan perbincangan bagi mencari kata sepakat dan jalan penyelesaian terhadap pelbagai masalah dan isu yang melanda rakyat Malaysia dan umat Islam.
 
Meningkatkan nilai kematangan dalam isu-isu semasa, masyarakat dan ummah, selaras dengan tahap keintelektualan sebagai seorang yang terpelajar.

Memberi dan meningkatkan kesedaran mahasiswa tentang tanggungjawab sebagai pembela masyarakat dan jurubicara ummah.

Menyokong penuh lapan (8) tuntutan BERSIH 3.0 dan menuntut pihak SPR dan kerajaan melaksanakannya sebelum diadakan Pilihanraya Umum ke-13.
Menyeru ahli politik dalam negara meningkatkan kematangan berpolitik dengan meningkatkan kewibawaan masing-masing pada kaca mata rakyat dan tidak menggunakan politik kotor.

Kesepakatan atas agenda Islam mestilah diutamakan melebihi sentimen politik kepartian.

Memberi fokus kepada pembangunan jati diri Islam kepada mahasiswa.
Menolak sebarang bentuk pemikiran dan tindakan yang di luar batasan syarak.

Menyeru gerakan mahasiswa dan mahasiswa untuk mengemukakan alternatif atau cadangan tambahan terhadap bantahan atau sokongan yang dibuat terhadap pelbagai pihak.

Mengadakan wacana terbuka di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

“Dengan ini kami berikrar, untuk meneruskan momentum membela dan memperjuangkan nilai-nilai kebenaran dan keadilan yang dituntut oleh Islam demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang dan dirahmati Allah,” katanya.

Menurutnya, resolusi tersebut dipersetuju sebulat suara oleh wakil-wakil dari PKPIM pusat, PKPIM UIAM, JK Informasi & Maklumat PEMBINA pusat, PEMBINA UIAM, GAMIS, SIGMA-GAMIS, KARISMA Daerah Gombak, GPMS UIAM dan Ma'ruf Club UIAM.

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


SEMAKIN DEKAT BAHANG PRU13, CALON2 PAKATAN RAKYAT HAMPIR SIAP ~ ANWAR

Posted: 14 May 2012 02:58 AM PDT










PETALING JAYA 14 Mei: Pakatan Rakyat (Pakatan) kini dalam peringkat akhir menyiapkan senarai calon untuk Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti komponen dalam Pakatan telah mengemukakan calon masing-masing dan akan diputuskan secepat mungkin.

"Keseluruhannya telah diselesaikan. Parti telah kemukakan senarai calon tetapi mengikut tradisi pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, senarai terbabit akan dimaklum untuk diputuskan bersama.
"Di Sabah dan Sarawak juga sedang berjalan, tetapi kalau ada perkembangan baru yang menarik, Pakatan Rakyat perlu merujuk pandangan rakan-rakan di sana," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata, rundingan pembahagian kerusi dalam Pakatan telah 90 peratus siap dan pimpinan tertinggi akan mengadakan mesyuarat terakhir dalam masa terdekat untuk memuktamadkannya.

Selangor masih kuat, imej Anwar, Khalid masih bersih ~ Ling Liong Sik

Posted: 14 May 2012 02:16 AM PDT


BN boleh lupakan saja S'gor, kata Liong Sik
Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata Ling.

"Secara umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang (kerajaan negeri).

"Pilihan raya umum kali ini adalah amat sukar bagi BN, sangat sukar. Saya fikir BN masih boleh menang kerana kerajaan telah membelanjakan wang bawah macam-macam nama. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Ramalan Ling bercanggah dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang berkata minggu lepas bahawa BN bukan sahaja akan memperolehi semula majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi juga akan merampas Selangor, Kedah dan Kelantan.

Selepas menerajui MCA selama 17 tahun (1986-2003), Ling - yang paling lama menjadi presiden parti itu - berpendapat bahawa penanda aras bagi BN untuk mengisytiharkan kemenangan adalah dengan mendapatkan semula majoriti dua pertiga.

BNONEerbeza dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ling jarang mengulas mengenai politik dan hal ehwal parti itu sejak bersara daripada politik pada tahun 2003.

Ditanya pandangannya mengenai Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua
Soi Lek (kanan), Ling menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak dan lantang tetapi malangnya dicemari oleh skandal DVD seks.

"Saya harap orang Cina boleh memberi respons yang positif kepada usaha Chua, tetapi dia mempunyai DVD...," Ling dipetik berkata.

Kerajaan Selangor sahut seruan Kementerian Dlm Negeri yg boleh segera selesaikn masalah KP Merah dgn mengadakn pendaftaran pd 27/5/12 Klang@Dewan Hamzah

Posted: 13 May 2012 08:56 PM PDT

Kerajaan Selangor sahut seruan Kementerian Dlm Negeri yg boleh segera selesaikn masalah KP Merah dgn mengadakn pendaftaran pd 27/5/12 Klang@Dewan Hamzah

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Ceramah UMNOOO !!! Haa..Terkedu Nizar Mai Dok Depan

Posted: 14 May 2012 02:39 AM PDT



Paparan Addin Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'. Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar. Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.

Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim.

Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar.

Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya.

Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata.




Lepas ni kita mintak ramai2 wakil Pakatan Rakyat hadir ke setiap siri Ceramah UMNO & kita tengok macam mana penceramah UMNO yang kaki fitnah nak berdepan dengan keadaan macam ni.

Tahniah Nizar, Yeop memang Anak Jantan...!!! Catatan BumiPerak

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Najib Cabut Ke UK, Masih Takut Bubar Parlimen Bukti Himpunan UMNO Gagal

Posted: 14 May 2012 01:20 AM PDT

Najib ke UK, spekulasi Parlimen bubar meleset SEPANG - Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi. Gambar: Najib Tun Razak bersalam sebelum berlepas ke UK dari KLIA malam tadi. Foto Sinar Harian Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei ini. Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu. Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Piagam Diraja Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II. Perkembangan terbaru ini kali kedua spekulasi bahawa Najib akan membubarkan Parlimen meleset. Spekulasi bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 11 November lalu juga tidak menepati ramalan. Selepas spekulasi ini meleset, penganalisis meramalkan Parlimen masih boleh dibubarkan selepas sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong awal bulan depan. Ini kerana ramai meramalkan PRU13 akan diadakan sebelum bulan Ramadan. Mandat Kerajaan Pusat hanya akan berakhir penghujung April 2013. Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, Najib akan menghadiri majlis resepsi diberikan oleh pewaris takhta Britain, Putera Charles dari Wales, bersempena penganugerahan Piagam Diraja kepada OCIS, semasa lawatan rasmi beliau ke UK esok dan lusa. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong berkata, undangan kepada perdana menteri itu adalah berikutan komitmen Malaysia dalam memberi sumbangn kepada penubuhan pusat itu. Beliau berkata, ini merupakan acara utama lawatan perdana menteri ke UK. Charles, yang begitu aktif mempromosi dasar pelbagai agama, adalah penaung OCIS, sementara Najib adalah anggota Majlis Tertinggi OCIS dan pernah memberikan syarahan bertajuk "Coalition of Moderates and Inter-civilizational understanding" (Gabungan Sederhana dan Persefahaman Antara Tamadun). Majlis itu berlangsung di Istana St James pada petang Selasa. "Malaysia amat dihargai kerana penglibatannya dalam pelbagai aktiviti di OCIS. Ahli-ahli akademik kita juga terlibat di pusat itu," kata Zakaria kepada media Malaysia di London, hari ini. OCIS memfokus usaha terhadap pengajian Islam dan masyarakat Muslim dan mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan Malaysia. Malaysia banyak terlibat dalam pembinaan pusat baru OCIS dan telah menyumbangkan ukiran kayu kepada pusat itu. Lawatan Najib ke UK berlaku hanya sebulan selepas lawatan Perdana Menteri Britain David Cameron ke Malaysia dan ini mencerminkan hubungan rapat antara kedua-dua negara, dan yang punya ikatan sejarah yang erat. Beliau menyebut lawatan Cameron ke Malaysia yang berlaku sejurus selepas Najib melwat United Kingdom pada Julai tahun lepas. Beliau juga mengulas perayaan Jubli Intan Ratu Elizabeth tahun ini, di mana Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diundang oleh Ratu ke perayaan itu. "Ini jelas membuktikan hubungan erat antara kedua negara," kata Zakaria. Semasa lawatan itu, perdana menteri yang diiringi oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, akan juga melancarkan Rakan Barisan Nasional UK (FBNUK) pada Isnin. Zakaria berkata, kelab itu ditubuhkan oleh rakyat Malaysia di UK dan di Malaysia. "Ia adalah satu usaha untuk menghubungi rakyat Malaysia lain dan menyampaikan kepada mereka pelbagai program yang telah dilancarkan Perdana Menteri," kata beliau. Wakil itu juga berkata, kelab itu merupakan pusat sehenti di mana rakyat Malaysia boleh mendapatkan maklumat berhubung perdagangan, rangkakain kerja dan juga pelancongan. Kelab itu akan membantu perbadanan lain Malaysia seperti Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade) dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA). Rakyat Malaysia di London akan juga berpeluang bergaul dengan perdana menteri di majlis "Evening with the Prime Minister" dijadualkan pada lewat petang esok. Zakaria menjangkakan kehadiran ramai orang di The 02 arena di Greenwich di East London, yang boleh menampung kira-kira 2,000 orang. Perdana menteri akan juga menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Felda Global Ventures dan rakan-rakan strategiknya. Najib dan isteri dijangka berlepas ke Amerika Syarikat pada malam Selasa

Wartawan ditekan Umno, PDRM

Posted: 14 May 2012 01:17 AM PDT

HARI Kebebasan Akhbar Sedunia 3 Mei, tiba-tiba malap cahaya. Wartawan dipaksakan tuan majikannya (kerajaan) agar menulis perkara baik mengenai polis saja. Dan peserta Bersih 3.0 itu dihumban kata-kata keras seperti pengkhianat. Paling tertekan sehingga kini adalah wartawan dan dalam masa sama, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan masih membelenggu. Paling memenatkan, rakyat tidak tahu kepenatan ini dan paling meresahkan ketika menyedari – kepemimpinan parti seperti gagal menyedari 'tahaptahap kedajalan' akta ini. Seperkara penting yang kita semua mesti sedar, bahawa tidak semua peraturan dan perundangan itu baik. Ada yang memihak pihak atasan lalu meminggirkan hak dan kepentingan golongan bawahan. Maka, perundangan ini yang berhak dicabar sampai tercalar luka tubuh segala manusia. Arakian, tak semestinya golongan penentang arahan polis dan kerajaan itu salah. Hanya dengan persetujuan mahkamah, maka polis pun dengan tiba-tiba berkatalah kepada semua – bahawa duduk bantah di Dataran Merdeka itu suatu dosa adanya. Dalam Uda dan Dara, 1970, Usman Awang berkata, "Tak guna kita menebas lalang kalau akarnya tak dicabut. "Akar itu ialah PERATURAN. Itulah musuh kita yang sebenar, peraturan yang tidak adil yang ditentukan pada kita." Musuh kita adalah fikiran gelap dan nafsu jahat itulah yang mendorong cenderung semua kita agar membangunkan aktaakta yang menindas peradaban. Arakian, yang menyertai Bersih 3.0 itu ramai siswa jua. Merenung sajak Usman, Mereka Telah Bangkit, terlihat sikap mengangkat kemuliaan demo itu. Mereka telah bangkit Dari buku yang dibacanya Dari tembok yang melindunginya Dengan bendera dan lilit kepala. Rupanya, Usman memilih fikiran berlainan dengan 'ilmuan keldai' yang melihat ilmu kuliah lebih afdal dibanding sikap protes jalanan. Akhir kata – tapi ini bukan penutup segala cerita – kegigihan penyair Bersih 3.0 sebelum merempuh halangan Bersih 4.0 akan datang. Engkau penyair akan menulis segala cerita penamu tajam boleh mengiris segala derita zaman ini mengajarmu hidup berpura-pura atau sekadar menyelamatkan diri menganggukkan kepala. A Samad Said memanggung kepala. Apa pula pendirian saf penyair yang lain pula?

Nizar masuk UMNO...

Posted: 14 May 2012 01:14 AM PDT

Dengan selamba Hj Nizar datang dan duduk di sebelah Ketua Bahagian Umno Kampar Radhi Manan (Tengah) sehingga beliau terkedu macam muka menahan kentut,,kerana terkejut dengan kehadiran Hj Nizar dalam ceramah Khas menghentam Haji Nizar di Tualang Sekah..Ini baru anak jantan bebb.. Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'. Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar. Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man. Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim. Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar. Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya. Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata. Tahniah Nizar, Yeop memang Anak Jantan...!!!

Menteri Bangang.....

Posted: 14 May 2012 01:09 AM PDT

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


GELOMBANG KUNING VS GELOMBANG MERAH

Posted: 14 May 2012 01:23 AM PDT

Rakyat dapat menilai pentadbiran UMNO/BN 54 tahun dengan 5 tahun di bawah Pakatan Rakyat. Reformasi dalam pentadbiran jelas menunjukkan kekuatan 'political will' untuk membantu rakyat secara ikhlas.

Ini adalah momentum yang menggusarkan UMN/BN dalam berdepan dengan kebangkitan kesedaran rakyat. Apatah lagi BERSIH 3.0 jelas menunjukkan penolakkan UMNO/BN oleh rakyat majmuk. Gelombang Merah UMNO tidak menunjukkan perpaduan dan kesepakatan rakyat berbilang kaum menyokong DS Najib.

Pakatan Rakyat mendapat dukungan rakyat berbilang kaum. Kekuatan ini tidak dipunyai oleh BN dan UMNO. Gelombang Merah tidak dapat menandingi Gelombang Kuning Rakyat yang begitu asli kebangkitannya berbanding Gelombang Merah UMNO secara keseorangan tanpa di 'backup' oleh MCA dan MIC. Gelombang Merah UMNO hanya di 'backup' oleh 2000 buah bas yang dibayar tambangnya oleh pemuka-pemuka UMNO. Maka UMNO tidak terlawan dengan jerit perih rakyat bersusah payah tanpa bayar secara ikhlas hadir berjuang akan hak mereka menuntut pilihanraya bersih dan adil.

UMNO dihidangkan dengan persembahan artis tetapi rakyat dihidangkan dengan aksi samseng beberapa polis yang tertekan dengan arahan Pak Menteri. Rakyat menilai akan ini. Mereka UMNO berhimpun untuk berhibur, rakyat & BERSIH 3.0 berhimpun demi perjuangan masa depan anak cucu bagi memastikan pilihanraya bersih dan adil.

Kamarul Baharin Abbas
MP Telok Kemang

MEDIA Rakyat MALAYSIA