Isnin, 14 Mei 2012

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


SEMAKIN DEKAT BAHANG PRU13, CALON2 PAKATAN RAKYAT HAMPIR SIAP ~ ANWAR

Posted: 14 May 2012 02:58 AM PDT










PETALING JAYA 14 Mei: Pakatan Rakyat (Pakatan) kini dalam peringkat akhir menyiapkan senarai calon untuk Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti komponen dalam Pakatan telah mengemukakan calon masing-masing dan akan diputuskan secepat mungkin.

"Keseluruhannya telah diselesaikan. Parti telah kemukakan senarai calon tetapi mengikut tradisi pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, senarai terbabit akan dimaklum untuk diputuskan bersama.
"Di Sabah dan Sarawak juga sedang berjalan, tetapi kalau ada perkembangan baru yang menarik, Pakatan Rakyat perlu merujuk pandangan rakan-rakan di sana," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata, rundingan pembahagian kerusi dalam Pakatan telah 90 peratus siap dan pimpinan tertinggi akan mengadakan mesyuarat terakhir dalam masa terdekat untuk memuktamadkannya.

Selangor masih kuat, imej Anwar, Khalid masih bersih ~ Ling Liong Sik

Posted: 14 May 2012 02:16 AM PDT


BN boleh lupakan saja S'gor, kata Liong Sik
Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata Ling.

"Secara umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang (kerajaan negeri).

"Pilihan raya umum kali ini adalah amat sukar bagi BN, sangat sukar. Saya fikir BN masih boleh menang kerana kerajaan telah membelanjakan wang bawah macam-macam nama. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Ramalan Ling bercanggah dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang berkata minggu lepas bahawa BN bukan sahaja akan memperolehi semula majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi juga akan merampas Selangor, Kedah dan Kelantan.

Selepas menerajui MCA selama 17 tahun (1986-2003), Ling - yang paling lama menjadi presiden parti itu - berpendapat bahawa penanda aras bagi BN untuk mengisytiharkan kemenangan adalah dengan mendapatkan semula majoriti dua pertiga.

BNONEerbeza dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ling jarang mengulas mengenai politik dan hal ehwal parti itu sejak bersara daripada politik pada tahun 2003.

Ditanya pandangannya mengenai Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua
Soi Lek (kanan), Ling menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak dan lantang tetapi malangnya dicemari oleh skandal DVD seks.

"Saya harap orang Cina boleh memberi respons yang positif kepada usaha Chua, tetapi dia mempunyai DVD...," Ling dipetik berkata.

Kerajaan Selangor sahut seruan Kementerian Dlm Negeri yg boleh segera selesaikn masalah KP Merah dgn mengadakn pendaftaran pd 27/5/12 Klang@Dewan Hamzah

Posted: 13 May 2012 08:56 PM PDT

Kerajaan Selangor sahut seruan Kementerian Dlm Negeri yg boleh segera selesaikn masalah KP Merah dgn mengadakn pendaftaran pd 27/5/12 Klang@Dewan Hamzah

Tiada ulasan: