Isnin, 14 Mei 2012

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Ceramah UMNOOO !!! Haa..Terkedu Nizar Mai Dok Depan

Posted: 14 May 2012 02:39 AM PDT



Paparan Addin Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'. Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar. Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.

Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim.

Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar.

Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya.

Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata.




Lepas ni kita mintak ramai2 wakil Pakatan Rakyat hadir ke setiap siri Ceramah UMNO & kita tengok macam mana penceramah UMNO yang kaki fitnah nak berdepan dengan keadaan macam ni.

Tahniah Nizar, Yeop memang Anak Jantan...!!! Catatan BumiPerak

Tiada ulasan: