Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan |
- Najib Cabut Ke UK, Masih Takut Bubar Parlimen Bukti Himpunan UMNO Gagal
- Wartawan ditekan Umno, PDRM
- Nizar masuk UMNO...
- Menteri Bangang.....
Najib Cabut Ke UK, Masih Takut Bubar Parlimen Bukti Himpunan UMNO Gagal Posted: 14 May 2012 01:20 AM PDT Najib ke UK, spekulasi Parlimen bubar meleset SEPANG - Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi. Gambar: Najib Tun Razak bersalam sebelum berlepas ke UK dari KLIA malam tadi. Foto Sinar Harian Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei ini. Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu. Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Piagam Diraja Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II. Perkembangan terbaru ini kali kedua spekulasi bahawa Najib akan membubarkan Parlimen meleset. Spekulasi bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 11 November lalu juga tidak menepati ramalan. Selepas spekulasi ini meleset, penganalisis meramalkan Parlimen masih boleh dibubarkan selepas sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong awal bulan depan. Ini kerana ramai meramalkan PRU13 akan diadakan sebelum bulan Ramadan. Mandat Kerajaan Pusat hanya akan berakhir penghujung April 2013. Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, Najib akan menghadiri majlis resepsi diberikan oleh pewaris takhta Britain, Putera Charles dari Wales, bersempena penganugerahan Piagam Diraja kepada OCIS, semasa lawatan rasmi beliau ke UK esok dan lusa. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong berkata, undangan kepada perdana menteri itu adalah berikutan komitmen Malaysia dalam memberi sumbangn kepada penubuhan pusat itu. Beliau berkata, ini merupakan acara utama lawatan perdana menteri ke UK. Charles, yang begitu aktif mempromosi dasar pelbagai agama, adalah penaung OCIS, sementara Najib adalah anggota Majlis Tertinggi OCIS dan pernah memberikan syarahan bertajuk "Coalition of Moderates and Inter-civilizational understanding" (Gabungan Sederhana dan Persefahaman Antara Tamadun). Majlis itu berlangsung di Istana St James pada petang Selasa. "Malaysia amat dihargai kerana penglibatannya dalam pelbagai aktiviti di OCIS. Ahli-ahli akademik kita juga terlibat di pusat itu," kata Zakaria kepada media Malaysia di London, hari ini. OCIS memfokus usaha terhadap pengajian Islam dan masyarakat Muslim dan mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan Malaysia. Malaysia banyak terlibat dalam pembinaan pusat baru OCIS dan telah menyumbangkan ukiran kayu kepada pusat itu. Lawatan Najib ke UK berlaku hanya sebulan selepas lawatan Perdana Menteri Britain David Cameron ke Malaysia dan ini mencerminkan hubungan rapat antara kedua-dua negara, dan yang punya ikatan sejarah yang erat. Beliau menyebut lawatan Cameron ke Malaysia yang berlaku sejurus selepas Najib melwat United Kingdom pada Julai tahun lepas. Beliau juga mengulas perayaan Jubli Intan Ratu Elizabeth tahun ini, di mana Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diundang oleh Ratu ke perayaan itu. "Ini jelas membuktikan hubungan erat antara kedua negara," kata Zakaria. Semasa lawatan itu, perdana menteri yang diiringi oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, akan juga melancarkan Rakan Barisan Nasional UK (FBNUK) pada Isnin. Zakaria berkata, kelab itu ditubuhkan oleh rakyat Malaysia di UK dan di Malaysia. "Ia adalah satu usaha untuk menghubungi rakyat Malaysia lain dan menyampaikan kepada mereka pelbagai program yang telah dilancarkan Perdana Menteri," kata beliau. Wakil itu juga berkata, kelab itu merupakan pusat sehenti di mana rakyat Malaysia boleh mendapatkan maklumat berhubung perdagangan, rangkakain kerja dan juga pelancongan. Kelab itu akan membantu perbadanan lain Malaysia seperti Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade) dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA). Rakyat Malaysia di London akan juga berpeluang bergaul dengan perdana menteri di majlis "Evening with the Prime Minister" dijadualkan pada lewat petang esok. Zakaria menjangkakan kehadiran ramai orang di The 02 arena di Greenwich di East London, yang boleh menampung kira-kira 2,000 orang. Perdana menteri akan juga menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Felda Global Ventures dan rakan-rakan strategiknya. Najib dan isteri dijangka berlepas ke Amerika Syarikat pada malam Selasa |
Posted: 14 May 2012 01:17 AM PDT HARI Kebebasan Akhbar Sedunia 3 Mei, tiba-tiba malap cahaya. Wartawan dipaksakan tuan majikannya (kerajaan) agar menulis perkara baik mengenai polis saja. Dan peserta Bersih 3.0 itu dihumban kata-kata keras seperti pengkhianat. Paling tertekan sehingga kini adalah wartawan dan dalam masa sama, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan masih membelenggu. Paling memenatkan, rakyat tidak tahu kepenatan ini dan paling meresahkan ketika menyedari – kepemimpinan parti seperti gagal menyedari 'tahaptahap kedajalan' akta ini. Seperkara penting yang kita semua mesti sedar, bahawa tidak semua peraturan dan perundangan itu baik. Ada yang memihak pihak atasan lalu meminggirkan hak dan kepentingan golongan bawahan. Maka, perundangan ini yang berhak dicabar sampai tercalar luka tubuh segala manusia. Arakian, tak semestinya golongan penentang arahan polis dan kerajaan itu salah. Hanya dengan persetujuan mahkamah, maka polis pun dengan tiba-tiba berkatalah kepada semua – bahawa duduk bantah di Dataran Merdeka itu suatu dosa adanya. Dalam Uda dan Dara, 1970, Usman Awang berkata, "Tak guna kita menebas lalang kalau akarnya tak dicabut. "Akar itu ialah PERATURAN. Itulah musuh kita yang sebenar, peraturan yang tidak adil yang ditentukan pada kita." Musuh kita adalah fikiran gelap dan nafsu jahat itulah yang mendorong cenderung semua kita agar membangunkan aktaakta yang menindas peradaban. Arakian, yang menyertai Bersih 3.0 itu ramai siswa jua. Merenung sajak Usman, Mereka Telah Bangkit, terlihat sikap mengangkat kemuliaan demo itu. Mereka telah bangkit Dari buku yang dibacanya Dari tembok yang melindunginya Dengan bendera dan lilit kepala. Rupanya, Usman memilih fikiran berlainan dengan 'ilmuan keldai' yang melihat ilmu kuliah lebih afdal dibanding sikap protes jalanan. Akhir kata – tapi ini bukan penutup segala cerita – kegigihan penyair Bersih 3.0 sebelum merempuh halangan Bersih 4.0 akan datang. Engkau penyair akan menulis segala cerita penamu tajam boleh mengiris segala derita zaman ini mengajarmu hidup berpura-pura atau sekadar menyelamatkan diri menganggukkan kepala. A Samad Said memanggung kepala. Apa pula pendirian saf penyair yang lain pula? |
Posted: 14 May 2012 01:14 AM PDT Dengan selamba Hj Nizar datang dan duduk di sebelah Ketua Bahagian Umno Kampar Radhi Manan (Tengah) sehingga beliau terkedu macam muka menahan kentut,,kerana terkejut dengan kehadiran Hj Nizar dalam ceramah Khas menghentam Haji Nizar di Tualang Sekah..Ini baru anak jantan bebb.. Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'. Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar. Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man. Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim. Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar. Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya. Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata. Tahniah Nizar, Yeop memang Anak Jantan...!!! |
Posted: 14 May 2012 01:09 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan