Isnin, 17 Disember 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


PILIHANRAYA SEJAK 1955

Posted: 17 Dec 2012 04:08 PM PST

Saya rasa sangat bertuah kerana sempat mengikuti Pilihanraya Umum (khususnya di Malaya) sejak 1955.  Pada 1955 itu umur saya sudah pun menjangkau 10 tahun.  Walaupun masih kecil, masih di sekolah rendah, masih belum layak berpolitik, tetapi oleh kerana dilahirkan didalam keluarga orang-orang berpolitik, saya ikuti PRU 1955 itu.  Jarang saya tertinggal daripada mengikuti ceramqah-ceramah anjuran UMNO/Perikatan  yang menggunakan lambang kapal layar dan juga anjuran PMIP (kini PAS) yang menggunakan cap tangan.

Saya masih ingat Tunku Abdul Rahman datang berceramah di padang besar Temerloh.  Dia perkenalkan seorang bekas ahli komunis yang menyerah diri, dan bekas komunis itu turut berceramah menyokong Perikatan.

Tetapi keseronokan ceramah-ceramah pada waktu itu (itu zaman penjajahan Inggeris) mana-mana parti politik pun boleh berceramah menggunakan tempat-tempat awam seperti padang bola.  Tidak ada larangan.

Kebebasan berceramah ini terus mendapat tempat didalam PRU pertama selepas MERDEKA pada tahun 1959.  Pilihanraya pada waktu itu dibuat untuk 3 jenis pemilihan, iaitu untuk Kerajaan Tempatan, untuk Dewan Undangan Negeri dan untuk Parlimen.

Tempoh pilihanraya pulak adalah panjang selama 3 bulan.  Parti-parti politik bebas melakukan kempen dan perjumpaan politik termasuk ceramah tidak memerlukan permit polis.

Semasa itu masih keadaan dharurat, Parti Komunis Malaya masih aktif; tetapi parti-parti politik dapat menghirup suasana demokrasi dengan bebas.  Hanya pada waktu itu Perikatan sudah pandai bermain rasuah.  Tetapi rasuah mereka pada waktu itu hanyalah sekadar memberikan kain batik dan kain pelaikat kepada pengundi-pengundi.

Pembangkang yang diwakili oleh Fron Sosialis dan PAS dapat memainkan peranan dibawah kibaran demokrasi yang agak luas.  Dan dibawah demokrasi yang luas itu Pembangkang berjaya memenangi banyak kerusi Parlimen dan DUN, dan lebih dari itu Pembangkang berjaya menguasai Kerajaan-Kerajaan Tempatan.  Bandaraya Pulau Pinang jatuh ke tanah Fron Sosialis dan begitu juga Perbandaran Melaka dan Perbandaran Ipoh dikuasai oleh PPP pimpinan Senivasagam brothers.

Perbandaran-perbandaran, Majlis-Majlis Bandaran dan Kerajaan-Kerajaan Tempatan lainnya, walaupun tidak dikuasai Pembangkang memberikan tempat yang begitu banyak kepada wakil-wakil Parti Pembangkang baik dari Fron Sosialis, PPP dan UDP, dan trend menunjukkan bahawa pengaruh Pembangkang begitu menonjol dan jika Pilihanraya masih dikekalkan diperingkat Kerajaan Tempatan, hampir keseluruhan bandar-bandar besar dan majlis-majlis perbandaran dan majlis-majlis bandaran boleh ditawan oleh Pembangkang dan melalui kekuatan itu akan pula berjaya menawan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri terutamanya yang merangkumi kawasan-kawasan bandar/separuh bandar yang berada di bawah perbatasan kerajaan tempatan.

Perikatan mula berasa gentar dan akhirnya mewujudkan satu Komisyen bernama Athi Nahapan Komisyen yang memutuskan supaya Pilihanraya di peringkat Kerajaan Tempatan dibatalkan dan selepas itu semua ahli-ahli Majlis di semua kerajaan-kerajaan tempatan digantikan dengan wakil-wakil dari UMNO/MCA/MIC iaitu parti-parti yang kalah didalam pemilihan kerajaan tempatan.

Pilihanraya 1964 menyaksikan bahawa Perikatan mula menyalahgunakan kuasa.  Pemimpin-pemimpin Pembangkang ramai berada didalam penjara (tahanan politik), dan ada juga pemimpin-pemimpin dari Fron Sosialis dilucutkan kewarganegaraan.  Dan Perikatan menang besar didalam PRU 1964.  

Selepas Pilihanraya 1964 Perikatan/Barisan Nasional menggunakan taktik-taktik kotor yang tidak demokratik.  Tidak ada ceramah yang boleh diadakan tanpa permit polis.  Tempat-tempat awam seperti Balai Raya, Dewan dan Padang Bola tidak lagi boleh digunakan oleh Pembangkang tetapi Barisan Naisonal bebas menggunakan tempat-tempat itu.  

Perhimpunan-perhimpunan politik Pembangkang dibatalkan oleh Polis dengan berbagai alasan.  Dan demokrasi sudah dicemari ke peringkat yang sangat kotor.  Tun Haji Abdul Razak Hussain yang mengambil alih selepas Tunku Abdul Rahman adalah pemimpin Perikatan yang bertanggungjawab menghancurkan demokrasi yang luas yang diperkenalkan oleh Tunku Abdul Rahman, dan akhirnya, Tun Razak mengambil contoh dari Singapura dengan membuat pelbagai halangan kepada Pembangkang, dan tempoh berkempen untuk Pilihanraya dikurangkan dari 3 bulan kepada hanya 10 hari.

Dari masa ke semasa pimpinan Pembangkang ditahan dibawah ISA atas alasan bahawa mereka menyokong gerakan komunis, satu alasan yang amat lemah, tetapi itulah caranya untuk "mengaman" pemimpin-pemimpin Pembangkang yang berpengaruh.  Pernah disuatu ketika, keseluruhan pimpinan PRM yang bergabung dengan Parti Buruh didalam Fron Sosialis kecuali Setiausaha Agungnya sahaja, Omar Noordin.

Kerana tindakan tidak demokratik yang dijalankan oleh Perikatan itu, Parti Buruh yang begitu kuat dan popular di kalangan orang Cina di bandar-bandar terpaksa gulung tikar apabila keseluruhan pimpinan dan aktivis parti itu ditahan di bawah ISA.

Pembangkang di Malaysia adalah kuat.  Walaupun ditindas dan disekat dengan cara yang tidak demokratik, Pembangkang masih boleh bertahan.  Dan didalam PRU tahun 1969, PAS berjaya menawan Kelantan, Gerakan berjaya menawan Pulau Pinang, dan hampir berjaya menumbangkan Perikatan di Perak; manakala DAP berjaya memperolehi kerusi yang besar di Selangor dan negeri-negeri pantai Barat; dan buat kali pertama Barisan Nasional kehilangan sokongan 2/3 kerusi di Parlimen.

Keadaan itu mencemaskan Perikatan.  Dan kejadian 13 Mei perlulah dilihat dari perspektif ini!

Sebuah Kerajaan Mageran diisytiharkan.  Tunku Abdul Rahman digulingkan dari jawatan Perdana Menteri dan Tun Razak mengambil alih sebagai Pentadbir kukubesi, dan dibawah pimpinan Tun Razak, parti-parti Pembangkang telah diajak duduk bersama-sama Perikatan didalam sebuah kekeluargaan yang besar, dan kerajaan campuiran itu akhirnya bersetuju menubuhkan Barisan Nasional dan parti-parti Pembangkang kecuali PRM dan DAP kekal sebagai Pembangkang, parti-parti lain termasuk PAS, Gerakan, dan PPP menyertai Barisan Nasional.

Walaupun PAS diberikan beberapa jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen, kuasa politik parti itu menjadi terhakis, sehingga PAS menjadi sebuah parti yang lemah yang terpaksa bergantung kepada UMNO, dan apabila PAS sudah cukup lemahnya, parti itu ditendang keluar dari keluarga Barisan Nasional.

Maka wujudlah PAS dengan segala kelemahannya, tetapi apabila ia ditendang keluar dari Barisan Nasional, PAS berjaya mengembalikan kekuatannya dan didalam PRU 2008, PAS bukan sahaja berjaya mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, ia juga berjaya menawan Kedah dan memiliki wakil-wakil rakyat yang ramai di negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Gerakan kekal menjadi keluarga Barisan Nasional dan memerintah Pulau Pinang di bawah ikhsan UMNO kerana diperingkat akhirnya UMNO mempunyai bilangan ADUN yang jauh lebih besar dari Gerakan tetapi UMNO mengizinkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang terus dipegang oleh Gerakan.

Gerakan didalam Barisan Nasional menjadi sebuah parti yang sangat lemah.  Prestasinya di seluruh Negara merudum, dan kedudukannya di Pulau Pinang tidak lagi dapat dipertahankan dan akhirnya didalam PRU ke-12 pada Mac 2008, parti itu kecundang dan kalah teruk kepada calon-calon daripada DAP yang mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang.

PPP terus hanyut di bawah Barisan Nasional, dan walaupun parti itu mengakui mempunyai ratusan ribu ahli, tetapi tidak ada seorang pun dari pimpinan parti itu yang berjaya didalam PRU 2008, dan kemungkinannya, semua kawasan yang sebelum ini ditandingi oleh PPP akan ditandingi oleh lain-lain komponen Barisan Nasional.

Ini membawa erti bahawa usaha UMNO/Perikatan untuk melemahkan parti-parti Pembangkang telah berjaya walaupun PAS cepat sedar dan berjaya mengumpulkan tenaga baru selepas ditendang keluar dari Barisan Nasional.  Gerakan hilang segala taringnya dan Presidennya terpaksa diselamatkan dengan melantik beliau sebagai seorang Senator untuk dijadikan seorang Menteri yang tidak ada kekuatan politik.

Adalah dijangkakan bahawa Gerakan akan hilang dari peta politik Malaysia selepas PRU ke-13 ini.

Parti-parti asal di dalam Perikatan yang menjadi tunggak utama didalam Barisan Nasional seperti MCA dan MIC juga turut merudum; parti-parti itu ditolak oleh rakyat khususnya kaum Cina dan India kerana amat jelas bahawa kedua-dua parti itu tidak ada lagi dinamisme politik dan kekuatannya hanya bergantung kepada sokongan UMNO.  Di mana-mana MCA/MIC bertanding di kawasan yang mempunyai lebihan undi Melayu, parti-parti itu ada harapan untuk menang; tetapi di kawasan-kawasan yang mempunyai lebih undi bukan Melayu, parti-parti itu akan kalah kepada DAP dan PKR.

Tidak dapat dinafikan bahawa tsunami politik 2008 adalah suatu gelombang hasil dari penceburan Dato Seri Anwar Ibrahim menerajui gerakan Pembangkang di Negara ini.  Rakyat melihat satu cahaya harapan baru untuk Malaysia, semua kaum inginkan perubahan baru itu dan melihat masa depan Malaysia yang cerah, sebuah Negara yang boleh ditadbirkan secara adil dan saksama, dengan demokrasi yang luas dan ketelusan pentadbiran.  Anwar adalah pembawa obor untuk Demokrasi dan Keadilan di Malaysia.

Selepas PRU ke-13 akan mengesahkan Malaysia sebagai sebuah Negara demokratik di mana iklim politik dan pentadbirannya bebas dari penindasan dan kezaliman apabila Pakatan Rakyat akan meneraju pentadbiran Negara ini.  Yang menjadi penghalang kepada kejayaan Pakatan Rakyat kali ini hanyalah kerana kehadiran pengundi-pengundi hantu khususnya pengundi-pengundi rakyat luar negara yang diberikan kewarganegaraan semacam mee segera yang didaftarkan sebagai pengundi.  Tetapi dengan izin Allah, penipuan ini akan dapat diatasi, dan riwayat pemerintahan Barisan Nasional akan tamat didalam PRU-13 nanti. 

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA: Ketika rakyat susah jom tengok beg tangan Rosmah

Posted: 17 Dec 2012 02:31 PM PST

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA: Ketika rakyat susah jom tengok beg tangan Rosmah: Kisah BEG TANGAN Rosmah Bernilah RM1 juta Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama se...

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA: Imelda Rosmah dan cincin nilai RM24.4 juta

Posted: 17 Dec 2012 02:29 PM PST

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA: Imelda Rosmah dan cincin nilai RM24.4 juta: Ingatkah kita dengan sejarah Imelda Marcos, wanita no.1 Filipina. Satu ketika dahulu negara itu sama tarafnya khusus dalam bidang ekonomi de...

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA: Sumpah Najib tak kenal Altantuya benar atau palsu?...

Posted: 17 Dec 2012 02:26 PM PST

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA: Sumpah Najib tak kenal Altantuya benar atau palsu?...: akan terbit satu lagi terbitan sensasi SAMM nantikannyadi pasaran Arkib berita Utusan 23/8/2008 Ramai orang pakat timbulkan persoalan...

Laman Rasmi: KEBANGKITAN KAUM ORANG ASAL DI K.KRAU BEGITU MENON...

Posted: 17 Dec 2012 02:24 PM PST

Laman Rasmi: KEBANGKITAN KAUM ORANG ASAL DI K.KRAU BEGITU MENON...: Ramai yang berpendapat kita tidak boleh terlalu cepat teruja dengan kebangkitan masyarakat Orang Asal yang kini dilihat semakin menyokong p...

Tiada ulasan: