Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak     |   
|    Kezaliman Perlu Ditentang-Ingat Ini Posted: 17 Dec 2012 09:22 PM PST Insiden mata lebam: Lepas belasah, polis 'sujud' minta maaf – Anwar(Oleh Aedi Asri) KUALA LUMPUR 17 Dis: Menyingkap kembali keperitan dilaluinya semasa  ditahan Umno BN di penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim  berkata, ada beberapa polis memohon maaf dan menginsafi kekejaman yang  dilakukan anggota pasukan itu ke atasnya. "(Selepas) dipukul setengah mati, komandan kem jumpa saya pagi  esoknya (dan) saya tengok dia menangis…Dia tunduk, pegang lutut saya dan  mohon maaf. "Saya tanya sebab apa, awak pukul (saya)? Dia jawab tidak (bukan dia  yang pukul). Dia kata, semalam beliau dan isteri solat hajat minta saya  selamat.  "(Kemudian)  dia kata, 'kalau saya ada wang (dan) boleh jaga keluarga, saya akan  berhenti (menjadi polis). Saya tak boleh tahan dengan kerja macam ini',"  cerita Anwar kepada 50,000 hadirin pada Ceramah Kebangkitan Rakyat di  Dungun, Jumaat lalu, mengenang kebaikan beberapa anggota polis  terhadapnya ketika ditahan pada 1998.Ekoran kejadian tersebut, Ketua Umum KEADILAN itu mengingatkan bahawa  bukan semua polis menurutnya, 'jahat' seperti mantan Ketua Polis Negara  (KPN), Tan Sri Abdul Rahim Noor. Ini terbukti apabila seorang anggota polis turut datang dan menyapu  ubat pada lukanya, selepas polis peringkat atasan melarang doktor  memberi rawatan. "Seorang korporal polis ada bawa 'Tiger Balm' (ubat sapu), dia datang  dan sapu (pada luka). Itu sahaja rawatan untuk beberapa hari," kata  Anwar.  Pada  29 September 1998, Anwar ke mahkamah dengan mata lebam. Imej itu  menjadi simbol kezaliman Umno BN dan penentangan rakyat ketika era  reformasi.Rahim Noor kemudian didapati bersalah memukul Anwar. Pada 15 Mac  2000, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara dua bulan  dan denda RM2,000 terhadapnya. Bagaimanapun, sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai  penglibatan Umno BN dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana  Menteri itu pada malam 20 September 1998 oleh Rahim Noor, KPN ketika  itu. "Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. Beliau merupakan peguam Anwar untuk kes perbicaraan insiden mata  lebam yang sepatutnya berlangsung 16 Oktober lalu tetapi dibatal setelah  Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Anwar berhubung  pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan  Pendakwa Raya, Tan Sri Abdul Gani Patail. Surendran berkata, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup  mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai. "Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung,  Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani  perintah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). "Pegawai tertinggi polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan," ujarnya. Pada malam tersebut, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas  polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Perdana Menteri, Dr  Mahathir Mohamad ketika itu. Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN  mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas  beliau dipecat pada 2 September 1998. Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan  berterusan mengheret Rahim ke penjara serta dipecat dari jawatannya  sebagai ketua nombor satu dalam PDRM. Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat  hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan.  Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia  dengan mengatakan bahawa "kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri".  |   
| You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
  

Tiada ulasan:
Catat Ulasan