PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- Umno pindah semula pengundi ke T’ganu, S’ngor lawan habis-habisan
- Serang bas Merdeka Rakyat: Najib perintis samseng Umno
- KEADILAN bongkar bekas pegawai tinggi polis miliki 10 aset rumah
- Batalkan 300,000 saman, wang 10,000 pembayar AES mesti dipulang
- K'jaan akan tarik balik saman AES?
- RUMAH PENEMPATAN SEMULA PENDUDUK TAMAN ABOK JAYA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN MAU DIJADIKAN MODAL KEMPEN PRU 13
Umno pindah semula pengundi ke T’ganu, S’ngor lawan habis-habisan Posted: 18 Dec 2012 02:38 AM PST KUALA LUMPUR 18 Dis: Pengalaman Terengganu berjaya ditawan semula oleh BN pada 2004 menerusi penipuan pilihan raya dan bukan atas kehendak rakyat menjadikan KEADILAN Selangor bersedia melawan taktik jahat Umno untuk merampas negeri itu. Lebih dari itu, Timbalan Pengerusi KEADILAN Negeri, Zuraida Kamaruddin berkata, Selangor malah akan 'mematahkan' serangan pembangkang negeri untuk memenangi pilihan raya. "Memang ada usaha kerja-kerja kotor Umno BN di Selangor. Kita akan berdepan tanpa membiarkan taktik jahat mereka memenangi PRU akan datang. "Petugas-petugas setiap kawasan akan diberikan penerangan dengan jelas bagi mendedahkan mereka berhubung taktik ini," kata Ahli Parlimen Ampang itu ketika dihubungi. Semasa berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dungun, Terengganu Jumaat lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendedahkan, Umno BN sedang berusaha membawa pengundi Terengganu ke Selangor bagi membantu parti itu menawan semula Selangor dalam PRU13. Menurut Husam, pengundi tersebut merupakan pengundi Selangor yang dibawa ke Terengganu pada 2004. Beliau berkata, kerana yakin Umno mampu menang besar di Selangor dalam PRU ke-11, sebahagian besar pengundi di negeri itu dipindahkan ke Terengganu. Akibatnya dalam PRU ke-12, Umno BN Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat kerana kehilangan pengundi yang dipindahkan ke Terengganu dalam PRU sebelumnya. "Pada tahun 2004 Terengganu berjaya ditawan semula oleh BN bukan atas kehendak rakyat Terengganu. Majoriti rakyat Terengganu memilih PAS ketika itu. "Bagaimana kerajaan PAS boleh tumbang adalah melalui penipuan pilihan raya yang dibuat oleh Umno," kata Husam dipetik Harakah Daily. Zuraida yang juga Ketua Wanita KEADILAN berkata, jentera parti akan mencari pengundi yang dipindahkan itu bagi mendapatkan butiran dan pengesahan bahawa mereka bukan orang tempatan yang layak mengundi kawasan tersebut. "Bagi nama pemilih terbaru yang akan diterima penghujung tahun ini, kita akan teliti sehabis baik. Jika terdapat kekeliruan pada nama mereka, kita lapor kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Mereka nak terima atau tidak terpulang. Tapi kita akan rekodkan semuanya sebagai bukti," katanya. Tambah Zuraida, negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat khususnya Selangor bakal berhadapan pengundi baru yang mencurigakan. Kata beliau, pemindahan pengundi adalah antara perkara yang perlu diperangi habis-habisan. "Ini adalah taktik yang kita kenal pasti bakal memberikan kesan jika tidak dikaji daripada awal. Sebagai parti mempertahankan sistem demokrasi yang adil, kita akan patahkan usaha jahat Umno," ujarnya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41305 |
Serang bas Merdeka Rakyat: Najib perintis samseng Umno Posted: 18 Dec 2012 02:34 AM PST PETALING JAYA 18 Dis: Perbuatan bacul samseng Umno yang menyerang program Pakatan Rakyat hasil tunjuk ajar presidennya, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Beliau merujuk insiden Bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu oleh samseng Umno di Tapah ketika dalam perjalanan ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak, kelmarin. Ahli Parlimen Machang itu berkata, ia bukan lagi aneh kerana pimpinan Umno yang diterajui Datuk Seri Najib Razak terbukti takut untuk berdepan pemimpin Pakatan Rakyat, terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Seruan dan cabaran untuk berdebat secara terbuka tidak disahut dan didiamkan. Malah pendedahan dan pembuktian tentang kegagalan dan kepincangan Umno serta Perdana Menteri jelas tidak mampu dijawab dan dijelaskan," katanya dalam kenyataan yang dibacakan Ketua Penerangan, Dr Muhammad Nur Manuty di ibu pejabat parti, hari ini. Hadir sama, Ketua Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri dan Setiausaha Pengelola, Raden Shamsul Akmar raden Shamsuddin. Saifuddin turut mengaitkan serangan ini dengan rentetan pendedahan oleh Deepak Jaikishan dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menjadikan Umno seperti hilang punca, laksana meroyan dan tidak tentu arah. "Kegagalan untuk menghalang serangan demi serangan mencerminkan bahawa Najib memberi lesen untuk kerja gila seperti itu diteruskan," tegasnya. Sementara itu, Muhammad Nur mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap serangan keempat ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat. "Kita kesal kerana masih belum ada tindakan. Najib konon mencanangkan perihal demokrasi tapi keganasan politik berleluasa," kata Pengerusi KEADILAN Perak itu. "Pihak berkuasa tidak sepatutnya bertindak atas pengaruh mana-mana organisasi politik," kata Muhammad Nur. "Serangan samseng Umno bukti begitu terdesaknya Najib seperti dalam ucapannya di Himpunan Agung Umno tahun lalu, 'biar tulang berselerakan, asalkan Putrajaya dipertahankan'," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41313 |
KEADILAN bongkar bekas pegawai tinggi polis miliki 10 aset rumah Posted: 18 Dec 2012 02:32 AM PST PETALING JAYA 18 Dis: KEADILAN hari ini bongkar pemilikan aset bekas pegawai tertinggi polis pada 1999, berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur. Dedah Pengerusi Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri, aset-aset yang tidak diisytiharkan tersebut, antaranya kondominium bernilai RM400,000 dan pangsapuri kos rendah sekitar RM25,000. "Aset-aset tersebut atas nama bekas pegawai polis itu dan isterinya. Pendedahan saya ini meliputi harta beliau di Kuala Lumpur sahaja, tidak termasuk Melaka," katanya sambil memberi pembayang, pegawai berkenaan berasal dari Melaka. Yahya juga mendedahkan, bukti pemilikan aset pegawai tersebut melalui carian rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan beliau mempunyai empat rumah di Taman Miharja, empat di Wangsa Maju, satu di Taman Sentosa, Petaling Jaya dan satu lagi di Desa Kiara, Damansara Utama. "Apa yang kita persoalkan, rakyat biasa begitu sukar nak beli rumah. Jangankan kondominium, pangsapuri kos rendah pun payah, tapi seorang pegawai tinggi polis boleh begitu mudah miliki sampai 10 buah rumah," kata Yahya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini. "Justeru, kita mintak penjelasan DBKL berhubung pemilikan tersebut," sambung beliau. Tambahnya, banyak lagi penyelewengan berhubung aset dan hartanah yang bakal didedahkan dan ini adalah siri pertama pendedahan tersebut. "Kita akan dedahkan banyak lagi penyelewengan berhubung isu kepenggunaan, sampailah pilihan raya nanti," jelas Yahya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41326 |
Batalkan 300,000 saman, wang 10,000 pembayar AES mesti dipulang Posted: 18 Dec 2012 02:30 AM PST KUALA LUMPUR 18 Dis: 300,000 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) perlu dibatalkan dan saman yang dibayar oleh 10,000 pengguna jalan raya wajib dipulang jika kerajaan ikhlas mahu menghapuskan sistem tersebut. "Wang saman yang dibayar 10,000 rakyat mesti dipulangkan semula. Ini tak adil pada mereka. 300,000 saman yang dikeluarkan mesti dibatal serta merta," kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu kepada Keadilan Daily. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran berkata, Kerajaan Pusat berdolak dalik dan masih menipu jika hanya 'mempertimbang untuk membekukan' AES. "Mempertimbang atau membeku hanyalah tempoh untuk tangguh. Sampai bila? Sampai pilihan raya? Kalau ini benar, maka, ia hanya langkah sementara untuk mengelak Barisan Nasional kalah Pilihan Raya Umum ke-13. "Majoriti rakyat tak suka, sebab itu dia (kerajaan) tangguhkan?" soalnya. "Dia (Kerajaan Pusat) tak jujur. Saya yakin mereka akan kuatkuasa semula sistem AES jika menang pilihan raya. Hanya satu cara, kalahkan mereka (BN)," kata Ronnie. Jelasnya, menurut undang-undang kerajaan tempatan, 'pengusaha' AES telah melanggar Akta Parit, Jalan dan Saliran. Merujuk Subseksyen 2(1) Akta 172 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Kebenaran Merancang (KM) ditakrifkan sebagai 'kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan'. "Mereka (AES) tak mohon, jadi tak dapat kelulusan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). AES ialah struktur haram. Tak kira sama ada mereka bina atas premis sendiri, tanah sendiri atau tanah sewa, dia (AES) mesti dapat Kebenaran Merancang. "Ini sangat jelas. Tiada 'grey area'," tegas Ronnie. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41335 |
K'jaan akan tarik balik saman AES? Posted: 18 Dec 2012 02:29 AM PST Perkembangan terkini mungkin membawa kepada penarikan balik saman trafik yang dikeluarkan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), dengan kes-kes ditarik balik di sekurang-kurangnya dua mahkamah sejak semalam. Menurut penasihat undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff, ianya benar-benar berlaku sejak semalam tetapi peguam badan tersebut tidak dapat menghadiri kes-kes berkenaan. "Tetapi hari ini saya diberitahu bahawa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pegawai (Jabatan Pengangkutan Jalan) mengambil balik saman AES saman daripada responden dan minta mereka pulang ke rumah. Kes mereka tidak didengar di mahkamah." Beliau juga menceritakan bagaimana dua kes yang dikendalikannya hari ini serta lapan lagi kes yang dijadual didengar esok dan pada hari Jumaat, telah ditangguhkan selama sebulan oleh DPP berkenaan kerana 'dokumentasi tidak lengkap'. Apabila beliau membangkitkan perkara penarikan balik saman tersebut serta penangguhan kes berkenaan dengan DPP yang mengendalikan kes-kes AES di mahkamah Kuala Lumpur, Zulhazmi (kanan) berkata pihak pendakwa hanya mengatakan ada "masalah teknikal". Zulhazmi juga berkata seorang responden yang kesnya dijadual didengar di mahkamah di Putrajaya hari ini, berkata semua responden dilepaskan tanpa dibebaskan selepas DPP menarik balik kes itu selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah. |
Posted: 18 Dec 2012 02:26 AM PST dipetik daripada Omak Kau.blogspot.com Pada 19hb Februari 2012 yang lalu sempenan kunjungan sehari sambil bertugas Najib Razak dan Rosmah Mansor ke Seremban Negeri Sembilan, salah satu acara untuk memeriahkan kunjungan mereka berdua ialah pelancaran/perasmian rumah penempatan semula mampu milik penduduk di Taman Abok Jaya, Rahang, Seremban, Negeri Sembilan. Dalam upacara itu diadakan satu supacara simbolik penyerahan kunci oleh Najib Razak kepada MB Negeri Sembilan Mohamad Hassan. Dihebohkan kepada dunia melalui semua media arus perdana milik UMNO/BN termasuklah RTM dan TV3. Dicanangkan kononnya harga rumah bernilai lebih RM100,000 sebuah tetapi dijual kepada rakyat dengan harga lingkungan RM45,000. Lebih 50% disubsidi oleh Kerajaan UMNO 1 M'sia Negeri Sembilan. Pergh!!!! kalau dengar pada gah bunyinya cukup mengharukan..Digambarkan seolah-olah kerajaan UMNO 1M'sia Negeri Sembilan dibawah pimpinan Mohamad Hassan sebuah kerajaan yang perihatin rakyat.. Kerajaan tradisi membela rakyat miskin papa kedana. REALITINYA?????? Setelah menunggu hampir 7 bulan dengan tiada perkhabaran berita dari kerajaan UMNO Negeri Sembilan maka rakyat yang berjaya untuk memiliki rumah tersebut pada 30hb September 2012, telah mengadakan demo secara aman dilokasi taman tersebut. Demonstrasi ini telah mengundang kemarahan MB Negeri Sembilan, Mat Hassan dengan mengatakan agar pihak Pakatan Rakyat tidak menjadikanjnya isu politik. Ini yang membuat admin ketawa terbahak.bahak.. Masa pelancaran dijadikan isu politik demi secebis politik batuan keuntungan bagi pihak UMNO tetapi bila sudah 7 bulan masuk bulan kelapan tiada dengar apa-apa perkembangan bila rakyat yang berjaya membuat demo aman dituduh sebagai mempolitikkan isu. Alasan yang diberikan ialah belu ada Sijil Layak Menduduki (CF).. Pelik juga admin, kalau belum ada CF mengapa diadakan acara simbolik penyerahan kunci dan Najib Razak dan Rosmah Mansor bersama sama dengan MB Negeri Sembilan suami isteri siap bergambar dalam salah sebuah rumah tersebut? Pada 16hb Disember 2012 MB NS Mat Hassan telah mengadakan lagi satu upacara penyerahan anak kunci rumah kepada pembeli yang berjaya. KELOKASI. Demi berlaku adil maka admin telah diminta oleh Omakkau kelokasi hari ini demi meninjau secara "firsthand" dengan dibantu salah seorang pembeli yang berjaya. ( Identiti dirahsiakan ). Dilokasi admin dapati ianya bersebelahan dengan Kg Semarak, Rahang. Taman ini didirikan rumah berbentuk "TOWNHOUSE" 3 bilik dan 2 bilik mandi dikhususkan untuk penduduk setinggan Kg Abok, Rahang, Seremban, Negeri Sembilan yang diarah berpindah kerana tanah dan rumah mereka akan diambil untuk tujuan pembinaan JALAN LINGKARAN TENGAH SEREMBAN.. Dari struktur, bahan binaan, keluasan, lokasi dan kualiti rumah bolehlah admin rumuskan dari mata kasar ianya sebuah rumah yang kecil kurang 900 kaki persegi berharga tidak lebih dari RM50,000 dengan mengambil kira harga bahan binaan pada tahun 2011. Admin dimaklumkan slab simen digunakan untuk membina rumah mampu milik ini. Ada rumah admin lihat sudah dipasang meter elektrik oleh TNB namun tiada sebuah rumah pun dipasang dengan meter air oleh pihak SAINS ( Sayarikat Air Negeri Sembilan). Ada tu dah pasang alat penghawa dingin. Jika dilihat pada luaran penghawa dingin tersebut ternyata sudah agak lama juga dipasang. Mungkin dipasang ketika lawatan/pelancaran/perasmian/penyerahan kunci Najib Razak pada awal bulan Februari 2012 yang lalu bagi nampak ada class sikit. RUMUSAN DAN KONKLUSI. 1) Bolehlah dirumuskan bahawa mengebahkan keseluruh negara,harga rumah ini melebehi RM100,000 sebuah adalah satu pembohongan. 2) Memang nampak jelas projek ini mau dijadikan bahan kempen pada PRU 13 nanti oleh UMNO/BN Negeri Sembilan walaupun projek ini sudah dilancarkan awal tahun ini oleh Najib Razak. 3) Mau dijadikan bargaining chip @ bahan umpan untuk memancing undi pada PRU 13. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan