Isnin, 17 Disember 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


20,000 redah becak ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak

Posted: 17 Dec 2012 12:56 AM PST


TRONOH 17 Dis: 20,000 rakyat meredah becak dalam hujan renyai untuk hadir ke Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Padang SEDC, Bandar Seri Iskandar, di sini malam tadi untuk mendengar amanat pemimpin Pakatan Rakyat.
Suasana himpunan bagaikan pesta apabila program dimulakan dengan konvoi Alternative Rider Club (ARC) pada sebelah petang, disusuli konsert artis pro-perubahan Ito dan Nik Jidan.
Deretan warung NGO, busana aktivis pro-perubahan dan gerai makanan menjadi pilihan pengunjung.
Kenderaan yang terpaksa ditempatkan di sepanjang lebih tiga kilometer menuju ke tapak ceramah menunjukkan kehadiran ribuan pengunjung bukti semangat perubahan harapan rakyat Perak.
Mereka yang pelbagai kaum dengan gaya tersendiri dari latar belakang umur berbeza, seperti turun ke perlawanan bola sepak, menambah kemeriahan program.
Ada yang memakai t-shirt khas himpunan, meletakkan poster pimpinan Pakatan Rakyat di cermin kereta dan ada pula  menggantung bendera di keliling motorsikal.
Ceramah dimulakan kira-kira jam 9.00 malam oleh NGO penyokong Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Dari NGO GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) dan Royalti, disusuli ucapan pimpinan Pakatan Rakyat tempatan.
Acara kemuncak bermula sebaik Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengambil tempat ceramah.
Diikuti Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41253

Tingkap bas kempen PKR dipecah, kali ini di Perak

Posted: 17 Dec 2012 12:52 AM PST



Bas kempen PKR dilaporkan dikhianati di Perak semalam ketika ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan ke negeri tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku di kawasan rehat Tapah di Lebuhraya Utara-Selatan.

MediaRakyatNet, sebuah saluran pro-Pakatan Rakyat di YouTube, melaporkan kejadian itu di akaun Twitternya dan memaparkan sebuah foto yang menunjukkan tingkap bas itu pecah.

NONE
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menerbitkan 
semula maklumat mengenainya di akaun Twitter beliau awal pagi ini dan meminta supaya ditingkatkan keselamatan bagi konvoi tersebut.

Program Anwar di Perak akan diteruskan hari ini, katanya.

Saifuddin, ketika dihubungi sebelumnya, berkata beliau belum lagi mendapat maklumat lanjut mengenai kejadian itu.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan mengeluarkan kenyataan lewat hari ini selepas beliau mendapat maklumat mengenainya.

19,454 ibu tunggal dapat manfaat pelbagai skim kerajaan Selangor

Posted: 16 Dec 2012 08:27 PM PST


Seramai 19,454 ibu tunggal di Selangor mendapat manfaat dan kemudahan daripada pelbagai skim yang dimulakan Kerajaan Selangor antaranya bantuan kewangan dan program keusahawanan.
Mereka adalah daripada 24,009 ibu tunggal yang disahkan layak menerima skim-skim tersebut, berdasarkan statistik yang dikeluarkan portal rasmi ibu tunggal, e-bu.selangor.gov.my sehingga November.
Daripada 24,009, sebanyak 75.01 peratus didominasi kaum Melayu, diikuti India seramai 6.5 peratus, Cina 3.3 peratus, Orang Asal 0.01 peratus, dan kaum lain 15.12 peratus.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknnologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri komited dalam mengendalikan serta menawarkan pelbagai skim serta kemudahan kepada ibu tunggal yang tidak pernah diberikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Mengikut TV Selangor, beliau berkata, skim itu antaranya ialah Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel), Skim Mikrokredit Bandar (MiMBAR), Skim Mikrokredit Wanita Ladang (Wala), Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) dan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas).
"Selain itu, ia turut merangkumi program Pemberdayaan Wanita Selangor menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), program Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor (PET-SOHO-S), Skim wanita kerja dari rumah, Bantuan Am sebanyak RM250, Laman Dapur, Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.
"Skim-skim yang ditawarkan adalah berkonsepkan mentor-mentee di mana seramai 19,454 ibu tunggal telah mendapat skim dan kemudahan yang ditawarkan," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata, kesemua skim yang ditawarkan memberi peluang kepada ibu tunggal berpendapatan kurang RM1,500 mendapat kemudahan dengan hanya mendaftar.
Dalam pada itu, Rodzuah turut menyarankan mana-mana ibu tunggal yang layak tetapi belum menerima bantuan untuk merujuk kepada Kerajaan Negeri.
"Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersifat terbuka terhadap kritikan dan bersedia mendengar idea yang bernas dan konstruktif kerana Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab.
"Berkaitan saman terhadap Kerajaan Selangor oleh pihak yang berkenaan, segalanya akan dijawab di dalam mahkamah. Penegasan lengkap dan menyeluruh akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor sebaik ketetapan mahkamah diperolehi," katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41188

Pekerja CIMB berpiket bantah pengurusan adik Najib Razak

Posted: 16 Dec 2012 08:25 PM PST


KUALA LUMPUR 16 DIS: Lebih 300 ahli Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (Nube) semalam berpiket depan  Menara Bumiputra Commerce berhampiran pusat beli-belah Sogo bagi membantah pengurusan yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Nazir Razak.
Ia berikutan Nube menuntut pembelaan kerana kesatuan itu menganggap berlaku penindasan terhadap kekerja bank termasuk hak pekerja dilanggar manakala tanggungjawab sosial dikhinati.
"Afendi Md Ali dipecat kerana mempersoal penyalahgunaan dana. Norlaily Mat Loddin yang hamil empat bulan dijerit, dimarahi dan diugut pengurus cawangan hingga pengsan  kerana enggan membuat transaksi yang melanggar undang-undang.

"Kira-kira 100 pekerja kontrak sementara dinafi jaminan pekerjaan dan hak untuk kehidupan lebih baik sepertimana dijamin kontrak tetap. Mereka juga tertakluk kepada diskriminasi melampau.
"Penilaian prestasi dan bayaran kepada pekerja (turut) ditipu; pekerja dinafi makanan ketika menghadiri latihan dan uniform untuk pekerja juga diabai," kata kenyataan Nube.
Demontrasi antara jam 10 pagi hingga 1 petang itu menyaksikan mereka membawa sepanduk mengecam CIMB dan Nazir, antaranya 'Adik PM Malaysia Mungkiri Janji' dan Adik PM sabotaj Manfaat untuk 100,000 rakyat Malaysia'.
Demonstrasi turut gamat apabila peserta memutar lagu Gangnam Style yang diiringi dengan tiupan vuvuzela serta paluan kompang dan gendang masyarakat India.
Nazir adalah adik kepada Datuk Seri Najib Razak yang turut dikait dengan pendedahan usahawan, Deepak Jaikishan berkaitan pembayaran kepada Penyiasat Persendirian, Balasubramanim.

Kenyataan Nube juga menyebut, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu boros berbelanja RM18.7juta bagi menganjurkan pertandingan Golf CIMB Classics 2012 dan RM2.5juta untuk 128 pemain golf muda.
"Pihak pengurusan tertinggi juga dapat bayaran bonus tinggi beserta kereta mewah dan faedah lain," katanya.

(Sumber gambar: Internet)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41209

Bendera PKR dibakar, budaya politik samseng menular

Posted: 16 Dec 2012 08:09 PM PST


13 Disember 2012 

PALONG - Gerak kerja PKR yang sentiasa mendapat tempat di kalangan peneroka dipercayai menjadi punca bendera parti itu yang digantung di simpang masuk Felda Palong 4, 5 & 6, di sini menjadi mangsa khianat.

Naib Ketua PKR Cabang Jempol, Rebin Birham berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab membakar bendera parti itu, Ahad lalu, bukan saja biadab, malah menunjukkan rasa terdesak segelintir pihak yang cemburu melihat parti itu semakin mendapat sokongan.

"Saya lihat perbuatan ini adalah rentetan daripada rasa tidak puas hati pihak berkenaan terhadap PKR kerana gerak kerja dan segala aktiviti kita mendapat tempat di kalangan peneroka.

"Namun, peneroka 
kini lebih bijak menilai dan memilih parti mana yang mereka nampak lebih baik serta mempunyai masa depan untuk membela nasib peneroka," katanya yang juga merupakan Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Keadilan.


Sementara itu, Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh berkata, tindakan tersebut menunjukkan amalan 'politik samseng' sudah menular di daerah ini, walaupun negara mengamalkan demokrasi membolehkan bebas memilih parti mereka mahu.

"Masalah ini bukan saja di Palong, malah kawasan lain turut terkena tempiasnya.

"Budaya ini perlu diubah. Kita minta kerjasama polis agar mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan tidak beretika ini," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Sementara itu, kejadian bendera PKR dibakar, Ahad lalu, disedari Setiausaha Ranting Keadilan Felda Palong 5, Mohd Razali Salleh ketika dia dalam perjalanan ke kebun.

"Semasa saya dalam perjalanan ke kebun sekitar 7 pagi, saya dapati satu bendera besar serta dua bendera kecil PKR telah dibakar dekat simpang masuk Felda Palong 4, 5 & 6.

"Saya terus buat laporan polis pada hari sama kerana ini adalah kejadian ketiga berlaku. kami tidak puas hati atas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini," katanya.

Program Semasa

Posted: 16 Dec 2012 08:05 PM PST

Karpal kekal pengerusi, Guan Eng setiausaha agung DAP

Posted: 16 Dec 2012 08:03 PM PST


Seperti yang dijangka, barisan baru jawatankuasa kerja pusat (CEC) DAP memutuskan untuk mengekalkan Karpal Singh sebagai pengerusi dan Lim Guan Eng sebagai setiausaha agung selepas pemilihan parti itu semalam.

Mencerminkan hasrat 1,826 perwakilan yang mengundi semula 20 anggota lama CEC - kecuali tiga orang - jawatankuasa baru itu memilih untuk tidak membuat perubahan drastik dalam barisan kepimpinannya ketika parti bersiap sedia bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan dalam enam bulan yang akan datang.

Lim Guan Eng at DAP AGMIni ekoran seruan pemimpin kanan parti itu, Lim Kit Siang yang 
meminta perwakilan mengekalkan kepimpinan Karpal-Guan Eng - di mana kedua-duanya kini akan ditugaskan mengetuai 'kempen 100 hari' untuk menawan Putrajaya bersama-sama dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Sementara itu, dua pemimpin yang tewas semalam -  Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw - telah dilantik menganggotai CEC yang menjadi badan membuat keputusan parti itu.

Untuk menangkis kritikan bahawa parti itu anti-Melayu kerana tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu terpilih semalam, Senator Ariffin Omar dan Zairil Khir Johari, yang juga merupakan setiausaha politik Guan Eng, turut dilantik menyertai jawatankuasa kerja tersebut.

Turut dilantik ialah Jimmy Wong dan Edwin Bosi (Sabah), John Brian Anthony (Sarawak), Leong Ngah Ngah (Pahang), V Sivakumar dan Thomas Su (Perak).

Pemimpin veteran Tan Kok Wai telah dipilih menjadi timbalan pengerusi DAP, manakala barisan naib presiden terdiri daripada Chow Kon Yeow, M Kulasegaran, Chong Chieng Jen, Teresa Kok dan Ariffin.

Senarai penuh CEC

Pengerusi - Karpal Singh
 
Timbalan Pengerusi - Tan Kok Wai
 
Naib presiden - Chow Kon Yeow, Ariffin Omar, Chong Chieng Jen, M Kulasegaran, Teresa Kok
 
Setiausaha agung - Lim Guan Eng
 
Timbalan setiausaha agung - Chong Eng, Ngeh Koo Ham, P Ramasamy
 
Bendahari - Fong Kui Lun
 
Setiausaha organisasi - Loke Siew Fook
 
Timbalan setiausaha organisasi - Vincent Wu, Thomas Su
 
Setiausaha publisiti - Tony Pua
 
Timbalan setiausaha publisiti - Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari
 
Setiausaha antarabangsa - V Sivakumar
 
Pengarah pendidikan politik - Liew Chin Tong
 
Timbalan pengarah pendidikan politik - Boo Cheng Hau
 
Ahli Jawatankuasa: Lim Kit Siang, Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim, Leong Ngah Ngah, Jimmy Wong, John Brian Anthony, Edwin Bosi, Gobind Singh Deo.

Tiada ulasan: