Khamis, 29 November 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


KUALA KRAU MENJADI SEBUAH DAERAH BARU?

Posted: 29 Nov 2012 01:32 AM PST



Jalan di perkampongan Orang Asal di Mukim Jenderak, Kuala Krau
Sdr Alias Abdullah memohon Jabatan Ugama Islam memberikan peruntukan yang cukup untuk keperluan surau di Kg Lubok Wong

Perumahan yang terbengkalai lebih dari 10 tahun di Kg Paya Sok, Kuala Krau

Kuala Krau adalah sebuah kawasan Parlimen yang mengandungi sebahagian besar kawasannya berada didalam Daerah Temerloh, manakala bahagian kecilnya di dalam Daerah Maran.  

Sebagai sebuah kawasan Parlimen, Kuala Krau bolehlah dianggap sebagai sebuah kawasan mundur di dalam pedalaman Negeri Pahang.

Kawasan Parlimen ini mengandungi 3 buah kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Jengka, Kerdau dan Jenderak.  Jengka adalah kawasan yang hampir 100% diliputi oleh rancangan Felda melainkan Bandar Tun Razak yang dulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka.  

Di dalam kawasan ini terdapat bangunan pejabat dan kedai dan mempunyai beberapa buah bank.  Ia mempunyai sebuah Rumah Rehat dan sebuah Hospital.  Di sini juga terletak UiTM kampus Jengka.

Kawasan DUN nya meliputi Felda Jengka 18, 19, 20, 14, 15, 16, 17, Jengka 1, 2, 3, 4, 5, Felda Ulu Jempol, Bandar Jengka (Bandar Tun Razak), dan Bandar Sg Jerik, penduduk kaum Cina ada kecil tertumpu di Pekan Sg Jerik.

Kerdau pula ada sebuah kawasan yang diliputi oleh perkampongan tradisiional Melayu, juga terdapat beberapa kawasan Felcra dan Rancangan Felda iaitu Felda Jengka 22, 23 dan 25.  Di sini terdapat pekan kecil iaitu Pekan Kerdau lama di mana terdapat kaum Cina dan India sebagai masyarakat minoriti.

Jenderak selain dari memiliki sebuah pekan kecil bernama pekan Kuala Krau merupakan kawasan yang paling mundur jika berbanding dengan Jengka dan Kerdau.

Di kawasan itu terdapat 10 buah perkampongan Orang Asal dengan kehidupan sosial yang jauh lebih rendah dari kaum-kaum lain.  Kaum India tertumpu di Estet Kuala Tekal, Taman Mewah dan sedikit di Taman Sri Desa.  Manakala orang Cina tertumpu kepada pekan Kuala Krau, Kg Baru, Taman Setia, Taman Kuala Krau dan sebahagian kecilnya di Taman Sri Desa.

Kawasan ini amatlah luas jika berbanding dengan Jengka dan Kerdau tetapi mempunyai penduduk paling kecil.  DUN Jenderak merupakan salah satu kawasan DUN yang terbesar di Negeri Pahang namun merupakan kawasan pedalaman yang mundur.

Keseluruhan kawasan Parlimen Kuala Krau ini adalah sebahagian daripada kawasasan Daerah Temerloh sebelum wujud perpecahan Daerah bilamana sebahagian Daerah ini dijadikan Daerah Maran.  Bahkan kawasan DUN Chenor, kawasan DUN Tajau, kawasan DUN Kuala Sentul dan DUN Luit yang kini berada didalam Daerah Maran kesemuanya berada didalam Daerah Temerloh sebelum Daerah Maran diwujudkan.

Keseluruhan Daerah Bera yang kini menjadi kawasan Parlimen Bera mengandungi 3 kawasan DUN iaitu Triang, Kemayan dan Guai adalah juga dibawah kawasan Daerah Temerloh, dan tidak salah jika dikatakan bahawa Daerah Temerloh pada suatu ketika dulu sebelum wujud Daerah Maran dan Daerah Bera merupakan kawasan Daerah yang terbesar di Semenanjung Malaysia lebih besar dari Negeri Sembilan dan Melaka yang dicantumkan.

Kuala Krau wajar menjadi sebuah Daerah tersendiri mengambil kira ketiga-tiga kawasan DUN yang ada didalam kaawasan Parlimen Kuala Krau.

Dengan adanya Daerah baru maka peruntukan Federal untuk Daerah itu akan menjadi lebih besar dan tidak lagi peruntukan itu diberikan kepada Daerah Temerloh dengan bebanan kawasan yang luas.

Daerah baru juga akan menyaksikan terbinanya Pejabat Daerah baru dengan semua pejabat-pejabat peringkat Federal dan Negeri berada di sana, dan akan menyaksikan pembangunan fizikal yang lebih pesat.

Infrastrukturnya akan menjadi lebih terurus.  Sebagai kawasan pedalaman, kecuali di Jengka, infrastruktur di kawasan ini amatlah berkurangan dengan jalanrayanya yang kurang sempurna, masih jalan tanah ke kebanyakan perkampongan Orang Asal, bekalan elektrik dan air bersih masih ditahap yang tidak memuaskan, bahkan bekalan talipon masih tidak sampai ke perkampongan Orang Asal walaupun kebanyakan mereka kini memiliki talifon bimbit untuk perhubungan mereka.

Pembangunan Bandar di Pekan Kuala Krau, Pekan Kerdau dan Pekan Jengka akan menjadi lebih pesat; dan khidmat bank-bank komersil akan sampai ke Kerdau dan Kuala Krau; kini Kerdau tidak memiliki sebuah Bank pun manakala Kuala Krau hanya memiliki sebuah Agro Bank yang kecil.

Di kawasan ini tidak wujud walaupun sebuah Hotel.  Di Pekan Kuala Krau ini amat memerlukan sebuah Rumah Rehat yang selesa untuk penduduknya berinteraksi antara satu sama lain selain boleh meluangkan masa untuk menjamu selera dan menyediakan tempat penginapan kepada orang-orang luar yang berkunnjung ke Kuala Krau, bahkan boleh menampung keperluan bagi anak-anak Kuala Krau di perantauan yang kembali ke kampong khususnya semasa menyambut Hari Raya dan lain-lain Hari Cuti Umum.

Mara ke hutan pergi berburu,
Dapat rusa terkena tembakan,
Kuala Krau menjadi Daerah baru,
Barulah selesa tahap pembangunan!!!

Tiada ulasan: