Jumaat, 30 November 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Perbandingan Pencapaian Pentadbiran Ekonomi Dato’ Seri Anwar Ibrahim: Rakyat Arif Membezakan Angka Ekonomi

Posted: 29 Nov 2012 08:31 PM PST

Serangan Dato' Sri Najib Tun Razak terhadap kredibiliti dan kemampuan Dato' Seri Anwar Ibrahim mengemudi teraju ekonomi negara bukanlah perkara baru. Retorik yang sama turut digunakan menjelang Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) dalam tahun 2008 bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat; kononnya negara akan muflis jika UMNO tidak diberikan kuasa untuk memerintah.

Pun begitu, dalam PRU12 rakyat tetap memilih KEADILAN dan rakan – rakan PAS dan DAP untuk mentadbir negeri-negeri terkaya di Malaysia seperti Selangor dan Pulau Pinang, selain Kelantan, Kedah dan Perak. Maknanya, rakyat yang matang tidak akan terpengaruh dengan propaganda politik UMNO – BN yang meremehkan keupayaan rakyat untuk menilai pencapaian ekonomi negara di bawah kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan. Sekali lagi saya yakin rakyat pastinya menolak politics of fear yang dibawa oleh Presiden UMNO.

Cara terbaik menilai keupayaan Dato' Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi adalah dengan membandingkan angka-angka ekonomi seperti berikut:

Pertumbuhan ekonomi sepanjang Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan[1]

Tahun

1992

1993

1994

1995

1996

1997

% pertumbuhan[2]

8.8

9.9

9.2

9.8

10.0

7.3

 

Pertumbuhan ekonomi sepanjang Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan[3]

Tahun

2009

2010

2011

% pertumbuhan[4]

(1.5)

7.2

5.1

Sejak menjadi Menteri Kewangan, pencapaian ekonomi Dato' Seri Najib Tun Razak tidak pernah sekali pun mengatasi pencapaian Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tatkala Dato' Seri Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencecah 9% – 10% dalam tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib (2009) telah membawa ekonomi negara dari tahun pertama pentadbirannya ke arah sebaliknya dan menjurus ke arah ekonomi yang semakin gawat, sedangkan negara jiran seperti Indonesia kekal berkembang pesat.

Hakikatnya, rakyat Malaysia tidak buta angka dan arif membezakan pertumbuhan ekonomi sekitar 9% – 10% semasa Dato' Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi negara, berbanding pertumbuhan yang lembap sekitar 4% – 5% sekarang, disamping pentadbiran Najib berdepan dengan pelbagai masalah ekonomi harian seperti kos sara hidup yang semakin tinggi.

Rekod ekonomi Dato' Seri Anwar Ibrahim juga menunjukkan beliaulah Menteri Kewangan yang berjaya mencapai belanjawan lebihan. Selepas beliau, menteri-menteri kewangan UMNO mengambil pendekatan berhutang untuk menampung perbelanjaan negara yang boros dan tidak berhemah sedangkan hasil tidak bertambah. Justeru itu, Malaysia masih bergelut dengan masalah hutang/defisit yang meruncing sehingga kini.

Perbandingan angka berikut membuktikan kegagalan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan untuk mengatasi masalah hutang/defisit, walaupun ditinggalkan dalam keadaan yang cukup baik oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim:

Perbandingan defisit belanjawan dan jumlah hutang negara[5]

Tahun

1992

1993

1994

1995

1996

1997

Lebihan/Defisit (%)

(0.8)

0.2

2.3

0.8

0.7

2.4

Jumlah hutang negara (RM b)

97

96

93

91

90

89

 

Tahun

1998

1999

2000

2001

2002

2003

Lebihan/Defisit (%)

(1.8)

(3.2)

(5.5)

(5.2)

(5.3)

(5.0)

Jumlah hutang negara (RM b)

103

112

126

146

165

189

 

 

 

Tahun

2004

2005

2006

2007

2008

2009

Lebihan/Defisit (%)

(4.1)

(3.4)

(3.2)

(3.1)

(4.6)

(6.7)

Jumlah hutang negara (RM b)

217

229

242

267

306

362

 

Tahun

2010

2011

Lebihan/Defisit (%)

(5.4)

(4.8)

Jumlah hutang negara (RM b)

407

456

 

Sepanjang tempoh Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehinggalah tahun 1997. Sebaliknya, hutang negara kini melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Hutang negara yang diterajui oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak kini mencecah RM 456 bilion pada akhir tahun 2011 mewakili 53 % daripada KDNK.

Kegilaan berhutang dan belanja secara boros ini berlaku tatkala Dato' Seri Najib Tun Razak memaksa PETRONAS menyumbang dividen pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana PETRONAS, kecuali Dato' Seri Najib Tun Razak seperti yang dibuktikan oleh angka berikut:

 

Tahun

1992

1993

1994

1995

1996

1997

Dividen PETRONAS (RM b)

 

3.1

 

3.1

 

3.1

 

3.1

 

3.1

 

3.1

Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Dato' Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan[6]

 

Tahun

2004

2005

2006

2007

Dividen PETRONAS (RM b)

 

9.1

 

11.0

 

18.0

 

24.0

Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Tun Abdullah Badawi menjadi Menteri Kewangan

 

Tahun

2009

2010

2011

Dividen PETRONAS (RM b)

 

30.0

 

30.0

 

30.0

Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Dato' Seri Najib menjadi Menteri Kewangan

Tatkala Dato' Seri Anwar Ibrahim berusaha mengurangkan hutang negara, berbelanja secara berhemah sehingga pendapatan mengatasi perbelanjaan, tidak membebankan PETRONAS dan memacu pertumbuhan ekonomi sehingga 10%, Dato' Sri Najib Tun Razak mengambil 10 kali ganda lebih banyak wang PETRONAS, hutang negara meningkat 5 kali ganda, bajet defisit berlarutan selama 14 tahun dan pertumbuhan ekonomi tetap lembap pada kadar sekitar 4% – 5% sahaja.

Saya yakin rakyat Malaysia lebih arif membezakan angka-angka ini. Pimpinan negara perlu fokus kepada usaha memulihkan ekonomi negara dengan berpandukan angka-angka yang objektif ini, bukannya cuba memutarbelitkan prestasi ekonomi negara kerana takut dengan wibawa Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan yang teruji dan berupaya memacu pertumbuhan yang tinggi dan menjamin prinsip distributive justice untuk semua rakyat.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN

30 NOVEMBER 2012



[1] Tahun penuh Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan

[2] Sumber: Kementerian Kewangan & Jabatan Perangkaan Negara

[3] Tahun penuh Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan

[4] Sumber: Kementerian Kewangan & Jabatan Perangkaan Negara

[5] Sumber: Kementerian Kewangan, Jabatan Perangkaan Negara dan Bank Negara Malaysia

[6] Sumber: Kementerian Kewangan dan Jabatan Statistik

Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak

Posted: 29 Nov 2012 07:11 PM PST

2 Disember 2012 (Ahad)

1) 5.00 ptg – Sepetang Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim
& Pimpinan PKR (DUN- Ulu Kinta, P- Tambun)
Lokasi: Tapak Pasar malam, Taman Perpaduan, Ulu Kinta, Ipoh

2) 6.30 ptg: Santai & Jamuan Durian di Jeram, Kampar

3) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib (DUN-Teja, P-Gopeng)
Lokasi: Masjid Jamek Lama, Gopeng

4) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Demi Rakyat (DUN Tualang Serkah)
Lokasi: Kampong Baru Chenderong, Tanjung Tualang

5) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat
Lokasi: Pekan Langkap (DUN Sg Manik, P-Pasir Salak)

6) Barisan Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Azmin Ali
iii. YBhg Dr Mohd Nor Manuty
iv. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin
v. YB Dr Lee Boon Chye
vi. YB Chang Lih Kang
vii. YB Kasevan Subramaniam
viii. YBhg Baldip Singh
ix. YBhg Haji Osman Abdul Rahman

[VIDEO] Kota Kinabalu Sabah 24/11/2012

Posted: 29 Nov 2012 07:00 PM PST

[VIDEO] Ulu Putatan, Kota Kinabalu Sabah 24/11/2012

Posted: 29 Nov 2012 06:56 PM PST

Tiada ulasan: