Khamis, 29 November 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Deepak Regrets Getting Involved in Bala’s SD

Posted: 29 Nov 2012 06:43 PM PST

[VIDEO] Dasar Ekonomi Baru “Pro” Keluarga Menteri & Pemimpin-Pemimpin UMNO

Posted: 29 Nov 2012 04:54 AM PST

Pilihanraya Lebih Telus Jika Ada Pemerhati Antarabangsa

Posted: 29 Nov 2012 01:31 AM PST

Harakah

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang hanya mengundang pemerhati negara Asean untuk memantau Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang, terus dipersoal.

Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli berkata, SPR tidak perlu bimbang jika mereka membuka peluang kepada pemerhati antarabangsa untuk memantau PRU negara ini.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, berkata, dengan memanggil pemerhati antarabangsa sebenarnya akan memperkayakan sistem pilihan raya negara ini yang telus di mata dunia.

“Apa yang SPR takut? Kita sepatutnya buka kepada antarabangsa dan buka kebenaran kepada sesiapa sahaja.

“Kalau kita, kononya guna media yang bebas, sistem yang adil, lantai yang sama rata, kenapa perlu takut?” katanya dalam sidang media.

Beliau tidak menolak usaha SPR memanggil pemerhati Asean bagaimanapun usaha ini boleh diperluaskan ke negara antarabangsa.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan adalah tidak wajar menjemput kerajaan asing datang campur tangan dalam urusan menentukan proses pemilihan kerajaan di negara ini.

Beliau berkata demikian setelah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta SPR mengundang kerajaan Australia sebagai pemantau bebas bagi memastikan pilihan raya nanti bebas dan adil.

“Motif Ketua Pembangkang ialah untuk menanamkan satu perasaan simpati, yang mereka (parti pembangkang) adalah ‘underdog’ di kalangan para penyokong, rakyat am khususnya pengundi atas pagar dan pihak luar. Ini adalah rangka dan agenda perancangan yang rapi.

“Motif kedua Anwar ialah untuk mendapat tarikan dan simpati dunia dan pihak antarabangsa supaya tekanan demi tekanan akan datang untuk Malaysia,” dakwanya.

Sahut Debat Anwar-Najib Untuk Buktikan Umno Tidak Takut

Posted: 29 Nov 2012 01:23 AM PST

KeadilanDaily

Pakatan Rakyat mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika benar Umno tidak takut.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012  menunjukkan rakyat perlu memilih antara politik ketakutan yang dijulang parti itu dan politik harapan yang diperjuang Pakatan Rakyat, demi Malaysia yang lebih baik.

"Satu-satunya cara untuk membuktikan Umno tidak takut mahupun panik dalam hari-hari menjelang PRU 13 ini adalah dengan Presiden Umno berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang serupa disebut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menakut-nakutkan rakyat menunjukkan sifat sebenar rejim Umno yang semakin nazak.

Izzah berkata, sebagai pemimpin, Shahrizat harus menunjukkan teladan yang baik dengan membincangkan masa depan yang cerah buat semua, bukannya mengeluarkan kata-kata ancaman bahawa akan berlaku sengketa perkauman 13 Mei demi menyelamatkan Umno.

"Nada Datuk Seri Shahrizat yang begitu cemas memikirkan apa yang berlaku jika Pakatan Rakyat memenangi tampuk pimpinan negara pada PRU 13 nanti turut membuktikan betapa beliau tidak memahami dan tidak mengenali suara
hati para pengundi, teruma rakyat Malaysia yang sudah celik politik dan punyai keinginan kuat untuk berubah," katanya.

Tegas beliau, Pakatan Rakyat tekad pada perubahan dan agenda reformasi melalui proses demokrasi, dan akan berusaha untuk perkukuh dan memperkasa sistem demokrasi pilihan raya di Malaysia.

"Oleh itu, saya tidak segan mengulangi kata-kata Datuk Ambiga Sreenevasan: 'Kami mahu perubahan melalui peti undi, jika perubahan tiba'," kata Izzah.

Najib Setuju Urusniaga Tanah, Kata Deepak

Posted: 29 Nov 2012 01:20 AM PST

Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan pada 2006 bersetuju untuk memindahkan pemilikan tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd kepada seorang syarikat penama milik ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Hakim Zabariah Mohd Yusof bagaimanapun tidak membenarkan Deepak mengemukakan satu surat bertarikh 25 September 2006 daripada Awan Megah kepada Najib sebagai bukti, memandangkan beliau tidak memfailkan dokumen tersebut sebagai sebahagian daripada dokumennya semasa pengurusan kes.

Deepak dalam keterangannya hari ini mendakwa, Najib mempersetujui urusan berkenaan dan mahu timbalan ketua setiausaha kementerian pertahanan meneliti pemindahan milik tersebut.

Deepak memberitahu mahkamah bahawa beliau membantu untuk mengatur pertemuan di antara Awan Mega, yang diwakili pengarahnya Senator Raja Ropiah Raja Abdullah dengan Najib melalui isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ahli perniagaan tersebut memberitahu mahkamah ketika disoal peguamnya R Sivarasa, bahawa transaksi yang berlaku memandangkan Awan Megah tidak berjaya mendapatkan bond tanah yang ditetapkan sebagai syarat untuk meneruskan projek Institut Pengajian Pertahanan Nasional di Putrajaya.

Deepak melalui syarikat Astacanggih Sdn Bhd, di mana beliau merupakan pengarah, menamakan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta Sdn Bhd, Awan Megah dan Cebur Megah Development Sdn Bhd, di mana beliau turut menjadi pengarah, sebagai defendan.

Bagaimanapun, Hakim Zabariah mengeluarkan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta, dan Cebur Megah sebagai defendan dalam saman tersebut.

Keputusannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.

Himpunan Raksasa Kebangkitan Rakyat Johor

Posted: 28 Nov 2012 08:59 PM PST

1 Disember 2012 (Sabtu)

8.30 – 12.00 malam

Dataran KeADILan, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat (P- Seri Gading)
(Depan McDonald Parit Raja, KM 18 Jalan Kluang/Batu Pahat)

Pemidato:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato' Seri Tuan Guru Hadi Awang
iii. YB Lim Kit Siang
iv. Pimpinan Pakatan Rakyat Johor
v. Waki-wakil NGO

(7.30 – 8.30 malam – Dato' Seri Anwar Ibrahim Akan Bersama Masyarakat India Johor Sempena Sambutan Deepavali di – Jalan Badik 15, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor)

Tiada ulasan: