Khamis, 29 November 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Utusan Malaysia bakal berkubur?

Posted: 29 Nov 2012 12:22 AM PST

dipetik daripada blog Mohd Sayuti Omar


Utusan Malaysia Bakal Berkubur?

SESUDAH SUBUH                                                                                                          

Surat khbar Utusan Malaysia kemungkinan akan hilang lenyap dari atas muka bumi ini sekiranya lembaga pengarah dan editorial akhbar berkenaan tidak mengambil langkah awal meletakkan ahbar berkenaan di atas paksi kewujudannya yang sebenar. Sekiranya akhbar itu tidak dilakukan perubahan drastik Utusan Malaysia hanya akan meninggalkan nama saja didunia ini tanpa jasadnya lagi.

Kemungkinan ini dirasakan terjadi apabila jualan akhbar berkenaan merosot teruk setiap hari. Dari sumber dalaman memberi tahu jumlah edaran akhbar itu kini 70,000 perhari. Kedudukan syarikat Utusan Malelayu (M) Berhad juga senafas dengan parti yang didokongnya Umno yang kini nyawanya berada di hujung pedang.    

Dalam kenyataan urusniaga terbarunya menunjukkan Utusan Melayu (M) Berhad mencatat kerugian sebelum cukai berjumlah  RM1.09 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.82 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Keuntungan tahun lepas bukan kerana hasil jualan dan uruniaga lain termasuk iklan tetapi kerana penjualan anak syarikatnya Utusan Print Corp Sdn. Bhd.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Utusan berkata pendapatannya susut kepada RM90.05 juta daripada RM92.14 juta.

Kesusutan pendapatan itu disebabkan jualan akhbar berkenaan merudum teruk. Utusan bukan lagi menjadi bacaan wajib bagi orang Melayu. Semua ini ialah kerana kredibiliti akhbar berkenaan haprak bila mana banyak kes-kes saman ke atasnya akhbar berkenaan kalah dan terpaksa membayar jutaan ringgit.

Pembaca yang sebelum ini menjadikan akhbar itu sebagai cake untuk dihirup bersam kopi waktu pagi juga sudah mengubah tabiat dengan memilih akbar lain yang lebih berwibawa. Ini semua berlaku kerana sikap akhbar berkenaan bukan lagi menjadi media yang membangun minda sosial secara profesional sebaliknya menjadi lidah penyambung lidah-lidah pemimpin Umno yang bercakap syok sendiri di samping kaporan tidak adil. 

Ekoran kemerosotan julan dan pendapatan syarikat itu juga telah menjual anaknya syarikatnya Utusan Print Corp Sdn Bhd, dalam segmen percetakan pada September tahun lepas. Penjualan anak syarikat itu dirasakan sebahagian persediaan untuk penggulungan syarikat akhbar berkenaan sebaik saja Umno tewas.

Perkembangan 'masam' mengenai akhbar milik Umno itu ia berpotensi untuk tutup sebaik saja partinya kalah terus dan tidak memegang teraju selepas pilihan raya akan datang. Sesungguhnya penutupan Utusan Melayu akan membawa ketenangan buat orang Melayu di negara ini yang digumbal dengan fitnah, provokasi dan penyiaran berita-berita yang tidak boleh dipertanggungjawab.

Kesan daripada sikap melampau dan tidak bijak pengurusan menyebabkan lebih 600 pekerjanya berada di dalam dilema. [wm.kl.7:34 am 29/11/12]

rujukan blog: http://msomelayu.blogspot.com/


Kempen bebaskan tahanan ISA di Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 29 Nov 2012 12:14 AM PST


(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 28 November: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan turut serta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadual diadakan di Stadium Bukit Jalil 12 Januari depan.
"Usaha-usaha begini perlu diberi sokongan. Kami akan lakukan mobilisasi," kata Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH), hari ini.
Menurutnya, GMI akan meneruskan kempen membebaskan tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk membuka pondok maklumat di himpunan tersebut di seluruh negara, bermula di Sri Gading, Johor, Sabtu ini.
"Sekarang GMI mengumpul 10,000 kad menuntut pembebasan tahanan. Kita akan serahkan kepada Menteri Dalam Negeri," katanya.
Beliau berkata, pemansuhan ISA yang diumum kerajaan 15 September tahun lalu digantikan dengan undang-undang yang sama mencengkam, iaitu Sosma.
"Walaupun ada perbicaraan, orang yang disyaki akan terus ditahan. Malah tempohnya lebih panjang.
"Rayuan mereka yang ditahan di bawah Sosma akan ditolak selagi ada perbicaraan. Di sini boleh wujud ugutan supaya tahanan mengaku kesalahan. Di bawah Sosma, ada elemen tangkapan secara sewenang-wenangnya (arbitrary).
"Melalui kuasa polis yang hanya berpangkat Superintendan, seseorang boleh ditahan di bawah Sosma selama 28 hari. Berbanding ISA, Menteri yang keluarkan arahan tangkapan," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan penubuhan GMI Tawau selepas NGO itu menziarah lapan keluarga tahanan ISA di daerah tersebut selama tiga hari minggu lalu.
"Fokus lawatan adalah untuk berbincang bersama keluarga tahanan mengenai tindakan perundangan yang boleh diambil," kata Syed Ibrahim.
"Sebelum ini pihak GMI dimaklumkan ada keluarga tahanan yang diugut polis supaya tak berhubung dengan mana-mana NGO atau peguam.
"Peguam GMI akan mengadakan lawatan ke Kamunting esok bagi mendapatkan maklumat terus dari tahanan.
"GMI mendapati kebanyakan keluarga menghadapi kesukaran meneruskan kehidupan kerana ketiadaan ketua keluarga," katanya.
Justeru, GMI melancarkan kutipan dana dengan sasaran RM50,000 untuk membantu keluarga tahanan menampung keperluan mereka termasuk pembiayaan pelajaran anak-anak.
Sumbangan boleh diberikan melalui akaun Maybank atas nama Bendahari GMI, Nashita Md Nor di nombor akaun 1622-0993-9776.

(Oleh Aisha Geoffrey) KUALA LUMPUR 28 November: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan didesak jelaskan secara terperinci berkenaan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam penyiasatan polis seperti yang didedahkan beliau semalam. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pendedahan Musa itu mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa menteri memang campur tangan dalam pentadbiran polis. “Pendedahan itu mengesahkan kenyataan kita selama ini menteri ada campur tangan dalam pentadbiran polis, khususnya hal ehwal politik,” kata Shamsul. “Justeru, jika pendedahan Musa itu berdasarkan prinsip dan ingin membetulkan keadaan, kita minta beliau dedahkan lebih terperinci dalam kes mana Hishammuddin telah campur tangan,” katanya ketika dihubungi. Mengikut laporan Malaysiakini, Musa menyatakan Hishamuddin campur tangan dalam pentadbiran PDRM semasa dalam kepimpinan beliau. Musa mendakwa, Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya. Shamsul berkata, AMK sedia membawa kes tersebut ke peringkat seterusnya, jika Musa tampil menjelaskan mengenai campur tangan tersebut. “Pesanan kita kepada ketua polis sekarang, janganlah terikat dengan arahan menteri, siasat kes dengan adil tanpa sebarang pengaruh politik,” katanya.

Posted: 29 Nov 2012 12:13 AM PST


(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 28 November: Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) di Jalan Pantai Baru di sini diarah tutup oleh kerajaan Umno BN mulai Sabtu ini, tanpa surat pengesahan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Jemaah Mempertahankan Masjid Ar-Rahman, Jamlus Mansor, kain rentang dan notis pemberitahuan mengenai penutupan masjid yang digantung sejak seminggu lalu menimbulkan keresahan penduduk.

Notis penutupan juga tidak dinyatakan tempoh berapa lama masjid tersebut diselenggara.
"Kami sedih perkara ini berlaku, dan kita tidak dimaklumkan tindakan awal yang mahu diambil berhubung penutupan itu.
"Ini satu-satunya masjid yang dikatakan sebagai contoh pimpinan dahulu, tapi sekarang nak diubah suai. Kita tak halang kerja-kerja tersebut. Tapi jangan sampai sekat orang ramai nak solat sedangkan ruang masjid ini luas.
"Malah notis yang ditampal juga tanpa pengesahan daripada Jawi," katanya pada sidang media di luar pagar masjid, hari ini ekoran halangan oleh seorang yang mengaku ahli jawatankuasa masjid tersebut.
"Ini masjid tertua dan jadi tumpuan pelajar universiti, pusat bahasa dan orang-orang luar untuk solat.
"Apa tujuan sebenar ia diarah tutup. Adakah melibatkan isu politik atau isu agama. Kita mahu perkara ini dijelaskan," katanya lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang hadir sama dalam sidang media itu menggesa kerajaan menjelaskan kepada umum mengapa masjid itu perlu ditutup kepada umum.

"Kita tidak menolak keperluan (naik taraf), tapi saya mahu laporan daripada jurutera serta laporan daripada syarikat pemaju untuk menunjukkan tahap kerosakan di masjid dan adakah kemungkinan boleh buka ruangan tertentu untuk memudahkan jemaah daripada UM dan penduduk sekitar.
"Kalau perlu tutup di setengah bahagian tidak mengapa. Apa yang kita mahu diberikan ruangan solat, solat Jumaat dan kuliah yang dianjurkan pihak masjid," katanya.
Justeru, Izzah menuntut Pengerusi Masjid, Datuk Ibrahim Thamby Chik daripada Umno Lembah Pantai tampil menjelaskan berkenaan penutupan itu.
"Sepatutnya masjid dijadikan tempat untuk diimarahkan semua. Saya datang ke sini tidak membawa bendera parti. Kita utarakan kebimbangan para jemaah.
"Kita minta secara baik supaya semua laporan ini diberikan kepada umum secara terbuka," kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Hadir sama, Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

Desak Musa Hassan dedah campur tangan Hishammuddin

Posted: 29 Nov 2012 12:12 AM PST


(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 28 November: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan didesak jelaskan secara terperinci berkenaan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam penyiasatan polis seperti yang didedahkan beliau semalam.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pendedahan Musa itu mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa menteri memang campur tangan dalam pentadbiran polis.

"Pendedahan itu mengesahkan kenyataan kita selama ini menteri ada campur tangan dalam pentadbiran polis, khususnya hal ehwal politik," kata Shamsul.
"Justeru, jika pendedahan Musa itu berdasarkan prinsip dan ingin membetulkan keadaan, kita minta beliau dedahkan lebih terperinci dalam kes mana Hishammuddin telah campur tangan," katanya ketika dihubungi.
Mengikut laporan Malaysiakini, Musa menyatakan Hishamuddin campur tangan dalam pentadbiran PDRM semasa dalam kepimpinan beliau.
Musa mendakwa, Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.
Shamsul berkata, AMK sedia membawa kes tersebut ke peringkat seterusnya, jika Musa tampil menjelaskan mengenai campur tangan tersebut.
"Pesanan kita kepada ketua polis sekarang, janganlah terikat dengan arahan menteri, siasat kes dengan adil tanpa sebarang pengaruh politik," katanya.

Tiada ulasan: