Selasa, 18 September 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Laman Rasmi: RANTING KG GEMURUH, BERA DITUBUHKAN - SATU LAGI KU...

Posted: 18 Sep 2012 08:21 PM PDT

Laman Rasmi: RANTING KG GEMURUH, BERA DITUBUHKAN - SATU LAGI KU...: Semalam (17 September 2012) pada jam 4.00 petang, satu lagi Ranting PKR telah ditubuhkan di kawasan Parlimen Bera.  Tiada sesiapa bol...

Semakin ligat aktiviti Parti

Posted: 18 Sep 2012 05:37 PM PDT

Seronok sungguh akhir-akhir ini kerana setiap Cabang PKR semacam berlumba-lumba mengadakan program di tempat masing-masing.  Ada yang buat ceramah, ceramah umum dan ceramah kelompok, ada yang buat kursus termasuk kursus PACABA, ada yang buat ziarah rumah ke rumah, ada yang edar bahan-bahan bacaan, ada yang pungut ahli-ahli baru dan ada yang tubuhkan ranting.

Didalam perjumpaan di Pejabat PKR Negeri semalam diantara parti-parti didalam Pakatan Rakyat Pahang bersetuju mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang pada 20hb Oktober 2012, dan agenda yang pasti mengundang puluhan ribu manusia adalah ucaptama-ucaptama oleh ketiga-tiga pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Sdr Lim Guan Eng.

Fokus kepada Konvensyen itu adalah perbincangan mengenai Isu Felda, Isu Tanah, Isu Alam Sekitar, Isu Orang Asal dan Isu Ekonomi Negeri Pahang.  Konvensyen itu tentulah ditunggu-tunggu oleh rakyat Pahang.

Selepas perjumpaan itu, pimpinan beberapa buah cabang pula menetapkan tarikh-tarikh untuk penubuhan ranting-ranting baru di kawasan masing-masing, dan yang paling banyak mengaturkan penubuhan ranting-ranting itu adalah didalam kawasan Parlimen Pekan.

Kawasan-kawasan DUN yang dulunya tidak memberikan sebarang harapan kepada kemenangan PKR kini dianggap sebagai kawasan yang mampu dimenangi oleh PKR kerana ramai dari kalangan ahli-ahli UMNO menyertai parti itu termasuk pemimpin-pemimpin cawangan-cawangan UMNO.

Jangan ingat bahawa kawasan Perdana Menteri tidak boleh ditembusi.  Ingat tak kepada satu peristiwa didalam PRU 1998 bahawa Najib sudah dikalahkan di Parlimen Pekan tetapi hanya dimenangkan kerana undi pos yang didatangkan selepas selesai pengiraan undi-undi lain?

Selepas itu Najib membuat kerosakan kepada kawasan persempadanan Pilihanraya untuk Parlimen Pekan dimana semua undi pos dari Kem Tentera Batu 10 yang terletak di Kuantan yang dulunya didalam kawasan Parlimen Paya Besar ditarik ke kawasan Parlimen Pekan.

Ada pulak perkampungan warga asing di Pekan yang tidak boleh dilawati oleh rakyat Malaysia menempatkan pendatang-pendatang asing dari Kampiuchea yang menjadi pengundi kawasan Parlimen Pekan.

Tindakan-tindakan ini menjadi Najib seorang pemimpin yang tidak percaya kepada demokrasi, dia mahu menang walaupun dengan melakukan kerosakan kepada sistem pengundian di negara ini.

Di kala ini ada sedikit kesukaran jika mana-mana Cabang mahu menjemput penceramah-penceramah dari luar kawasan kerana kesesua cabang-cabang di seluruh Negara kini membuat tumpuan kepada kawasan masing-masing.

Tetapi siri ceramah Merdeka Rakyat yang dianjurkan oleh PKR Pusat memberikan impak yang begitu baik kepada kawasan-kawasan PR di seluruh Negara, rombongan itu dinanti-nantikan oleh rakyat di mana-mana sahaja ia mengadakan programnya.

Tanda bahawa UMNO/BN cukup takut kepada siri ceramah Merdeka Rakyat ini amat jelas sekali kerana bas rombongan itu dibaling dengan batu dan disimbah cat.  Mereka itu tidak sedar bahawa semakin kuat mereka lakukan kerja-kerja samseng lebih ramai lagi rakyat berpaling tadah dari UMNO/BN menyokong PR.

Saya tidak pernah terlihat begitu ramai seperti sekarang ini ahli-ahli UMNO keluar dari parti itu samada menyertai PKR atau PAS.  Begitu ramai.

Kadang-kadang dari kalangan ahli-ahli UMNO yang saya kenali tiba-tiba mereka itu bercakap seolah-olah sudah berpaling kepada Pembangkang.  Rupa-rupanya mereka sudahpun menyertai parti-parti didalam gabungan Pakatan Rakyat.

Ada juga yang sudah menyampah dengan UMNO dan menunggu-nunggu untuk mengundi PR didalam PRU akan datang.  Golongan ini menyatakan bahawa sebagai ahli UMNO mereka dipinggirkan, ini tak dapat, itu tak dapat; yang dapat hanya puak-puak mereka sahaja, saudara mara mereka sahaja, anak buah mereka sahaja, dan didalam PRUlah mereka akan memberi ajaran kepada UMNO yang mereka anggap tidak akan pulih dari menjalankan dasar kroni itu.

Bagi kawasan DUN Jenderak pula di hampir setiap hari saya dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Cabang mengadakan program, Insya Allah, semakin hari semakin rancak.


Tiada ulasan: